Novel : Seindah Senja Petang… Cinta Kita Bersemi 3

14 February 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Nadzirah

Part 3

Awal pagi lagi Khalif sudah mengatur langkah ke dapur. Mimpi agaknya. Entah apa yang membuatkan dia untuk ke dapur. Paling tak boleh tahan dia memasak! Pandai memasak ker? Bukan selama ni orang gaji ker yang buat semua itu. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan kejadian suduh tadi.

“Assalamualaikum warahmatullah………” usai member salam dan membaca doa Khalif bingkas bangun dari atas sejadah dan melipatnya semuala dan digantungkan di atas rak. Sempat juga dia meminta berkah kepada yang Maha Esa untuk kesejahteraan rumah tangga yang baru dibinanya dan kesihatan orang-orang disekelilingnya terutama Sofieya.

‘Dukkkk….’ Bunyi mug jatuh menyedarkan lamunanya.

“Ehh.. awak nak pergi mana ni? Kenapa bangun…. Awak lemah lagi kan.. jangan lah paksa diri.” Ayat dan nadanya seakan memujuk dan mengambil berat akan Sofieya kini. Segala pergerakkan diperhati. Jangan ada sedikit saja yang tidak kena atau mengundang rasa kurang enak, tidak semena dia panik.

“Sa…saya la.. saya lapar….” Tutur Sofieya lemah. Mana mungkin dalam keadaan begitu dia mampu untuk berdiri. Sudah seminggu tidak menjamah makanan. Hanya air milo suam sahaja, itu pun bila dipaksa Khalif untuk mengalas perut. Mendengarkan itu, Khalif senyum dan bersyukur. Akhirnya Sofieya mahu makan juga.

“awak nak makan apa? Biar saya yang buatkan… nasi goreng? Toast? Bubur? Hurmmm….macam nilah.. awak rehat dulu.. nanti saya kejut awak kalau semuanya sudah selesai.” Khalif membaringkan semula Sofieya diatas katil. Lantas dia terus turun ke dapur untuk menyediakan misinya, iaitu buatkan sarapan untuk Sofieya.

“hurmmm…. Nak masak apa ye… ? haaa… bubur je lah.. bubur ikan…” lantas dia mencapai kunci kereta dan memandu ke pasaraya berdekatan untuk mencari apa yang patut. Usai itu, dia memulakan kerjanya didapur untuk menyediakan makanan untuk Sofieya. entah kenapa hatinya berasa senang dan gembira apabila mendapat tahu yang Sofieya lapar. Kadang-kadang pecah tawanya sendirian di dapur.

“Mak Siti.. Khalif dah bangun?” tanya Puan Hasnah kepada pembantu rumahnya bila kelibat Khalif tidak kelihatan.

“Dah, Puan.. awal Khalif bangun hari ini. Tadi selepas solat subuh Mak Siti ke stor belakang mengemas. Bila sudah siap Mak Siti terkejut tengok Khalif tiba-tiba ada di dapur. Siap pakai apron lagi. Gaya macam nak memasak. Ada gaya jugak macam baru balik dari pasaraya bila tengo barang-barang yang ada atas meja dapur. Malas Mak Siti nak kacau.” Kaget ! Puan Hasnah kaget. Adakah apa yang dibilang Mak Siti sebentar tadi benar? Khalif masak? Untuk apa? Tidak pernah Khalif berubah sedemikian rupa.

“Dia masak Mak Siti? Untuk apa dan siapa?” teka Puan Hasnah. Mungkin…..

“Untuk siapa lagi Puan.. untuk isteri dia tercinta lah agaknya, Puan Sofieya sudah mahu makan ker Puan?” tanya Mak Siti berbalik. Hishh Mak Siti ni.. pantang diajak bercerita… mulalah tu…

“Assalamualaikum anak mama….” Sapa Puan hasnah didapur..

“Wa’alaikumsalam… ehh mama.. selamat pagi mama..” tersenyum Puan Hasnah melihat anaknya itu. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya dia denga perubahan Khalif.

