Novel : Senyap-Senyap Sudah 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Syada

Buku kulit hitam tebal itu ditutup dan dibawa ke dada. Lama dia memeluk buku itu sambil tersenyum.

“Satu lagi buku dah habis.” Monolog Hanim Farisha. Dia melangkah ke rak buku yang tersusun lebih daripada 20 buah buku yang serupa dengan buku yang sedang dipegang. Hanim Farisha sangat gemar menulis. Oleh itu, dia suka mencoret kisah hidupnya di dalam buku kulit hitam tebal itu sejak di bangku sekolah lagi. Baginya, dia tidak mahu melupakan satu pun kenangan manis mahupun pahit yang singgah dalam hidupnya.

Ketika pandangan dia menyinggah buku yang dilabel dengan perkataan ‘COLLEGE LIFE 1’ hatinya memaksa dia menarik buku itu keluar. Hanim menarik buku itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan di bilik bacaannya itu. Seketika fikiran dia melayang kembali ke zaman ketika dia masih bergelar mahasiswi.

12 Jun 2009

“Weyh, Hanim kerja yang madam bagi minggu lepas kau dah siap tak”

“Hurm” Hanim yang sedang mengelamun langsung tak endah soalan yang diajukan oleh sahabat baiknya itu.

“Hoi. Aku cakap dengan kau ni. Kau dengar tak!” bentak Nur Syafinash. Sambil turut mengalihkan pandangannya ke arah yang sama dengan pandangan Hanim yang beku dari tadi.

“Haa…Haa…Apa?” tersentak Hanim.

“Hamboi. Kau usyar anak teruna siapa ha? Senyum-senyum kau pandang sana.” Syafinash mula menyoal.

“Eh… Mana ada…Aku pandang madam lah…kan madam tengah mengajar tuh”

“Lawak lah weyh kau senyum pandang madam”

“Mana ada aku senyum. Aku…aku..aku pandang Zati lah.” Hanim masih ingin mempertahankan diri.

“Kau jangan nak tipu aku…Kau usyar Adam kan?” tebak Syafinash.

“Eh, takde lah. Jangan nak merepek lah..dah..dah..fokus fokus..”

“Eleh, sekarang tau nak fokus pulak tadi kau jugak yang duk termenung…”

“Nur Syafinash, you buat soalan no. 1” belum sempat Syafinash menghabiskan ayatnya satu suara nyaring telah mencelah.

“Baik madam” tegak dia berdiri kerana terkejut namanya diseru.

“Aku lagi kena. Kau tunggu habis kelas nanti. Siap kau. Jangan ingat kau terlepas.” Perlahan Syafinash bersuara hanya untuk pendengaran dia dan Hanim seraya berlalu pergi.

“Padan muka siapa suruh kau banyak soal aku tadi. Kan dah kena.” Hanim tersenyum mengejek sambil menahan ketawanya agar tidak meletus.

30 Jun 2009

“Pergh…awal pulak Sir Zaki lepaskan kita hari ni” leganya dia rasa dapat rehat sebentar sebelum kelas seterusnya bermula.

“Hurm…tuh lah. Ada setengah jam lagi sebelum kelas computer science nak start. Kau nak study ke? Jap lagi quiz kan?” Hanim menyoal Syafinash.

“Erm….aku dah tepu lah. Dari semalam menghadap buku. Malaslah. Alang-alang duduk dalam computer lab ni aku nak buka blog lah. Kau nak study ek?”

“Aku pun dah malas. Nak bukak computer jugak lah” laju mereka menekan punat on pada komputer masing-masing.

“Ehem…ada bawak buku teks CSC 119 yang warna hijau tak?” tiba-tiba satu suara garau mencelah perbualan dua gadis itu.

“Hanim ada. Hanim, Adam nak pinjam buku teks 1 CSC 119” segera Syafinash menjawab sambil mencuit bahu Hanim.

“Haa…okay…okay…nah” kelam kabut Hanim mengeluarkan buku itu dari begnya. Tersipu-sipu dia menghulurkan buku itu kepada Adam Asyraf.

“Hamboi. Takyah nak senyum sangat lah. Adam dah duduk tempat dia pun” Syafinash mula bersuara setelah kelibat Adam hilang.

