Novel : Salah mencintainya 72, 73

2 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 72

Wajah si comel aku kucup bertalu-talu. Suamiku duduk di sebelah mengoles-oles pipi si comel dengan ibu jari. Sesekali dia turut mengucup pipi anak kami dan pipi aku menunjukkan rasa kasihnya yang mendalam pada kami.

Sebenarnya sedikit kecil hati aku melihat wajah si comel. Betul-betul iras suamiku. Sikit aje iras aku. Tapi, aku tetap bersyukur dia di lahirkan sihat dan sempurna.

Baru sebentar tadi mak lang sekeluarga datang melawat. Dia teruja menjadi nenek. Nenek muda. Umur mak lang baru masuk 40 tahun.

“Anis kecik hati tau..” Luahku. Suami mengerut keningnya.

“Abang ada buat salah ke sayang?” Tanya suamiku. Aku mengggeleng.

“Habis? Apa yang buat sayang kecik hati?” Tanya risau.

“Anak kita… ambik muka abang aje…” Azam tertawa. Aku makin menarik muncung.

“Anak papa dia…mesti la ambik muka papa dia..” Ujar Azam bangga. Wajahnya berseri-seri.

“Anak Anis jugak.” Tegasku. Si kecil dalam pelukanku menguap kecil. Azam mencuit dagu si kecil. Ketukan di pintu mengejutkan kami. Aku dan Azam berbalas pandang.

Azam bangun membuka pintu.

Wajah mama dan papa terpacul sebaik pintu terbuka. Mereka membawa sebakul buah. Papa dan mama mengucup pipi cucu mereka. Aku menghulurkan Saffiya pada mama. Mama menyambut dengan senyuman.
Wajah Saffiya basah dengan kucupan atuk dan neneknya. Aku dan Azam hanya memerhati dengan senyuman. Aku mendongak memandang suamiku. Wajahnya berseri dan sentiasa di hiasi senyuman. Aku bahagia dengan kehadiran Nur Azra Saffiya dalam hidup kami.

Saffiya sudah bertukar tangan. Atuknya riang, mengelus-ngelus wajah comel Saffiya. Mama menghampiriku. Azam mendekati papanya. Memberi ruang pada aku dan mama berbicara.

“Anis apa khabar?” Tanya mama. Suaranya mesra. Aku semakin senang dengan kehadirannya.

“Sihat sikit ma..” Jawabku. Mama mencapai tanganku, di gengam lembut.

“Mama..nak ucap terima kasih kat Anis..sebab terima balik Azam dan lahirkan cucu untuk mama.” Ucap mama.

“Abang Azam baik sangat pada Anis dan adik-adik ma… Anis pun rasa bersalah kat dia dulu. Anis buat apa saja kat dia, tapi..abang Azam tetap sabar..” Sampai sekarang rasa kesal itu masih bertapak dalam hatiku, bila mengenang balik layananku terhadap Azam selepas aku tahu dia yang melanggar kereta keluargaku dulu.

“Itu la Anis…mama kesal sangat sebab tak pernah layan Anis dengan baik dulu…” Mama meluahkan kesalnya. Aku tersenyum, tangannya aku tepuk lembut.

“Kita sama-sama salah ma…sekarang kita ada masa untuk betulkan.” Mama angguk.

“Kalau ada apa-apa…Anis cakap aje dengan mama. Mama bukan aje mama Azam, tapi mama Anis dan adik-adik.” Aku nampak keikhlasan di balik mata mama. Aku memeluknya. Mama mengucup pipiku kanan kiri.

“Mama sayang Anis..” Bisik mama di telingaku sebelum kami merungkaikan pelukan.

Air mata kegembiraanku mengalir sekali lagi. Mama membantu mengesatnya. Kasih sayang yang mama tunjukkan mengurangkan kerinduanku pada arwah emak. Kalau arwah emak masih hidup mesti dia akan bersusah payah menjagaku tika ini. Abah pulak, mesti seronok mengulit cucu sulongnya.

***

Majlis akikah di adakan di rumah kami sendiri. Ramai saudara mara yang membantu. Haji Berahim dan Hajah Kiah pun kami jemput datang. Mereka gembira melihat hidup aku dan adik-adik semakin baik.

Tapi…sekarang di ruang rehat tengah suasana sedikit tegang. Mak lang macam tidak mahu kalah dengan mama. Pak lang dan papa cepat-cepat angkat kaki menyertai Azam melayan tetamu.

“Alah..biar lah kakak bawak pulak…dari tadi Siah aje yang bawak..” Aku tergeleng melihat teletah kedua orang tua itu. Macam budak kecil berebut gula-gula pulak.

“Biar lah saya yang dukung kak…kami jumpa sekali sekala aje.. kakak kan dapat hak jaga Anis sepanjang pantang ni..” Mak lang tidak mahu kalah.

Mendengar mak lang berkata begitu, rasa bersalah menjenguk hatiku. Masa keluar dari hospital beria-ia mak lang mahu menjaga aku sepanjang pantang, tapi mama turut menawarkan diri sehingga sanggup tinggal di rumah suamiku semata-mata mahu menjaga aku dan Saffiya sepanjang aku berpantang.