“Khalif buat apa pagi-pagi dekat dapur ni…? Tak pernah masuk dapur pun tiba-tiba jer..” sengaja Puan Hasnah mahu memancing anaknya. Korek rahsia ! jeng jeng jeng…..

“buatkan sarapan untuk Sofieya.. dia dah nak makan ma.. dia kata tadi dia lapar.” Terang Khalif malu-malu. Dalam pada masa yang sama memerah wajahnya yang putih melepak itu.

“Untung Sofieya… bila sakit ada orang jaga.. bila nak makan ada orang tolong masakkan… dengan mama tak pernah pun Khalif nak buat macam tu. Buat tak tahu lagi adalah.” Macam ada nada-nada cemburu di situ. Ada juga nada-nada mengusik. Ahhh dasar mama kaki usik ! hehehe

————-

“Awak… awak… bangun.. saya dah siapkan makanan dekat bawah. Awak bangunlah.” Akhirnya Sofieya kembali membuka matanya. Dalam keadaan separuh sedar dan lemah. Khalif membantunya untuk bangkit dari katil dan memapahnya turun ke ruang makan.

Lagaknya seperti prin charming. Membawa sang puteri idaman dari kamar beradu turun ke meja makan. Menarik kerusi untuk member sang puteri idaman tempat duduk yang selesa. Menyediakan segalanya di hadapan sang puteri idaman. Walaupun hanya bubur, akan tetapi persediaannya rapi siap ada sapu tangan dan alas lagi. Dia mengambil tempat di sisi Sofieya. sofieya hanya turut segalanya.

“Baiklah awak.. tadi awak kata awak lapar kan? So, saya dah siapkanbubur yang sihat lagi berkhasiat untuk awak.. bubur ikan kembung.. sebab ikan kembung je yang saya kenal dekat pasaraya tadi..hehe.. ini air susu panas-panas.. elok minum panas-panas tau. Memandangkan awak tak makn dah nak dekat seminggu. So saya nak hari ini awak makan banyak sikit. Kalau tak sedap pun telan juga tau. Sebab ini pertama kali saya masak. Itu pun tengok resipi. Lepas tu makan ubat ni.” Macam mak-mak. Dia mengeluarkan ubat-ubat uang harus dimakan oleh sofieya dan menyusun dengan teliti diatas piring kecil. Teliti !

“awak.. tunggu apa lagi. Makanlah…” pujuk dia perlahan. Ialah.. kalau tak nanti tak nak makan pula. Penat masak tau !

“Terima kasih sebab masakkan untuk saya….” Ucap Sofieya perlahan sambil menyuakan sudu ke dalam mulut. Namun itu sudah cukup membuat Khalif tersenyum riang.

“Sedap…” tambahnya lagi… ehh betul ke? Sofieya nak ambil hati dia jer?

“Betul ker ni? Wahhh limited edition tau bubur ni. So awak habiskan tau. Jangan tinggal sikit pun. Kalau tak cukup, nanti saya buatkan lagi. Bukan susah pun. Agak-agak saya boleh masuk masterchef tak?” jenaka Khalif mengukir senyuman diwajah Sofieya. ‘akhirnya kau senyum jua….’ Desisnya di dalam hati.

Di suatu sudut lain, Puan Hasnah hanya bertindak sebagai pemerhati. ‘Terima kasih ya Allah, kau telah makbukan doa hambamu yang satu ini. Sesungguhnya ini nikmat yang tidak terhingga.’

——————–

“Mama, Khalif plan nak bawa Sofieya pergi honeymoon hujung bulan ni…. So apa kata mama?” luah Khalif memecahkan kesunyian kedua beranak itu.

Mungkin sudah tiba masanya dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Sofieya. Sungguhpun semua yang terjadi ibarat mimpi buat dirinya. Namun, hakikatnya dia perlu sedar yang dia kini mempunyai seorang isteri yang sah dari hukum agama. Itu adalah suatu reality yang dia harus terima.

