Novel : Suamiku 19 Tahun! 2

20 August 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Syauqah

Kejadian hari itu sedikit sebanyak menjadi racun dalam kepala aku ni! Aku macam trauma gila! Aku berusaha elakkan diri dari bertembung budak tu. Kalau sudah hendak balik, aku cepat-cepat tinggalkan perkarangan sekolah..takut sangat terjadi macam hari tu.

Masa perhimpunan pagi tadi pun, aku tidak sangka pula dia ketua pengawas sekolah. Iskk..boleh pulak aku bertembung dengan dia. Tapi nasib baiklah waktu itu banyak orang. Kalau tidak, memang aku sah jatuh terjelepuk dengan segala ayat maut dia tu! Huhuh

Hemm..aku..aku tak boleh suka dia! walaupun aku tak masuk kelas dia, bagi aku, dia macam anak murid aku saja.
Aku berperang dengan perasaan sendiri.

* * *

“Cikgu Rosijah, awak tahu kan budak yang namanya Shah Imadi tu? Dia ada dalam kelas awak kan?

“Aha, kenapa dengan dia?” Cikgu Rosijah menyoal kembali Cikgu Iman.

Aku yang sedang membelek-belek buku kerja sejarah tingkatan 5 memasang telinga dalam diam. Hiks! Sempat pulak aku..

“Dia dah okay kah sekarang? Kan hari tu mak dia baru meninggal? Dekat 3 bulan dia tak datang sekolah. Kesian jugak budak tu. Hilang tempat mengadu!” Cikgu Iman menyambung kata-katanya. Erk! Aku yang mendengar terkedu sekejap.

“Yelah, tapi bapanya masih ada kan? Cikgu Rosijah menambah..

“A’ah..tapiii…” Cikgu Iman menyambung kata-katanya dengan cuma membisikkan kata-kata itu di telinga Cikgu Rosijah. Saat ni aku sudah berpaling ke arah mereka berdua.. Entah apa bendalah yang dibisikkan sangat tu? Aku menggeleng melihat gelagat kedua-dua cikgu tu.

“Doakan yang terbaik untuk budak tu dah la! Ini pun baru minggu ni dia muncul balik..nasib baik pengetua bagi excuse dekat dia. Kalau bukan pasal pakcik dia balik-balik datang minta excuse dekat pengetua, memang sudah lama kena buang..nasib baik jugalah kan, kalau tidak, sayang..Shah tu antara top scorer A masa spm 2 tahun lalu” Cikgu Rosijah mengeluh panjang mengenang nasib Shah.

Jari aku terhenti dari menulis di sebuah buku. Perlahan-lahan aku menghela nafas panjang..

“Kasihannya..mungkin juga sebab kematian mak kot dia jauh bertindak seperti orang dewasa!” getus hatiku. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut yang bersarang dalam hati.
‘Shah Imadi’..aku tertarik dengan nama itu…

Awal kami balik hari ini..maklumlah hari jumaat kan. Aku pula, membawa balik banyak buku latihan pelajar tingkatan 5. Dua kali aku ulang-alik ambil buku-buku ni. Tak menang tangan aku dibuatnya.

Okay, aku pun sudah ready hendak balik ni. Aku start enjin kereta saja, terus jalan. Tiada sudah namanya tunggu 5 minit atau 10 minit..aku jalan saja!

Ada lah 25 minit perjalanan, PANGGG!!! Aduh, apa lagi ni?!

Kereta tiba-tiba macam hilang kawalan sekejap. Nasib baik aku slow saja..kalau tidak, memang innalillah lah aku…
Aku berhenti di bahu jalan, cek kereta aku. Tayar pula! Kalau tayar kurang angin tidak apa lah juga, ini tidak..meletup terus! Apalah nasib aku hari ini? Huh! Sabar..

Aku buka bonet kereta, ambil jek..ambil tayar baru. Aku letak dekat tepi..

Aku mula menaikkan jek..itu okey lagi, ala..pakai kaki memanglah sangat okey!

Tayar kereta dah naik, tinggal nak pusingkan nat saja. Aku cuba pusing..

“Erkk! Keras! Aku cuba lagi, tapi kudrat aku tidak segagah itu. Nangis sendirilah..
Aku termenung sekejap..macam mana ni??

“Kenapa?” satu suara menerpa aku dari tepi.

Aku terus berpaling. ‘Shah’..antara happy dan tak hati ni dengan kehadiran dia..

“Err..tayar meletup” kataku ringkas..Aku bingkas bangun. Shah pula sudah betul-betul berada di hadapan aku sekarang.

“Ohh mana spana?” Katanya lalu mencapai benda tu dari tangan aku.

Aku cuma memerhati dari sebelah kiri dia..lama aku perhatikan wajah itu..redup saja matanya..rambut hadapannya dibiarkan jatuh ke dahi..

