Novel : Suamiku Suri Rumah? 16

20 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Melida selesai sahaja menyediakan sarapan pagi untuk Hafiz. Jam di dinding menunjukkan jam 7.30 pagi. Menu sarapan hanyalah daging burger dan makaroni. Resepi makaroni itu diperoleh daripada internet. Daripada langsung tidak pernah memasak, Melida berusaha mendapatkan resepi dan akhirnya berjaya juga Melida sediakan. Harapnya, Hafiz suka menu pagi itu. Melida menyidai apron di kerusi meja makan dan menuang air jus oren ke dalam gelas. Hafiz menuruni tangga sambil memperkemas tie yang dipakai.

” Abang, jom sarapan…”

“Eh, you mimpi apa ni?You panggil I … abang?Abang?Macam tidak percaya I apa yang you buat ni…”

“Saja…I nak bagi surprise…”Jawab Melida selamba.
Melida menyenduk makaroni goreng ke dalam pinggan. Hafiz menyuapkan makanan sambil melihat note book perancangan kerja hari ini.

“Hurm..not bad…kalau macam tu…you masak I balik makan tengahari…Boleh?”

“Sedap ker?”

“Yes…Ok..laa….” Ujar Hafiz. Walaupun perkataan “ok…la..” yang didengari oleh Melida, itu pun sudah cukup membuatkan Melida gembira.

“Nanti tengahari balik makan…I masak nanti…I nak kirim you tolong beli kain sembahyang boleh?” Melida memandang wajah Hafiz.

“Hah?You sembahyang?Kenapa dengan you ni?” Hampir tersedak Hafiz mendengar jawapan Melida.

“I want to change and I want better…” Jawapan singkat daripada Melida.

“Oh, Okay…lagi?”Hafiz tidak banyak soal. Cuma masih terpinga-pinga isterinya mahu berubah.

“Kain sembahyang dan sejadah sahaja. You tolong I cari ya…” Melida memandang Hafiz lagi.

“Nanti I balik, I ada nak bincang something dengan you…”

“Bincang soal?” Melida mengangkat kening…”

“Nanti I balik makan tengahari. Okay..I pergi dulu…” Hafiz bangkit dan berlalu. Melida hanya memandang suaminya yang terus meninggalkan meja makan.

“Okay…” Melida membalas singkat.
Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang tahu. Melida benar-benar terdetik untuk berubah. Namun, dia perlukan kekuatan. Segalanya kerana Hazim dan Hafiz. Gelodak di jiwa tiada siapa yang peduli. Makin Melida ikutkan hati makin buntu. Namun, hidayah Allah SWT itu luar biasa. Hati yang sekeras batu boleh menjadi cair di kala Allah SWT mahukan. Ya, pasti Allah sedang membantuku. Luar biasa apabila Melida berubah!Jika Hazim tahu Melida sudah berubah…pasti dialah insan yang akan lakukan sujud syukur. Namun, Melida hanya ingin menyepi. Berubah itu tidak perlu dikhabarkan kepada sesiapa. Biarlah Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
*****
Tok!Tok!Tok!
Ketukan pintu membuatkan Melida terjaga. Terus bingkas dari sofa. Alamak!Dah 12.30 tengahari. Hafiz dah balik. Nak masak apa ni???

“Lambat you buka pintu…”Hafiz memulakan perbualan sambil melangkah masuk.

“Sorry…I tertidur….You…You balik nak makan tengahari kan?”

“Yes.For sure. Masak apa?”Hafiz melabuhkan punggungnya di sofa.

“Sorry… I belum masak…Nanti I masak…Wait…You rehat lah dulu…”

“Honey…tidak perlu susah-susah. You duduk sekejap.I ada perkara penting nak bincang dengan you…” Hafiz menarik lengan Melida.

“Tentang apa?” Melida duduk di sisi Hafiz sambil menenung wajah Hafiz.

“Macam ni….You tahu kan…Bisnes I tengah merosot sekarang…I perlukan 500 ribu untuk bangunkan balik bisnes I tu…Nanti…kita juga yang senang…I buat ni untuk kita bersama…”

“Hurm..mana I nak cari duit banyak tu…I kan dah lama tidak kerja…tapi…nanti I check dalam akaun I…Bila you nak?” Melida mula berfikir-fikir. Mana dia ingin cekau duit sebanyak itu. Rasanya baki dalam akaun tidak sampai 100 ribu.

