Novel : Siapa saya pada awak 5

19 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : fazrina imani

Ya Allah, ya tuhanku, Ampunila dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa abangku, dosa seluruh mukmin dan mukminat sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia. Kau tempatkan la ayahku dikalangan mereka yang beriman. Ya Allah, berikanla kekuatan kepadaku untuk menempuh segala ujian dari Mu. Ya Allah, ya tuhanku, kurniakanla kepada hambamu ini seorang khalifah yang dapat membimbingku ke jalanMu di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah kepadaku seorang khalifah yang dapat membahagiakan Ku dan anak-anak kami dalam mencari keredhaan-Mu ya Allah. Sekiranya perasaan yang sedang kurasakan ketika ini bukanlah sesuatu yang baik untukku, maka ku mohon darimu hilangkan perasaan ku buat Farish Azhan. Segala pujian bagi Nabi Muhammad SAW dan para anbiya’. Amin ya rabal a’lamin..

Selesai meraup muka mengaminkan doa ku kehadrat ilahi, aku berteleku lama di atas sejadah mengenang kembali peristiwa yang berlaku siang tadi. Sungguh, pertemuan demi pertemuan mampu membuatkan hati dan jantungku tidak mampu berada di paras yang normal dan sepatutnya. Ya Allah, semakin ingin aku menjauh…dia hadir menghampiri ku, semakin ingin aku berlari, semakin dia datang menghimpit ku. Di saat aku berfikir yang aku berjaya melupakan dia. Dia kembali muncul dihadapanku. Nyata lima tahun tidak mampu membuatkan aku melupakan seorang lelaki yang bernama Farish Azhan. Dan aku terus megeluh..

Peristiwa siang tadi kembali melayari di ingatanku..

“betul awak tak nak lunch dengan saya nie?” Farish terus bertanya.

“I tak nak. I ada kerja. I pergi dulu. Assalamualaikum” ujarku seraya ingin berlalu. Dalam kekalutan mengambil handbag dan beg laptop, aku terdengar suara Farish seperti sedang berbual. Malas aku nak ambil tahu, yang aku pasti aku hanya ingin segera melangkah pergi.

Tiba-tiba..

“Eisya, tuan haji nak cakap,” kata Farish menyuakan telefon bimbitnya ke arah ku sambil tersenyum.

Erkkk…

“Tuan Haji? Tuan haji mana?” Tanya ku. Takkan la tuan haji bos aku kot. Nak buat apa dia telefon bos aku? Sungguh aku tengah confuse nie.

“Tuan haji Ismail. You boss.” Balasnya masih dengan senyuman membunuh itu.

Serta-merta aku membulatkan mata. Aku dah macam boleh baca je apa agenda dia nie. Eiiiiiiii…..marahnya..serius aku tengah marah. Ikut hati, memang aku hentak je dia nie dengan telefon dia nie. Ada aku kisah dia tinggi melayut dari aku pun. Aku tak heran la. Lambat-lambat aku mencapai telefon yang sejak dari dihulurkan kepadaku. Senyuman kemenangan diberikan kepadu. Menyampah!

“Assalamualaikum tuan haji” ucapku perlahan.

“Waalaikumsalam, Eisya. En Farish minta izin dengan saya nak bawak awak keluar makan tengahari sebab dia ada hal berdiskus dengan awak pasal RF project yang company kita berkerjasama dengan mereka. Nak tergelak pulak saya, dia call saya minta izin nak keluar dengan awak. Macam awak anak saya pulak. Patutnya dia kena call mak awak bukan saya.” Kata Tuan Haji sambil ketawa kecil.

” tapi tuan haji, saya memang tak boleh keluar lunch dengan dia. Saya ada hal nak diselesaikan” kataku masih lagi berdalih. Tolongla tuan haji, jangan gunakan kuasa veto anda untuk paksa saya keluar dengan mamat senget ini. Sungguh saya tak nak!

