Novel : Suamiku Suri Rumah? 7, 8

24 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

7

Tamparan Hazim masih terasa hangat di pipi Melida. Melida masih terkejut dengan tamparan Hazim yang tidak pernah dijangkanya. Ego Melida seolah-olah tergugat. Timbul rasa takut pada suaminya. Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya tamparan aku ini adalah tamparan yang menyedarkannya, maka Engkau kurniakanlah pada hati isteriku kesedaran. Seandainya tamparan aku ini tamparan dosa, maka Engkau ampunkanlah dosaku ini, Ya Allah. Sesungguhnya, aku amat menyayangi isteriku dari dahulu sehingga kini. Berikanlah sinar kebahagiaan pada kami sekeluarga. Itulah bait-bait doa Hazim ketika solat subuh sebentar tadi. Melida masih di penjuru katil. Melida hanya senyap dan matanya masih bengkak menangis ditampar oleh Hazim. Tidak terniat untuk melukakan hati isterinya, tetapi Hazim ingin Melida menyedari bahawa tamparan di pipinya itu adalah tamparan kasih dan saying Hazim pada isterinya.

“Mel, abang minta maaf atas perkara yang berlaku semalam….” Hazim menghulurkan tangan untuk bersalam. Melida hanya berdiam diri. Salamannya tidak disambut.

“Mel….” Hazim bersuara lagi.

” Saya tidak mahu menjadi isteri awak lagi…” Air Mata Melida menitis pada dini hari itu.

” Sebabnya…?”

“Saya sudah tidak suci lagi….dan saya curang pada awak…hati saya bukan pada awak…”Jawab Melida dalam kesedihan.

” Saya menerima awak dari dahulu sehingga kini…awak tetap isteri saya…”

“Saya terlalu banyak melukakan hati awak…” Melida teresak-esak.

” Tidak mengapa…kita tutup buku hal-hal peristiwa yang lama…”

“Tapi, sejujurnya hati saya bukan pada awak lagi…”

“Kenapa? Bukankah abang suami Mel?”

“Ya, tapi untuk apa Mel jadi isteri abang jika hati Mel pada orang lain” Suara Melida mendayu-dayu tidak lagi tengking-menengking. Melida seolah-olah merayu pada Hazim untuk melepaskannya.

“Abang tidak akan lepaskan Mel…”

“Abang, tolong lepaskan Mel abang….berilah Mel peluang…abang carilah pengganti lain…” Suara Melida seolah-olah merayu-rayu.
Hazim begitu hairan, kenapa Melida mahu diceraikan. Adakah Melida dirasuk oleh lelaki yang bernama Micheal itu? Melida diguna-guna oleh Micheal kah? Hati Hazim benar-benar ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Hazim memaafkan Melida seandainya Melida curang padanya kerana untuk menjadi suami yang benar-benar sabar, ikhlas dan sanggup berkorban bukanlah sesuatu yang mudah. Sudah lama Hazim tidak merasai bahagia. Namun, hanya didiamkan diri sahaja. Bahagia itu milik semua. Semua orang berhak bahagia. Biarlah masa yang menentukan. Cuma, aku ingin sekali menemui lelaki yang bernama Micheal. Hazim terkejut melihat Melida yang sedang mengemaskan pakaiannya ke dalam bagasi besar.

“Mel, jangan tinggalkan abang.”Air mata Hazim mula bergenang. Sebagai seorang lelaki dia juga punyai hati dan perasaan.

“Saya tak mampu…saya harus pergi…” Jawab Melida. Ditolehnya Aulia yang sedang nyenyak tidur.

“Mel!Lelaki tu dah guna-gunakan awak!”Suara Hazim meninggi sedikit. Ketegasannya terserlah.

“Dia cinta pertama saya hingga akhirnya!”

“Awak isteri saya…!” Hazim bersuara tegas sekali lagi.

“Berilah saya peluang…”

“Selama ini adakah saya tidak memberi peluang pada awak?”

“Berilah peluang untuk saya memilih orang lain. Itu sahaja yang saya mahukan.”

“Benar awak tidak cintai saya?”

