Novel : Suamiku Suri Rumah? 14

24 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Hafiz masih berdengkur lena di katil. Melida menggeliat dan memeluk Hafiz. Kaku tidak berbalas pelukannya. Nyenyak betul si Hafiz ni. Solat Subuh entah ke mana. Paling penting nikmat dunia yang tidak pernah puas. Mata Melida tertancap pada sebakul baju yang hampir berselerak. Sudah dua minggu baju tidak berbasuh. Menyusahkan betul. Kalau ada orang gaji mesti selesai kerja ni. Kalau ada Hazim, pasti segalanya selesai dan terurus.Hah?Hazim?Hazim!Hazim!Hazim!Nama itu masih lagi bermain dalam hati Melida. Buat apa mengigati manusia yang tidak pernah bertakhta di hati aku?Nampak sangat Hazim mula memberi makna kepada Melida setelah berpisah.Adakah aku mula merasakan kehilangan Hazim?Melida mula mengigati kisah mereka berdua.Rupanya tidak pernah diucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan Hazim yang menguruskan makan dan minumnya setelah bangkitnya Melida daripada tidur. Pakaian seringkali berselerak di birai katil. Siapa lagi jika bukan Hazim yang mengutip pakaian Melida untuk dibasuh. Tidak pernah juga Melida memanggil panggilan manja untuk Hazim walau “abang”. Panggilan “sayang” jauh sekali. Kali ini, Melida mula merasai kehilangan.

Kehidupan bersama Hafiz yang baru setahun jagung, terasa seolah-olah dekat tetapi seperti tidak bermakna. Arghhhh!Aku terasa kusut sekali. Apakah yang telah aku lakukan?Dahulu, Hazim merasai apa yang aku rasa.Kini, aku mula merasainya. Cinta yang benar-benar cinta sudah hilang dan berada jauh sekali. Cinta yang selama ini aku rasa dekat bersama insan tersayang, seolah-olah mula pudar.

Apakah alam perkahwinan ini menuntut untuk aku menjadi isteri yang baik untuk seorang suami?Adakah aku salah menyintai insan yang bersamaku kini?Adakah aku kehilangan kini apabila tidak pernah menghargai insan yang selama ini pernah hadir dalam hidupku?Hazim?Hafiz?Ya, Hazim suami pertamaku, Hafiz suami keduaku!Argghhh…aku ini terlalu berwatak lelaki, sungguh sedikit naluri sebagai isteri.Adakah aku tidak bersedia berkahwin sebelum ini?Apakah begitu sedikit persediaan sebelum menghadapi alam perkahwinan pada usia yang terlalu muda itu?

Tidak!Aku salah menyintai insan ini. Atau aku terpaksa menafikan perasaan yang hadir? Adakah aku boleh berpatah semula pada jalan dahulu?Hurm!Takkanlah kerana tidak pandai menguruskan rumah tangga aku mahu tinggalkan Hafiz yang aku benar-benar cintai ini?Ya, perasaan teringat pada Hazim itu hanyalah mainan sahaja. Argh!Persetankan!Ke Hazim telah bomohkan aku?Belum apa-sapa sudah rindu. Mesti Hazim bomohkan aku ni supaya aku terus mengigatinya. Melida mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Hazim didail. Tidak diangkat. Melida hanya mesej kepada Hazim.

“ENGKAU JANGAN CUBA UNTUK BOMOHKAN AKU SUPAYA AKU MENGIGATI KAU. AKU TIDAK SESEKALI AKAN KEMBALI KEPADA ENGKAU. ENGKAU BUKAN CINTA AKU DAN JANGAN SESEKALI GANGGU HIDUP AKU!”

Sungguh kasar sekali bahasa Melida. Kali ini syaitan cuba menghasut Melida membuat fitnah. Dalam hati mula mengiyakan rasa cinta dan kehilangan pada bekas suaminya itu, ada pula syaitan yang menghasut hati Melida. Ya, samada syaitan menyuruh untuk ada perasaan cinta pada bekas suami dahulu dan syaitan juga menyuruh hati Melida untuk curang pada suaminya kini, Hafiz. Hazim masih terkulat-kulat membancuh susu Aulia segera mendapatkan telefon bimbit apabila nada mesej kedengaran. Hazim menekup mulut seakan-akan mahu tergelak.Haha!Sah, Melida rindu aku. Kalau rindu, katakan rindu, tidak abang ternanti-nanti. Haish!Bila baca kali kedua, macam mahu marah. Namun, Hazim tahu siapa yang boleh terlayang perangai isterinya begitu. Hazim sudah masak sangat dengan perangai Melida. Sah!Hazim tahu, Melida mula hilang arah kini. Oh, begitu tabah hati Hazim. Niat pada hati Hazim, dia mahu Melida belajar banyak perkara walaupun Melida tidak lagi bersamanya. Hazim percaya pada “MIRACLE”. Mana tahu, walaupun berpisah sementara Melida akan kembali lagi.Hesyhhhh!Apa aku merepek ni!Tak baik, Melida dah jadi hak milik orang lain. Tiba-tiba hati Hazim terdetik. Berilah Melida peluang untuk hidup dengan insan yang dicintai dengan bahagianya. Buat apa perlu mengganggu isteri orang.Benar, dahulu isteriku, kini bukan isteriku. Mesej Melida dipadamkan. Sengaja Hazim memadamkannya.

*****

Hazim meluncur laju menaiki kereta. Sambil mendengar lagu di Hot FM. Lagu Aizat berkumandang di corong radio keretanya. Begitu tenang sekali. Dahulu Hazim pernah menyatakan kepada sahabatnya. Cintailah seseorang yang mencintai kita dan hargailah cinta yang diberikan.Namun, kini Hazim merasainya.Cintanya hanya menjadi kenangan seperti dalam lirik lagu Perpisahan Ini. Begitu tertusuk di hatinya.

“Mel….” Terpancul nama Melida di bibirnya secara tidak sedar. Air mata lelaki itu tumpah lagi. Memang benar Hazim mudah tersentuh walaupun sifat lelakinya terserlah. Kenapa harus hadir perpisahan antara kita, Melida. Sesungguhnya, aku masih menyintaimu, Melida. Hati ini hanya untukmu Melida. Sememangnya kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita tapi kita menyedari bahawa orang yang kita cintai itu lebih berbahagia bila bersama orang lain. Namun, hakikatnya…hati ini tidak bisa merelakan dirimu bersama insan lain. Kereta dihentikan setibanya dipantai. Hazim tidak tahu arah tuju lagi. Di pantai inilah dia pernah berjanji pada dirinya untuk menjaga Melida sehayat hidupnya. Oh, sungguh kenangan. Hanya angin yang menderu bersisir di telinga.

P/S: Bersambung. Mohon komen daripada anda. Mohon maaf kerana lama tidak update siri baru. Teruskan bersama Suamiku Suri rumah.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 14”
  1. eisya says:

    adakah novel ini bleh didapati kdai buku??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.