Novel : Suamiku Suri Rumah? 3, 4

9 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

3

“Saya tak mahu mengandung!Abang tahu tak, saya sibuk!!!” Jerit Mel.

“Mel, Aulia dah besar…dia perlukan kawan untuk bermain…dia perlukan adik..Aulia dah usia tiga tahun Mel…!” Suara Hazim kuat kedengaran.

“Mel tak kira!Mel yang melahirkan, Mel yang tahu betapa peritnya.Abang tak paham perasaan Mel!”

Pintu kamar di hempas kuat. Hazim tersentak. Aulia terjaga dari katil dan terus menangis teresak-esak. Adakah semasa melahirkan Aulia, Melida trauma? Apakah ini ujian aku Tuhan. Sudah tiga tahun Aulia tidak merasai kasih sayang ibu. Kerjayanya adalah segala-galanya.Tapi, sampai bila Aulia akan terabai tanpa kasih sayang seorang ibu?Hazim mendakap Aulia dan berharap tangisan anaknya akan berakhir dalam lena. Aku doakan hati ini kuat. Ujian yang benar-benar menimpa diri ini. Dahulu, nasihat Idham tidak pernah aku kisah. Pernah rakan sejawat aku itu memberitahu agar berfikir sedalam-dalamnya sebelum membina mahligai cinta bersama Melida. Namun, aku tetap positif pada Melida dan menerima dirinya sebagai seorang isteri. Ada keistimewaan padanya. Mungkinkah itu cinta buta atau cinta sejati. Adakah aku perlu cari seorang ibu untuk Aulia?Arghhhh…kenapa perasaan ini tiba-tiba hadir dalam hidupku?Esakan Aulia mendayu-dayu dan semakin lama semakin berakhir. Aulia terlena di bahu Hazim. Diletak Aulia dalam buaian dan dihayunkan perlahan-lahan. Hazim berlalu ke kamar selesa untuk mengambil wuduk. Semoga api kecil kemarahan yang meluap-luap dalam hati Hazim terpadam. Dari usia Aulia baru lahir sehinggalah Aulia semakin membesar, Hazim yang bertanggungjawab sepenuhnya. Di rumah Villa itu hanya mereka dua beranak.Melida dunianya hanya di luar. Aulia perlukan teman. Hazim tidak kisah jika tanggungjawab menjaga anak keduanya nanti terletak pada bahunya. Bukankah selama ini Hazim yang menjaga anaknya. Pinta Hazim ditolak mentah-mentah oleh Melida. Hubungan mereka suami isteri begitu hambar. Selepas Mel melahirkan Aulia, mereka sudah tidak lagi berasmara. Melida semakin dingin. Kerja.Kerja.Kerja. Zahir dan batin terabai.

Jam di dinding berdenting lagi. Sudah menunjukkan jam 10.00 malam. Telefon bimbit berbunyi. Tertera nama bonda Hazim. Mak Engku Teja. Sakitkah bondaku? Sudah setahun aku tidak menjenguk bonda di kampung. Kali terakhir Hazim pulang ke kampung pada bulan satu tahun lepas. Rupanya Hazim baru sedar, sudah lama dia tidak menelefon bondanya.

“Assalamualaikum, bonda…apakhabar?”

“Bonda sihat, Zim…lama Zim tak telefon bonda…”

“Maafkan Zim, bonda..Zim terlupa…entahlah macam mana boleh terlupa pulak…”

“Hazim okey ke?” Mak Engku Teja seolah-olah mengesyaki sesuatu. Faham benar dengan perangai anaknya.

“Zim, okey, bonda…”

“Aulia…Melida buat apa?Rindu dengan cucu dan menantu bonda…”

“Aulia dah tidur…baru jer tidur…Errr..Mel…ada!Ni ha..ada sebelah Zim ni…”

“Bonda nak cakap dengan, Mel…kejap…”

“Errr…Mel tiba-tiba dah tidur pulak ni…kejap bonda…” Hazim berpura-pura mengejutkan Melida. Walhal, Melida tiada di sisinya.

“Dah tidur, lena sangat dah bonda…”

“Esok bonda nak ke rumah Hazim dengan Mel…bila sampai di stesen komuter, bonda telefon nanti. Selamat malam” Telefon terus dimatikan belum sempat Hazim membalas apa-apa jawapan.

