Novel : Suamiku Suri Rumah? 13

29 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

13

Pawana malam menerpa ke wajah Hazim. Sejuk sekali. Malam yang begitu tenang, Hazim hanya mengisi kekosongan hati dengan bermonolog sendiri. Aulia semakin pantas memanjat katil. Tidak tahu erti penat memanjat. Berulang kali turun dan naik dari katil di kamar Hazim. Hazim hanya termanggu sendirian di tingkap bilik. Melihat malam yang kelam tanpa bintang. Hanya angin menderu menyapa telinga Hazim. Dia tidak mahu sejarah yang berlalu dalam hidupnya bersama Melida berulang kembali.

Telefon Hazim berbunyi. Mesej diterima.

“Assalamualaikum. Sahabat-sahabat, anda dijemput untuk menghadiri reunion pelajar diploma kejuruteraan automotif batch 2006 yang akan diadakan di Hotel Quality. Anda dijemput hadir pada 20.4.2011 (Sabtu). Maklumkan kehadiran anda kepada saya, terima kasih – Maisarah. ”

Hazim meneliti mesej itu berulang kali. Dari mana pula Maisarah dapatkan nombor telefon aku ni. Oh, ketika berjumpa di syarikat bapa mertuanya dahulu. Lupa pula!

“Saya, akan hadir untuk reunion. Terima kasih atas jemputan- Mr.Hensem” Hazim memang suka melawak. Zaman belajar di university sengaja mencari popular dengan gelaran Mr.Hensem. Cuma, kehidupan dengan Melida suatu ketika dahulu, perangai Hazim berubah. Perangai gila-gilanya berubah dan terkikis humor Hazim yang semulajadi.

Masa Hazim diploma dahulu, Hazim pernah menjadi pelakon terbaik. Gelaran Ustaz Songoi menjadi bahan ketawa pelajar-pelajar kejuruteraan automotif di UiTM. Pernah juga Hazim tidak hadir ke kelas kerana sakit dan berada sebulan di hospital, suasana kelas menjadi sunyi sepi. Semua rindu pada Hazim.Namun, setelah bergraduan, Hazim membawa diri.

“Mr.Hensem tu siapa?” Mesej berbalas lagi oleh Maisarah.

Aik!Si Maisarah ni, boleh pulak tak tahu siapa aku yang hensem ni. Tadi, tahu pula hantar mesej pada Si Hensem ni. Memang sengaja Maisarah hantar mesej sebegitu. Hazim hanya tersenyum. Mesej hanya terhenti setakat itu sahaja. Macam manalah wajah si Maisarah sekarang ni, gemuk macam dulu lagi ke?Haha!Tak baik mengganggu isteri orang malam-malam ni. Oh, rindunya suasana belajar di kampus UiTM dahulu. Dekat mana lah aku nak tinggalkan Aulia ni, nanti nak ke reunion, masakan perlu bawa budak ni? Bawalah sekali, apa salahnya. Suara hatinya berkata sendirian.

*****

“Bulat, mesyuarat kelab media nanti, kau datang. Jangan ponteng pulak” Senyum Hazim sambil membawa beg galas yang sarat berisi buku.

“Banyak kau punya hensem panggil aku bulat. Nampak ni?”Maisarah menunjukkan kasutnya yang muncung tajam. Kalau sepak kaki Hazim ni, mahu stroke urat jari Hazim ni.

Hazim hanya tersenyum sambil menjelirkan lidah dan berlalu. Dua orang ni memang suka bergaduh. Bergaduh yang menggelikan hati. Maisarah betul-betul geram. Mentang-mentang dia hensem, panggil aku bulat. Kau dapat bini lagi bulat dari aku, baru padan muka!Mengata orang tidak toleh kiri kanan!Huh!

“Ba..bahhh..cu..cuu…” Suara Aulia mengejutkan Hazim. Sudah hampir 10 tahun pengalaman sebagai pelajar diploma berlalu.

“Babah buat yaaa….Aulia nak susu ya?Sayang Aulia…Aulia kacau babah syok sorang-sorang ya..Aishhh budak ni!”Hazim mengangkat Aulia dan didukungnya. Aulia tersengeh sambil menayangkan 2 batang gigi yang baru nak tumbuh. Makin comel pulak Aulia ni. Pipi bulat, mulut bulat sejemput.