“Ya!Saya terpaksa kahwin dengan awak demi arwah mama saya!”

“Kenapa hari ini baru awak menyatakannya?”

“Saya tidak diberi peluang untuk menyatakan hakikat yang sebenarnya!”

“Tapi, awak telah mengorbankan perasaan ramai orang…keluarga awak, saya dan anak kita!”

“Aulia bukan anak awak…Aulia anak orang lain…anak Micheal…!”
Hazim jatuh terduduk. Benarkah apa yang Melida khabarkan ini?Tidak!Aulia anak aku! Darah daging aku!Ya Allah, peritnya untuk aku rasa. Kini, segalanya telah terluah. Apakah pengorbanan yang aku lakukan selama ini dibalas dengan berita yang memeritkan hati? Air mata Hazim berderai.

” Apakah selama ini, saya yang bertanggungjawab menjaga Aulia dengan penuh kasih sayang…dan kini saya hanya mengetahui Aulia bukan anak saya…” Ujar Hazim dalam sayu.

“Saya minta maaf pada awak…awak tidak tahu ketika hari perkahwinan saya sudah mengandung dua bulan. Aulia bukan tidak cukup umur seperti yang diperkatakan oleh doktor. Aulia bukan lahir awal, malah sudah cukup usianya. Mama dan papa tidak benarkan saya kahwin dengan Micheal kerana Micheal adalah anak kepada Tan Sri Micheal Ming. Syarikat papa bersaing dengan syarikat papa Micheal. Saya terlanjur dengan Micheal.Micheal cinta pertama saya sejak alam sekolah sehingga kini”

“Jadi…saya adalah mangsa permainan papa dan mama?”Hazim menyatakannya sambil memicit-micit kepalanya. Dia duduk dibirai katil.

“Ya!”

“Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.”

“Hanya dengan awak menceraikan saya, saya akan berbahagia dengan Micheal…”

“Aulia?”

“Aulia akan bersama dengan saya, kerana dia anak Micheal…ceraikanlah saya, saya mahu hidup bersama Micheal…”

“Bila hati saya diberikan sepenuhnya pada awak, lain pula yang saya dapat akhirnya…”

“Itu hakikat yang awak perlu terima…” Melida terus mencapai bagasinya dan diletakkan di tepi katil.
Hazim berdiam diri. Bagaikan tidak percaya, bahawa Aulia bukanlah anaknya. Aulia juga anak Micheal. Selama ini, patutlah Hazim tenung wajah Aulia, tiada langsung seiras dengannya. Persoalan yang pernah bermain dalam fikiran Hazim terjawab. Namun, Aulia sudah serasi dengan Hazim. Semenjak dilahirkan hingga kini Hazim menjaganya dengan penuh kasih dan sayang. Mungkin Aulia tidak akan bersamanya lagi setelah Hazim menceraikan Melida. Pahit sungguh untuk ditelan. Hempedu ini bisa menjadi racun yang membunuh hati ini. Bila hati sakit, mungkin bisa aku mati! Tabah Hazim, tabahlah setabah-tabahnya dirimu. Kata-kata hati Hazim bergema dalam tubuhnya.

” Apakah hubungan kita akan berakhir dengan perpisahan?”

“Ya, pasti berakhir!”

“Amat perit untuk saya rasa…!Saya menjadi mangsa agenda ahli perniagaan yang mementingkan diri!” Hazim bersuara kesal.

“Andai itu takdirnya,itu harus awak terima!”

“Bukan main senang awak cakap…mangsa yang perit, kalian bergembira?”

“Saya mula ingin rasa bahagia apabila mama sudah meninggal, dia yang tidak mahu saya berkahwin dengan Micheal. Arwah mama tamakkan harta.Mama yang mengawal semua perniagaan papa…Bukan salah papa…dan bukan salah saya!”

“Tidak patut seorang anak menyatakan sedemikian pada ibu dan bapanya…apakah kehidupan hari ini perlu diteruskan untuk mencari bahagia…tidak kira dengan siapa kita hidup pada hari ini?”Hazim berkata-kata sambil menangis dalam hati.

