Novel : Suamiku Suri Rumah? 5, 6

16 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Suamiku Suri Rumah?5

Perit benar hati Hazim. Bagai disiat-siat. Geram dibibir untuk melepaskan talak pada Melida. Iman yang berbaki membuatkan Hazim masih bersabar. Perbuatan Melida mencabar naluri seorang lelaki. Bahagia itu relatif. Malang sekali keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian.Apakah aku tidak berpeluang bahagia? Tuhan, berilah aku bahagia. Ujian Mu begitu perit! Sering perit kehidupan aku ini. Jangkaan awal mengahwini anak bos sendiri, ingatkan perasaan cinta boleh dipupuk, namun, semuanya seolah-olah dongeng belaka. Hampas kuterima! Mungkin disebabkan kami tidak menyelami dan tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Aku cuba sedaya upaya bertahan selama hidup dengan Melida. Namun, episod Melida bersama lelaki tidak dapat Hazim lupakan. Aku tidak sesekali melepaskan Melida. Maafkan Melida?

” Kau tahu tak aku terpaksa kahwin dengan kau, Hazim!Selama ni aku berpura-pura cinta pada kau!”Tengking Melida lagi.

” Sudah!Bohong!Dulu Mel pernah cakap pada abang, Mel cintakan abang…tapi hari ni Mel cuba menyatakan kepuraan?”

” Ya!Aku benci kau! Aku tak cintakan kau. Hati aku pada orang lain!” Melida mula menyeringa. Tengkingannya bergema di segenap ruang rumah.
Suara Melida mengejutkan Auni yang nyenyak di ruang tamu. Mak Engku Teja hanya memandang kelakuan biadap Melida pada Hazim. Sudah menderhaka pada suaminya. Dalam keadaan sebegitu, Hazim masih menelan air liur dan menarik nafas. Dia membiarkan Melida berkata-kata. Lancang sungguh. Kenapa Melida berubah hati? Hazim cuba memegang tangan Melida. Ditepis tangan Hazim sekeras-kerasnya seolah-olah kekerasannya dirasuk. Kejamnya Melida!

“Apakah langsung kamu tidak menghormati suamimu, Melida?” Mak Engku Teja mula bersuara.

” Bonda, diam!Bonda tak layak masuk campur urusan kehidupan kami. Bonda tahu kan?Saya terpaksa kahwin dengan Hazim?Saya korbankan cinta saya dengan Micheal demi turut arwah mama!”

“Walaupun terpaksa, Hazim dan Mel masih boleh mencari bahagia, nak…” Ujar Mak Engku Teja lembut. Dia berharap menantunya lembut hati.

“Cinta sesekali tidak boleh dipaksa, bonda!Saya berhak bahagia. Bahagia saya dengan Hazim masih dalam erti utopia, ilusi atau angan-angan…bonda…saya tak mampu! Saya mahu Hazim lepaskan saya juga!”

“Mel, kita ada anak…walau tidak ada anak sekali pun, abang akan tetap bersama Mel!”

” Kau memang memaksa aku, Hazim!Aku akan pastikan kau ceraikan aku!” Panggilan kau dan aku semakin menjadi-jadi. Ugutan Melida semakin serius.

“Saya minta maaf dengan awak, saya tahu awak sibuk dan awak tak mahu melahirkan anak lagi…saya tak paksa awak pun, Mel…saya hanya ajak berbincang sahaja hari tu, sayang…”

“Kauuuu………!” Teriak Melida.

Melida makin mengamuk. Astaghfirullahalazim. Benar, Mel dirasuk syaitan. Syaitan sering menghasut dan mengapi-apikan kemarahan manusia tatkala manusia itu sudah lupa siapa empunya diri. Tangisan Aulia semakin kuat memenuhi ruang rumah. Melida meluru ke dapur. Ditarik laci dan memegang sebilah pisau. Hazim terkejut. Sungguh terkejut. Melida mengugut dia akan membunuh diri jika Hazim tidak menceraikan dirinya. Subhanallah. Parah!Parah!Hazim mengalir air mata dengan lajunya. Ya Allah Ya Tuhanku. Apakah ini ujian Mu bagiku dalam aku mencari bahagia. Apakah ini suratan kehidupanku pada jalan Mu.Apakah dosa yang begitu besar dan yang aku telah terlepas pandang. Tunjukkanlah kekuasaan Mu, Ya Allah…Tunjukkanlah…Tunjukkanlah.Suara Hazim bergema di dalam rumahnya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah S.W.T, Melida jatuh terjelepuk. Pengsan. Jika ini keajaiban Mu, aku redha. Lebih baik Melida pengsan daripada membunuh diri! Mak Engku Teja tergamam. Aulia dipangkunya erat. Sunyi seketika bagai disambar kilat seisi rumah. Hazim segera mendapatkan Melida. Dipangku Melida ke kamar tidur dan terus menghubungi doktor. Melida tertekan agaknya.