*****

“Tompasse ai..yumuskuraieee…tom menaja yephya..” Belum sempat Hazim menyambung lagu Hindustan, tiba-tiba kedengaran orang memberi salam. Apron masih tersangkut dileher. Maklumlah suri rumah sepenuh masa.

“Waalaikumussalam…Kejap yaaa….”

Macam ramai jer di luar tu. Hazim berlalu membuka pintu utamanya. Di luar pagar rumahnya, kelihatan tiga buah kereta. Hazim menekan remote control pintu pagarnya. Lalu terbuka. Rombongan meminang aku ker?Eishh!Hazim kadang-kadang mood angau tu datang juga.Haha!Seronok nampak Hazim kali ni. Seperti tiada masalah. Episod dia dengan Melida seolah-olah berkubur kah?

Pintu kereta dikuak. MasyAllah, rakan-rakan ketika zaman belajar dahulu menziarahi Hazim. Baru semalam menggamit memori, kini di hadapan mata. Seronok bukan main lagi Hazim melihat kunjungan rakan-rakan yang lama tidak bersua.

“Wahhhh,…memang betul-betul buat surprise untuk aku kan, korang ni!Terima kasih sebab sudi datang rumah aku” Hazim memeluk Izzat dan rakan-rakan lelaki yang lain.

” Beb, kami cari kau susah nak jumpa..nasib baik teknologi hari ni menemukan kita…”Ujar Izzat yang ala-ala buat iklan tv pulak.Haha.

“Zaq, Raul, Tina….and….ni sapa ya?Lupalah….Terima kasih sudi datang. Jemput masuk…”

“Hazim, sampai hati tak kenal Mai…”Ujar Raul.

“Mai mana satu…aku lupa lahhh..”

“Maisarah!”

“Maisarah!Ya Allah Si…Bulat?Mai!Aku tak cam kau dah Mai!”

“Maklumlah….aku makin bertambah jelitawan…Bulat tu dulu okay?” Maisarah mula memberi reaksi. Perangainya masih seperti dulu. Semuanya ketawa berderai-derai. Maisarah ternyata jelita sekali, bukan Maisarah dahulu lagi.

*****

Hazim membawa ikan siakap lemon stim dari dapur.Semerbak baunya. Ternyata rakan-rakan Hazim kagum dengan Hazim yang pandai memasak. Tiga menu menjadi santapan bersama rakan-rakan. Gaya Hazim memasak mengalahkan wanita.Wanita idaman pasti cair dengan Hazim.Sudahlah kacak, hensem pulak.Eh,hensem dengan kacak sama sahaja kan?Hihi.

“Eh, jemputlah makan…kenapa semua macam teruja jer ni…”

“Zim, beruntung bakal isteri kau nanti…” Raul berbicara sambil membasuh tangan.

Tiba-tiba Aulia menangis. Raul, Tina, Zaq dan Maisarah saling berpandangan.

“Anak siapa tu Hazim menangis.Anak jiran kau ke?” Zaq tertanya-tanya.

“Anak kau ke?”

*****

Panggilan babah semakin kuat. Hazim meluru ke tingkat atas. Lain macam suara Aulia. Raul, Tina, Zaq dan Maisarah saling berpandangan. Nasi ditelan perlahan-lahan menerusi alur kerongkong. Pasti mereka tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Maisarah cepat-cepat membasuh tangan dan hanya menjenguk dari anak tangga. Maklumlah, mana tahu ada isteri Hazim di atas segan pula untuk ke atas. Suara tangisan Aulia terhenti.

“Ya Allah, Aulia!” Haziim melihat tangan Aulia tersepit di pintu. Patutlah Aulia menangis. MasyAllah. Teruk tangan budak ni!

Tangan Aulia merah menyala. Kulit jari telunjuk tersiat. Berdarah. Kesian Aulia. Teresak-esak menangis. Hazim memberi susu botol pada Aulia. Macam mana Aulia boleh main kat sini. Aku leka di bawah tadi. Kesian Aulia. Buat masa ini Hazim meniup-niup tangan Aulia. Aulia mencebik kesedihan. Sayu hati Hazim melihat Aulia. Air mata Aulia mengalir meminta simpati.

