Novel : SN & SM Setia Selamanya 13,14

13 November 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 13

”ZEATI,.hurmm,.sedap nama tu kan.Itu nama yang Syahrul panggil kau ke?” Ajmal berjalan mengelilingi Saisah.Sejak tadi dia berdiri di belakang Saisah.Mendengar setiap butiran perbualan Saisah dan Syahrul.Hatinya panas dan membengkak.Pedih,sakit,perit dan sebagainya mengasak jiwanya.Tak pernah dia rasa kegagalan sebegini.Rasa tewas untuk memiliki buat jiwanya membentak sakan.Sejak dia tahu siapa suami Saisah dia sudah siasat asal usul Syahrul.

”Kau nak apa Ajmal?” Saisah bersuara tegas.Dia mula mengelisah dengan kehadiran Ajmal di kedainya saban hari.Ariesya dah banyak kali bertanya siapa Ajmal.Tiga orang pekerjanya pun dah mula bergosip.Ajmalkan handsome.Kalau hari-hari datang ke kedainya tentu orang akan salah faham.

”Aku nak kau!” Saisah mendengus.Balik-balik ayat itu juga yang nak diungkapkan.Muak sudah Saisah mendengarnya.

”Kau kan tahu,aku dah kawen.Dengan Syahrul!” mendengar Saisah berkata begitu Ajmal dah gelak besar.Gelak yang di buat-buat cuba melindungkan rasa sakit hatinya.

”Kau ingat Saisah.Aku akan cuba dapatkan kau dengan apa cara sekali pun.Kalau tak dapat hati kau,.” Ajmal tak menghabiskan ayatnya.Tubuh Saisah dipandang atas dan bawah.Wajah Saisah berubah.Kedua tangannya disilangkan ke dada.Kecut perut Saisah melihat renungan Ajmal.

”Kau tentu sunyikan? Syahrul di sana,kau di sini.Dah berapa lama kau tak dapat layanan tu?” Ajmal mendekatkan wajahnya ke wajah Saisah.Saisah mengelak.Hatinya sudah terbakar mendengar kata-kata Ajmal.Bibirnya diketap kuat.

”Kalau kau nak aku pun boleh bagi lagi bagus dari Syahrul,..” Ajmal ketawa berdekah-dekah.Saisah hilang sabar.Rasa begitu terhina dengan kata-kata Ajmal.

Pangg!!,.
Tangan Saisah dah mula bertindak.Berbekas pipi Ajmal.Terkedu Ajmal kerana tidak menyangka tindakan drastik dari Saisah.Nafas Saisah turun naik menahan amarah.Ajmal memang dah melampau!!!

”Kau ingat aku ni perempuan murahan? Yang tak ada maruah?Tak ada harga diri?,.Kau silap Ajmal kalau kau boleh mempersendakan maruah aku,” keras suara Saisah.Tajam pandangannya untuk Ajmal.Pandangan yang dipenuhi dengan rasa meluat dan jijik.Ajmal hanya tersenyum sinis sebelum membakar terus kemarahan Saisah terhadap dirinya.

”Hei perempuan!,.kau ingat aku tak tahu ke? Selepas SPM kau masuk kolejkan.Aku tahulah Syahrul tu ‘pak sanggup saja untuk anak luar nikah kau tu kan? Dengan orang lain bolehlah kau nak berlagak! Maruah dan harga dirilah konon! Jangan-jangan Syahrul kawen dengan kau pun sebab nak balas budi.Entah-entah di sana dia dah simpan spare tyre.

Aku dah siasat la siapa Syahrul tu.Bapak dia dulu muflis sebab tak reti nak berniaga.Kau tahu tak papa aku yang beli syarikat mereka tu.Nak berniaga tapi langsung tak reti pasal selok belok perniagaan.Syahrul dengan mak dia tu menumpang di rumah kau kan selepas mereka dah tak ada apa-apa lagi?”

Yakin benar Ajmal dengan semua kata-katanya.Saisah bertambah baran dengan tuduhan Ajmal.Siasat konon! siasat kepala hotak kau.Saisah berdialog dalam hati.

SAISAH bermenung di biliknya malam itu.Kata-kata ugutan Ajmal siang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.Cerita Ajmal yang langsung tak benar itu pun sering bermain difikirannya.Entah dari mana Ajmal dapat info tu.Sejak dia mengandung memang banyak cerita tak elok mengenai dirinya yang Saisah dengar tapi dia lebih bersikap mendiamkan diri dengan semua gosip itu.Bagi dia cukuplah Allah saja yang tahu segalanya.Ariesya Iriana anak dia dan Syahrul.Kadang-kadang Saisah pelik dengan manusia ni suka sangat nak tunjuk terlebih pandai walhal langsung tak tahu apa-apa.