“Adakah awak sanggup melihat saya tinggal dengan orang yang tidak pernah saya cintai dan saya korbankan cinta saya demi kehidupan dengan orang lain???” Ujar Melida lagi.

“Lepaskanlah saya…”Melida melutut sambil memegang kaki Hazim.

“Awak sanggup tinggalkan saya?Saya cuba berkorban demi orang lain…dan saya pula yang akan ditinggalkan?”

“Cinta dalam hati ini tidak pernah wujud untuk orang yang bernama Hazim…Micheal akan memeluk Islam apabila saya telah berpisah dengan awak”

Dalam hidup ini terlalu banyak aku perlu berkorban. Sampai bilakah?Jika aku lepaskan Melida, Micheal akan memeluk Islam, dan Melida juga akan berbahagia bersama pilihan hatinya. Bagaimana dengan kehidupan aku? Sudahlah menjadi mangsa bagi dunia perniagaan yang penuh ketamakkan. Aku yang menjadi mangsa. Aku tidak mahu merungut tentang kehidupan yang Tuhan anugerahkan, tetapi aku juga insan biasa yang punyai hati dan perasaan. Selama ini, aku ingatkan kehadiran Aulia akan menyerikan kehidupan kami, namun semakin berbisa. Aku mengharapkan Melida berubah sikap, namun terus berpanjangan.

“Biarkan abang buat istikharah dan berikan masa pada abang untuk melepaskan Mel…”

“Mel merayu pada abang…hanya abang yang dapat menyelamatkan kehidupan Mel…Mel mengandung lagi…tapi bukan juga anak abang…sudah dua orang anak Micheal…Mel tidak mahu berdosa lagi…”

“Buat masa ini, Mel tinggallah di rumah dahulu…usah keluar lagi…senang untuk abang berbincang tentang urusan ini…” Ujar Hazim pada isteri yang bakal dilepaskannya. Mungkin

*****
Aulia menangis. Hazim meninggalkan Aulia pada bondanya. Bondanya tidak tahu sedikitpun tentang keadaan Hazim dan Melida diambang perpisahan. Bonda juga tidak tahu bahawa Melida mengandung sekarang bukan anak Hazim termasuklah Aulia. Melida dirasuki nafsu yang membawa ke lembah dosa, walhal seandainya perkahwinan itu perkahwinan penuh dengan perancangan untuk mengelakkan Melida berkahwin dengan Micheal, apa salahnya diteruskan kehidupan baru bersama Hazim. Namun, Melida degil untuk meneruskan cintanya pada Micheal. Apa yang boleh Hazim buat? Selama ini tidak pernah orang luar tahu tentang perihal keluarga mereka. Hazim mengeluh dibirai surau. Tempat ini lebih menenangkan jiwanya. Terlihat hanya sebutir bintang yang terang dilangit. Apakah sebutir bintang itu bakal menyinari hidupku?Hanya pada Dia aku berserah apakah yang suratan yang tertulis untukku.

“Assalamualaikum…saya tumpang lalu, encik…” Seorang gadis bertelekung menyapanya.

“Waalaikumussalam…Oh, maafkan saya…”Hazim mengalihkan lututnya ke kanan yang menjadi halangan untuk gadis itu keluar dari surau.

Hazim memandang wajah gadis itu. Memandang kosong. Mungkin gadis itu dalam lingkungan usia 25 tahun. Dia hanya menyarung selipar dan berlalu pergi. Sejadah ditangannya di pegang erat. Kedengaran derapan selipar yang dipakainya. Gadis kampung yang ada adat dan beradab.

“Lama saya tidak nampak En.Hazim…” Bahu Hazim ditepuk dan lamunan Hazim terhenti.

“Oh, Pak Imam…hurmm..lamalah juga saya tidak ke surau kampung ni…anak di rumah Pak Imam…”

“Encik Hazim sudah ada anak rupanya…ingatkan masih belum berkahwin…”

“Saya sudah usia 30 tahun Pak Imam…” Ujar Hazim sambil tersenyum.
Pak Imam yang berserban itu hanya berbalas senyuman dengan Hazim. Pak Imam dari tadi melihat Hazim termenung di tangga surau. Mungkin ada sesuatu dalam fikiran anak muda ini. Kebiasaannya, bila jiwa meronta, hanya di rumah Tuhan sahaja yang member ketenangan.

