Novel : Sesuci Qaseh Humairah 2

11 May 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : shashaNara

2

Seperti yang dijangka, tepat jam 5.15 Asyraf telah tiba di pejabatku. Sungguh menepati masa lelaki ini. Patut la orang lantik jadi ketua pelajar dulu. Sebelum turun tadi sempat aku serahkan kunci keretaku kepada Sya. Sya tinggal bersamaku di rumah bujang. Kebetulan kami kenal dari sekolah rendah lagi. Cuma hubungan kami masa tu tidaklah serapat sekarang. Dan kini,dia juga bekerja bersama aku. Tapi dia bertugas sebagai juru bahasa. Memang kemana jua,kami bersama lah..hehe. Apartment kami hanya kira-kira 7km dari pejabat. Tidak la jauh mana. Cuma kalau pergi pejabat jalan kaki,alamat pengsan la aku jawabnya.

Aku berjalan anak menuju ke keretanya. Sungguh tampan tegak berdiri. Terpegun seketika aku melihat dia berdiri di sisi Vios hitamnya. Itulah Asyraf. Suka sangat mengumpul kereta berwarna hitam. Hari ni entah kenapa dia hanya pandu Vios. Dari jauh,dia memberikan senyuman yang cukup memukau untukku. Sesekali angin berlalu menerbangkan rambutnya yang lebat dan dia pula mencekak rambutnya ke belakang. ‘Wah..sah shampoo rambut hari-hari nie’ omongku di dalam hati.

“Assalamualaikum,bucuk.. Sori lambat sikit” seperti biasa,aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Tingkahku seolah-olah tingkah seorang isteri terhadap suaminya. Dari dulu lagi,tiap kali berjumpa aku mesti bersalaman dengannya. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berkelakuan seperti itu sedangkan dalam hidupku aku tidak pernah memegang tangan lelaki yang bukan muhrim bagiku dengan sengaja. Begitu juga dia.

“ Try tengok jam kat tangan tu pukul berapa sekarang” arah Asyraf sambil melihat ke arah jam yang berada di pergelangan tanganku.

“ Tepat jam 5.20. Ira dah turun pukul 5.15. Asy pun dah nampak batang hidung Ira tepat jam 5.15 kan? Perjalanan dari pintu pejabat Ira ke kereta Asy ni mengambil masa kira-kira 5minit je. Sebagai seorang bakal suami yang baik,Asy kena sentiasa bersabar dengan Ira. Ala..5minit je kan. Ira tunggu Asy 5 tahun tau” jelasku tanpa sedikit pun rasa bersalah. Lagi pun 5 minit je la. Bukannya lama pun. Tak kan itu pun nak marah. Relax la,bro.

“Eh..Ira tengok kat belakang tu,Ira ada terjatuh something agaknya tu” Dia memuncungkan bibirnya kearah belakangku agar aku menoleh.

Tiba-tiba… chupppp!!! 1 ciuman hinggap di pipi aku. Tergamam aku seketika. ‘Aku kena cium ke?? Wah..biar betul. Ciuman pertama. Ohh tidak!!! Aku masih dara ke??’ Lamunanku terhenti kerana sepantas kilat dia menarikku ke pelukannya.

“ Tak nak masuk dalam kereta ke? Kalau tak nak, meh sini Asy cium sekali lagi. Sayang tahu kan Asy rindu sangat ni. Rasa macam tak sabar je nak kahwin. Kalau dah kahwin,bukan setakat cium je,macam-macam Asy boleh buat kan. Kalau tak nak kena sebelum kahwin,cepat masuk.” Asyraf tersenyum sinis. Sakit hati aku melihat senyuman di bibirnya. Suka la tu dapat kenakan aku. Sengaja nak duga aku. Pantas sahaja aku menolak dada bidangnya dari bersatu dengan dadaku. Lalu,aku memboloskan diri masuk ke dalam kereta dengan rasa geram yang jelas dan nyata. Huh!!!

Ketika dalam perjalanan,aku hanya menyepi. Sesekali kulihat Asyraf kerling kearah aku. Namun,aku buat-buat tak tahu je..

“Bucuk..Jangan la merajuk. Ok2..Asy janji,Asy tak buat dah macam tu.” Tangannya diangkat seolah-olah simbol berjanji untuk tidak melakukannya lagi.

“Siapa bucuk ar??Asy la yang bucuk. Kalau Ira bucuk nape cium ira tadi? Siap la Asy..Ira nak buat surat saman. Sebab Asy buat macam tu kat Ira tadi. Kita jumpa di mahkamah! Werrrkkkk!!” aku menjelirkan lidah kepadanya. Sempat aku menggertak dia. Biar dia takut. Tapi,macam la dia takut kat aku kan. Sekali dia cium aku lagi sekali,nahas aku.

“ Comel la bakal isteri Asy ni. Bila merajuk,nampak lagi comel.. Lagi geram tau Asy nak cium.” Tengok..sempat lagi dia nak kenakan aku. Aku tembak kan baru tahu. Beng!!!! Beng!!! Beng!!! Haha.

“Asy ni kan..suka sangat kenakan Ira. Ira gigit nak?? Eee.. tak suka tahu tak. Jangan la buat macam tu lagi. Kita kan belum nikah lagi. Tak elok la..” sempat aku ingatkan dia.

“Kalau tak nak Asy buat lagi,jangan merajuk. Kalau tak,tengok la apa Asy nak buat. Lagipun,Ira kena ingat tau. Ira ada sembilan nafsu. Asy ada satu je nafsu. Tapi nafsu Asy tertumpu kat ira je. Jangan la goda Asy. Walaupun Ira tak goda,tapi senyuman Ira tu menggoda tau. Geram Asy tengok sebab tu Asy cium. Akhirnya,kita yang berdoasa. Asy minta maaf ok?” terangnya atas kekhilafannya sebentar tadi. Itulah Asyraf. Dia selalu serba salah dengan hubungan kami. Sebab itu dia nak kami cepat-cepat kahwin. Nak mengelak daripada terus melakukan dosa. Dia sentiasa tewas denganku dan aku juga sama,tewas apabila bersamanya. Namun,Alhamdulillah sehingga kini kami masih dapat menagawal kewarasan kami untuk tidak melakukan perkara ‘itu’.

Sungguh aku mengerti gelodak jiwanya. Sebab tu la Islam menyuruh kita kahwin kalau dah cukup syarat. Dalam islam ada tiga perkara yang harus dipercepatkan. Pertama,jika terdengar azan maka awalkanlah solat. Kedua,jika ada kematian maka percepatkanlah kebumikan jenazah. Dan yang ketiga,jika ibu bapa mempunyai anak perempuan yg telah cukup syarat unruk dikahwinkan maka cepatkanlah nikahkannya. Kalau tak kahwin dan iman pun tak kuat,terlanjur la jawabnya. Dunia sekarang ni ramai tau yang terlanjur tapi tak jadi kahwin.

Ya Allah..takutnya aku. Lindungi dan berkatilah hubungan kami. Bukalah pintu hati kami untuk bertaubat. Agar kami dapat meneruskan perjuangan ini. ‘Aku mencintainya.. aku menyayanginya dan aku amat merindui belaiannya.. satukan kami, ya Allah.. jangan ada halangan sepanjang tempoh untuk kami bergelar suami isteri nanti..’ doaku ringkas di dalam hati. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Sesuci Qaseh Humairah 2”
  1. hasmiera'kichijyoji says:

    terbaekkk!
    😀

  2. shashaNara says:

    terima kasih… :)

  3. hasmiera'kichijyoji says:

    kakak! ada blog x??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.