“Mana ada aku senyum. Tengah buat muka serius ni. Eh, kau tak bawak ke buku tuh?”

“Bukannya aku tak bawak. Tapi saja bagi chance kat kau. Suka lah tuh dia pegang buku kau” giat Syafinash.

“Hoi. Cakap perlahan sikit. Mana ada suka.” Sedaya upaya gadis itu cuba menyorok wajahnya yang sudah mula berubah rona.

20 minit kemudian.

“Nah, terima kasih.” Adam menghulurkan buku yang dipinjamnya tadi kepada tuan empunya buku.

“Sama-sama” Hanim membalas ringkas.

“Eceh-eceh. Love is in the air” Syafinash mengiat semula.

“Diam lah. Miss dah masuk tuh.” Jelingan diberikan kepada Syafinash bagi menutup gugup dihatinya.

10 Julai 2009

Hanim menepuk lembut peha Syafinash bagi menyedarkan sahabatnya itu yang bila-bila masa sahaja akan terlelap. Buku catatan Syafinash ditarik lalu dicoret sesuatu dan ditolak kearah Syafinash semula. Syafinash yang sudah faham dengan isyarat Hanim itu terus menarik buku itu.

* weyh , aku dah tak boleh nak fokus!!! –Hanim-

*kau pikir kau sorang ke? Aku tengok semua dah hanyut. –Syaf-

*haha…betul betul…tapi kau tuh jangan lah tidur pulak kang sir mention nama baru tau. –Hanim-

*masalahnya aku dah tak tahan lah weh…nak duduk dalam kelas ni…sir dah lah tak bagi bercakap langsung…aku mana boleh tak bercakap. –Syaf-

Hanim dan Syafinash mula leka berbalas mesej menggunakan buku catatan Syafinash sebagai alat komunikasi. Perkara biasa yang sering mereka lakukan ketika dalam kelas Sir Syukri bagi menggelak daripada dimarahi kerana bercakap dan tertidur ketika kuliah berjalan. Sir Syukri adalah pensyarah mereka yang sangat memetingkan protokol ketika kuliah berlangsung.

“Because tonight will be the night that I will fall for you over again~~~” tiba-tiba suara Schubert Serenade melalak di dalam bilik kuliah yang sunyi sepi itu. Semua pelajar tertoleh-toleh mencari punca suara. Siapa lah yang berani tidak menukarkan telefon bimbit ke mood senyap.

‘Eh, asal macam familiar je ringtone tuh’ Hanim mengetuk-ngetuk pen di tangan ke dagunya. ‘halamak….Phone aku!!!’ mengelabah Hanim mengeledah beg sandangnya mencari telefon bimbitnya untuk segera dimatikan. Bunyi-bunyi ketawa halus daripada rakan sekuliahnya mula kedengaran.

“Weyh, asal kau tak silent phone?” Syafinash disebelah menyikunya.

“Weyh, aku maluuuuuu…aku lupa lah” dia langsung tak berani nak mengangkat muka kerana tahu banyak mata yang sedang menumpu kearahnya.

“Hahaha…lawak dowh…semua pandang kau. Tahniah! Kau dah berjaya bangkitkan mereka semua dari mimpi yang indah. Nasib sir tak marah hari ni dia cuma pandang slack kat kau je tadi”

“Ishhh…kau ni mainkan aku pulak ek”

“Hahaha….tapi aku macam ada cerita hot ni, lepas kelas ni aku cerita” muka kau-mesti-tak-sabar-nak-tau-kan campur senyum sinis ditayang oleh Syafinash.Hanim membalas dengan muka toya apa-apa-je-lah. ‘Ada-ada je minah sorang ni’.Hanim lansung tak berani mengangkat mukanya sehingga kuliah tamat.

Setelah kuliah tamat

“HAHAHAHHAHAHHAHAHAHHA” galak Syafinash menghamburkan tawanya yang disimpan sekian lama sejurus mereka sampai di tempat parkir basikal mereka.

“Woi, aku hempuk kau dengan buku ni kang. Gelak tak hingat” jeling Hanim.

