Novel : Si Mata Biru 1

28 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Anabelle Adylea

Prolog

Langkahnya semakin laju menyaingi doktor yang menolak katil ke ruang kecemasan. Matanya tak berhenti memandang gadis kesayangannya yang terkulai layu di atas katil. Darah tak berhenti mengalir dari pergelangan tangan kirinya.

‘ Why you so stupid! Why?!’ soalnya di dalam hati. Kesal dengan apa yang terjadi.

“ Sir, you can’t come in.” Langkahnya terhenti namun matanya mengiringi katil yang ditolak hingga hilang di sebalik pintu kecemasan. Dia terduduk di tepi dinding. Menunggu dengan penuh debaran.

“ Babe!!! Open the door please… Babe! You haven’t eat any foods since yesterday.. Please open the door!” Ketukan semakin kuat namun masih tiada tanda pintu akan dibuka. Kepala di geleng. Makanan di tangan di letakkan di atas meja kecil di luar bilik. Kunci?Tergopoh-gapah dia mencari kunci di dalam laci di ruang tamu. Nafas lega ditarik apabila gugusan kunci yang bertanda master room berada elok di tangan. Tiba-tiba bunyi kaca yang berderai di lantai menambahkan rasa cemasnya. Dia berlari dan membuka pintu.

“ Ya Allah!!! Babe!!!… Ya Allahhh!!!… What are you doing?!!! Why???!!!” Jeritannya sangat memilukan bersama tangisan yang tak berhenti mengalir. Dia mengendong susuk tubuh yang longlai berlumuran darah.

“ It hurts. Badly! N-Not the wound. But my heart. Let me die. Pleaseee…” Suara yang lemah amat menyayat hatinya. Semakin deras air matanya mengalir.

“ No!!! I wouldn’t let you!!! No!!!”

“ I’m sorry sir, she need blood and I’m sorry we don’t have have enough blood for her type, O Negative. She lost too much of blood, we need it urgently to safe her.” Dia sedia maklum, bekalan darah di bulan December memang terhad disebabkan musim percutian dan kemalangan juga lebih kerap berlaku di musim ini. Tapi dia berdara B Negatif. Bagaimana hendak mencari darah sesiangkat ini? Papa? Papa tiada. Ya Allah, Kau tolonglah dia Ya Allah.

“ I’m B Negative and I don’t have any friends who have her blood type. Her dad isn’t here so I…” Dia kalah! Dia bukannya orang yang akan mengalah bila ditimpa masalah. Dia seorang yang tenang namun apabila nyawa yang menjadi pertaruhan, dia hilang arah. Doktor berkulit cerah berambut perang itu memandangnya dengan riak yang sama sepertinya. Risau dan berharap.

“ Is there’s something wrong?” Doktor bernama Joanne memeluk lelaki yang menyapanya. Dia memandang penuh tanya. Takkanlah dalam masa kecemasan seperti sekarang mereka hendak bercengkarama.

“ You didn’t take any medication or antibiotic within this 7 days don’t you?” Lelaki itu menggeleng, sempat mengerling ke arahnya yang memandang penuh tanya.

“ We have patients badly bleeding and need O negative. Please help us.” Doktor Joanne separuh merayu. Tanpa berfikir panjang lelaki itu mengangguk dan mengekori langkah doktor Joanne. Dia yang masih menunggu memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Sekurang-kurangnya gadis kesayangannya ada peluang untuk hidup.

Bab 1
Drama Sebabak

Tiket di tangan diperhati kemudian pandangan beralih melihat skrin telefon. Pesanan ringkas dari adiknya melalui aplikasi Whatsap membuatkan dia mendesah geram. Tiket sudah dibeli, tiba-tiba adiknya ada hal pula. Nak buat macam mana, mahu tak mahu terpaksalah dia menonton sendirian.Dia memerhati tingkah laku manusia yang beratur membeli tiket sementara menunggu masa tayangan. Hendak membeli bertih jagung, dia malas hendak beratur. Lagipun, dia bukannya lapar sangat.Hari ini hari pertama tayangan filem Me Before You yang merupakan novel Best-Seller. Dia adalah peminat novel itu, makanya dia tak sabar untuk melihat Will dan Lou di layar perak.