” urgent ke hal awak tue? Kalau tak urgent sangat boleh tangguhkan dulu sekejap tak. Lagipun Anissa tak ada kan? Memang tak ada sape lagi yang dapat gantikan tempat awak. Memang sebelum nie En Farish ada bagitau saya ada a few things yang masih perlu diperkemaskan. Terutamanya dari segi design. Awak boleh tolong wakilkan saya kan” kata Tuan Haji Ismail penuh berharap.

Aku tengok mamat senget nie dah tersenyum-senyum sambil mengangkat keningnya pada ku. Geramnya!!! Tak ingin menghampakan Tuan Haji, aku lantas menyatakan persetujuan untuk keluar berbincang bersama Farish. Ingin dimaklumkan sekali lagi, aku hanya setuju untuk keluar berbincang sambil makan tengahari bersama Farish Azhan adalah disebabkan Tuan Haji. No other feeling involve okey..hopefully..

“puas hati??, macam tak ada waktu lain je nak berbincang” kataku padanya setelah menamatkan panggilan bersama Tuan Haji. Telefon bimbitnya ku letakkan di atas meja. Huh! Sungguh macam tak ada waktu lain je nak berbincang. Tak suka! Tak suka! Dengan segera ku ayunlangkah ke pintu keluar. Aksiku ini mengundang tanda tanya kepada Farish.

“Tunggu apa lagi. Tadi you cakap ada hal URGENT sangat nak berbincang kan? Cepatlah” sengaja ku tekankan perkataan urgent itu. Geram betul aku. Ada ke patut guna tuan haji nak paksa aku keluar lunch dengan dia. Boss aku kot tue.

“I hate you” hanya perkataan itu yang keluar dari mulutku sebaik kereta yang dipandu oleh Farish keluar dari Pusat Pebadanan Putrajaya. Memang hanya itu yang kurasa ketika itu. Guna taktik kotor. Tak professional langsung. Suruh aku professional bukan main, yang dia tak professional boleh pulak.

“but I love you” terdengar suara itu membalas dengan perlahan yang mungkin.

Dia cakap apa tadi? Boleh seseorang ulang tak dia cakap apa. Aku dengar macam love something. Ishh.. takkan dia cakap I love you kot. Hilang akal apa. Dia ingat aku nie isteri dia ke apa. Tak pun aku yang perasan agaknya. Lain dia cakap lain yang dengar. Eisya, Eisya mesti kau dah terkena masalah pendengaran ini.

Arghhh..parah aku nie..kenapa peristiwa siang tadi pulak yang aku teringat ini. Aku kena tanam perasaan tak suka pada lelaki itu. Dia dah kahwin. Dia dah berkeluarga. Aku tak boleh mengharapkan apa-apa dari dia. Feeling? Lagi perlu aku avoid. Tapi ya Allah, macam mana aku nak elak. Aku terpaksa berkerja dengannya. Beratnya dirasakan ujian ini.

Dengan lantas aku menanggalkan telekung yang dipakai dan disangkutkan di penyangkut di bilikku. Dan aku terus membawa laptop ke atas katil. Butang on di tekan. Sambil menunggu laptop boot ke window, peristiwa siang tadi kembali di fikiran ku.

“Eisya..Hey Eisya Imani.. tidur ke?” sambil tanganya menggawang-gawang di hadapan wajahku.

“Astagfirullah” hanya itu yang terluah dari mulutku.