“Hahaha…kay kay aku tak gelak dah. Dah kau tuh buat lawak. Ada pulak lupa silent phone selalunya kau lah yang ingatkan aku pastuh lagu pulak bapak jiwang” Syafinash mengelap air matanya sedikit terkeluar menggunakan hujung lengan baju kurungnya.

“Whatever. Kata nak cerita something tadi. Cepatlah.”

“Uuuuuu….tak sabar ek. Jap- jap aku nak usyar line dulu” beria Syafinash menoleh ke kiri dan kanan. Setelah pasti tiada pelajar yang berada berhampiran dengan tempat parkir basikal mereka itu dia menyambung.

“Okay, macam ni cerita dia. Tadi masa kau nak off phone, Adam pandang kau kut.”

“Lah…apa nak pelik? Bukan semua orang pandang aku ke tadi? Kau ni ada-ada je”

“Haaa…tuh lah yang lain…orang lain pandang sekejap je. Dia bukan main lama pandang kau. Orang lain dah pandang depan dia still pandang kau. Sampai aku pulak rasa tak selesa tadi tau. Dah lah dia pandang kau macam…macam apa ek…alah aku tak tau nak terangkan tapi macam pandangan suspicious lah”

“Ye je kau tuh”

“Ermm….aku rasa kan mesti dia pikir kau dah ada pakwe pastuh tadi pakwe kau yang call tuh yang dipandang macam tuh”

“Dah lah dengan cerita novel kau tuh. Aku dah lapar. Mari kita ke café…yay” Hanim segera mengayuh basikalnya acah-acah mahu meningalkan Syafinash yang masih belum siap membuka kunci basikalnya. Sibuk sangat bergosipkan.

“Eeehhh….sabar lah…kau selalu tak percaya kalau aku cakap pasal Adam kan. Betul lah aku nampak macam tuh tadi” secepat mungkin Syafinash membuka kunci basikalnya dan cuba untuk mengejar Hanim. Geram dia kerana cerita dia lansung tak dihiraukan Hanim.

“Lalalalalalalalla~~~ Nur Syafinash si ratu novella~~” Hanim menyanyi kecil tanda malas melayan. Malas dia nak dengar cerita Syafinash lagi. Dia takut hatinya terbuai pada sesuatu yang tidak pasti.

17 Julai 2009

Suasana café yang bising langsung tidak dihiraukan oleh dua sahabat itu. Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Sibuk menyiapkan tugasan persatuan yang diwakili mereka.

“Syaf….” seru Hanim.

“Apa?”

“Aku tengok sejak dua menjak ni Adam kan dah tak pandang aku, nak cakap dengan aku lagilah. Aku ada buat salah ke haa…” limau ais nya disedut perlahan.

“Haaa…kan aku dah kata…Dia jealous lah tuh pasal yang phone hari tuh”

“Entahlah…aku pon ada terpikir macam tuh jugak tapi yang call tuh ibu aku kut. Hurmmmm… .entahlah…entah ya entah tak je selama ni dia pandang aku” keluh Hanim.

“Haih…Mula lah kau tuh. Aku pun tak berani nak cakaplah tapi memang aku pun selalu nampak dia pandang kau sebelum ni. Complicated lah korang ni.” balas Syafinash malas. Limau ais nya disedut dalam-dalam. ‘Adam sangat susah diramal.’

22 Julai 2009

Laju dua pasang kaki itu melangkah ke Bilik Kuliah 12 Fakulti Perakaunan A. Sesekali jam ditangan ditelek.

“Dah pukul 9.50 a.m lah. Harap-harap madam tak masuk lagi.” Syafinash bersuara.

“Tuh lah. Cepat-cepat. Kalau madam dah masuk kang susah pulak nak mintak keluar.”Pintu BK 12 itu ditolak kasar. ‘Fuhh…nasib madam tak sampai lagi.’ Dia dan Syafinash meletakkan beg mereka di meja yang telah menjadi tempat duduk tetap mereka sejak dari mula semester lalu segera keluar dari bilik itu semula.

“Jom-jom. Cepat-cepat” gesa Syafinash. Langkah kaki mereka kembali laju untuk menuju ke satu lagi tempat yang mustahak.

“Weyh, kenapa? Korang nak gi mana? Kelas takde ke?” terserempak pulak dengan rakan sekelas mereka, Ameer dan Adam. Kecoh Ameer bertanya.