Huiiii.Bonda nak datang. Keadaan aku dengan Melida tengah dingin. Kalau bonda tahu, pasti bonda sedih melihat kami. Memang lama benar bonda tidak ke rumah. Sebelum ini, bonda datang dan Mel terpaksa cuti. Dalam keadaan dingin macam ni, mahu ke Mel penuhi permintaan aku?Mana, Mel???

“Mel!Mel…” Panggilan Hazim tidak dijawab. Sunyi sepi.

Hazim berlari anak ke tingkat bawah. Ruang tamu rumah lengang. Sekeping nota ditinggalkan. Tertulis bahawa Melida keluar mencari ketenangan dan tidak pulang ke rumah malam ini. Nombor telefon Melida didail. Tiada jawapan. Hanya jawapan, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sementara waktu.

*****

“Aku nak berpisah dengan Hazim. Aku tahu aku kahwin terpaksa dengan Hazim.”

“Kau gila ker Mel!Baru sekarang kau cakap kahwin kerana terpaksa. Anak dah sorang baru cakap terpaksa!Selama ni???”

“Ya!Aku buat keputusan aku nak berpisah dengan Hazim.Cinta aku dengan Hazim, hanya Cinta Sementara Lisa!”

“Cerai pada orang lelaki bukan pada kau Mel!”

“Aku akan buat sampai dia ceraikan aku!”

“Kenapa dengan korang ni???Aku tak pahamlah!”

“Kau tak kan faham sampai bila-bila…!”

“Puncanya?”Soal Lisa kawan baik kepada Melida dan Hazim.

“Dah..aku nak tidur…esok aku nak pergi kerja”

“Woiii…agak-agakla…esok hari sabtu pun kerja jugak ker?Hangin tak tentu pasal sampai hari pun lupa!”

“Dah lahhh..aku nak tidur…aku datang tumpang rumah kau…aku harap ada ketenangan kat sini…”

Melida terus terlena. Entah terlena entah buat buat-buat terlena. Lisa terkulat-kulat. Masih bingung dengan rakannya, Melida. Gila sungguh kau, Mel!Selama ini disangkakan tenang, rupanya bergelora rumah tangga rakannya itu. Hazim ada perempuan lain kah atau Mel yang ada lelaki lain?Kusut Lisa memikirkannya. Arghhh!Sudahlah, aku dah pening bersoal jawab dengan diri sendiri tanpa ada jawapan. Aku mendoakan Hazim dan Melida hidup bahagia. Ya Allah, selamatkanlah kehidupan rakanku ini.

*****

“Apa yang perlu aku jawab nanti bila bonda datang esok?”

Ke mana Melida pergi. Sepatah pun tak beritahu. Hanya tulis keluar mencari ketenangan. Hazim menghubungi Lisa. Namun, jawapan daripada Lisa, dia tidak tahu ke mana Melida pergi. Walhal, Melida sudah berpesan pada Lisa jangan memberitahu Hazim. Lisa tersepit. Diluah mati anak, ditelan mati emak. Hazim kusut memikirkannya. Mungkin pagi esok bondanya akan sampai. Bila lihat menantu tiada, pasti bonda akan mengesyaki sesuatu. Hazim pasrah. Hazim seboleh-bolehnya tidak mahu bondanya mengesyaki apa-apa. Adakah aku perlu menipu Melida kursus lagi? Ya Allah, aku terpaksa.Benar-benar terpaksa.

Jam 6.00 pagi. Telefon Hazim berbunyi lagi.Pesanan daripada Melida. Cepat-cepat Hazim mencapai telefon. Mesej yang tidak pernah Hazim duga. Tulisan seolah-olah penting ditulis dalam huruf besar.

“AWAK CERAIKAN SAYA!”

Hazim meraup muka. Takkanlah kerana pertengkaran kecil semalam, Melida sudah mahu minta cerai? Tidak masuk akal langsung. Hazim terus menghubungi Melida dan berharap keputusan Melida berubah. Selagi Hazim tidak ceraikan Melida, Melida tetap isterinya yang sah. Dia tahu, lafaz cerai miliknya. Benar sekali, orang perempuan suka ikut emosi, orang lelaki menggunakan fikiran berulang kali dalam membuat keputusan.

“Mel, kenapa ni sayang?”

“Saya nak awak ceraikan saya!”

