Novel : Sesuci Qaseh Humairah 4

30 May 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : shashaNara

4
Aku menghempaskan bag tangan beserta dokumen-dokumen yang ku pegang dari tadi di atas katil. Hari ini adalah hari yang cukup memenatkan. Aku terpakasa selesaikan dua kes. Pertama,kes tuntutan hak penjagaan seorang ibu mertua terhadap cucunya dan yang kedua pulu kes yang sering kali aku handle iaitu kes penceraian. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Kenapa la kahwin kalau untuk bercerai. Antara perkara yang dibenarkan tetapi dibenci oleh Allah adalah perceraian. Dan berdosa bagi seorang isteri meminta cerai daripada seorang suami yang semata-mata ingin bersama dengan kekasih lama. Dah tahu sayang lagi kat kekasih lama tu,sapa suruh gatal sangat pergi kahwin dengan lelaki lain.

Aku berbaring di atas tilam empuk yang bersaiz king. kemudian melihat jam di pergelangan tanganku yang belum sempat aku tanggalkan dari tadi kerana terlalu penat. Jam pemberian Asyraf pada ulang tahun perhubungan kami yang ke 5. Masih terpahat dipergelangan tanganku. ‘Sekarang baru pukul 8.15. Aku nak tidur la kejap. 1 jam pun jadi la. Lepas tu baru aku mandi dan solat isya’. Penat sangat nie.’ Aku bermonolog seorang diri. Belum sempat aku melelapkan mata, telefon bimbitku berdering mengikut rentak dengan lagu Tak Bisa Memilihmu,nyanyian daripada kumpulan Ungu.

Emak menghubungiku bertanyakan tentang persiapan perkhawinanku. Khabarnya,di kampung emak dan abah telah menjemput semua saudara dan penduduk kampung. Anggaran orang yang akan datang ke majlis aku nanti adalah 800 orang. Campur dengan rombongan merisik lagi dan kawan-kawan aku lagi. Agaknya ada la seribu lebih kot. Ramai jugak ye orang nak datang tengok aku kahwin. Tu tak termasuk lagi tetamu-tetamu yang tak dijemput.

Aku mengira-ngira menggunakan jariku. Nampaknya lagi lima bulan aku akan menjadi isteri orang. Kursus kahwin dah. Baju kahwin dah tempah. Dua minggu lagi siap la agaknya. Kek tiga tingkat dah ditempah. Tiga tingkat tu adalah simbol kami berkenalan pada bulan tiga. Mas kahwin aku macam orang biasa-biasa je la. Tapi wang hantaran Asyraf nak bagi kat aku RM1000 je. aku pelik jugak,punya la kaya seribu je nak bagi kat isteri dia.

Gaji dia sebulan pun dah RM10,000. Tu pun tak termasuk dengan alaun apa-apa lagi. Tapi tidak pula aku suarakan kepada dia. Aku bukan sukakannya sebab hartanya macam yang perempuan-perempuan kat luar sana tergila-gilakan. Aku sukakan akhlaknya,keprihatinannya dan yang pasti aku cintainya tanpa sebab-sebab fizikal. Yang penting batinnya baik. Hati budi tu lebih penting dari rupa dan harta.

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami agar semuanya berjalan lancer nanti dan lindungilah kami dari sebarang musibah yang tidak diingini. Aku berdoa di dalam hati.

“Ira,tadi ada orang nak jumpa kau tadi. Dia cakap nak jumpa kau dekat Suria Café esok pagi pukul 9.00.. Aku tak kenal sape,tapi cun la.. Dia datang dua orang. Sorang lagi tu aku nak kata mak dia,nampak macam dah tua. Kalau aku nak kata nenek dia,bergaya sakan. Kau tengok la esok,maybe kau kenal.” Terang Sya yang terus menyerbu masuk ke dalm bilikku. Dia ni bukannya nak ketuk pintu dulu ke panggil aku ke apa. Ni terus terkam. Tak sabar betul. Isy……

Agak-agak siapa ya yang nak jumpa aku tu. Sekurang-kurangnya bagitahu la nama ke dulu. Tak adalah aku gelabah sangat. Entah-entah orang datang nak pinang aku lagi kot. Huh…laku jugak aku ni rupanya.. Tapi,macam tak sedap hati aje. Anak raja mana la nak kat aku ni. Ampun tuanku,patik dah berpunya.. hahaha. Aku ketawa seorang diri.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.