“Eh…tak tak…kelas ada je..Kitaorang tak tahan nak gi tandas ni. Nak kencing” jawab Hanim laju.

“Aip…pagi-pagi dah nak ke tandas…hahahhahahaha” sakan Adam gelak sambil menutup mulut.

“Choi”

Ketika di dalam perjalanan pulang dari tandas

“Weyh, menonong gila kau jawab tadi. Tak berlapis langsung. Kan dah kena gelak. Malu lah” komen Syafinash.

“Sorry weh. Kau tau aku kan bila dah mengelabah memang jawapan jujur dari hati. Lagi-lagi nampak muka dia tuh.” Hanim menayang riak bersalah.

“Ye lah…kalau ye pun jawablah nak lepaskan hajat ke ape ke.”

“Okay…okay…nanti aku tak buat dah ye cik adik manis jangan lah marah saya ye” simpati cuba diraih.

“Tak yah nak buat muka macam tuh sangat lah. Dah masuk kelas cepat” Pintu BK 12 ditolak penuh hati-hati untuk mengelak dari menganggu kuliah yang telah berlangsung.

Hanim tersenyum sendiri, dia teringat peristiwa sebentar tadi. Akhirnya dia dapat melihat senyum Adam yang dirinduinya. Selepas peristiwa phone dia yang berbunyi tuh Adam sangat dingin dengannya.

15 Ogos 2009

“Okay, we are done for this topic. So, right now I want you all finish the preview questions and submit to me by today.” Lantang suara Sir Zaki memberi arahan.Seketika Bilik Kuliah 08 itu senyap kerana semua penghuninya khusyuk menyiapkan tugasan yang diberi.

“Weyh, soalan no. 4 ni macam mana? Aku tak paham dia mintak apa.” Syafinash menyiku Hanim.

“Entah lah weyh. Aku pun tak paham. Cuba tanya orang depan, semua khusyuk je mesti dapat buat tuh” Hanim memberi idea.

“Psst…psst…orang depan oi orang depan. Ajar lah orang belakang soalan no.4 ni. Kami tak paham.” Cepat je Syafinash bertanya. Segera Mikael, Faiz dan Adam memusingkan kepala ke belakang.

“Haaa…tulah kitaorang pon tengah bincang soalan tuh…haih..semua tak dapat ke?” respon Mikael.

“Erm…kau gi lah tanya Sir… Kau kan kamcing dengan Sir” cucuk Syafinash.

“Haih…kau ni…cakap je lah kau malas bangun nak gi tanya. Ye lah…aku gi tanya…Jom Faiz teman aku.” Mikael mengalah.Setelah Mikael dan Faiz berlalu pergi ke meja pensyarah mereka itu, Syafinash mengalih pandangan ke meja sebelah yang dari tadi senyap. Haih…Ingatkan tengah khusyuk jawab soalan rupanya tengah bercekarama. Adam mengambil sekeping kertas di penjuru meja Hanim. Kertas empat segi tepat yang sering Hanim bawa ke mana sahaja untuk dijadikan kertas conteng atau untuk mencatat sesuatu. Tanpa mengeluarkan suara Adam memberi isyarat tanda meminta izin untuk mengambil sekeping kertas itu. Tapi malangnya Hanim tidak memahami. Berkerut-kerut dahi dia sambil bibir membentuk perkataan ‘apa?’ juga tanpa suara.

“Adam nak kertas tuh lah” Syafinash yang penat melihat drama sebabak itu bersuara malas.

“Oh…ambik lah” Hanim mengangguk – angguk setuju. Baru dia paham isyarat Adam itu.Adam segera berpaling ke hadapan setelah mendapat keizinan.

“Apalah korang ni. Ingat sweet lah main isyarat-isyarat macam tuh” gumam Syafinash.

“Apa kau ni. Mana lah aku paham dia tak cakap main tunjuk-tunjuk je kertas macam tuh dah lah gaya macam nak baling kertas tuh kat aku. Aku ingat dia marah kat aku ke apa dah tadi.” Hanim membela diri.Sedang mereka asyik menjawab soalan yang berikutnya, tiba-tiba selit sebuah origami di atas meja Hanim. Hanim yang terkejut segera mengangkat muka. Sekilas terlihat Adam yang baru pusing ke hadapan.