“Saya tengok En.Hazim dari tadi termenung…ada apa-apa yang boleh saya bantu…?”

“Oh, tidak ada apa-apa Pak Imam, cuma hanya berfikir ada sebutir sahaja bintang di langit pada mala mini…”

“Sebutir bintang itulah yang menyinari malam yang kelam…tanpa bintang yang sebutir itu, mungkin kita terus bergelap pada malam ni…Allah S.W.T dalam member ujian kegelapan pada kita, namun Dia masih member pada kita untuk merasa sinar daripada bintang itu…” Pak Imam panjang lebar berbicara seolah-olah kena pula pada jiwa Hazim yang sedang mengalami konflik.

” Ya, Pak Imam…benar sekali…” Ujar Hazim sambil tersenyum.

“Saya minta diri dulu. Hari sudah jauh malam ni…”

“Pak Imam datang dengan apa…?”

“Jalan kaki sahaja…rumah saya depan selekoh nak ke surau tu…tadi berdua dengan anak perempuan saya ke surau ni…dia dah beransur dulu”

Barulah Hazim mengerti.Rupanya anak Pak Imam si gadis tadi. Hazim mendapat panggilan telefon lagi. Tertera nama bondanya. Berada di surau lebih mententeramkan jiwanya.
“Hazim, pulang cepat sikit, nak…ada hal…” Ujar bondanya di hujung telefon.

“Baiklah, Hazim dah nak pulang ni bonda..dalam 15 minit Hazim sampai.
Hazim seboleh-bolehnya mahu melupakan kedukaan jiwanya. Dia benar-benar mengharapkan Melida berubah. Hanya munajat pada Tuhan dan mengharapkan keajaiban tika ini agar semuanya kembali bahagia. Siapa tahu kan? Semuanya urusan Allah S.W.T.

Suamiku Suri Rumah?8

“Saya mahu awak ceraikan Melida..dia hak saya!”

“Melida masih isteri saya yang sah!Awak masuk ke rumah kami tanpa kebenaran dan menggangu kebahagiaan kami!Lebih baik awak keluar sebelum saya ambil tindakan…!”

“Saya tak akan keluar selagi awak tidak ceraikan Melida malam ni juga!”
Hazim mula panas cuping telinga. Rupanya Micheal ke rumah untuk memaksa Hazim menceraikan Melida. Patutlah bondanya menyuruh Hazim pulang dengan segera. Hazim cuba menyorok permasalahan ini daripada bondanya, namun akhirnya diketahui juga. Mengalir air mata seorang ibu. Rupanya cucu yang disayangi dan dibelai selama ini bukanlah generasinya. Bayi itu langsung tidak bersalah. Terkebil-kebil mata Aulia yang sedang menghisap botol susu di pangkuan Mak Engku Teja. Melida hanya duduk di kerusi dan membiarkan Hazim dan Micheal berurusan. Micheal begitu kasar pada Hazim. Sudahlah masuk rumah orang dengan sewenang-wenangnya, mahu mengambil isteri orang pun sewenang-wenangnya!

“Baiklah, saya melepaskan Melida binti Mansor dengan talak satu…” Terketar-ketar Hazim melafazkannya.

“Hazim!” Mak Engku Teja bersuara.

“Bonda, Hazim terpaksa lakukan semua ini. Bonda akan faham juga suatu hari nanti.” Ujar Hazim dalam kepiluan.

“Jom, sayang…”Micheal menarik lengan Melida untuk berlalu.
Bagasi Melida ditarik oleh Micheal dan mereka berlalu keluar dari rumah itu. Melida mengambil Aulia dari pangkuan Mak Engku Teja. Aulia mula merengek. Mereka bertiga berlalu. Belum sempat Hazim ingin mencium Aulia. Walaupun kebenarannya Aulia bukanlah anak Hazim yang sebenarnya, namun Hazim merasai bahawa Aulia seperti darah dagingnya. Air liur ditelan perlahan-lahan dan terasa begitu pahit di anak tekaknya.