Pandangannya terhenti melihat pelancong asing beratur untuk membeli tiket. Mereka bertiga, dua lelaki dan seorang perempuan. Si lelaki sedang beratur dan yang perempuan berdiri di tepi, di luar garisan. Tampan dan cantik kesemuanya. Hidung mancung terletak, rambut perang, mata biru. Ralit dia memerhati keindahan ciptaan Allah. Bukan dia sahaja agaknya. Mereka menjadi perhatian semua pengunjung di pawagam. Tak pernah pula dia nampak pelancong menonton wayang.

Dia cepat-cepat memerhati telefon apabila pelancong tadi bergerak menuju ke arahnya. Hendak membeli bertih jagung agaknya. Sempat juga dia meneliti butir bicara dalam loghat bahasa Inggeris yang sangat pekat. Jenuh juga dia hendak memahaminya. Dari riak wajah perempuan itu dia seperti sedih. Kenapa pula?

“ Aed, are you sure? Jamie can accompany you. He don’t mind at all. He don’t even like the film though.” Lelaki bernama Aed, jejaka yang paling tampan antara keduanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang sangat memukau. Kalaulah hati dia dari ais, mahu cair sekarang juga.

“ I’ll be fine Anne, no worries. I’m more worried to let you watch it by yourself. I’ll find something to do while waiting.” Sempat dia menjeling tiket di tangan gadis yang bernama Anne, ada dua. Agaknya Aed mengorbankan dirinya supaya Anne dapat menontong wayang bersama Jamie. Dari lagaknya, Anne berpasangan dengan Jamie, si baju biru yang memeluk erat pingggangnya. Dari cincin yang dipakai mereka, mungkin mereka suami isteri. Agaknya mereka ini sedang berbulan madu dan Aed
hanya menemani. Tapi, takkanlah lelaki paling kacak macam dia ni tak ada yang nak? Memilih kot. Mat Saleh ni bukan tak tahu. Tukar perempuan macam tukar baju.

“ But, I feel sorry for you cuzzy. It’s not fair.” Bibir Anne muncung. Tak semena-mena pipinya dicuit Aed. Sepupu rupanya. Manja juga dia ni kan, padahal sepupu jer pun. Tapi bila dia ingatkan balik, dia pun manja dengan Yusuf, sepupunya yang sebaya. Mamat tu jugalah kawan baiknya sejak kecil.

“ It’s your honeymoon, so Jamie and you can’t be separated. Please enjoy your self for me? Okay?”

“ Okay mate. We will.” Dah macam bapak suruh anak-anak pergi bersuka ria di sekolah dah aku tengok mamat ni. Urmmmm… Kasihan pula tengok muka Anne tu. Mesti dia tak sampai hati nak tinggalkan sepupu dia. Tiket aku ni pun nanti ke tong sampah juga. Apa salahnya bersedekah kan?

“ Hi, Sorry.” Lengan baju Aed ditarik lembut. Nasib baik dia sempat mengejar sebelum lelaki itu menuju ke elevator ke tingkat bawah.

“ Yes Darl, May I help you?” Dia terkedu. Kenapa pula si Aed ni terlebih kacak pula bila mereka bertentang mata. Siap panggil dia Darl singkatan nama untuk Darling. Mat Saleh ni memang terkenal dengan sifat romantik. Padanlah ramai artis yang berkahwin dengan Mat Saleh. Yang tak boleh tahan senyuman dia yang manis bak gula. Cepat-cepat dia menarik nafas. Karang tak pasal-pasal dia pengsan tak cukup oksigen.