“Alhamdulillah, terima kasih Khalif. Akhirnya Khalif mahu juga terima Sofieya sebagai suri dalam hidup Khalif. Ingatlah semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Ini adalah demi kebaikkan kalian berdua. Dan sedarlah Allah telah menentukan jodoh Khalif dengan Sofieya. Mulakanlah hidup baru. Apa jua yang Khalif mahu lakukan mama setuju malah mama beri sokongan moral, asalkan demi kebaikkan anak dan menantu mama.” Panjang lebar dia memberi pendapat. Puan Hasnah mengalihkan pandangannya. Matanya mula berkaca. Airmata kegembiraan yang hadir takut disalah tafsir pula.

“kalau macam tu, nanti Khalif book…” belum sempat dia menghabiskan ayat, ibunya mencelah.

“kamu tak mahu bawa berbincang dengan Sofieya dulu? Tak mahu tanya pendapat dia?” pertanyaan ibunya membuatkan matanya terbeliak. Pada awalnya memang dia mahu berbincang dengan gadis itu tetapi takut pula ajakkannya ditolak.

“Khalif nak buat surprise la ma…tak salahkan kalau Khalif nak bagi Sofieya kejutan sebagai tanda berdamai kan ma…?” agak-agak pertanyaan itu disuakan. Takut-takut ibunya salah anggap pula. Melihat senyuman yang terukir hatinya kembali tenang.

Seketika kemudian….

Sofieya turun dengan membawa bagasi sebesar kampit beras 5kg menuruni anak tangga. Menyedarkan itu, Puan Hasnah dan Khalif yang sedang duduk di ruang tamu kaget.

“awak nak pergi mana bawa beg ni?” berlari anak Khalif mendapatkan Sofieya yang sudah menuju ke muka pintu utama villa itu. Setahu dirinya, hubungan mereka mahu kembali pulih tapi kenapa Sofieya…..

“saya nak balik kampung” jawabnya. Anak matanya dihalakan ke lantai. Tidak tega dia bertentangan mata dengan Puan Hasnah dan juga Khalif.

“tapi… kenapa? Kenapa tiba-tiba….” Gesa Khalif mahukan penjelasan.

“Ya Sofieya, kenapa tiba-tiba Sofieya nak balik kampung ni. Sofieya baru saja sembuh. Nanti kalau sakit lagi macam mana. Lagipun Sofieya bukan ada sesiapa disana kan?” rayu Puan Hasnah memujuk gadis itu.

“saya masih ada Mak Esah dan juga makam kedua ibu dan ayah saya. Saya rindu mereka. Saya nak balik ziarah mereka. Saya mohon pengertian mama.” Jawabnya. Meskipun tindakkannya agak kurang sopan kerana tidak meminta izin daripada suami dan mertuanya terlebih dahulu, dia tetap ingin pulang. Pulang untuk mengadu kasih pada kedua orang tuanya dan juga Mak Esah.

“kalau awak berkeras juga, biar saya…..” sekali lagi ayatnya dipotong. Tetapi kali ini bukan ibunya tetapi isterinya, Sofieya.

“tak, saya balik naik bas. Izinkan saya. Saya mahu sendirian untuk seketika mencari ketenangan dan diri saya yang sebenar. Sebagai suami, saya mohon awak izinkan saya pulang untuk bertemu dengan mereka. Insya-Allah saya akan pulang bila tiba masanya nanti.” Jelas Sofieya panjang lebar. Khalif dan Puan Hasnah kelu tanpa kata.

Mungkin Sofieya memerlukan sedikit ruang untuk mengadaptasi semua ini. Khalif angguk tanda setuju. Sofieya membalasnya dengan senyuman dan mencium tangan Khalif sebagai tanda menghomatinya sebagai suami. Lalu, dia berlalu pergi meninggalkan halaman villa itu tanpa menoleh ke belakang.

Hati Puan Hasnah sedikit terguris dengan tindakkan Sofieya. walau bagaimana pun, Puan Hasnahtidak mengambil serius akan hal ini, kerana dia tahu dan yakin yang Sofieya akan pulang semula suatu hari nanti.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.