‘Shah Imadi..’ Fikiranku melayang seketika.

“Sudah puas tengok?” katanya tiba-tiba..lalu tersenyum kepadaku. Lamunan aku terhenti.

“Eh apa pula awak ni?” kata aku..segera aku buang pandangan ke arah lain..jelas terpancar riak malu di wajahku..

“Tulah, lain kali..cari suami cepat-cepat!” katanya mengusikku..

“A’ah hendak kahwin lah ni” aku menambah..sengaja aku berkata begitu agar dia menghentikan saja topik kahwin ini.

“Betul?” katanya selepas selesai menurunkan kembali jek kereta.

“Ada air tak? Tanyanya tiba-tiba..

Aku melangkah membuka pintu kereta bahagian penumpang. Aku hulurkan terus botol air yang ada dalam tangan.

“Boleh tuangkan tak?” pintanya menguntum senyuman..

Banyak pulak songeh budak ni!..antara rela dan terpaksa, aku tuangkan saja.

“Ika, ada boyfriend tak?” Soalnya serius sebaik melap-lapkan jarinya dengan tisu yang diambilnya dari poket seluar.

“Glup!” apa aku nak jawab ni? Otak aku tiba-tiba berhenti bekerja.

“Aaa..a.tentulah adaaaa!..kenapa pulak tiada?! Hehe” Aku sekilas berpaling ke arah dia sambil tersenyum simpul..saja cakap macam tu, sebab nak dia berhenti menyoal macam-macam..

Tapi tersenyum pulak dia..ini yang buat aku resah!

“Shah tau lah…tiada kan?” dia mengenyit mata dekat aku..geram pun ada saat ni..

“Menipu berdosa..jangan buat macam tu lagi” tuturmya..

Aduh!..tak pasal-pasal aku kena sebijik! Serayaa aku cebik bibir.

“Dua bulan lagi cuti penggal pertama, Shah nak masuk meminang” tuturnya bersahaja..

Mataku terbuntang luas..terkejut beruk aku dengan pengakuannya saat ni. Amboi! Suka hati dia saja!?

“Awak biar betul?!” terkebil-kebil aku sekejap..rasa tidak percaya pun ada..Aku sudah garu kepala beberapa kali walaupun terasa tidak gatal.

“Seriously!” jawabnya mengangguk..

“Shah takut syaitan ambil kesempatan atas perasaan Shah terhadap Ika” Sambungnya lagi..

“Sebab tu Shah nak cepat-cepat halalkan perasaan ini”..katanya sangat serius. Aku terpempan dengan kata-katanya..aku tidak nafikan, aku tidak nafikan ada benarnya apa yang dia katakan..tapi aku? Adakah perasaan aku sama seperti dia?

Aku masih blur..tidak tahu nak cakap apa..sebenarnya aku agak penat fikir semua ni..macam tiba-tiba saja satu bongkah batu besar menghempap aku. Tiba-tiba sangat!

Aku diam saja selepas itu. Dia pun sama..mungkin dia bagi peluang aku untuk bersuara?

“Cikgu balik dulu..anyway, thanks sebab tukar tayar tadi.” Aku sekejap ber awak, sekejap membahasakan diri cikgu dengan dia kerana aku sendiri sukar untuk mentafsir perasaanku sendiri kala ini. Kalau sebelum ni, mungkin aku boleh terima..tapi sekarang ni?

Aku meminta diri untuk beredar..Sebaik kereta aku bergerak meninggalkan dia, aku sempat melihat ke cermin sisi kereta aku..dia memerhatikan kereta aku dari jauh. ‘he’s just 19!…’ adakah aku kecewa saat ini? Aku sendiri pun tidak pasti..

* * *

“Assalamualaikum Ika,” Suara mama di hujung talian.

“Waalaikumsalam mama” jawabku..aku tersenyum sendirian. Awal mama call hari ini.
“Kenapa mama?” soalku..

“Ni nak tanya ni, Ika balik tak cuti sekolah ni? Cuti seminggu kan” tanya mama kepadaku..
Aku berdiri membetulkan tudungku..

“Tengoklah mama, kalau tiada aktiviti sekolah masa tu..memang Ika tetap balik” kataku meyakinkan mama..

“Balik ye, abah ada hal penting nak bincang masa tu” pinta mama..

“InsyaAllah mama”..

Mama kemudiannya memutuskan talian. Aku tertanya-tanya jugak..hal apa yang penting sangat?

Kalau pasal budak tu, tak mungkinlah..sebab dia sendiri yang cakap cuti penggal nanti baru dia jumpa abah..
Lagipun mustahil sangatlah budak tu datang meminang pun, alamat pun dia tak tahu?! Aku tersenyum sendirian. Agak geli hati..atau sebab lega barangkali?..hehe

Sebenarnya aku nak keluar hari ni. Seorang saja..sebab kebanyakkan guru perempuan di sekolah sudah berumahtangga.
Adapun yang belum, bukan geng aku. Huhuh

Tidak apa, lama-lama aku dapat jugak geng di sini nanti..