*****
Air mata Mak Engku Teja tumpah. Tidak sanggup melihat penderitaan anaknya. Dia berharap semoga cepat berakhir penderitaan yang ditanggung anaknya itu. Hazim percaya, untuk mencari bahagia bukan perkara mudah, namun amat mudah sebenarnya. Keliru dengan kata-kata pegangan Hazim, kan? Mencari bahagia benar-benar melatih hati supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Ya, Melida! Niat pada jalan Allah. Walau aku diuji segetir mana pun, aku akan bersama membimbing Melida. Mungkin dia tidak menghargai aku, namun, aku sandarkan hati ini sepenuhnya kerana Dia Ya, Rabb! Selamatkanlah isteriku…

*****

“Dr. Mardan, bagaimana keadaan isteri saya?” Pertanyaan Hazim singgah ditelinga Dr.Mardan yang sudah biasa merawat Melida sebelum ini. Hazim begitu runsing melihat Melida terlantar.

“Tahniah, En.Hazim. Isteri En.Hazim mengandung sudah dua bulan.”

” Betul ke Dr. Mardan? Isteri saya mengandung?Alhamdulillah…kuasa Allah…untuk kami sekeluarga…tapi…..err…”

“Ya, En.Hazim…tak percaya ker? Tahniah…Aulia akan dapat adik…lagi enam bulan mungkin…Biarkan isteri En.Hazim banyak rehat, sebab” Dr. Mardan masih mengigati nama Aulia yang juga pernah mendapat rawatan dengan Dr. Mardan sebelum ini. Matanya melirik pada Mak Engku Teja dan juga Aulia yang dipangku Mak Engku.

Mak Engku Teja memegang bahu Hazim sambil tersenyum. Namun, Hazim kelihatan sugul. Setahu Hazim, sudah lama mereka tidak tidur bersama. Sudah dekat 10 bulan lebih. Anak siapa?Anak aku kah? Melida sentiasa di luar. Apabila aku mendekatinya, Melida menolak. Terasa gelap dunia ini. Apakah Melida curang pada aku dan anak itu anak orang lain? Tertekannya jiwa aku ini. Hapuskanlah virus yang bermain dalam fikiranku ini. Getirnya ujian Mu. Andai Melida bersalah dan pernah terlanjur dengan lelaki lain, apakah aku harus melepaskannya? Isteriku menggadaikan dirinya pada orang lain. Aku masih sihat tenaga zahir dan batin. Sanggup Melida curang padaku. Oh, isteriku. Air mata Hazim mengalir deras. Tidak menyedari Dr.Mardan masih di situ.

“En.Hazim…Encik okey ker?”

“Err..saya okey…saya terharu isteri saya mengandung lagi…kami akan dapat anak lagi…”

Senyum dalam tangis yang dibuat-buat. Nasib baik Dr.Mardan seolah-olah memahami perasaan gembira Hazim. Dr.Mardan meminta diri. Bayaran telahpun dibayar pada Dr.Mardan. Dr.Mardan menasihati Hazim agar Melida tidak terlalu kuat bekerja. Kesihatannya harus dijaga. Jiwa Melida dalam tekanan. Namun, tekanan apa….Dr.Mardan tidak mengetahuinya. Dia bukanlah pakar kaunseling, hanya pakar dalam memberi rawatan fizikal dan ubat sahaja untuk pesakitnya. Hanya Hazim yang menelan semua ini disaksikan Mak Engku Teja dan Aulia yang masih tidak mengerti apa-apa. Pilu. Duka. Lara. Semua dirasai. Kenapa rumah tangga mereka seolah-olah bertimpa-timpa dilanda badai. Apa dosa kami, Ya Allah? Perlukah aku memberitahu bonda?Arghhh…tidak boleh. Aku harus berbincang dengan Melida. Mana tahu, perhubungan intim kami secara tidak sedar berlaku ataupun aku terlupa?