Sungguh aku terpesona dengan tingkahnya ketika di memakai kaca mata hitamnya. Dia masih lagi handsome sama seperti dahulu. Memang dari dulu personality Farish amat memikat bukan sahaja aku tapi ramai gadis di kolej. Wajahnya bukanlah seperti hero-hero korea, memang jauh sekali. Mata tak sepet langsung dan kulitnya tak juga putih. Bukan juga seperti hero Hindustan yang hidung mancung tak ingat dunia tue. Tak tak..dia memang melayu asli yang handsome. Handsome macam…errr…Fahrin? tak,Fahrin tue orangnya sasa. Farish nie tak berapa sangat tapi kira kalau angkat aku tue lepas la. Remy Ishak? Tak jugak.Iqram Dinzly? Errrkk..lagi la tak. Kalau aku cakap Aaron Aziz..agak-agak keterlaluan sangat tak? Hehe..yang penting dia hansdsome dan good looking la.

“Mengelamun eh? ” Tanya Farish

“Mana ada. You tanya apa tadi?” tanyaku sambil membuang pandangan ke luar tingkap sekadar menutup malu akibat kelalaian ku memerhati dia dengan kadar yang terlampau dan overdose itu. Berdosa itu.

“Saya tanya betul ke perempuan tiap kali bersalin urat akan terputus?” Tanya Farish sambil mengulang soalan nya sebentar tadi.

“Yup, why?” Aik mamat nie bertanya sakan. Takkan tak tau kot. Awak kan dah beranak satu. Tak kan tak pernah tanya wife kot. Betul ke satu? Yang aku nampak memang satu tapi yang di luar pandangan ku tak tau la berapa.

“Kalau macam itu, saya tak nak la anak ramai. Kesian awak nanti, kalau anak kita ramai, banyak pulak urat awak putus nanti” balas Farish bersahaja sambil mengeyit matanya padaku.

“Hey, you cakap apa nie En Farish? Jangan nak merepek okey. I tak suka. Kalau you cakap macam tue lagi, this will be the last time I lunch dengan you.” Marahku.

Hampir nak terputus jantungku dari tangkainya dengar statement mamat nie. Mak aih dia nie..suka suka ja mulut tue bila bercakap. Sungguh ini bukan gurauan yang baik setelah lima tahun baru berjumpa kembali. Tambahan pulak dengan statusnya kini,aku memang tak suka dan tak berminat dengan gurauan begini. Tak pernah sepanjang perkenalan ku dengannya dulu dia bergurau begini. Malah dulu kalau aku yang bergurau begini, dia hanya akan tersenyum tanpa membalas apa-apa. Dan akhirnya aku yang termalu sendiri bila tak mendapat respon yang baik darinya.

Deringan telefon bimbit menghentikan lamunan ku.

“Astagfirullah” kataku sambil meraup muka.

Sungguh aku khilaf. Membiarkan syaitan memonopoli fikiranku. Kenapa nak di ingat sesuatu yang bukan hak kita, Eisya. Tak ingin membuang masa, aku lantas mengambil telefon di atas katil dan setelah memerhati nama si pemanggil secepat yang mungkin butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum Mak!! Rindunya dekat mak..hehe.. Mak rindu adik tak?” Tanya ku tak sempat menunggu mak menjawab salamku.

“waalaikumsalam. Budak kecik!” jawab suara disebalik sana.

Aik..kenapa suara mak dah bertukar jadi garau nie? Biar betul?

“mak..sakit tekak ke? Kenapa tiba-tiba jadi suara jadi besar nie?”

“Hoi, banyak la kau punya besar. Abang nie. Suara abang sendiri pun tak kenal ke? Nak cakap lurus bendul boleh jadi engineer. Nak cakap pandai, boleh pulak tak cam suara mak dengan abang yang handsome nie” kata abangku. Boleh aku bayang rupanya yang sangat kelat ketika ini.

“hahahaha…abang ke? Hehe..apsal pakai phone mak pulak? Where’s your handphone?”tanyaku sambil ketawa.

” saja. Handphone abang tak tau letak kat mana. Adik buat apa tue? Bila nak balik rumah?”