Hazim mengalir air mata melihat Melida dan Micheal serta Aulia berlalu meninggalkan rumah. Begitu deras air mata jantannya mengalir. Ujian Allah S.W.T ini aku terima dan aku telan. Andai ini menjadi suratan kehidupanku, maka aku redha dan yakin sepenuhnya terhadap Allah S.W.T. Mak Engku Teja seolah-olah tidak percaya terhadap perkara yang berlaku. Hazim menghubungi bekas mertuanya, Datuk Mansor.

“Assalamualaikum, papa…”

“Waalaikumussalam…Zim…Lama betul Zim tak telefon papa…”

“Papa, Hazim nak khabarkan pada papa, Hazim dan Melida sudah berpisah…” Suara Hazim tersekat-sekat.

“Apa???Kenapa boleh jadi begitu?”

“Melida sudah pergi bersama Micheal…”
Talian terus terputus. Hazim pasti, bekas mertuanya tidak dapat menerima dan terkejut peristiwa ini berlaku. Apakan daya, cinta Melida dan Micheal terlalu kukuh dan tiada yang boleh memisahkannya. Hazim redha dan mendoakan kebahagiaan Melida bersama Micheal.
*****
“Papa, Mel dah kahwin dengan Micheal…Micheal dah seislam dengan kita…” Ujar Melida penuh pengharapan agar papanya menerima Micheal.

” Papa tidak sesekali meredhakan perkahwinan kamu berdua…!Mel, kamu telah menghancurkan amanat arwah mama kamu!Dasar anak derhaka!”

“Papa!!!!” Melida menangis teresak-esak dan bersujud di kaki Datuk Mansor.

“Kau, pergi!Jangan datang lagi ke rumah ni!Kamu kahwin dengan izin siapa?”

“Kami berkahwin di…..”

“Sudah!Aku tak mahu dengar lagi…kau pergi…!”
Hafiz Abdullah adalah nama baru Micheal. Micheal memimpin tangan Melida untuk keluar dari rumah itu. Hafiz terfikir kenapa susah benar cinta antara dia dan Melida?Kenapa begitu ramai yang menghalang sedangkan, cinta antara dia dan Melida bukan atas dasar permainan perniagaan. Malah, semuanya antara pergelutan perniagaan antara ibu bapa mereka sahaja. Mereka bukan mangsa untuk mencari bahagia cinta!Aulia menangis. Mungkin anak kecil itu terkejut dan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu telah menyaksikan segala-galanya. Mungkin kini dia tidak mengerti, tetapi mungkin akan memberi kesan pada dirinya kelak. Amat menyedihkan si kecil ini pula yang menjadi mangsa kehidupan. Rumah besar milik Datuk Mansor ditinggalkan. Mungkin Melida tidak akan menjejakkan kaki lagi ke rumah itu. Hafiz memandu laju kereta porche nya. Melida berendam air mata atas peristiwa yang terjadi. Sedih kerana papanya sendiri yang tidak merestui perhubungan mereka berdua.

*****
“Hafiz, badan Aulia panas ni…kita pergi klinik”

“Sayang, you bagi lah ubat…”

“I tak tahu…macam mana nak jaga dia…ubat apa I kena bagi…”

“Ubat panadol tu pun boleh…dalam first aid tu ada…bisinglah budak ni…!”

“Macam mana ni…”

“You ni bengap betullah…!”

“Hah?You kata I bengap..sebelum ni tak pernah you cakap macam tu!”

“I mengantuklah…bawak anak you tidur di luar…menangis jer budak ni!”

“Aulia anak you jugak tau!Anak kita…you tak ingat?”

“Ya lah..Ya lahh…” Bantal ditelangkupkan di telinga Hafiz.