*****

“Sakitnya kepala…Aduh…” Melida membuka mata setelah lima jam pengsan.

“Sayang…okey…?” Tanya Hazim lembut yang masih di birai katil.

” Erm…” Melida menjawab singkat. Badannya masih lemah.

” Mel pengsan tadi…Dr.Mardan dah rawat Mel…” Hazim berharap apabila Melida membuka mata, dirinya sudah tidak memikirkan permasalahan lalu.

” Huwekkk…huwekkk…burpppp…” Melida muntah. Muntah dalam tapak tangan Hazim. Hazim memeluk Melida.
Melida dipegang dan ditidurkan oleh Hazim. Begitu prihatin Hazim pada isterinya. Masih tidak tergamak untuk bertanya anak siapa yang Melida kandungkan dan tidak sanggup juga memberitahu bahawa Melida sedang mengandung. Namun, Melida akan tahu juga.

“Mel, bonda dah siapkan nasi bubur…abang suapkan, ya?” Soal Hazim sambil memegang mangkuk nasi bubur.

” Mel tak ada selera…” Jawapan baik pula oleh Melida. Keliru Hazim.

” Makanlah sikit…nanti tak ada tenaga…” Sudu bubur menyentuh bibir Melida. Melida menelan suapan perlahan-lahan.

*****
Melida masih di rumah. Kesihatannya beransur pulih. Ketika badannya longlai, Hazimlah yang menguruskan Melida. Mandi, menyalin pakaian dan menyuap makanan. Melida bersiap-siap untuk keluar. Hazim terperasan Melida sedang bersolek cantik untuk keluar rumah.

“Mel nak ke mana?”

” Ada kerja!” Jawab Melida acuh tidak acuh.

“Mel tak sihat sepenuhnya lagi.”

“Jangan halang saya, boleh?”

“Mel, abang nak bincang sesuatu.”

” Kalau perbincangan untuk ceraikan saya, saya boleh berikan masa. Jika tak, saya tak ada masa untuk awak” Jawab Melida sambil membetul-betulkan skirtnya.

” Awak mengandung.” Jawab Hazim sambil duduk di sofa bujang.

“Mengandung?Mana awak tahu?”

“Dr. Mardan rawat awak masa awak pengsan…”

” Itu yang awak nak, kan? Saya dah mengandung puas hatikan?”

” Saya meragui, itu anak siapa.” Jawapan singkat dan padat oleh Hazim.

” Hah? Meragui?” Melida mula ada riak pada bening matanya.

” Saya sudah lama tidak menggauli awak…dan sudah lebih 10 bulan saya tidak tidur bersama awak…anak yang dikandungkan baru dua bulan. Itu anak siapa?” Hazim mula lancar berbicara. Agak tegas.
Melida meninggalkan Hazim dengan persoalan yang tergantung. Persoalan yang ditanya itu seolah-olah Hazim yang perlu mencari jawapan. Runtun hati Hazim mengenangkan tingkahlaku isterinya yang selama ini amat disayangi dan dicintai. Anak siapa sebenarnya? Melida berlalu seolah-olah tiada perasaan bersalah. Keras hatinya dalam melakukan perbuatan terkutuk itu.

———————

Suamiku Suri Rumah?6

Porche merah berhenti di hadapan rumah Hazim. Lelaki yang berkaca mata hitam keluar dan berpegang tangan menyambut tangan Melida. Sanggup Melida berkelakuan seperti itu di hadapan mata suami sendiri. Hazim melihat dengan anak matanya. Bersabar Hazim…Sabar…Isterimu curang, Hazim, sanggup kah kamu bersabar. Suatu suara memecahkan telinganya. Arghh..suara syaitan yang mengganggu jiwaku untuk aku menceraikan isteriku. Maafkanlah Melida. Dia ada peluang untuk berubah.

” Micheal, I mengandung…anak you…” Ujar Melida seolah-olah bimbang.

” You mengandung…anak I?” Pandangan Micheal terus menghala ke hadapan sambil memandu.

