Novel : Salah mencintainya 74, 75

9 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 74

Sebelum alang masuk belajar, kami sepakat untuk mengadakan majlis pertunangan angah dan Dik Za. Sementelah tuan punya badan nampak tak sabar untuk mengikat hubungan itu. Angah tu takut Dik Za di petik orang lain agaknya.

Angah pun sudah mula kerja di syarikat papa. Aku, mak lang, pak lang, mak Siti, pak Daud, alang dan achik sibuk berbincang pasal gubahan barangan untuk majlis bertunang angah. Angah menyerahkan pada kami 100 peratus. Dia dan Dik Za hanya membeli barang-barang itu, gubahannya mengikut kreativiti kami.

Aku mengimport Norshahleha, kawan baikku untuk sama-sama turun padang membantu kami. Azam, suamiku pulak…sibuk di rumah papa mengurus itu ini di rumah itu. Maklumla…adik tunggal perempuan dia bakal kami sunting.

“Hmm…Saffiya..dah tidur ke Anis?” Tanya mak lang bila aku melenggok melangkah seorang diri ke arah mereka.

“Dah mak lang…kalau dia tak tidur…mana la Anis dapat lepaskan dia..asyik merengek aje.” Jawabku. Aku melabuhkan punggung di sebelah achik yang sedang leka memerhati Norshahleha mengubah barangan. Nasib baik ada kawan aku yang sorang ni. Dia dengan sukarela menawarkan bantuan.

“Siapa tengokkan dia? Nanti menjerit pulak dia kat atas tu..” Mak lang nampak risau. Dia melepaskan raga buah di tangannya.

“Acu ada.. dia mana la nak berenggang dengan baby dia tu..” Balasku. Aku membantu Norshahleha mengegam bunga hiasan di tepi dulang.

“Tau tak mak lang…acu panggil Saffiya, adik… boleh dia bahasakan diri dia tu abang..” beritahu alang dengan tawa kecil. Aku turut tersenyum sorang bila mendengar kata-kata alang itu. Adik bongsuku itu ada-ada saja sikapnya yang mencuit hati kami.

Mak lang dan yang lain tergelak. Adik bongsuku sangat sayangkan Saffiya. Balik dari sekolah, terus cari Saffiya. Kalau nak makan atau ke mana-mana pun Saffiya mesti ada. Kalau kami meninggalkan Saffiya di rumah dengan Mak Siti pun dia rela tidak ikut sama.

“Nak buat bentuk apa tuala ni kak Sha?” tanya achik pada Norshahleha.

“Bentuk swan. Okey tak?” Balas Norshahleha bertanyakan pendapat achik. Achik angguk setuju. Aku, mak lang dan mak siti hanya membantu melekat bunga-bunga hiasan.

Pak lang, pak Daud dan Alang hanya menjadi tukang sibuk dan tukang komen. Riuh aje ruang itu. Angah yang baru sampai bersama Dina, Lisa dan Amirul turut menyertai kami. Dia nampak puas hati melihat gubahan. Dia sendiri yang memilih tema warna hijau. Warna kesukaan Dik Za.

“Adik mana?” Tanya Dina bila dia tidak melihat Saffiya di situ. Patut la dari tadi matanya melilau ke segenap arah.

“Bukan adik la..anak buah tu..” Tegur Walidnya. Kami tergelak.

“Kak long..mana Saffiya?” Gesanya.

“Atas…dengan abang acu..” Beritahuku. Ketiga-tiga anak mak lang berlari anak menaiki tangga.

“Jangan lari-lari..” Mak lang sedikit berteriak melihat teletah anak-anaknya.

**

Majlis di adakan penuh beradap dan penuh meriah dengan mak lang sebagai wakil kami menyarung cincin di jari manis Dik Za. Wajah Dik Za berseri-seri. Aku tumpang bahagia melihat Dik Za dan angah.
Aku yang mengendong Saffiya tersenyum gembira memerhati perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Dari jauh aku melihat Azam sibuk untuk majlis pertunangan adiknya itu. Tadi dia pening kepala untuk memakai baju berwarna apa. Pihak kami dengan tema hijau, dan pihak mereka dengan tema biru. Aku masih ingat kekalutannya sebelum kami berangkat ke rumah papa pagi tadi.