“Ya, sayang…babah tahu Aulia sakit…alahai anak babah…” Hazim menyapu minyak gamat. Tangan Hazim menggosok-gosok kepala Aulia. Hati bapa mana yang tidak tersentuh melihat anaknya yang menangis kesakitan. Eh, Hazim bukan bapa Aulia. Benar, tapi Hazimlah yang menjaga Aulia dari kecil hingga Aulia besar seperti sekarang. Lama juga Hazim di loteng tingkat atas. Hazim memangku Aulia ke bawah menuruni anak tangga. Rupanya rakan-rakannya sudah selesai menjamah makanan yang dihidangkan. Lagipun memang Hazim yang beria-ria menyuruh mereka makan di rumah. Nasib baik mereka tidak tertunggu-tunggu.

“Zim, anak kau ke ni?”

“Ya, lah..anak aku…”

“Comelnya…chaper name?” Tina bertanya dalam keanak-anakkan sambil mencuit pipi Aulia.

“Mai, melepas dah kau Mai..Hazim dah kahwin dan ada anak…rupanya…” Sempat lagi Raul mengusik.

“Ish..dengar kat isteri Hazim ni, syhhhhhhh.Kau ni agak-agaklah…!” Maisarah menunjukkan isyarat perlahankan suara.

“Anak yang aku jaga sejak dia kecil…anak angkat aku..macam anak aku…tapi memang anak akulah senang cerita…” Hazim mula bersuara.

“Eh, tak bawa ke klinik ke ni?”

“Mana mak dan ayah budak ni?”

Arghh!Apa aku nak jawab ni? Tanya mak dan ayah budak ni pulak. Mudah sebenarnya untuk dijawab, tetapi sudah melibatkan kehidupan Hazim yang lalu. Ermmm..senang cerita, aku pengasuh budak ni lah senang!

“Errr…aku sebenarnya jaga budak ni berbayar!”

“What? Baby sitter? Kau baby sitter Hazim?Hahaha” Raul memang suka menyakat. Tidak habis-habis menyakat Hazim.

” Inilah tugas aku setiap hari, jaga budak kecil”

“Come on lah my friend…belajar tinggi-tinggi….ada ijazah…jadi baby sitter akhirnya…”Raul mengusik Hazim lagi.

“Ok what…semua kerja kena ada ilmu tau…” Maisarah mula bersuara.

“Amboi-amboi sejak bila menyebelahi Hazim ni…ehemmmm…” Raul menyakat lagi…

“Sudah-sudahla tu…tengok jari budak ni…kenapa ni?”Tina memang mengambil berat.

“Tersepit dekat pintu bilik tadi…”

“Hurm..Zim..bawa kliniklah budak ni…budak kecil ni sistem pertahanan badah mudah diserang walaupun daya antibodi masih tinggi. Teresak-esak lagi ni…” Zaq bersuara lagi.

Wah, bertuah betul Aulia. Sudah ramai yang mengambil berat. Maknanya ramai baby sitter lah lepas ni. Bertuahkan?

“Meh dengan kakak , sayang…” Maisarah ingin mendukung Aulia.Tangan dihulurkan pada Aulia.Eh, mahu pula Aulia! Aulia macam nak dapat ibu baru jer.Hihi!

“Kakak konon…mak cik lah…!” Raul sengaja mengusik Maisarah lagi. Suka sangat Raul mengusik rakan-rakan.

“Yerlah, mak cik lah…”

“Mak cik apa…?Mak cik apa?Mak Cik Maisarah….” Raul mengacah-acah Aulia ala-ala iklan Petronas “burung apa?burung apa?burung apa? Gelak tawa mereka menceriakan suasana. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa sakit tertanggung oleh Aulia jika Aulia boleh berkata-kata.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 13”
  1. Ilham Murabbi says:

    assaalamualaikum…terima kasih semua…insyAllah..bermula daripada bab ini ada bibit2 kegembiraan yang akan dinikmati Hazim…Namun, siapa tahu…ada badai juga beralun dlm gembira..selamat membaca bab seterusnya… penuh misteri…alunan hidup Hazim…=)

  2. azmawani says:

    nampaknye hidup hazim dah semakin baik…cepat2 ye update cite ni..memang de bes.

  3. Siti Soleha Yahaya says:

    ewahhh…siap nyanyi lagu bollywood lg tuh…hehehehe

  4. Abdul Latip says:

    Penulisan yang bagus…teruskan…tahniah.

  5. salmie says:

    tak de blog ke?? best citer ni…boleh jadi pengajaran..

  6. firus says:

    bagi la melida tu insaf dan bertobat.
    biarla jodoh hazim dgn melida,plez…
    stiap org pasti akan bt dosa cuma mereka perlu diberi pluang utk berubah.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.