Novel : Sesuci Qaseh Humairah 5

6 June 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : shashaNara

5

“Asyraf tak setuju!” villa mewah yang kebiasaannya ceria dengan gelak ketawa dua puteri yang cantik serta seorang putera yang digilai ramai itu tiba-tiba menjadi sepi setelah mendengar jeritan Asyraf tadi.

“Nenek tak kira. Walau apa pun yang terjadi,nenek nak kamu kahwin jugak dengan Farah tu. Kamu tahu tak,keluarga Farah tu dah banyak berjasa dengan keluarga kita. dulu masa syarikat papa kamu tu hampir nak muflis,keluarga dia yang keluarkan modal bagi pinjam dekat papa kamu. Nak harapkan papa kamu tu,sampai mampus pun tak boleh nak berdikari!” Nek Mai sudah keterlaluan mengeluarkan kata-katanya. Marahkan cucu,hinggakan anak sendiri pulak disabitkan.

“Nenek belum kenal siapa Farah yang sebenarnya. Dia dah jauh berubah. Dia bukan macam Farah yang nenek kenal dulu. Dia dah banyak berubah dan kalau dia baik sekalipun,Asyraf tetap tak mahu berkahwin dengan dia sebab Asyraf cuma cintakan Ira dari dulu hingga sekarang.”

Farah memang cantik. Tapi,sayang sekali. Cantiknya hanya pada luaran. Dalamannya penuh dengan titik-titik hitam. Aku sendiri tidak pasti apa yang telah mengubah dirinya menjadi seperti itu. Sebelum dia menyambung pelajarannya ke Jordan,aku sangat mengagumi dirinya. Namun perasaan itu tidak lebih dari perasaan seorang kawan.

“Apa kurangnya si Farah tu?? Dia tu lagi cantik dari perempuan yang kamu gila-gilakan tu. Lagi pandai dari perempuan tu. Farah tu doktor. Sesuai sangat la dengan kamu yang berpelajaran tinggi. Lagipun dia tu baik. Lulusan dari al-Azhar lagi. Jauh lebih baik daripada Syaira yang Cuma belajar dekat dalam Negara je. Ha…lagi satu,Farah tu…..” belum sempat nenek menghabiskan ayatnya,laju sahaja Asyraf ingin memintas.

“Kalau dia baik,dia takkan berpakaian macam orang yang tak cukup kain macam tu. Kalau dia bijak,dia takkan buat perangai gedik dia tu dekat semua orang. Orang pun reti menyampah la,nek. Macam perempuan yang tak bermaruah langsung. Tak sedar diri.” Jelas kelihatan Nek Mai menahan rasa marah kerana aku menghina ‘bakal isteri’ yang nak dijodohkan dengan aku tu.

“Cukup,Asyraf. Nenek tetap dengan keputusan nenek. Kamu kena kahwin dengan Farah. Lagi pun nenek dah jumpa keluarga dia tadi. Mereka setuju nak kahwinkan Farah dengan kamu dalam masa 2 bulan lagi. Mereka juga dah sepakat nak serahkan 30% share dari syarikat mereka kepada kamu. Ini je cara untuk Megat Holding bergabung dengan Hailand Holding.” Nenek tetap dengan pendiriannya. Lalu meninggalkan aku bersama-sama dengan umi dan papa.

Mereka seolah-olah patung yang tidak bernyawa. Sedikitpun mereka tidak membela aku ketika bertengkar dengan nenek sebentar tadi. Tidak tahu kenapa. Sedangkan aku tahu mereka sukakan Syaira. Mereka sendiri yang pergi merisik Syaira untuk aku.

“Umi..kenapa umi tak tolong Asy tadi.” Aku bertanya kepada umi yang masih lagi tunduk mendiamkan diri.

“Papa..tolang la Asy. Papa tahu kan lagi dua bulan setengah Asy dengan Syaira nak nikah. Mana mungkin Asy nak pututskan pertunangan kami. Asy cintakan Syaira. Tolong la,papa..” Asyraf seakan-akan merayu dengan papa dan umi supaya membantunya.

Akhirnya papa bersuara, “Sabarlah Asy. Kami dah cuba tolong kamu sebelum kamu balik rumah tadi. Kami dah bincang dengan nenek tadi. Umi cuba tahan hasrat nenek. Asy tahu apa nenek buat dekat umi sebab berani bersuara melawan cakap dia? Nenek tampar umi tahu tak. Sebab tu kami cuma diam saja tadi. Nenek juga ugut kami. Kalau kami tak setuju kamu berkahwin dengan Farah,dia akan halau kita semua keluar dari rumah ni dan semua hak dalam syarikat kita tu akan ditarik balik.

Macam ni la,Asy.. papa dengan umi suka dekat Syaira. Kami berbesar hati sebab dia dah setuju nak kahwin dengan Asy dan sanggup bahagiakan Asy. Kami tahu Syaira tu baik orangnya sehingga tidak mungkin bagi kami untuk datang ke rumahnya meminta perkahwinan kamu berdua di batalkan disaat-saat akhir macam ni. Tapi kami juga tak mampu nak lawan hasrat nenek kamu tu. Nanti kita juga yang akan terima padahnya. Papa cuma nak bagi cadangan,apa kata kamu turutkan saja hasrat nenek kamu tu. Tapi tak bermakna kamu kena putuskan hubungan dengan Syaira.”

Lama aku berfikir apa makna disebalik kata-kata papa tu. “Maksud papa,papa nak Asy hidup berpoligami. Tak mungkin,papa.. Mustahil Asy nak sakitkan hati Ira. 7 tahun kami saling mencintai dan 5 tahun dia sanggup tunggu Asy dengan setia,kemudian senang-senang Asy nak kahwin dengan orang lain. Nak madukan dia. Asy takkan buat hati dia terluka lagi. Kenapa susah sangat orang nak faham. Asy lelaki,memang Asy boleh kahwin sampai 4 orang. Tapi,kalau perkahwinan itu menyakitkan hati orang yang Asy sayang, Asy tak sanggup nak lakukannya. Umi mesti faham kan macam mana perasaan Ira kalau dia tahu Asy nak berpoligami. Umi perempuan dan umi rapat dengan Ira,mesti umi faham kan?”

Umi menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Aku lihat wajah umi nampak begitu suram. Aku mengerti akan perasaannya. Umi sangat berkenan dengan Syaira. Tapi umi juga tak mampu nak melawan hasrat nenek yang mengarut ini. Hasrat yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Aku terus memanjat tangga dan masuk ke dalam bilik tempat aku beradu. Lalu aku ambil telefon dan menelefon kekasih hatiku. Mungkin mendengar suaranya sudah cukup untuk membuat hati ini sedikit tenang dan hilang rasa gelisah di hati yang baru sebentar tadi dibakar oleh ‘singa betina tua’ yang tak sedar diri tadi.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.