Novel : Suamiku Suri Rumah? 15

8 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Sampai bila harus begini. Yang berlalu, biarkan berlalu. Hidup perlu diteruskan. Hazim mencapai kemeja putih bergaris hitam. Sudah lama tidak berkemeja. Aulia sudah mula dihantar ke nursery. Fail berisi sijil, dan biodata diri disisip kemas. Keputusan yang Hazim ambil itu tiba-tiba. Selama mana harus menjadi surirumah sepenuh masa?Dunia lelaki adalah kerja. Selagi terperuk di dalam rumah, selagi itulah fikiran ini tidak akan berkembang. Aulia terkebil-kebil di waktu pagi. Mungkin hatinya tertanya-tanya, kenapa papanya begitu lain hari ini. Kacak sekali. Ya, papanya tidak mahu lagi menjadi suri rumah sepenuh masa. Gaji pengasuh yang diberikan oleh Melida bukan untuknya, tetapi untuk pengasuh lain. Hazim perlu keluar dari kepompong. Wanita lain pasti akan meluat jika seorang lelaki tidak bekerja. Seolah-olah petanda kepada kemalasan. Namun, tidak semua. Hanya Melida sahaja yang mahu Hazim menjadi suri rumah. Maklumlah, Melida itu berkemampuan membayar gaji Hazim.

*****

Hazim merenung bangunan pencakar langit yang megah berdiri di hadapannya. Biarpun dahulu dia menjadi mangsa ahli perniagaan agar menutup kisah aib Melida dan Micheal, namun Hazim tetap percaya pada kuasa Tuhan. Semua itu soal jodoh. Tidak semua jodoh berakhir dengan bahagia. Hazim redha. Kali ini, Hazim mencari kerja masih lagi dalam bidang perniagaan. Kebolehannya tidak harus dipersia dengan hanya menjaga bayi di rumah sahaja!Hazim perlu bangkit. Sampai bila dia harus berkecamuk di rumah sahaja. Kehidupan sosial tiada langsung! Walaupun dibayar gaji oleh Melida untuk menjaga Aulia, itu bukanlah menjadi kebanggaan Hazim.

Pintu berkaca menara Zaiq Holding dikuak perlahan. Diintai kiri dan kanan. Seorang gadis berada di kaunter tersenyum manis pada Hazim. Kot yang dipakai Hazim segera dikemaskan kolarnya.

“Ya, Encik…boleh saya bantu…?”

“Saya ingin berjumpa pengarah Zaiq Holding.”

“Encik, sekarang pengarah sedang bermesyuarat. Tujuan encik?”

“Saya ingin mohon kerja…saya lihat dalam New Strait Times ada ditawarkan kerja di syarikat ini…”

“Ok, Boleh Encik tunggu sebentar?”

“Ya, baiklah.”

“Silakan duduk encik di ruangan menunggu…sekejap lagi dalam masa setengah jam saya akan panggil encik…” Jawab gadis manis itu dengan sopan.

Setengah jam pun setengah jam lah. Cari makan punya pasal. Syarikat ini merupakan syarikat yang mengendalikan bekalan hardware untuk pembinaan kepada syarikat gergasi di Asia.

*****

Hazim mundar-mandir. Sekejap-sekejap diseluk poket seluarnya. Macam kucing hilang anak pun ada. Sudah dekat satu jam. Bukan lagi setengah jam menunggu pengarah Zaiq Holding ni. Kalau macam ni, kena tunggu berjam-jam lagi agaknya. Sabar, Hazim. Beginilah untuk memulakan proses mencari rezeki. Usaha mencari kerja. Dalam proses usaha mencari kerja juga banyak likunya. Perlu turun naik tangga membawa selonggok sijil. Bukan itu sahaja, perlu bersedia mental dan fizikal untuk ditemuduga. Itu belum diceritakan soal kena baling fail keluar.Biasalah, adat mencari rezeki perlu usaha yang gigih. Tidak semua manusia bernasib baik dalam dunia sekarang. Hazim berharap, di tempat ini dia akan ditawarkan pekerjaan. Alamak, sakit perut!

“Saudari, di mana toilet?”

“Oh, encik terus, nampak lif dan encik naik tingkat atas.” Jawab gadis itu yang dari tadi fokus dengan kerjanya.

*****

Ting!Hazim terus meluru ke dalam lif. Gedebuk!Berselerak segala fail yang dipegang oleh wanita yang begitu elegan di hadapannya.

“Maafkan saya!”Hazim berkerut menahan sakit perut. Perut memulas pula. Oh, Tuhan, janganlah berterabur dekat sini. Tahan-tahan, jangan terkentut angin kosong sudah!Hazim sempat mengutip kertas-kertas yang berterabur dan diberikan kepada wanita berbaju merah jambu di hadapannya.

“Okay…” Hanya jawapan singkat. Gadis itu terus keluar dengan begitu cepat. Fail biru dipegang kemas.

*****

Flush tandas ditarik.Hazim menarik nafas lega.Fuhhh!Hazim mempercepatkan langkah. Lif ke tingkat 1 ditekan kembali. Tertera signboard Zaiq Holding yang dilekatkan di dinding syarikat itu. Suara gadis yang menjaga kaunter menyapa lagi.