“ I have extra ticket. My sister can’t make it. You can have it.” Tiket dihulur namun Aed teragak-agak menyambutnya walaupun senyumannya semakin melebar. Gadis di hadapannya diperhati. Bukannya dia tak perasan gadis itu asyik memerhatikan mereka sejak tadi. Memang kehadiran dia dan sepupunya di panggung wayang hari ini menjadi perhatian umum. Namun, matanya lebih tertarik pada pandangan gadis di hadapannya. Tubuhnya tinggi lampai persis model, kulit cerah gebu, hidung mancung, rambut hitam pekat sehitam matanya yang galak.

“ Ehemmm…” Kening kanan diangkat sambil berdeham. Boleh pula Mamat ni tengok dia macam nak telan. Dah kenapa? Nak ke tak nak tiket ni? Kerek pula. Ingat aku ni ulat tiket ke? Ulat tiket tu kat stadium la. Tak pun kat stesen bas masa semua orang terdesak nak balik kampung. Ini bukan stadium, raya pun belum lagi jadi aku bukan ulat tiket la!

“ Sorry… How much?” Aed yang tersentak menyeluk poket jeans, mengeluarkan dompetnya.

“ It’s okay. For free. She want to spent time with you as well. It’s for her.” Aed mengangguk pantas menoleh ke arah Anne yang memerhati dia dan gadis itu.

“ Thank you.”

“ Welcome. Got to go. Bye.” Aed memerhati gadis itu meningalkannya dan dia melemparkan senyuman ketika melimpasi Anne.

“ Who is she? Your friend?’ tanya Anne sebaik sahaja dia mendekati mereka. Jelas terpamer riak hairan di wajah masing-masing.

“ Not a friend but a kind lady who are so kind to give me free ticket so I can join you to the tears party.” Anne memeluk lengan Aed, suka dan geram dalam masa yang sama. Suka sepupunya dapat menemaninya menonton wayang dan geram Aid asyik memerli filem yang ditunggu-tunggunya sebagai filem air mata.

“ Let’s go. We don’t want to miss anything right? Not even a commercial.” Anne tersenyum riang namun tiba-tiba dia menjerit kecil. Cemas Jamie dan Aed bertanya apa yang terjadi.

“ I want pop corn.” Anne tersengih-sengih memandang Aed dan Jamie bersilih ganti. Aed menepuk dahinya tak percaya Anne masih tak berubah. Keanak-anakan. Mereka sebaya, 30 tahun. Jamie pula tua setahun dari mereka.

“ I’ll buy the popcorn. Mate, take care of her for me.”

“ Ai ai captain.” Jawab Aed siap tabik hormat. Jamie hanya menggeleng kepala. Padan sangat Anne dan Aed sepupu. Dua-dua gila-gila.

“ Are you happy?” Anne mengalih pandangan pada Aed.

“ Of course I am. See, I can’t stop smiling. There’s nothing will go wrong if I have you and Jamie.” Aed mengelus lembut ubun-ubun Anne. Dia memang rapat dengan Anne sehingga ada yang salah anggap Anne sebagai kekasihnya.

“ Here you go princess. Your Caramel Popcorn with Almond bits.” Anne tersenyum riang. Lengan Jamie dan Aed di paut dan dia berjalan ditengah-tengah. Jamie dan Aed hanya mampu tersenyum. Biarlah. Nama pun tengah bercuti. BIla lagi Anne boleh manja begini. Bila dia balik ke London nanti pasti hidupnya sangat sibuk sehinggakan hanya keluhan yang keluar dari mulutnya.Nadya menunggu dengan sabar, dari tadi iklan jer tak habis-habis. Tapi budak yang ambil tiket tadi memang dah cakap pun yang filem akan tayang 15 minit lagi. Bukan tak pernah tengok wayang pun kan? Ke sebab dah lama tak tengok? Terakhir dia tengok wayang 2 tahun lepas. Lama tu!