AKU memarkirkan kereta di kotak parkir supermarket Giant.

Banyak sangat orang hari ni..barangkali disebabkan hujung minggu. Aku mengambil troli yang ada di luar bangunan Giant. Perlahan-lahan aku menyorong..sesekali tumpuanku terganggu dengan kesesakkan manusia yang ada sini. Pusing sini, tak dapat pusing sana..pun sesak jugak! Heishh..menyesal pula pergi masa waktu kemuncak begini..
Aku tunggu orang clear dulu sekejap, baru aku masuk pula..

Aku ke bahagian barang basah. Aku capai ayam..sayur bayam dan telur..selesai dekat situ, aku ke bahagian tuala wanita. Agak tinggi..aku terlompat-lompat sedikit mencapai benda alah ni.
Aik, tak dapat juga? Aku menggaru kepala yag tak gatal..

“Cikgu Syafikah?”

Aku berpaling ke belakang sebaik nama ku di panggil..

“Ohh cikgu Imran..buat apa dekat sini?” tanya ku menguntum senyuman..

“Saja..cari barang” balasnya..sementara matanya meninjau melilau..mungkin mengesan barang yang dicari.

“Seorang jer?” tanyanya lagi..

Aku sekadar mengangguk..tangannya meraih tuala wanita yang aku nak kan tadi. Dia terus masukkan ke dalam troli aku yang setia menanti.

Aku membiarkan sahaja pertolongan yang dia berikan sebab aku sendiri pun fed up nak ambil dah. Tinggi sangat! Yelah, aku kan comel, 148cm saja..

“Cikgu seorang jugak ker?” Tanyaku.

“Ohh tak, sebenarnya dengan tunang sekali..haa tu pun dia!”

Aku terus berpaling ke arah belakang ku sebaik ibu jari Cikgu Imran menunjuk ke arah seorang perempuan.

“Fatin!” Aku membulatkan mata. Tak sangka aku boleh jumpa kawan lama aku semasa belajar di UPSI dulu.

“Ika!” Aku dan Fatin berpeluk seketika.

“Lama tak jumpa, sihat tak ni” Aku menyoal Fatin selepas meleraikan pelukan antara kami berdua.

“Alhamdulillah, aku sihat jer..kau?” Fatin soal aku pula.

“Aku sihat, alhamdulillah..” Bibirku menunjukkan sebaris gigi hadapanku.

“Ni, majlis bila? Jangan lupa jemput aku tau!” Aku menaikkan kening sekilas anak mataku melihat Cikgu Imran. Cikgu Imran ketika itu hanya tertawa kecil melihat gelagat kami.

“Lama lagi, yeelaaa..nak kumpul duit kan” balas Fatin pula.
“Tak sangka pula tunang aku kenal kau. Aku pun terkejut..Aku ingatkan perempan mana lagi tadi.” Fatin tergelak menceritakan rasa hatinya. Aku pula sudah ketawa terkekeh dengan pengakuan Fatin.

“Kami mengajar satu sekolah..sebab tu kenal” Cikgu Imran mula membuka mulut.

“Betul Ika?” Fatin menaikkan keningnya.

“Aih? Tak caya? Jangan jealous sudah!” Kata aku meyakinkan Fatin.

“Ish-ish, mana ada. Kau ni Ika..cubit karang baru tau!” Bila wajah Fatin menampakkan rasa geram kepada aku, aku cepat-cepat melangkah dua kali dari dia. Bukannya aku tak tahu, dia memang terkenal dengan cubitan dia dalam group kami dulu. Hehe

“Ika..” Fatin menarik tanganku lalu membisikkan sesuatu kepada ku.

Aku berubah riak muka dengan makluman Fatin kepadaku.

“Betul ker?” aku mencari kepastian dari riak muka Fatin.
Fatin mengangguk serius. Aku kaku sekejap.

“Okay tak ni?” Fatin mula risau dengan keadaan ku.

“Ish, aku tak apa-apa lah. Jangan risau..” aku lemparkan sedikit senyuman kepada Fatin.

Lama kami sembang pasal tu..

Tidak lama kemudian, Fatin meminta diri.

“Er..Ika, aku balik dululah. Imran tu pun dah berjanggut tunggu.” Tutur Fatin seraya berpaling kepada Imran yang sudah menjauh. Selesai sahaja Fatin meminta nombor telefon aku, dia beredar dengan tunangnya meninggalkan aku.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Suamiku 19 Tahun! 2”
  1. Alia says:

    148 cm ? Seriously ??! Haha comel nyee

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.