“Mel ada orang lain?” Soalan Hazim tidak dijawab oleh Melida.

“Saya tak kira!Saya nak awak ceraikan saya!”

“Tidak ada sebab untuk saya ceraikan awak.Awak isteri saya yang sah. Walau macam manapun, saya tidak akan ceraikan awak Melida!” Suara Hazim bergetar di telefon.

“Cinta saya bukan untuk awak!”Jawab Melida tegas.

“Kalau bukan milik saya, milik siapa lagi?Kita ada anak Mel…Aulia…ingat Aulia Mel!”

“Saya akan tuntut hak penjagaan Aulia! Saya tak perlukan awak lagi!”

“Saya tidak akan ceraikan awak, Melida.Awak cinta saya.Baliklah, kita berbincang…”

Talian terputus. Hazim terpana. Bingung keseorangan. Bagaikan mimpi yang tidak dijangka. Jam 6.20 pagi. Hazim terus mengambil wuduk. Linangan air mata seorang lelaki tumpah di sejadah.Pilu hatinya. Tidak tahu apa punca isterinya minta cerai. Jika alasan untuk melahirkan anak lagi memang tidak masuk akal. Mungkin ada yang tidak kena pada Melida. Ada sesuatu yang disorokkan.

*****

Hazim menunggu bondanya di stesen komuter Rawang. Aulia disentuh-sentuh dalam kereta sorong bayi. Susu tumpah di baju Aulia dan Hazim menyeluk tisu dalam poket jeans nya; diambil tisu untuk dilapkan pada mulut Aulia. Setiap hari Aulia menatap wajah Hazim. Hazimlah ibu dan Hazimlah bapa. 10 minit kemudian komuter tiba. Hazim bangkit dari kerusi dan matanya melilau-lilau mencari bondanya. Wanita berusia lingkungan berbaju kurung hijau lembut dan bertudung putih melangkah keluar dari komuter sambil memegang beg pakaian dan tas tangan. Hazim menuju kea rah bondanya. Dipeluk erat bondanya.

“Apa khabar, bonda?”

“Bonda, sihat…Anak bonda makin susut…kenapa Zim?”

“Tak da apa-apa. Zim, sihat bonda…”

“Alahai comelnya cucu nenda ni…nenda ada beli baju untuk Aulia…” Sudah lama Mak Engku Teja tidak memeluk cucunya. Ditatang dan dicium-cium cucunya dengan penuh kasih sayang.

“Dah masuk tiga tahun dah nenda…” Senyum Hazim.

“Mana, Mel…tak nampak pun…” Mata Mak Engku Teja melilau sekeliling. Kelibat menantunya tidak kelihatan.

“Owh..Mel outstation..ada mesyuarat bonda…” Hazim menipu sunat. Setahu dirinya, tidak ada sunat dalam menipu. Manusia yang mengada-adakan hukum menipu itu sunat. Terpaksa.

“Hari minggu pun kerja jugak ya…nasib baik kamu tak kerja Zim…kalau tak entah kemana anak kamu ni….Rumah pengasuh bukan boleh diharap sekarang ni, Zim…macam-macam boleh berlaku…takut nenda tengok dalam televisyen tu…”

“Jemput, bonda…” Hazim mempelawa Mak Engku Teja sambil beg pakaian bondanya dibimbit. Mak Engku Teja menyorong kereta sorong bayi sambil bermain-main dengan cucunya.

Hazim berdoa agar pergolakan kecil yang berlaku dalam rumah tangganya tidak dapat dihidu oleh bondanya. Hazim benar-benar memohon pada Tuhan. Jikalau berminggu-minggu bondanya tinggal di rumah, pasti bondanya akan menyedari konflik yang berlaku. Hazim berharap Melida pulang dan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Hati ibu mana yang tidak akan susah jika tahu anaknya dalam keadaan begini. Oh, Tuhan…soal rumah tanggaku ini biarlah kembali pulih dan kami kembali bahagia. Konflik ini hanyalah ujian kecil datang untuk mengujiku. Titipkanlah perasaan tenang, sabar dan tingkatkanlah keimanan kami ini.