Melida begitu kekok menjaga Aulia. Baru dua hari! Susahnya menjaga budak kecil ni…Ikutkan hati nak sahaja aku picit-picit budak ni. Macam mana Hazim boleh jaga budak ni!
“You hantar sahajalah budak ni di rumah Hazim. You upah dia…dia dah biasa dengan Hazim kan?Nanti you nak kerja pun susah, nak layan I pun susah!”

“Hafiz!Sampai hati you cakap budak ni macam tu… kesian dia…” Ujar Melida sambil mendukung Aulia. Terasa lenguh tangannya.

“Baru sekarang you ingat anak ya…” Ujar Hafiz dalam nada bergurau.
Gurauan Hafiz amat menusuk kalbu. Melida bercadang untuk mengupah Hazim menjaga Aulia. Terasa malu pula. Namun, terpaksa. Jika tidak, dengan siapa Aulia akan tinggal?Lagipun, pasti mahu menjaga Aulia, kerana sumber pendapatannya juga. Setelah Aulia tertidur dalam esakan, Hafiz menarik lengan Melida. Memang Hafiz ni jantan tidak berguna! Dia menganggap perempuan adalah untuk tempat tidur sahaja. Bukti cinta mereka adalah cinta dunia semata-mata.
*****

“Bonda, Zim teringat pada Aulia lah, bonda…”

“Zim, sabarlah Zim…bonda faham…Aulia pun dah macam cucu bonda…bonda tak sangka rupanya Aulia bukan darah daging kau, nak…”

Hazim memeluk Mak Engku Teja. Hasrat untuk Mak Engku Teja pulang ke kampung terhenti. Mungkin Hazim perlukan seseorang ketika ini untuk mendengar luahan hatinya. Kesusahan hatinya ditanggung sendiri selama ini. Biarlah, Hazimlah satu-satunya anak Mak Engku Teja. Semalam, Hazim termimpi-mimpi Aulia memanggil namanya. Walhal Aulia bukanlah pandai bercakap lagi…Hazim termimpi dalam mimpinya Aulia memanggilnya babah. Jiwa kebapaannya begitu menusuk di hati Hazim. Hazim terasa pilu sekali. Namun, dia hanya berserah pada Allah S.W.T atas perjalanan hidupnya ini. Melepaskan Melida tidak bermakna dia tidak menyayangi bekas isterinya itu. Cuma, biarlah Melida pergi demi kebahagiaan dirinya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Suamiku Suri Rumah? 7, 8”
  1. jane says:

    kesiannya kat hazim…huhuhu

  2. sha says:

    hmm. menarik. but i think this story a bit heavy maybe but i like it.
    baik utk guidance kpd yg sentiasa alpa kpd dunia. keep it up. 😉

  3. ismaton says:

    hurmmm….kesiannyer hazim..tergamak mel tu kan….aku percaya dia x kan bahagia ngan hafiz..percayalahhh…time tu baru dia nk balik kat hazim..hummmm

  4. anggun says:

    boleh ke terus kawinn? macam mana ngan edah melida? can anyone explain?
    kalo perempuan tue x pernah disetubuhi baru x de edah

  5. Syazan says:

    sakit hati dgn Melida… senang2 dia buat Hazim mcm tu. Selama ini Hazim yg bersusah payah jaga keperluan dia dan membesarkan Aulia… tapi dia hanyut dgn cinta Micheal..lupa pada pengorbanan Hazim yg tidak tahu langsung perancangan keluarga dia dan rahsia dia mengandung anak Micheal… Rasa macam mmg patut Hazim lepaskan dia.. cuma kesiankan Hazim dan Aulia..mesti perit terpisah selama ini selalu bersama walaupun sebenarnya Aulia bukan anak Hazim.. 😥 😥 😥

  6. aida says:

    akhirnya, Hazim lepaskan Melida…
    mesti ada bahagia utk Hazim nanti :smile:

  7. Siti Soleha Yahaya says:

    akhir….satu keputusan yg amat bijak diambil oleh Hazim…..
    besttt….

  8. samsiah intang says:

    Kerana mengikut hati dan perasaan.. ramai jiwa yang terpaksa disakiti, termasuk la insan yang masih tidak mengerti apa2..

  9. jb94 says:

    kesian ny hazim..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.