“Encik, pengarah sedang menunggu di pejabatnya sekarang. Encik, ketuk pintu dulu sebelum masuk. Pengarah saya sedang hot!”Gadis itu bersuara perlahan sambil menekup mulutnya.Bimbang juga didengari tidak pasal-pasal kena buang kerja.

“Okey…okey…harap-harapnya saya bukan mangsanya.Saya mahu mencari kerja. Doakan saya!”Kata Hazim sambil tersenyum.

Gadis itu mengangkat ibu jari kepada Hazim. Tanda lakukan yang terbaik!

*****

Tok!Tok!Tok!

“Assalamualaikum…”

Salam Hazim tidak berjawab. Pintu tidak pula ditutup rapat.Terdengar suara wanita yang agak dalam keadaan tertekan.

“Kita putus sahaja!Selama ini saya sanggup berkorban untuk awak!Tapi, dunia ni memang tidak adil!Prang!” Telefon dihempas. Keadaan kembali menjadi sepi. Terdengar esakan kecil daripada dalam pejabat itu. Hazim keliru. Mahu ganggu atau tidak ni? Tangan kanannya terketar-ketar untuk mengetuk pintu. Hazim cuba sekali lagi. Tok!Tok!Tok!

“Masuk…” Suara yang tidak bermaya kedengaran. Hazim melangkah masuk.

“Assalamualaikum, Puan…”

“Waalaikumussalam.Cik, Okay!”

“Maafkan saya, ya Cik…”

“Duduk…Tujuan awak berjumpa saya?”

“Saya ingin memohon kerja seperti yang diiklankan di dalam surat khabar sebagai pembantu jurutera di bahagian pemasaran barangan syarikat…”

“Maaf encik..jawatan tersebut telah diisi oleh orang lain yang seminggu lepas sahaja masuk bekerja. Hanya jawatan sebagai setiausaha sahaja ada di syarikat ini. Saya perlukan setiausaha untuk membantu saya mengendalikan syarikat. Apa kelayakan encik?

“Ini segala dokumen saya..Saya Mohd Hazim Bin Hazbullah. Berasal dari Selangor. Kelayakan saya dalam bidang diploma kejuruteraan automotif….” Belum sempat Hazim habis berkata-kata wanita di hadapannya suruh hentikan.

“Ok…dah…dahh…saya hanya perlukan setiausaha…awak boleh jadi setiausaha?”

“Setiausaha?”

“Ya..setiausaha…saya memang perlukan setiausaha…awak tahu tugas setiausaha…?”

“Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan syarikat sebelum ini…setiausaha amat penting dan merupakan orang paling rapat dengan bos untuk memastikan pengurusan dan sentiasa mengigatkan majikan tentang perjalanan syarikat. Setiausaha perlu patuh, prihatin dan alert dalam semua aspek…”

“Okay…awak ada ciri tu?”

“Ya..ada…”

“Apa buktinya?”

“Bukti? Contohnya, apabila majikan ada urusan di luar…sebagai setiausaha hendaklah memastikan setiap perjalanan syarikat dalam keadaan baik dan setiap perkara yang perlu segera, perlulah dilaporkan pada majikan…dengan kata lain, setiausaha dan majikan perlu sentiasa berhubung…dan setiausaha perlu sentiasa berhubung dengan majikan…”

“Okey…soalan lain…apa yang awak akan lakukan jika majikan awak ada masalah cinta…?”

“Masalah cinta?”

“Ya, jawab soalan saya tu…”Wanita di hadapannya menyilangkan tangan.

“Jika bos ada masalah cinta…perlu tahu punca juga..supaya ada penyelesaian yang baik…sebagai setiausaha saya perlu menjadi pendengar yang baik…Namun, masalah cinta majikan tidak boleh dicampuradukkan dalam urusan syarikat. Adakalanya permasalahan seperti itu akan mengganggu konsentrasi majikan untuk mengendalikan syarikat.”

“Begini, bagaimana pendapat awak untuk selesaikan kes majikan yang mengalami masalah cinta. Contohnya, jika pasangan kekasihnya telah berjanji untuk berkahwin dan dalam masa yang sama lelaki itu telah berubah dan ingin menunda tarikh perkahwinan?”Wanita di hadapannya berkerut-kerut sambil melontarkan persoalan. Agaknya, bos aku ni ada masalah cinta!

“Pada pandangan saya, kedua-dua pihak haruslah saling memahami. Setiap pasangan haruslah saling memahami dan berkomunikasi. Mungkin perlu diketahui sebab-sebab kenapa lelaki itu menunda tarikh perkahwinan. Banyak persoalan yang perlu jawapan dan ada yang tidak perlu jawapan. Yang tidak perlu jawapan daripada pasangan, mestilah pasangan mengharapkan persefahaman. Jika keadaan tegang dan semakin berkonflik, biarkan sahaja keadaan itu menjadi tenang untuk sama-sama berfikir dan tenangkan diri…”

“Okey lah…awak boleh mula bekerja esok!” Wanita di hadapannya menutup buku catatan di hadapannya. Gedebuk!