Suamiku Housewife?4

Mak Engku Teja resah. Ke hulu ke hilir di hadapan pintu rumah Hazim. Hazim hanya mengerling dengan anak mata. Hazim buat-buat tenang. Perasaan tidak sedap mula bermain dalam hati Mak Engku Teja. Adakah kehidupan anaknya aman dan bahagia. Mesti ada sesuatu. Kenapa Hazim buat-buat tidak endah apabila Mak Engku Teja bertanya tentang kehidupan dirinya dan Melida. Benar, orang tua tidak boleh ditipu. Lambat laun akan dapat dihidu.

” Hazim, Mel belum balik lagi? Sudah tiga hari bonda kat sini. Zim ada sorok sesuatu dari bonda?”

“Hah?Apa bonda…?” Hazim tersentak. Sungguh asyik dia melayan hatinya agar bondanya tidak tahu.

“Err..Mel…mesyuarat lagi bonda…”

“Zim, Zim..jangan tipu bonda boleh? Zim….dah tiga hari bonda kat sini…ni dah nak masuk hari keempat…mesyuarat apa ni sampai tidak balik rumah….rumah ni sunyi sepi…Kamu kena tegas, Zim…bonda tengok kamu amik tak kisah…isteri balik ke tidak…apa nak jadi…jadi…” Mak Engku Teja mula panjang lebar memberi kesedaran pada anaknya.

“Bonda dah makan?” Hazim sengaja mengubah topik.

“Zim, berapa kali bonda nak makan….? Tak ingat ke kita sama-sama makan tadi. Hishh budak ni!Kamu jangan nak alih-alih topik.”

“Aulia…anak papa…dadada….dadadada….bonda tengok Aulia ni….ada iras-iras bonda jugak kan bila makin besar…” Senyum Hazim dibuat-buat.

“Dah!Dah!Bonda cakap hal lain, kamu ubah topik tak tentu pasal. Kamu jangan nak berdalih dengan bonda.” Suara Mak Engku Teja semakin keras. Hazim tidak berani lagi.

“Bonda, saya dengan Melida hidup bahagia sangat. Tidak apa yang berlaku dalam kehidupan kami. Cuma saya di rumah, Melida kerja. Saya faham situasi dia bekerja.” Hazim cuba meyakinkan Mak Engku Teja.

“Kalau macam tu…tak apalah, Zim…Bonda Cuma ambil berat tentang kehidupan kamu sekeluarga sahaja. Jangan terlalu memberi Zim, kamu kena tegas…Bonda risau kamu terlalu rileks, Zim…Isteri buat apa…tidak kisah…tak boleh, Zim…orang perempuan kalau lelaki buat tidak kisah tak boleh jugak, Zim…bukan bermakna mengongkong, tapi cuba ambil tahu…”

“Baiklah, bonda…”

*****

“Zim, ada ke ketam di pasar yang bonda kirim tu?” Tanya Mak Engku Teja pada Hazim yang baru pulang dari pasar.

“Tak ada bonda…Hazim ingat hantar barang-barang ni dulu, dan Hazim akan ke Tesco nanti…Lauk-lauk kat sana segar juga. Ketam biasanya ada kat sana. Ok, bonda..Hazim pergi dulu…”

“Zim, bonda ikut? Bonda nak keluar juga…kejap, bonda siap-siapkan Aulia..”

“Baiklah, Zim tunggu dalam kereta…”

*****

” Segar-segar juga kan, ikan…udang…sotong…ni ha, ketam baru lagi ni, Zim…” Tangan Mak Engku Teja mencapai plastik dan memasukkan ketam ke dalam plastik. Lagipun, sudah berkurang nampaknya lauk-pauk dalam peti ais di rumah Hazim.

“Bonda, kejap lagi kita ke food court yer…kita minum-minum kat sana…Ada satu kedai Tom Yam kat sana…best!” Ujar Hazim sambil mendukung Aulia.

“Ya..nak…” Balas Mak Engku Teja sambil memilih-milih lagi ketam di hadapannya.

*****

Hazim, Mak Engku Teja dan Aulia berada di food court. Jam 12.00 tengahari. Masih tidak ramai orang di situ. Mungkin jam 1.00 tengahari nanti, warga yang bekerja akan keluar untuk makan tengahari. Tom Yam yang dipesan menusuk hidung. Mak Engku Teja menjamu selera bersama anaknya di food court. Lauk-pauk yang dibeli mungkin dimasak untuk makan malam nanti. Sekali-sekala membawa bondanya makan, terisi juga masa bersama bonda kesayangannya. Tom Yam dihirup amat enak. Tiba-tiba Hazim terpandang seseorang.