“Pakai baju hijau, seluar biru la Zam..” Gurau pak lang melihat suamiku masih belum menukar baju. Aku sudah tergelak.

“Abang pakai la baju colour biru.. abang kan wakil pihak perempuan.. jab lagi Anis tukar warna biru juga. Anis isteri abang.” Dia tersenyum sambil mengucup pipiku. Saffiya pun aku sarungkan dengan baju ala pengantin berwarna biru.

Sebaik selesai majlis menyarung cincin, kami bergambar bersama. Angah pun di panggil masuk untuk sama-sama dalam sesi ini. Melihat keriangan ahli keluargaku, perasaanku sedikit sayu. Terbayang-banyang wajah arwah abah, arwah emak, arwah atuk dan arwah pak su.

Pemergian mereka aku iringi doa. Dendam itu sudah lama aku buangkan dari hati. kerana Azam betul-betul telah melunaskan tanggungjawabnya pada kami. Nasibku dan adik-adikku terbela. Hubungan kekeluargaan kami pun semakin utuh dengan kelahiran Saffiya buah hati kami dan pertunangan angah dan Dik Za.

Bab 75

Selepas menidurkan Saffiya, aku ke bilik paling hujung di tingkat atas. Selepas Saffiya mengambil alih bilik sebelah, bilik paling hujung pulak menjadi tempat kesukaan suamiku memetik gitar dan menyumbangkan suaranya.

Aku pun tidak ketinggalan bersama-sama dengannya menjadi pendengar setia. Dia sendiri selalu menarik tanganku ke situ mendengarnya menyanyi. Bila aku mengusiknya supaya joint audition AF, dia hanya tergelak. Dia cakap cukuplah aku peminat dia. Ya..aku memang peminat dia. Peminat nombor satu dia.

Tanpa mengetuk pintu, aku masuk. Suamiku tersenyum dengan gitar kapuknya. Kepenatan menguruskan majlis pertunangan angah dan Dik Za siang tadi, tidak terasa melihat senyumannya. Petikan gitar suamiku merdu sekali menjadi hawa telinga malam-malam begini.

Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia tersenyum manis.

“Abang ada lagu istimewa untuk sayang..” Beritahunya. Aku menjongket kening.

“Dulu kan… abang cakap abang akan ciptakan lagu baru untuk sayang..” Aku terangguk-angguk. Baru teringatkan hal itu.

“Oh ya? Dah ada?” tanyaku. Suamiku menghulurkan kertas padaku. Aku tersenyum membacanya.

“Abang bukannya reti sangat buat lirik. Apa yang abang rasa, abang tulis. Macam sajak pun ada kan?” ucapnya dengan tawa kecil. Aku tersenyum saja.

“Abang nyanyikanlah untuk Anis..” pintaku. Suamiku tersenyum. Dia mula memetik gitarnya.

” Khas untuk Zahanis Zikri..Suri hidupku” Ucapnya dengan petikan gitar. Suaranya kedengaran romantic sekali. Hatiku terbuai.

Bidadari hatiku..kau suri hidupku..
Tika kau ku nikahi ..
Aku berjanji pada diri..
Kau akan ku sayangi..
Hingga akhir hayatku..

Bidadari hatiku..
Suri hidupku..
Cintaku padamu..anugerah terindah dari yang Maha pencipta..
Kau wanita terpilih..menemani hidupku..

Bidadari hatiku…
Walau apa halangan mendatang..
Akanku gengam erat tanganmu…takkan ku lepaskan
Kau amanah tidak ternilai..
Kau suri hidupku..

Bidadari hatiku..
Suri hidupku..
Cintaku padamu..anugerah terindah dari yang Maha pencipta..
Kau wanita terpilih..menemani hidupku..