“Yer…you akan bertanggungjawabkan?” Soal Melida sambil memandang Micheal.

” Entah-entah anak orang lain? Anak husband you ker…”

“Micheal!” Melida menekup mukanya sambil teresak-esak mengalirkan air mata.

” Don’t cry darling…you milik I…” Micheal memegang erat tangan Melida. Melida menyapu air matanya sambil menyandarkan kepalanya pada bahu Micheal.

” Kita nak ke mana, sayang? I lapar lah…” Ujar Melida manja.

” Husband you tak masak kat rumah tadi? Kesian you…”

” Erm…tak selera I nak makan masakan dia…” Kalaulah Hazim dengar jawapan Melida ini, pasti tergores bagai sembilu hatinya.

” Honey…kita makan di hotel okey…I bawak you makan di hotel…sedap punya…dannnn….” Micheal melirik mata nakal pada Melida. Sekali-sekala Micheal memanggil panggilan darling dan honey pada Melida.

“Hurmm…I know…” Senyuman manja berbalas.

Selepas pasangan haram itu makan bersuap-suapan, mereka berlalu ke bilik di hotel yang agak terkemuka di Kuala Lumpur. Bilik hotel yang amat sesuai untuk pasangan berbulan madu itu menyaksikan segalanya. Lampu ala-ala romantik bercahaya menyinari ruang kamar itu. Dingin sekali suasanya dan menggamit ketenangan buat Melida dan Micheal. Melida menyarungkan baju tidur yang disediakan di bilik hotel tersebut. Micheal mula merapati Melida. Hanya Tuhan yang tahu betapa curangnya Melida pada Hazim. Hazim suaminya yang sah dan lelaki lain pula yang menidurinya. Durjana sungguh wanita ini berkelakuan sonsang dari landasan agama!

” You sayangkan I kan…”

” Yes…for sure I love you…darling…” Jawab Micheal penuh perasaan dan sambil memeluk Melida di atas katil.

” Sampai bila kita macam ni…?” Soal Melida sambil menyandarkan kepalanya di dada Micheal.

” I akan kahwin dengan you bila husband you ceraikan, you…dan I mahu lebih dari itu…” Pelukan erat oleh Micheal singgah di tubuh Melida. Hangat pelukan mereka. Sehangat api neraka yang akan membakar, tetapi pandangan mereka sehangat syurga dirasakan.

” You ni….” Melida seolah-olah memahami Micheal.
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Setiap kali bertemu pasti mereka akan melakukan hubungan yang haram itu. Entah sampai bilakah Melida akan insaf dan mengerti. Melida mencintai Micheal dengan sepenuh hati. Seolah-olah ruang Hazim bertakhta pada hatinya tidak pernah wujud. Ubat guna-guna apakah yang Micheal telah berikan pada Melida sehinggakan Melida tidak melupakan Micheal sedikitpun. Tangan Micheal mula menjalar pada tubuh Melida. Mereka terus hanyut dengan dosa. Apatah lagi, Micheal bukanlah seagama dengan Melida. Bibir Melida saling bertautan dan mereka terus lemas diulit nafsu yang mereka anggap halal. Berjam-jam mereka kamar itu. Mungkin terus bermalam di situ.

*****

Aulia menangis dengan kuatnya. Jam di dinding telahpun menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Kebiasaanya bayi akan menangis apabila sesuatu yang buruk berlaku. Hazim yang ketika itu sedang membacuh susu anaknya. Botol susu terlepas dari tangannya. Hazim terus mendapatkan Aulia. Sudah terbalik agaknya dunia ini. Sepatutnya ketika ini ibu yang perlu berada di sisi anaknya. Sebaliknya pula berlaku. Badan Aulia tidak pula panas. Sakit perut ke anak aku ni? Ditepuk-tepuk perutnya, tidak pula kembung. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Itulah istimewanya anak kecil mudah mengetahui sesuatu yang berlaku. Melida ke mana?Isteriku masih belum pulang lagi. Jam hampir pukul 1.00 pagi. Melida masih diulit dosa bersama Micheal.

“Aulia kenapa nangis ni…shyyyy…tidur ya, anak…” Pujuk Hazim. Aulia merengek-rengek lagi.

“Zim, kenapa Aulia?”