Sebelum ini, memang aku sudah berbincang balik dengan mak lang. Hubunganku dengan mama baru hendak pulih, rasa tidak sedap hati untuk menolak keinginan mama untuk menjagaku dan cucunya sepanjang berpantang. Akhirnya mak lang mengalah.

Rengekan Saffiya menghentikan perebutan mak lang dan mama. Mereka memandangku. Aku hanya tersenyum sambil mengensot perlahan-lahan ke arah mereka. Saffiya bertukar tangan. Aku tersenyum melihat Saffiya yang rakus menyusu. Rasa kasihku seakan tumpah untuknya. Jalinan hati begitu dekat antara kami. Entah bila mak lang dan mama ke dapur aku pun tidak pasti. Aku terlalu ralit melihat wajah comel itu menyusu.

Bab 73

Mataku sudah di tutup. Sejak kereta berjalan mulutku mengomel tidak henti. Entah apa surprise yang suami aku hendak berikan pada aku dan adik-adik. Dadaku berbedar. Jangan lah yang bukan-bukan. Kereta di matikan. Pintu di sebelahku di buka. Suamiku membantuku untuk keluar.

“Dah boleh buka ke ni?” Tanyaku.

“Jab la…tunggu adik-adik sekali..” Tegah Azam. Dia menampar lembut tanganku yang cuba membuka kain hitam yang di ikat di mataku.

“Okey…Boleh buka.”

Aku cepat-cepat buka sebaik mendengar arahan itu. Aku betul-betul tergamam melihat kejutan yang suami aku buat. Angah, alang, achik dan acu pun tidak terkata. Kami sama-sama sebak.

“Untuk sayang dan adik-adik..” Ucap suamiku.

Aku pantas memeluk suamiku. Terharu dengan kejutan yang dia bagi.

“Abang ke yang beli rumah ni?” tanyaku. Air mataku mengalir melihat suamiku mengangguk. Rumah tinggalan orang tuaku. Tempat aku membesar selama ini.

“Jom la masuk…” Suamiku menarik lembut tanganku. Acu berlari anak masuk ke dalam rumah. Angah membantu achik melangkah. Alang yang mengendong Saffiya turut mengekori langkah kami.

***

Aku menarik nafas dalam-dalam ketika sudah berada di dalam rumah ini. Dari susun atur, cat dinding…semuanya masih sama. Aku mengucup pipi suamiku sebagai tanda terima kasih.

“Nanti…kita pergi tukar nama rumah ni pada nama Anis ye?” Ujar suamiku. Aku berbalas pandang pada angah dan yang lain.

“Hmm… kita bagi mak lang aje..” Cadangku. Angah, alang , achik dan acu mengangguk. Lagipun mak lang masih menyewa sekarang. Dia juga ahli keluarga kami, baik rumah ini di jaga oleh dia.

“Abang ikut aje..” Suamiku tersenyum bila aku memeluk pinggangnya erat.

***

Mak lang menolak bila Azam hendak menyerahkan rumah pada dia. Habis…siapa lagi? aku sudah ada tempat berlindung bersama suami tercinta.

“Tapi…mak lang…kami pun dah ada tempat berlindung sekarang..” Alasan itu mak lang jawab dengan gelengan.

“Mak lang tak menyumbang satu sen pun kat rumah tu dulu. Arwah abah kamu yang banyak bantu arwah atuk kamu bina rumah tu..mak lang tak layak. Hanya kamu adik beradik aje yang layak jaga rumah ni..tapi..terpulang kamu sendiri nak tentukan antara kamu adik-beradik.” Balas mak lang. Aku dan suamiku mengeluh berat masa itu. Keputusan mak lang membuatkan kami sekali lagi rasa serba salah.

“Acu!” Angah memberi cadangan. Acu memandang kami dengan mata berkebil.

“Hmm…abang setuju tu…Anis?” Tanya Azam.

“Bagus jugak tu… bila acu dewasa kelak…dia boleh duduk di situ…” Aku setuju saja. Alang dan achik pun setuju.

Kami adik beradik sepakat menamakan rumah itu atas nama acu. Ye! Memang acu yang paling layak. Dia yang paling sekejab merasa kasih ibu bapa kami, moga-moga dengan menduduki rumah pusaka itu sedikit sebanyak acu akan merasai kasih sayang yang pernah wujud di situ.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 72, 73”
  1. emaharuka says:

    Dah tamat ke or belum kak?

  2. fatim says:

    dah nak tamat kut,,

  3. bibik_meon says:

    best giler,,,ada jugak ending dye….Happy Ending:)

  4. gayathiri says:

    nice …tapi ini ending ke?

  5. jiao xiu says:

    pun sama tertanya2 dah ending ke ni? or ada lagi. gaya mcm dah tutup cz happy ending ni.

  6. lc says:

    Salam.. lc dah htr ke empat2 bab last. tp..mgkin pjg sgt kot.. citer ni de 75 bab. mmg dah nak hbs pun… 2 bab slbh nya.. pun..just nak cover2 jln citer.

  7. rieda says:

    tak sabar nak tahu kesudahan dia!

  8. Idha Chunhyang says:

    masih lanjut ke….??? or dah happy ending ke …??? 😀 😀 😀

  9. nurul fatihah says:

    cter ni best sgt..hihi…xsbr nk tnggu n bace ending..fb lc ape yer?..:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.