Seperti biasa matanya melilau ke sekeliling memerhati gelagat manusia. Dalam kesamaran lampu, sempat matanya merakam gelagat manusia di sudut kiri berdekatan dinding di barisan bawah. Buat wayang ke peluk ketat sangat. Sampai laga hidung. Hishhhh… Budak yang baru nak kenal cinta kot. Dia menggeleng kepala. Kalau kau tahu sakitnya cinta tu, rasanya kau takkan biarkan diri kau jatuh cinta sampai bila-bila.

Eh, apa aku melalut ni. Mata dipejam. Tak nak buat dosa kering mengutuk orang tanpa usul periksa. Entah-entah mereka dah kahwin. Tengah bulan madu macam Anne dan Jamie.

“ Hi, May I sit here?” Mata dibuka, luas. Air liur ditelan, pahit. Macam mana dia boleh lupa yang tiket diberi tadi adalah tempat duduk di sebelahnya? Haru betul! Nak tak nak, senyum kelat dilempar kepada Aed yang dari tadi asyik senyum. Dah macam buat iklan colgate.

“ I give you the ticket right? So, the chair is yours for two hour.” Jawapan gadis itu agak dingin di pendengaran Aed. Mungkin dia penat agaknya. Tadi pun Aid nampak dia pejamkan mata. Sebaik sahaja duduk, dia menoleh Anne dan Jamie di belakang. Sempat dia berbual dengan mereka sekejap.

“ Alone?” Nadya menarik nafas dalam. Mamat ni dah kenapa? Filem dah nak mula, dia pula nak berbahasa basi. Soalan tak berapa bijak. Ni yang aku malas nak baik sangat ni. Kalau tahu tadi, baik aku simpan jer tiket tu.

“ Yes I’m alone. My sis can’t make it. That’s why I give you the ticket. Remember?” Soal Nadya keras. Aed tersengih-sengih macam kerang busuk. Tapi, taklah busuk mana sebab lesung pipit dia tu memang buat dia sentiasa manis. Nak jer Nadya pipit-picit pipi Mamat ni.

“ Sorry.” Nadya tak layan, matanya tertumpu ke arah skrin. Aed pula melihat jirannya yang tak lekang dengan senyuman terutama sekali apabila Lou bertemu dengan Will pertama kali. Cantik senyuman Minah di sebelahnya ni. Baru kenal sejam tapi banyak perubahan riak Minah yang dia tak tahu nama ni.Mula-mula bagi tiket nampak baik, comel. Senyum ikhlas. Tapi bila dah duduk sebelah dingin semacam. Mula tengok wayang senyum memanjang. Nak-nak bab romantik tu. Senyum sampai telinga. Memang mood swing memanjang agaknya Minah ni. Sering terbawa emosi. Aed menyua bertih jagung ke mulut. Sempat pula dia menganalis Minah tiket di sebelahnya. Mula-mula tadi dia panggil Minah Model. Sekarang Minah tiket pula.

“ Popcorn?” Nadya mendesah geram. Mamat ni memang nak kenalah. Orang tengah fokus, masa ni jugalah dia nak terlebih mesra. Nadya menggeleng. Mata masih melekap di skrin. Aid tak puas hati. Ada ker orang tengok wayang tak makan popcorn? Air pun tak ada Minah ni. Sengkek sangat ke? Popcorn diambil dan disua ke mulut Nadya. Terkejut Nadya apabila popcorn masuk ke mulutnya yang memang terbuka. Melopong kerana terlalu khusyuk menonton. Mahu tak mahu terpaksa dia mengunyah.

Dalam hati sempat menyumpah Si mata biru yang tersengih-sengih memandangnya. Nasib baik tak tercekik. Buat hal betullah mamat ni. Tapi, sedap juga popcorn ni. Tahu-tahu jer aku suka popcorn caramel with almond bits. Baru habis mengunyah, Aed menyua popcorn ke mulut Nadya. Kali ini Nadya menoleh ke arah Aed tanpa membuka mulut. Dalam kesamaran, Aed dapat melihat jelas jelingan tajam Minah tiket. Dia tetap tersenyum manis.