“Eh, apa ni?” teruja Syafinash bertanya.

“Entah lah…erm…katak kut.” Jawab Hanim yang turut teruja sambil menekan origami tuh berharap ia melompat seperti katak.

“Eh…apa pulak kau ni. Rocket lah ni. Adam ni rocket kan?” Adam langsung tidak menyahut.

“Eh…ye ke? Adam ni rocket ke?” ulang Hanim yang mahukan kepastian daripada si pemberi.Adam sedikit berpaling ke belakang dan mengangguk.

“Wah…Adam kasi awek origami lah” sakat Shah yang rupanya sudah lama memerhatikan mereka.

“Tulah kan…cuba kau bukak kertas tuh kut-kut ada surat cinta ke? Hahahaha” Syafinash menambah perisa.

“Ish…kau jangan nak mengarut boleh tak. Ni kan kertas aku tadi” tepis Hanim.

“Alah…cubalah bukak manalah tahu kan”

“Guys, aku dah tau macam mana nak jawab soalan no. 4 tuh” laung Mikael bersemangat.

“Bagus-bagus. Ini yang aku mahukan. Good job Mikael. Hahah. Cepat lah terangkan kat kitaorang” tumpuan Syafinash bukan lagi pada Hanim dan rocketnya.

‘Phew…selamat Mikael datang…kalau tak, tak sudah lah minah tuh menyakat aku.’ Lega Hanim. Segera mereka memberi tumpuan pada Mikael.

02 September 2009

“Attention! Weyh, semua jom gerak ke Plaza Pentadbiran. Hari ni ada pengambaran class.” Arah Mikael selaku class repp.

“Lah…weyh, jadi ke tangkap gambar hari ni? Kau cakap tak pasti semalam. Aku pakai biasa-biasa je kut hari ni” Syafinash tak puas hati.

“Sorry lah. Manalah aku tau. Aku pon baru dapat text dari dorang tadi. Alah…takde apa lah. Okay dah kau tuh. Tak yah nak beria sangat. Dah dah gerak gerak. Kang lambat pulak sampai plaza.”Dengan rasa sebal Syafinash merungut, “ish…geram betul aku dengan Mikael ni. Suka bagi tahu last minute.” “Apa lagi kau merungut tuh Syaf oii…cepat lah…kau tuh kalau dengan Mikael tau nak gaduh je.” Hanim terus menarik tangan sahabatnya itu agar segera melangkah ke plaza.

Ketika di Plaza Pentadbiran…

“Okay… adik-adik semua…Saya nak lelaki duduk depan perempuan berdiri belakang. Haa… empat orang perempuan yang agak rendah mari duduk depan kat kerusi kosong ni. Yang baju kurung kuning tuh kamu ke tengah. Yang baju kurung biru tuh tukar ke sebelah baju hijau. Hurmmm….okay…good nice.” Lincah abang krew photography menyusun kedudukan mereka.

“Sekarang saya bagi kamu semua nombor. Tolong ingat ye nanti tulis kat kertas yang saya bagi tadi… mula dengan yang depan ni satu…dua…tiga…….”

“Aku nombor tiga ye?” Adam menyoal gadis yang ayu duduk disebelahnya.

“Haa…ye lah kut. Dah aku nombor dua” tenang Hanim membalas.Disebabkan Hanim agak rendah jadi dia terpilih untuk duduk di barisan hadapan bersebelahan si Adam.

Setelah selesai sesi pengambaran….

Laju langkah Hanim dan Syafinash menuju ke café untuk mengisi perut mereka yang sudah mula berbunyi.

“Ecececeh…suka lah tuh duduk sebelah Adam tadi. Dah lah warna baju korang lebih kurang” Syafinash dah mula menyakat.

“Ehh, mula dah kau ni. Mana ada. Semua tuh tak dirancang hokay. Nak tau tak, tadi Adam tanya soalan mengarut. Dia tanya aku dia nombor tiga ye. Dah terang-terang abang tuh tunjuk dia nombor tiga tadi. Pelik-pelik” cerita Hanim sambil mengelengkan kepala.