“I memang perlukan sangat-sangat. I tidak tahulah macam mana kalau I tidak dapat bangunkan balik bisnes I tu…gaji pekerja belum bayar lagi untuk bulan lepas. Pekerja I dah mogok. ”

“I will help you. Don’t worry…” Melida cuba ingin membantu suaminya itu. Biarlah…susah senang perlu bersama-sama Hafiz.

“Thanks Honey…I love You…” Satu ciuman di dahi Melida. Tubuh Melida dirangkul dalam pelukan Hafiz.

Fikiran Melida ligat berputar. Mungkin inilah ujian susah senang bersama-sama Hafiz. Ya!Aku mesti bantu Hafiz. Tapi…duit aku tidak cukup…masih perlukan 400 ribu. Daripada siapa aku perlu pinjam lagi…Papa?Ya.Papa!

“Okaylah Honey…I nak pergi office. Banyak kerja I kena settle kan…Pening I…” Ujar Hafiz lagi.

“Don’t think too much…I will help you…Kita sama-sama berdoa.” Jawab Melida untuk menenangkan Hafiz.

“Oh, kain telekung you I dah beli. Sekejap. I terlupa.Ada dalam kereta.”
Hafiz terus bangkit dan muncul kembali dengan menjinjing beg kertas berisi telekung sembahyang dan sejadah. Melida hanya tersenyum dan dalam hatinya melonjak gembira. Sudah begitu lama tidak memakai telekung sembahyang ini. Dahulu apabila dipaksa oleh Hazim, Melida barulah mengerjakan sembahyang. Telekung putih berbunga merah jambu itu dipegang dan dipeluk oleh Melida. Kali ini, dia sudah boleh mulakan sembahyang Zohor. Kedengaran azan Zohor dan Melida cepat-cepat mengambil wuduk. Dua tiga kali juga Melida mengambil wuduk kerana dia benar-benar terlupa step berwuduk. MasyaAllah!Nasib baiklah ada internet. Melida mencari maklumat cara berwuduk.Alhamdulillah.Selesai berwuduk Melida mula bersolat. Rumah yang dibeli oleh Hafiz sudah ada penanda arah kiblat. Penghujung solatnya, Melida berdoa semoga Allah SWT terus memberi hidayah kepadanya dan air mata memohon keampunan Allah SWT amat diharapkan.

“Ya Allah…aku memohon keampunan kepada Mu atas dosa-dosa yang besar telah aku lakukan. Ya Allah, aku memohon kepada Mu, berikanlah aku petunjuk dan hidayah. Bimbinglah aku pada jalan yang benar. Isikanlah hati ini dengan kebahagiaan yang berpanjangan. Berkatilah hidup ini. Berikanlah padaku petunjuk pada jalan yang lurus. Permudahkanlah hidup ini.Ampunkanlah dosa yang telah aku lakukan terhadap kedua ibu bapaku. Tempatkanlah mereka di syurga Mu. Berikanlah kebahagiaan kepada aku dan suamiku. Amin…” Doa yang menjadi penyudah solat Zohor Melida. Selesai bersolat, Melida kembali berfikir. Patutkah dia menelefon papanya untuk meminjam wang. Ya, mesti aku pinjam daripada papa. Aku mesti bantu Hafiz kerana dialah suamiku.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 16”
  1. Siti Soleha Yahaya says:

    Alhamdulillah…berubah jugak akhirnya Melida…
    t

  2. Addeen says:

    alhamdulillah..
    lamanya citer ni br nk muncul..

  3. Ilham Murabbi says:

    salam semua…terima kasih atas pandangan….siti solehah…akhirnya..hehe..namun badai akan terus melanda…adden…ya..baru menjelma..hehe

  4. Syafrriyana says:

    best story tapi naper lama sgt tggu yer… akhirnya mellida berubah jugak. Mcm mana dgn Hazim dan Aulia.

  5. gayathiri says:

    bagus…nice

  6. apapeje says:

    dah tkde sambungan ke?

  7. jojo says:

    mana sambgnye? Lame tul tggu ni

  8. kristal says:

    aik ke mana menghilang??? mcm tak aada komitmen je.. :(

  9. Ilham Murabbi says:

    MOHON maaf kepada semua pembaca..penulis sdg menyambung pgajian dan insyAllah akan bersambung penulisan ini kelak…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.