“ I can’t finish it alone? Do you mind to share it with me?” Nadya mencongak pelawaan Aed. Tadi memang nak beli, tapi tak larat nak beratur. Akhirnya dia mengangguk. Aed dengan lajunya menyua popcorn ke mulut Minah tiket. Besar mata gadis itu melihatnya.

“ I can eat by myself.” Perlahan Nadya berkata namun tegas. Aed menggeleng.

“ No, I feed you so you can focus.” Nadya malas nak bertingkah kata. Tadi pun ada mata yang tak puas hati melihat drama sebabak dia dan Aed. Nanti tak pasal-pasal dia kena marah orang ramai. Malu siot.Aid tersenyum puas. Walaupun mulanya Minah tiket teragak-agak, dia tetap membuka mulut apabila popcorn di sua ke mulut. Aed memang tak layan sangat cerita romantik macam ni. Bukannya dia tak pernah baca novel Me Before You yang menjadi kegilaan Anne. Apabila dapat tahu filemnya keluar di panggung wayang, menjerit suka sepupunya itu.

Tak sangka hampir 2 jam berlalu. Suasana di panggung sepi, hanya bunyi dari system audio kedengaran. Sesekali terdengar sedu sedan. Aed tersenyum apabila dia menoleh, Anne mengusap air matanya yang mengalir laju. Jamie di sebelah merangkul erat si isteri. Dia memang dah duga ini akan terjadi. Membaca novel sahaja Anne menangis sakan. Seminggu kesedihannya tak habis mengenangkan Will yang nekad menamatkan nyawanya di Dignitas, tempat pesakit kronik yang ingin menamatkan penderitaan mereka.

Anne pernah berkata padanya, dia dapat merasai kesakitan Lou apabila orang yang sangat dicintai sepenuh hati memilih untuk meninggalkannya selamanya. Setelah segala yang dilakukan Lou untuk membuat Will mengubah fikiran tidak berguna. Dia merasakan dirinya tidak dicintai sedangkan dialah yang menyinari hari-hari terakhir Will, si jejaka lasak yang kehilangan ketangkasannya dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Aed tersentak. Bunyi sedu sedan semakin nyaring. Dia menoleh ke arah Minah tiket. Cemas riak wajahnya melihat air mata Minah tiket mengalir tanpa henti. Ini menangis ke apa ni? Menangis macam orang kena dera jer ni? Skrin dilihat. Patutlah. Dah sampai bab kemuncak rupanya. Lou mengenggam tangan Will yang sedang meniti saat terakhirnya.

“ Hey, don’t cry. I’m here.” Bahu Minah tiket dirangkul. Peliknya Minah itu menurut sahaja. Ingatkan dia akan kenapa penampar atau kena terajang. Memang parahlah kalau perempuan tengah sedih. Kalau orang ambil kesempatan pun dia tak kisah. Tapi, Aed tak terfikir pun nak ambil kesempatan.Air mata Minah tiket disapu namun air matanya tetap mengalir. Aed menggeleng kepala melihat sapu tangannya basah. Memang cengeng betul Minah ni. Akhirnya penderitaannya tamat. Lampua sudah dibuka menandakan tayangan sudah tamat. Penonton sudah beratur menunuruni tangga namun MInah tiket masih menangis. Elok memeluk dada bidang Aed. Persis kanak-kanak yang menangis sambil peluk patung beruang.

“ Hey mate. What happened?” tanya Jamie hairan melihat gadis yang berbual dengan Aed tadi tengah memeluknya. Anne di sebelah mempamer riak hairan.Aed tidak menjawab namun meletakkan jari telunjuk ke mulut supaya Jamie tidak bising dan mengarahkan mereka keluar dahulu dengan isyarat tangan. Jamie merangkul isterinya sambil tersenyum. Teman wanita Aed agaknya. Padanlah dia tak kisah sangat tak ada tiket. Cantik Minah tu. Macam model.