Saisah ingat lagi dengan cerita seorang wanita di sebelah katilnya ketika dia melahirkan Ariesya.Kakak itu di masukkan ke dalam wad kerana keguguran.Menurut kakak itu dia sudah lima kali keguguran dan hanya mempunyai seorang anak perempuan tapi oleh kerana dia kerap sangat keguguran dia dituduh mandul oleh orang kampungnya.Saisah gelengkan kepalanya berkali-kali tanpa sedar.

Mungkin orang yang menuduh kakak itu sendiri tidak tahu apa itu mandul dalam maksud yang sebenarnya.Apa yang Saisah faham mandul ini ialah orang yang langsung tak berpeluang untuk mengandung.Inilah adatnya manusia yang suka sangat menjaga tepi kain orang.

Lamunan Saisah terhenti bila HPnya berbunyi.Saisah berjalan malas menuju almari solek.HP diambil dan Saisah melihat nama di skrin.Syahrul call.Punat hijau ditekan.

”Assalammualaikum bang,.tak tidur lagi?”

”Waalaikummusalam,.abang tengah sibuk ni Zeati nak buat kertas pembentangan projek kami esok.Abang teringat kat Zeati pulak.Tiba-tiba abang tak sedap hati.Zeati okey?” Saisah serba salah.Nak jawab okey,nampak sangat dia menipu.Nak cerita semuanya pada Syahrul takut Syahrul hilang fokus untuk final exam dia.

”Minggu ni last exam abangkan?” akhirnya Saisah tukar topik.Memang kepakaran Saisah pun.

”Ya sayang!,.tak sabar nak tunggu abang balik ke?” Syahrul bersuara nakal.Saisah dah menyeka air mata yang mula mengalir perlahan menuruni pipinya.

”Yupp!,.tak sabar nak peluk abang kejap-kejap,.” Saisah cuba bersuara ceria walau sudah ada rasa sebak yang sudah bertamu didada.

”Hmm,.abang tak sabar nak bagi Iesya adik!,.” Syahrul tertawa dengan ayatnya sendiri.Air mata Saisah semakin bercucuran laju.Entah perasaan apa yang merasuk dirinya.Rindu pada Syahrul yang semakin tidak tertanggung dan keresahan yang menganggu jiwanya buat dia dalam keadaan yang tidak terkawal.

”Hmm,.abang,..” Saisah dah teresak tanpa sedar.

”Sayang!,.kenapa ni?” Syahrul dah mengelabah dan risau jugak.

”Zeati rindu!” dalam sendu Saisah tetap menjawab.Air matanya dibiarkan mengalir tanpa diseka.Gambar Syahrul yang berada di atas meja di tepi katil dicapai.Pandangannya jadi kabur dengan air mata.Abang,.Zeati takut bang!,.takut Ajmal apa-apakan abang tapi Zeati tak boleh nak bagi amaran kat abang sekarang.

”Sabar sayang!,.minggu depan kita jumpa k.Tunggu abang balik!!,..”

”Abang take care tau! Malang tak berbau!,.” Saisah lepaskan juga perasaan risaunya.

”Baiklah,. sayang pun!,.jaga diri elok-elok.Abang sayang isteri abang ni.Abang nak sambung kerja ni.Nanti abang call lagi.Tolong peluk cium abang kat Iesya ya.Assalamualaikum,.” Selepas berbalas salam panggilan pun putus.

Gambar Syahrul di peluk erat.Video di dalam HP Saisah buka dan video Syahrul yang sedang mengagah Ariesya di tonton berulang kali.Rindu itu amat sakit.Tiada kata-kata yang mampu di ungkapkan betapa sakitnya rindu itu.Kerisauan kala berjauhan pula begitu menyesakkan dada.Saisah termanggu dalam dilema antara rindu dan keresahan yang membelenggu jiwa.

BAB 14

SYAHRUL membelek gambar yang di terimanya berulang kali.Gambar Saisah bersama seorang lelaki.Entah siapa yang memasukkannya ke dalam peti surat rumah sewa mereka.Syahrul keliru,dia percaya Saisah takkan curang pada dia.Dia kenal Saisah macam mana.Akhirnya gambar-gambar itu di snap ke dalam HPnya dan di hantar kepada Saisah.Lima minit kemudian Syahrul menerima panggilan daripada Saisah.

”Gambar apa ni bang?,.” Saisah bertanya cemas.Terkejut dia menerima MMS dari Syahrul yang memaparkan gambar-gambar dia bersama Ajmal.Dalam gambar, seolah dia sedang bermesraan dengan Ajmal.Nampak sangat gambar-gambar itu telah di edit.