Bidadari hatiku..kau suri hidupku..
Kau selamanya di hati..
Moga cinta kita akan sentiasa di berkati..
Temanilah aku selamanya
Hingga akhir nafas kita berdua..
Sayangku ..suri hidupku..

Aku tersenyum bahagia menghayati setiap lirik yang Azam nyanyikan. Walaupun suaranya tidak sesedap suara Yusri atau Faizal Tahir, tapi ia tetap sedap di dengar olehku. Hatiku rasa terbuai di awang-awangan dengan rasa bahagia.

“Thanks..bang…lagu tu sedap sangat..” ucapku. Pipinya aku kucup. Suamiku tersenyum sambil meletakkan gitar di sebelah. Tanganku di gengam erat.

“Thanks jugak kat Anis..kerana hadir dalam hidup abang. Sudi maafkan abang.. terima kasih jugak kerana bagi Saffiya kat abang..I love you sayang..” Ucapnya sambil mengucup tanganku lama. Aku terharu mendengar ucapannya.

“I love you too..” balasku malu-malu. Kami sama-sama tersenyum bahagia, sambil melemparkan pandangan di luar bilik.

Aku bersyukur mendapat suami penyayang sepertinya. Sesekali aku tidak menyangka. Dari anak muridku yang nakal, dia berubah menjadi suami dan ayah yang penyayang. Aku dan suamiku sentiasa berdoa agar kebahagiaan ini akan kekal menjadi milik kami. Semoga ALLAH merahmati rumah tangga kami.

-Tamat-

p/s: Salam… sengaja lc upload hbs citer ni… lc nak hbs skli dgn novel Demi Cinta Liyana kat blog lc sblm lc berangkat ‘jumaat’. thanks kat pihak Penulisan2u..krn mmbenarkn lc share citer ni.. kat blog ni. Thanks jg pd sesiapa yg m’ikuti citer ni smpai hbs n pd yg bg komen.. lps ni..mgkin lc akn upload nvel ‘kerana terlupa’. Tp.. baru 95% siap.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 74, 75”
  1. sweetc says:

    jujur nih….

    saya mula baca novel ni petang semalam dan sambung pagi tadi masa kerja dah selesai…. dan senang saya katakan, ada part-part nyer saya dah merugikan air mata saya tanpa perlu dipaksa-paksa. dan kesudahannya, mata dan hidung saya merah bila masuk mesyuarat….

    thanks sbb dah buat saya rugikan air mata saya…. saya suka novel nih…. thumbs up…

  2. fil_sya says:

    habis akhir nye! rase mcm tak sia2 tidur 3 4 pg smate2 nak bace novel ni….memang sgt la seronok dan romantik!untung laa suami pndai nyanyi…siap buat lgu lg…sy sgt suka! rasa terhibur bila bace novel ni…2 hari khatam! thanks LC…giat kn usaha dalam penulisan kay….best luck for u! (^_^)

  3. enarin says:

    MEMANG BEST DAN TRBAIKLAH…….

  4. Qistina says:

    Best…….buat saya buang air mata.sehari tak tidur hanya untuk embaca crt ni…..

  5. lovato says:

    salam kpd penulis novel ini :) mmg terbaik! jalan cerita yg menarik and ada mesej yg cuba dismpaikan :) plus sweet sgt! thanks

  6. miera amiera says:

    best gile .. dri bab 1 until bab last ni sy bace .. but ade yg kene perbetulkan lagi bberapa bab tu .. but don’t worry .. cite ni memang sweet ..

  7. wanie says:

    saya mula baca ptg smlm n sambng pg ni baca xblh behenti nak tahu kesudahannya…lc awak mmg good writer..saya masih tunggu cter ‘kerana terlupa’ cerita tu pun best…all ur stories mmg pamerkan hubungan kekeluargaan yg erat. kadang rasa jeles dgn keakraban diorang….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.