” eleh, tak tau letak kat mana konon. Cakap je la abang kedekut nak guna handphone sendiri. Nanti bil naik. Kan? Adik sihat. Ada kat rumah nie. InsyaAllah weekend nie adik balik. Macam mana kenduri best tak? Beli kat adik sorviner tak?” Tanya ku. Rindunya dekat abang dan mak. Memang kena balik la weekend nie nampaknya. Apa la nak jadi dengan anak pak ahmad nie sorang. Baru seminggu tak jumpa mak dan abang dah rasa sunyi betul hidup nie. Macam mana nak kahwin nie? Aishhh…

” hahaha..mana ada abang kedekut. Sorviner je tanya ya? Tanya la mak sihat ke tak, abang sihat ke tak. Bertuah punya adik” kata abang. Nasib baik aku bukan di depannya. Kalau tak , sah-sah aku kena luku dengan abang. Memang hobi abang suka meluku aku sebab itu aku rendah agaknya. Asyik kena luku je.

“adik tau abang mesti sihat. Hari itu mak dah telefon adik la. Adik dah tanya semua dekat mak and I know you completely sihat walafiat and miss me so much. Heheh” jawabku bersahaja.

“hahaha, tau je ye. Balik la cepat. We’ll miss you. Mak beli macam-macam dekat adik, sayang sangat dengan anak dara mak nie. And you know what, adik dah dirisik waktu kitaorang kat kenduri mak ngah hari tue. Mak cakap mak nak bincang-bincang dengan adik dulu. Hahaha..”

“what?? Jangan main-main la abang. Not funny okey. Serious?” tanya ku.

“hundred percent serious. Abang dah tengok budak tue. Boleh tahanla. Cuma tak sehandsome abang je. Tapi overall okey la. Heheh” ishh sempat lagi abang aku nie.

“Tak nak la adik. Adik muda lagi la.” Adoii mak nie. Biar betul? Tak nak. Mak, adik tak sedia lagi. Please…no.

“muda? Hello, you almost 28 kot. Kalau dah kahwin boleh anak 3 orang dah agaknya. No excuse about your age. Next excuse please.” Ek eleh, kerek pulak suara abang nie. Ayat macam dia dah anak lima je. Dia pun tak kahwin lagi.

“adik tak suka jadi adik derhaka. Abang tak kahwin lagi. Takkan la adik pulak nak langkah bendul. Tak pe la. Adik bagi laluan kat abang dulu” nak sangat alasan. Aku bagi alasan lain.

“tak logik. Zaman sekarang nie orang dah tak kira langkah bendul ke bendul langkah ke, yang penting kahwin. Lagipun tak ikut adat tak pe, jangan tak ikut agama. Itu yang berdosa , faham?” Ustaz Ehsan Iman mula berkata-kata.

“Faham ustaz. But, I am serious now abang. Eisya tak sedia lagi. Please tell mak, yang Eisya tak nak semua-semua ini lagi. Bila masa dah sampai Eisya sendiri akan bagitau mak okey. Please” suaraku seakan merayu. Sungguh aku tak bersedia untuk berbicara soal ini lagi.

“hmm, abang try cakap okey. Tapi, you will explain to mak by yourself. Boleh? Tanya abang.

“ala..abang”

“Boleh?” abang masih mengulang soalan yang sama.

“Hmm..okey. good girl. Thats my sunshine.” Tersentak dengan perkataan sunshine, hati menjadi berdebar-debar secara tiba-tiba.

“Eisya…Eisya, no wonder I miss you so damn much. No one can bring sunshine to me as you did”

Kenapa mesti sunshine? Arghh aku semakin tenat.

“okeylah abang. Adik letih. Tadi siangkan satu hari kat putrajaya. Nak rest sekejap sebelum tidur. Kirim salam kat mak ya. Cakap dekat mak this weekend adik balik okey” memang betul, otak aku perlu di rehatkan sementara sebelum boleh berfungsi seperti biasa.

“okey, take care ok. Good night and assalamualaikum”

“waalaikumsalam” dan aku terus menamatkan panggilan.