”Itu juga yang abang nak tanya Zeati.Apa semua ni Zeati? Siapa lelaki tu? Zeati jangan sembunyikan apa-apa pun dari abang! Abang tak suka!!!,.” kedengaran tegas suara Syahrul di hujung talian.Saisah sebak.Bukan niat dia nak sembunyikan dari Syahrul.

”Abang!,.gambar tu dah di edit bang!,.perkara sebenar bukan macam tu.Memang Ajmal ada datang jumpa Zeati.Tu gambar kami sedang bergaduh.Bukan sebaliknya,.” Saisah cuba menerangkan perkara sebenar.Syahrul mendengus kasar.Terasa di khianati dan sebagainya.

”Siapa Ajmal tu? Kenapa pulak Zeati nak bergaduh dengan dia?” Saisah tarik nafas.Sukar nak jelaskan perkara sebenar takut Syahrul semakin salah faham.

”Ajmal,.Ajmal tuduh Iesya anak luar nikah dan abang kawen dengan Zeati sebagai ‘pak sanggup’,.sebab tu Zeati tampar dia,.” tergagap-gagap Zeati.Dadanya sudah sarat dengan segala beban yang sedang ditanggung.Saisah cuma berharap agar Syahrul memahami dia dan percayakan dia.

”Abang tanya Zeati siapa jantan tu?,.kenapa Zeati tak jawab? Dahlah!!,.abang ada kelas.Nanti kita sambung! Jangan off HP pulak!” kedengaran kasar suara Syahrul.Talian terputus.

Saisah terhenyak di sofa biliknya.Ariesya yang masih nyenyak tidur dipandang sayu.Nasib baik hari ni kedai kek di tutup.Dengan masalah yang datang bertubi-tubi semangat Saisah pun sudah lenyap untuk melakukan tugas-tugas harian seperti biasa.
Sedang Saisah melamun mengenangkan nasib diri, telinganya menangkap lirik lagu yang begitu menyentuh hatinya.

Terasa bagai di tusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa,.

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serah punya mimpi yang pulang pagi

Semakin ingin aku lupakan dan
semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Ku sendiri tidak pasti
Sayang,.

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah

Dan irama itu terus hilang begitu saja.Saisah menuju ke tingkap biliknya untuk melihat siapakah gerangan orangnya yang memasang lagu yang begitu menyentuh perasaannya.Namun,apa yang di cari tidak ditemui seolah hilang jejaknya.

Siapakah manusia yang membuat khianat pada dirinya? Adakah Ajmal atau orang lain yang ingin memusnahkan hidupnya dalam diam? Tapi untuk apa?,.Persoalan demi persoalan memenuhi mindanya.

Abang!,.tolong percayakan Zeati.Tolong jangan bencikan Zeati.Zeati tak pernah curang abang! Hanya abang dihati Zeati sampai bila-bila pun.Hati Zeati takkan berpaling bang! Zeati hanya untuk abang.Saisah Mazeati berdialog di dalam hati.Pedih hatinya takkan mampu di ungkapkan dengan kata-kata.Ucapan Syahrul tadi seolah-olah Syahrul meragui kejujurannya selama ini.Lidah itu lebih tajam dari pedang.Walau hanya sepatah perkataan ia tetap mampu menghiris hingga ke dasar hati yang paling dalam.Saisah akui cara Syahrul bercakap tadi memang membuat dia rasa terhiris yang amat.

Ya Allah!,.ujian apakah ini? Atas dosa apakah ujian ini diturunkan? Jangan kau hilangkan kepercayaan Syahrul.Hanya kau yang tahu kebenarannya Ya Allah.Kenapa manusia begitu kejam sanggup menjadi penyebar fitnah? Apa dosa aku dengan mereka? Kuatkan hatiku Ya Allah untuk menerima ujianMU ini.

Saisah meraup mukanya.Dia tersandar lemah di sofa.Fikirannya mengembara jauh.Pengorbanannya membesarkan Ariesya tanpa suami selama tiga tahun memang sesuatu yang menyakitkan.Nasib baik Saisah masih ada ibu dan emak mertua yang sentiasa membantunya.Demi Ariesya,Saisah hentikan pelajarannya kerana ingin melihat Syahrul berjaya.Syahrul yang bakal menjadi teraju keluarga mereka.

Kebahagiaan untuk menyambut kepulangan Syahrul minggu depan lenyap begitu saja.Apa ertinya kepulangan Syahrul kalau Syahrul sendiri sudah meraguinya.Begitu kuatkah pengaruh gambar itu kepada Syahrul? Kalau di lihat pada salah sekeping gambar seolah Saisah sedang mengusap pipi Ajmal padahal kejadian adalah sebaliknya.Dunia siber yang kejam!!!,..Mengedit gambar orang sesuka hati dan mula menaburkan fitnah.