“Entahlah, bonda dari tadi menangis…”

“Biar Aulia tidur dengan bonda malam ni…Zim, rehatlah…bancuh susu Aulia…bawa ke bilik bonda, ya…” Mak Engku Teja memangku Aulia ke bilik tidurnya.

Kesian Aulia, teresak-esak lagi anak ini. Hazim mengemop lantai. Botol susu yang tumpah di lantai. Dibasuh botol susu anaknya dan membancuh yang lain. Fikiran Hazim juga keliru dengan kehidupan ini. Isteri tiada di rumah. Tiba-tiba bermain dalam fikirannya, Aulia ini anak siapa? Arghh…Tidak boleh jadi ni! Selesai menghantar botol susu pada Mak Engku Teja, Hazim mengambil wuduk. Dia ingin solat sunat hajat. Semoga diberi ketenangan pada hatinya dan fikirannya. Air mata tumpah lagi di sejadah. Pemuda beriman pasti diberi ganjaran oleh Allah S.W.T kelak. Hazim percaya sepenuh hatinya. Tiada daya selain memanjatkan doa pada Allah S.W.T.

*****
Melida pulang ke rumah. Derapan kasut tumit tingginya kedengaran. Awal benar Melida pulang setelah menghilangkan diri seharian. Hazim sedang bersolat subuh. Selesai memberikan salam terakhir dan dijeling, jam menunjukkan 6.15 pagi. Hazim meneruskan doa. Setelah selesai, dilipat sejadahnya.

“Mel, dari mana….pagi baru balik…”Tegur Hazim sebagai seorang suami.

” Rumah kawan.”

“Rumah lelaki?”

“Awak ni pagi-pagi buta nak ajak bertekak ni kenapa?Sudahlah, saya nak tidur!” Jerkah Melida.

” Solat subuh dulu sebelum tidur!”

“Saya periodlah” Alasan yang selalu didengari Hazim.

“Period!Period!Alasan awak. Saya sebagai suami awak perlu tegur awak, bukan mahu mencari kesalahan awak…”

“Sudahlah!Memekak jer!” Tengking Melida sambil menyelak rambutnya kebelakang.
Mata Hazim terpandang di leher Melida. Bekas gigitan di lehernya. Nafas Hazim mula tercungap-cungap menahan bara kemarahan. Aku sudah tidak tahan dengan isteriku ini, Ya Allah!Tapi aku tidak mahu musnahkan kehidupan yang kami bina ini. Melida curang padaku, Tuhan. Jeritan batin Hazim seolah-olah bergema ke seluruh pembuluh darahnya.

” Mel, saya sayang awak sepenuh hati saya, tapi…awak curang pada saya…!”

” Saya curang sebab awak!Saya suruh awak ceraikan saya. Kalau saya buat dosa, itu punca daripada awak!” Kata-kata Melida seolah-olah peluru pistol yang menusuk ke hatinya.
Hazim menampar mulut Melida. Hazim terpana. Tidak pernah tangannya menyentuh tubuh isterinya sebegitu. Melida jatuh terduduk. Semakin hari semakin konflik kehidupan mereka. Apakah Hazim harus melepaskan Melida. Sakit.Sungguh sakit. Aku ingin cuba membimbingnya tetapi aku sungguh tidak ada kemampuan Tuhan. Melida menangis di hujung katil. Tersedu-sedu. Hazim merapati Melida. Melida menepis tangan Hazim. Terdengar ketukan pintu dari luar biliknya. Tentu bondanya menyedari pertengkaran pada pagi itu. Jika pertengkaran ini baik untuk kami, aku redha dan jika tidak baik, ampunkanlah aku, Tuhan. Jerit Hazim di dalam hatinya. Masya Allah.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 5, 6”
  1. aida sherry says:

    setuju…Hazim patut ceraikan Melida….tanggungjawab sbg suami utk menegur dan menasihati isteri tlah dilakukannya….tapi Melida masih buta dan nusyuz….

  2. Siti Soleha Yahaya says:

    makin berdebar utk membaca bab seterusnya…..

  3. Ilham Murabbi says:

    terima kasih semua…teruskan membaca ya….=)

  4. fasha says:

    Ya Allah.. de suami punya la baik.. tp curang plak dia.. kesian kat hazim..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.