Hmm..sementara dalam rangka usaha merehatkan otak sekejap , baik aku bermukabuku sekejap. Aku nie bukan la peminat tegar lama sosial dan kalau diperhatikan kawan-kawan yang mengisi di ruang facebook ku ini cumalah tak sampai dua ratus orang. Hanya orang yang betul-betul aku kenal je aku approve atau aku add. Selebihnya yang pending friend pun ramai. Aku pun tak pernah nak letak gambar sendiri untuk menjadi tontonan ramai. Mahupun gambar keluarga atau kawan-kawan seperti yang dilakukan ramai orang. Sampai Lia cakap, baik kau deactivate je facebook kau Eisya.

Hehe..hakikatnya bagiku privacy is privacy. Facebook hanya laman sosial yang aku guna untuk berborak dengan kawan-kawan lama yang jauh dan nak tengok perkembangan mereka sahaja. Bukan untuk mempertontonkan gambar-gambar aku ke negara itu, aku ke negara ini, aku beli itu, aku beli nie. Bukan apa, takut sikap aku menunjuk-nunjuk nanti jatuh kepada sifat mazmumah iaitu sifat takbur dan riak yang dikeji Allah. Tapi lain orang lain pendapatnya kan. So, terpulang pada diri masing-masing.

Sedang aku leka membelek mereka-mereka yang add aku sebagai kawan mereka di facebook, ada seseorang yang add aku menamakan dirinya sebagai MR AI, nama yang menarik. Tengok mutual friend cuma ada seorang. Maslia Ibrahim, sah kawan Lia nie. Tengok profile picture, tak pulak aku kenal sebab macam mana aku nak kenal, dia letak gambar bendera palestin. Palestin aku tau, tapi MR AI aku tak tau dan disebabkan mutual friend nya hanyalah Maslia, besar kemungkinan ini mesti agenda Lia nak pasangkan aku dengan kawan dia la tue. Oh, no. Not again Lia. Bagi aku rehat dari terjebak dengan sebarang lelaki yang bergelar lelaki ajnabi. Tanpa menekan approve, aku sekadar membiarkan MR AI bersama dengan senarai mereka yang lain di pending request.

Buka pula laman sesawang penulisan.my, aku mencari-cari cerpen yang menarik untuk dibaca. Inilah aktiviti aku dikala malam selain berborak dengan Lia. Aku suka membaca cerpen di penulisan.my sebab biarpun penulis-penulis disini bukan terkenal seperti Hlovate ,Fauziah Ashari, Norhayati Ibrahim, Damia Hanna dan lain-lain yang semestinya cerita mereka menarik, tapi penulis-penulis ini pun tak kurang hebatnya. Malah karya mereka mampu menarik aku untuk terus menjadi pengunjung setia di laman sesawang ini.

Selesai membaca satu dua cerpen dari penulisan2u.my mata ku mula minta dibelai dan tanpa membuang masa, aku bebaring di katil. Panjangnya hari ini dirasakan dan ini masa untuk aku shut down semua sistem badan dan otak dan mulakan hari esok dengan semangat.

“bismillahirahmanirahim.”

Selesai membaca doa tidur, aku memejam mata dan megharapkan mimpi-mimpi indah meghampiriku malam ini. Semoga tiada bayangan dari seorang yang bernama Farish Azhan yang menghampiriku malam ini.

Nota pencerita:

Thanks..kepada mereka yang sudi membacanya..

Thanks..kepada mereka yang sudi member komen dan kritikan..

Yang baik dtgnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kita sendiri..

Thanks..Allah bless.. J


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Siapa saya pada awak 5”
  1. azrin says:

    arghhh…menarik2…hehehe..putus urat ye..best

  2. amy says:

    best~~~weeeee…ejaan ada salah satu dua..tp jln crita best…just double check twice is not a problem before u send.. :) good job

  3. kayshilla says:

    bes lah….:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.