Saisah tak sedih sangat kalau difitnah, tapi Saisah sedih kalau Syahrul meraguinya.Mengenangkan apa yang telah terjadi air mata Saisah meluncur laju tanpa dapat di halang lagi.Sakitnya usah di kata.Saisah terus berteleku di sofa biliknya.Sesekali Ariesya yang masih dibuai mimpi itu dipandang walau pun pandangannya sudah kabur dengan air mata.

Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah menebarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku yang terbakar

Irama sayu itu berlagu lagi.Kali ini Saisah malas untuk bangun meninjau siapakah yang telah memasang lagu itu.Apa yang pasti lagu itu memang sesuai dan serasi dengan jiwa Saisah sekarang.Saisah terus tengelam dalam lirik yang seterusnya.

Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia

Sampai ke lirik ini Zeati sudah meraung di dalam hati ”Zeati setia abang!,.Zeati masih setia.Zeati tak pernah curang dengan abang.Tak pernah bang!,.tak pernah! Zeati sayang abang!!,.Zeati cinta abang!!,.hati Zeati hanya untuk abang!!!,..” dan mutiara-mutiara jernih itu terus laju berguguran.Dalam esakan yang semakin mengasak jiwa lirik lagu ‘patahnya sayap malam’ terus dilayan.

Tercalar purnama turut sama menjadikan saksi
Luka cintaku yang tak berhenti
Malam yang ku dakap mengerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai

Harumnya bunga cinta di basahi hujan
Sebaknya di hatiku
Tangisan,..

Tangisan Saisah semakin rancak.Entah kenapa lagu itu seolah di tujukan Syahrul untuk dirinya.Walau bukan Syahrul yang memainkan lagu itu.Seolah Saisahlah seorang pencinta yang tidak setia itu.’Harumnya bunga cinta di basahi hujan’. Kegembiraan Saisah untuk menyambut kepulangan Syahrul yang sudah punah angkara gambar-gambar durjana itu.Kini kegembiraan itu digantikan dengan titisan air matanya yang bagaikan hujan.

Tersimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya
Kehampaan,..

Ahh,.bukannya bersama malam yang kecundang tapi bersama pagi yang kecundang.Semalam Saisah juga mengalirkan air mata tapi air mata rindu pada Syahrul.Pagi ni air mata itu hadir lagi.Cuma,kehadiran mutiara jernih pagi ini berbeza dengan semalam.Pagi ini sakitnya melebihi semalam.Orang yang di rindui sepenuh hati meragui kejujuran dan kesetiaannya.

Kenapa abang buat macam ni kat Zeati? Kenapa abang lebih percayakan gambar-gambar tu daripada Zeati? Abang bukan kenal Zeati sehari.Kita dah berkahwin hampir enam tahun.

Saisah berdialog lagi dalam hati.Air mata yang diseka terus juga berguguran laju.Saisah pegang dadanya. Sakitnya rasa di dalam dadanya seolah sedang ditikam dengan belati tajam.

Tergamaknya dirimu,. menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu,. punya perasaan

Mendengarkan saja lagu yang seterusnya Saisah sudah menekupkan kedua belah telinganya.Hatinya menjerit di dalam.Kenapa harus putarkan lagu-lagu begini???,..
Saisah memang sudah sedia maklum dengan jiran depan rumahnya yang selalu memekakkan telinga orang lain dengan lagu-lagu yang di pasang tapi pagi ni kenapa lagu-lagu yang di pasang begitu menyentuh hati? Adakah jiran depan rumahnya juga sedang patah hati?

” Ibu,.” suara Ariesya kedengaran.Hilang semua persoalan mengenai jiran depan rumah dan masalah yang sedang mengasak di dalam mindanya.Air mata dikesat hingga kering sebelum mendapatkan Ariesya di atas katil.Senyuman cuba di ukirkan walau serinya sudah tiada lagi.Walau ada orang mengatakan ‘Senyumlah dari hati yang ikhlas,. duniamu pasti akan berseri’.Bagi Saisah seikhlas mana pun hatinya, kalau Syahrul sendiri meraguinya.Apalah ertinya lagi.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepadaMU
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU

Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna menCintaiMU
Dalam dadaku harap hanya
DiriMU yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU

Ya Allah,.kadang-kadang hambaMU lalai dalam mencintaiMU.Betapa rapuhnya hati hamba-hambaMU.Hanya di uji sedikit hatinya terus rapuh dan leka melayan perasaan.Begitu banyak kebahagiaan yang telah Engkau berikan.

Saisah terus beristighfar dalam hati.Dia memang takkan pernah sempurna.Ampuni hambaMU ini Ya Allah.Tunjukkan aku jalan kebenaran.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.