“Terima kasih Cik…”

“Ya..saya Cik Effliana Zaiqa Mohd Zaiq…selamat bertugas di syarikat ini…”

“Terima kasih…Cik Effliana Zaiqa kerana sudi menerima saya bekerja di syarikat Zaiq Holding”

“Ya, bermula esok..awaklah setiausaha saya..banyak hal peribadi saya dan urusan kerja yang awak akan bersama-sama saya…Gaji permulaan di syarikat ini RM 2500.98 sen. Segala rahsia syarikat dan peribadi majikan awak perlu amanah. Nanti esok saya akan kenalkan awak kepada pekerja-pekerja lain ”

“Baiklah…Terima kasih…”

*****

Setelah berada di tempat parking kereta…Hazim masih terawang-awang. Rupanya rezeki Hazim di Zaiq Holding. Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada Hazim untuk kembali bekerja. Jawatan Hazim adalah Setiausaha kepada majikannya Cik Effliana Zaiqa. Setiausaha pun setiausahalah…Kenapa soalan cinta yang ditanya. Macamlah aku pakar cinta!Oh, Tuhan terima kasih kurniakan hatiku yang penuh dengan rasa cinta…Namun, cintaku yang dulu jua terkandas. Tidak salah saling menasihati. Jangan Cik Effliana Zaiqa jatuh cinta padaku sudah!Haha!Ehem..!Masakah Cik Effliana Zaiqa yang cantik dan ayu itu punyai masalah cinta. Masalah cinta tidak mengenal rupa paras. Jika masalah ingin hadir, ianya tetap akan hadir tidak mengira sesiapa pun. Hazim memecut laju kereta yang dipandu.

*****

Melida melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjinjing beg plastik yang berisi barang keperluan dapur. Hafiz memang mengada-ngada untuk menyuruh aku memasak!Penatlah setiap hari perlu memasak. Tidak pernahkah dia fikirkan keadaan aku ini. Melida mengandung kali ketiga. Kali kedua dulu keguguran. Kata doktor Melida baru sahaja masuk sebulan. Susahnya ada lelaki yang tidak tahu hargai keadaan isteri. Melida sudah tidak lagi bergaya seperti dahulu. Agaknya sahamnya sudah mula turun 20 peratus! Melida asyik muntah. Morning sickness katakan…Itulah, dahulu masa Hazim ada…tidak tahu menghargai jasa suami…Kali ini barulah Melida rasai pula…Bukan sengaja Allah berikan timbal balas…Cuma Allah hanya berikan sebagai ujian hidup….Menitis air mata Melida…Apakah keadaan hari ini kerana dosa semalam?

Melida meletakkan barang-barang yang dibeli dalam peti ais. Kedengaran azan Zohor berkumandang. Sudah lama aku meninggalkan solat. Dahulu, aku selalu lihat Hazim solat padawaktu Subuh ketika aku bangkit untuk ke tandas. Kali ini,…tidak ada lagi bayang-bayang itu. Sudah!Hidup ini tidak perlu lagi penyesalan…Cuma, aku perlu aku untuk berubah…Aku perlu menerima suamiku kini. Hafiz. Tuhan,..aku buntu….uraikanlah segala kekusutan jiwa ini. Sesungguhnya aku berdosa kepadaMu…Ampunkanlah aku, Tuhan…Aku tidak punyai sesiapa untuk mengisi jiwa kebuntuan ini…Anakku…Aulia…betapa teruknya ibumu ini tidak pernah menghargai kehadiranmu, anakku…Melida terduduk di hadapan pintu dapur sambil menitiskan air mata keinsafan. Melida mencari telekung untuk bersembahyang. Telekung sembahyang ada di rumah Hazim. Telekung sembahyang itulah yang Hazim hadiahkan pada hari perkahwinan mereka dahulu. Hanya beberapa kali sahaja tersarung pada tubuhnya. Itupun jika dipaksa oleh Hazim. Apakah keinsafan ini akan berpanjangan atau sekadar hanya rayuan hati pada Allah?


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 15”
  1. jiji says:

    best :)

  2. Nordia says:

    Crita SUAMI KU SURI RUMAH.Takde smbng ke.best lah crita2.

  3. green apple says:

    knp ade 98 sen kat gaji dier..hahaha

  4. syafriyana says:

    baru mellida tau betapa berharganya hazim pada dia. tahniah coz hazim dah dpt kerja.

  5. alfa says:

    dah lama cite ni xkuar…next episod plezzz

  6. gadis indonesia says:

    ni baru cerita yang enax di baca…cerita yg mnarik dan aq suka …No bad..*.*

  7. Siti Soleha Yahaya says:

    Bagusnya…Hazim dah mula nak bekerja…setiausaha lg tuh..hehehe

  8. yong says:

    mel x senang dduk le. ade pesaing..ha..ha…

  9. lina rasid says:

    mane sambungan nie…. best la cerita nie.. lain dari yg lain..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.