“ Sorry Sir but you need to go. We want to clean this place.” Aed tersentak. Memang dia tak selesa apabila mata galak memerhati dia dan Minah tiket dalam posisi begini. Memang tak buat apa pun tapi memang tak manis.

“ Darl, we need to go. Come.” Tangan Minah tiket ditarik perlahan supaya berdiri. Melihat keadaan gadis itu yang masih dalam tangisnya, mereka berjalan beriringan dan Aed memimpinnya. Sempat Aed mendengar pekerja wayang memujinya romantik dan tak kurang yang mengutuk Minah tiket gedik.Sebaik melangkah keluar, Aed melihat Anne dan Jamie menunggunya. Anne masih dengan riak hairan melihat dia masih dengan Minah tiket. Aed pun hairan kenapa Minah tiket terlalu beremosi. Anne pun peminat fanatik Me Before you tapi taklah sedih macam ni? Mungkin Anne ada Jamie. Minah ni baru putus cinta kot? Ada adik pun boleh pula tak jadi datang. Mesti dia sedih sangat. Tak pun mesti tengah kena penyakit perempuan ni.

“ Cuz, who is she? Your girl?” tanya Anne tak puas hati dengan tanda tanya yang ditahan sejak dalam panggung wayang lagi. Aed melayan gadis itu mesra semacam. Siap suap popcorn. Ketika gadis itu ralit menonton, Aed di sebelah memerhati gadis itu tak berkelip. Senyuman tak lekang di bibir. Dia rasa macam pernah jumpa gadis itu. Teman wanita Aed di London? Rasanya bukan. Gadis pilhan Aed selalunya gadis blonde bermata biru atau hijau seperti mereka. Tak pernah Aed bercinta dengan gadis Asia.

“ She’s not.” Pendek jawapan Aed kerana dia memang tak tahu nak jawab apa lagi.

“ So, what you’re going to do with her? She’s in a mess. We can’t let her by herself.” Kata Jamie bimbang dengan keadaan gadis yang masih memeluk Aed erat.

“ Nad, Nadya? Is it you?” Aed, Jamie dan Anne memandang gadis yang sedang memerhati gadis di sebelah Aed. Tak semena-mena Minah tiket memeluk gadis itu sambil menangis semahunya. Terkedu Aed, Jamie dan Anne.

“ I’m sorry. Her emotion not stable. Heart broken.” Mereka mengangguk faham. Padanlah sedih semacam.

“ My name Neldya , call me Nel. This is my sister Nadya, call her Nad. If you want to call her ‘Mad’ my pleasure.” Mereka ketawa. Boleh tahan lawak Nel ni. Tapi, jelas dia risaukan kakaknya.

“ I’m Aed, this is Jamie and my cousin Anne.” Neldya hanya dapat mengangguk. Nadya masih tak mahu melepaskan pelukannya. Buat malu jer. Keretanya tiba-tiba buat hal. Dia datang pun naik teksi. Nasib baik naik teksi. Melihat keadaan Nadya memang dia yang kena memandu ni.

“ I’m going, bye and thank you so very much.” Mereka mengangguk dah tersenyum. Jamie menggeleng kepala melihat Nadya merangkul Nel.

“ Luckily she met you. If she met someone else, I bet she woke up in hotel or somewhere else next morning.” Anne mengangguk setuju. Tak pernah pula dia melihat orang yang kecewa separah ni.

“ No judging okay? It’s her bad day. I bet normally she’s not like this.” Aed harap Nad takkan ingat apa yang terjadi. Pasti dia malu jika dia ingat yang dia memeluk lelaki bukan muhrim dan paling teruk lelaki yang tak dikenali.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.