“Eleh, kan aku dah kata dia suka kau. Semua tuh taktik nak mengorat kau je tuh. Nak cakap dengan kau. Korang tuh kan susah sangat nak bercakap.”

“Kau jangan nak buka teori mengarut kau tuh. Tak sabarnya aku nak tengok gambar tuh dah siap. Yeay. Gambar first sem kita kat sini” Hanim segera melangkah kegirangan dengan senyum tak lekang di bibir. Tanpa sedar, langkahnya semakin laju.

“Ceh, kau tak sabar sebab nak tengok gambar kau dengan Adam je pun. Ingat aku tak tau ke? Eh, perlahan lah sikit jalan tuh asal laju sangat ni.” ‘ish, minah ni kalau dah happy mula lah jalan tak ingat orang..grgrgr…’gumam Syafinash dalam hati.

24 September 2009

“Syaf, kau nak beli apa-apa lagi tak?” Hanim menyoal Syafinash yang dari tadi tak habis membeli-belah di festival yang dianjurkan oleh salah satu persatuan di kolej mereka. ‘hurm…dia ni kalau dah membeli tak ingat dunia. Syaf…Syaf…’

“Erm…jap…” beg plastik di tangan nya ditelek. “Cukup lah kut. Habis pulak elaun aku bulan ni nanti” akhirnya Syafinash menyekat nafsu membeli-belahnya.

“Haa…kalau dah cukup jom lah balik bilik. Tak tahan lah aku duduk sini lama-lama. Bising. Bingit telinga aku” rungut Hanim.

“Baik-baik. Jom kita ke balik” kesian pulak Syafinash tengok Hanim yang terpaksa menemannya ke festival itu.Ketika mereka hendak melintas jalan ke kawasan kolej kediaman mereka, mata Hanim tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang mengayuh basikal ke arah festival yang baru ditinggalkannya.

“Eh, Adam! Adam!” tanpa sedar laju bibir dia melaung nama pemilik susuk tubuh berkenaan sambil melambai-lambai kearah jejaka yang sedang mengayuh basikal itu.Adam yang ketika itu sedang mengayuh basikal bersama beberapa lagi sahabatnya agak terkejut dengan teguran daripada Hanim itu. Dia lantas menyorok sedikit wajahnya.

“Weyh, kau ni asal? Jerit nama anak teruna orang malam-malam ni” Syafinash memberikan pandangan yang pelik kepada sahabatnya itu.

“Errr….aku nampak Adam tadi”

“Lah…aku pun nampak, bukan Adam je aku nampak Shah pun aku nampak”

“Takda apa lah. Jom masuk bilik cepat” Hanim segera berlari-lari anak ke biliknya.

Setibanya di bilik…

“Weyh!!! Aku malu…” Hanim melemparkan badannya di atas katil lalu menutup mukanya dengan bantal.

“Hahahhahaha” gelak besar Syafiash dengan telatah rakan sebiliknya itu.

“Tuh semua tindakan reflex aku. Aku pun tak sangka aku boleh buat macam tuh. Malunya. Nasib dah habis lecture weeks. Kalau tidak, tak tau lah macam mana aku nak hadap muka dia.” Merah-merah muka Hanim menahan malu.

“Tu lah… aku pun pelik jugak tadi kau gi tegur dia. Dah lah semangat kut. Kalau nak kata tegur sebab classmate, si Shah kau tak tegur pulak.” Tambah Syafinash.

“Kan aku dah kata aku tak sedar aku buat semua tuh. Aku excited nampak dia tadi. Tuh yang terkeluar semua tuh. MALU!!!!!!!!!!!” jerit Hanim sambil menekup mukanya pada bantal.

“Yang aku tak leh blah, boleh pulak si Adam tuh tersipu-sipu. Bwahahahha. Dah macam dia pulak anak dara kena ngorat”

“Tau… Aku perasan jugak. Weyh, macam mana ni. Malu. Macam mana nak jumpa dia masa final exam nanti. Aku tak nak pandang dia dah.” Hanim mengeleng-geleng kepala tanda tak rela bersua muka dengan Adam dah.

“Hahahahhahaha….habislah kau.” Syafinash tak pernah habis dengan ketawanya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.