“Mel….” Suara Hazim bergetar. Sudu di tangan jatuh tanpa disedari.

“Zim, kenapa…? Soalan Mak Engku Teja tidak dipedulikan.

Mak Engku Teja melihat Melida dengan seorang lelaki. Begitu mesra Melida memaut tangan lelaki yang berada di sampingnya. Begitu bahagia mereka.

“Bonda dah agak dah…ada yang tak kena dengan kehidupan kamu berdua. Siapa lelaki sebelah Mel?”

Hazim tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh Mak Engku Teja. Dalam fikirannya juga ada persoalan yang sama. Apakah Melida curang dan mengambil kesempatan pada kebebasan yang aku berikan padanya? Hazim bangun dan ke arah isterinya dan lelaki itu. Jika seorang kawan, apakah perlu begitu mesra. Aku cemburu!Ya, aku cemburu! Melida isteriku.

“Mel, ni sapa?” Hazim menyapa Mel.

“What brought you here?” Tanya Melida dalam keadaan agak terkejut tetapi dibuat-buat bertenang.

“Honey, ni siapa” Tanya lelaki di sebelah Melida dengan manjanya.

” He is….” Belum sempat Melida menjawab Hazim mencelah.

“She is my wife and I,..her husband. And you?” Jawapan Hazim mengerutkan dahi lelaki itu.

“What???? You…Mel…dah kahwin? Kenapa you tak bagi tau I…you cakap you single…” Lelaki itu meraup muka. Gelak ais krim ditangannya ditangannya terjatuh. Lelaki itu berlalu.

“Micheal…please Micheal…please..don’t leave me…” Melida seolah-olah dalam keadaan keliru dan keluh-kesah.

“Mel, balik ke rumah, awak isteri saya, Mel…apakah hukum awak dengan lelaki lain, Mel sedangkan awak isteri saya?”

“Please don’t tell me about hukum…I know! Tolong, ceraikan saya!” Suara Melida meninggi.

Ada anak mata yang memandang mereka berdua. Dari jauh, Hazim melihat bondanya sedang memandang mereka berdua. Hazim bertekad. Dia akan bawa Melida pulang. Tangan Melida ditarik dan dipegang kemas. Bonda seolah-olah memahami. Turut bangun dan ke kaunter untuk bertanya samada makanan telah dibayar atau belum. Hazim telah membayar. Mak Engku Teja membimbit barang-barang yang dibeli sambil memangku Aulia. Kesian Mak Engku dan lagi berserabut melihat anak menantunya dalam keadaan tidak tentu hala. Masing-masing mengharapkan tiada perpisahan berlaku. Semoga kebahagiaan melimpahi kehidupan mereka. Selagi mampu diselamatkan, Hazim sanggup berbuat apa sahaja. Apakah kehidupan Hazim dan Melida akan terus bergolak?Siapa lelaki itu sebenarnya atau hanya permainan Melida sebagai alasan untuk Hazim menceraikannya?

Bersambung…

P/s: Pada akhir surah At-Tagabun, Allah memerintahkan bersikap baik dan pemaaf kepada sesama anggota keluarga tetapi boleh terjadi perpisahan. Pada awal surah ini Allah telah menerangkan aturan penceraian dalam Islam dan masalah idah. Allah juga berpesan agar tidak menganiya mantan isteri setelah dicerai.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 3, 4”
  1. terima kasih pdgn semua. Tajuk suamiku housewife ditukar dalam BM sepenuhnya. Suami Surirumah? :smile:
    untuk mengikuti bacaan suamiku surirumah? pembaca boleh klik katakunci suamiku surirumah? di bwh ruangan penulisan tsbut..nntikan episod strusnya utk bacaan y lebih mgejutkan pembaca.. 😛

    pembaca boleh melayari ruangan di facebook (Ilham Murabbi) – nama di fb.

  2. Siti Soleha Yahaya says:

    geramnyaa…..

  3. mala says:

    melida..isteri yg xtau untung..smga hazim berjumpa cinta sejati

  4. sYnystEraLEx says:

    gile ah!org snggup mati nak dapat suami baik macam tuh..ish2x..tak sedar dek untung betul si Mel ni..ish2..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.