Novel : Tanda Cinta 1

28 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Nuracover tc-01

Volkswagen Golf berwarna merah cili meluncur laju di atas jalan raya yang tidak begitu sesak dengan kenderaan. Jam tangan Bonia yang dipakai dipandang sekilas, sudah hampir pukul 10.00 pagi. Telinga Iman Nasuha sedang terhibur mendengarkan celoteh dari penyampai- penyampai radio untuk program JoHaRa pagi era. Dengan celoteh dan jenaka yang entah apa-apa mampu membuatkan Iman Nasuha tersenyum sendiri di pagi hari ini. Kalau dilihat sudah seperti orang tak betul.

Pagi ini seperti hari-hari biasa bagi Iman Nasuha. Tiada apa yang istimewa atau tarikh keramat untuknya meraikan sesuatu. Azamnya cuma satu, untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Semoga segala urusan yang bakal dilakukan Iman Nasuha hari ini dipermudahkan. Kurang dari 10 minit, Iman Nasuha sudah menghampiri bangunan lima tingkat yang nampak elegan dan unik dengan warna oren putih. Seni binanya direka khas oleh arkitek yang diimport jauh dari New York. Kalau dari jauh pun orang dah boleh nampak disebabkan warnanya yang agak menonjol.

Di sinilah tempatnya Iman Nasuha mencari rezeki sebagai seorang editor majalah selama lima tahun. Iman Nasuha terus memarkir kereta di petak parking yang sudah tertera namanya, tidak jauh dari pintu utama. Enjin kereta dimatikan lantas Iman Nasuha melangkah keluar dengan beg tangan yang sudah kemas di tangan.

“Good Morning Miss Iman.” Sapa Nadia dan Anis serentak sebaik sahaja kelibat Iman Nasuha melangkah masuk dari pintu utama. Iman Nasuha terus menghampiri dua gadis yang berada di meja reception itu. Nadia yang putih melepak itu nampak menyerlah dengan gincu berwarna merah terang yang dipakainya. Iman Nasuha tersenyum sendiri, sebatu dah nampak.

“Morning. Nice colour.” Sempat Iman Nasuha menjeling sekilas pada Nadia sebelum berlalu ke arah lif. Nadia hanya tersenyum bangga, faham apa yang dimaksudkan. Bukan senang nak dapat pujian dari wanita yang bernama Iman Nasuha itu. Agaknya benda baik nak jadi hari ini kut, fikirnya. Kafe dan ruang rehat terletak di ground floor. Tingkat satu dan dua adalah ruang studio dan bilik rehat untuk tetamu sekiranya ada temubual dan photoshoot. Lif yang meluncur naik berhenti di tingkat tiga. Tempat yang menempatkan pejabat untuk para editor dan staff-staff yang terlibat untuk menerbitkan senaskah Primus, manakala tingkat empat adalah pejabat milik CEO D’ Primum dan bilik mesyuarat.

“Lily apa schedule saya hari ini?” Iman Nasuha terus menapak ke arah meja pembantu peribadinya sebaik dia melangkah keluar dari lif. Lily yang sedang sibuk membetulkan gincu di bibir terus terperanjat melihatkan wanita itu sudah berdiri di depannya. Gincu yang dipegangnya terus diletakkan di atas meja lantas terus mencapai diari yang sudah hampir penuh dengan nota dan catatan.

“Erm…hari ini Cik Iman ada meeting dengan Miss K. Pukul 11.” Laju saja Lily membacakan apa yang sudah dicatatnya di dalam diari harian itu.

“Okay thanks. Tolong call PA Miss K and inform saya kalau Miss K dah sampai.” Arah Iman Nasuha. Sempat matanya memandang tepat pada skirt yang dipakai Lily membuatkan Lily seram sejuk. Ada yang tak kena ke? Iman Nasuha terus mengeluarkan tisu dari dalam beg tangannya dan dihulurkan pada Lily yang masih terpinga-pinga.

“Ada sos dekat skirt awak tu. Nanti pergi studio tukar yang lain.” Tenang sahaja Iman Nasuha membuka mulut namun mengundang debaran kepada Lily. Lily terus mencapai tisu yang dihulurkan dengan senyuman lebar. Malunya! Terus ingatannya mengimbas kembaliburger yang dimakan ketika sarapan tadi dalam keadaan tergesa-gesa.

Sudah hampir tiga tahun Lily bekerja di bawah Iman Nasuha. Hanya satu ayat yang Iman Nasuha selalu katakan, To get the best we must be the best! Iman Nasuha telah membantu memperkenalkan Primus sebagai majalah trend no.1 di Malaysia. Kerja dan penampilan mesti nak yang tip-top. Kalau dapat client yang banyak songeh, lebih-lebih lagi artis yang berlagak diva semuanya Iman Nasuha mampu uruskan. Penampilan Iman Nasuha yang sentiasa elegan dan bergaya membuatkan Lily sentiasa memandang wanita itu sebagai ikon.

“Iman nanti lunch sama?” Terpacul wajah Sue di sebalik pintu bilik yang tertera nama Senior Editor-Iman Nasuha.

Iman Nasuha yang sedang membelek majalah Primus keluaran bulan lepas angkat muka memandang rakan sekerja merangkap sahabat baiknya itu. Tanpa dipelawa Sue sudah mengambil tempat di sofa kulit milik Iman Nasuha.

“Okay. Kau fikir la nak makan mana.” Iman Nasuha menutup majalah yang dipegangnya sebelum berura-ura untuk berlalu.

“Nak pergi mana ni? Ala… aku baru duduk.” Bebel Sue sambil menjuihkan bibirnya. Iman Nasuha hanya tersenyum nipis, sempat tangan mengerling jam di tangan.

“Aku ada meeting. Kau duduk je lah, bukan aku nak halau pun.” Iman Nasuha terus mencapai telefon bimbit dari dalam beg tangannya.

“Projek kau tu Miss K dah approved ke?” Sue menyandarkan tubuhnya. Memang bagus kalau dapat terus duduk begini sampai ke petang.

“Yes tapi masih ada satu dua benda belum settle lagi. Dahlah aku nak naik dulu ni.” Iman Nasuha sudah berura untuk berlalu.

“Alright. Nanti dah habis meeting WhatsApp aku ye.” Sue masih belum berganjak untuk bangun. Iman Nasuha hanya mengangkat tangan tanda dia faham sebelum berlalu meninggalkan sahabatnya itu. Pintu bilik Miss K diketuk sebelum arahan masuk kedengaran. Iman Nasuha melangkah masuk dan terus mengambil tempat di hadapan Miss K. Bibir sempat membalas senyum dengan majikannya itu.

“Selamat pagi Miss K.” Iman Nasuha memulakan bicara membuatkan wanita berambut blonde itu mengangguk sendiri.

“Morning Iman. I ada benda nak cakap dengan you ni.” Miss K terus menyilangkan kedua belah kakinya. Jumpsuit berwarna hitam yang dipakai bekas model iaitu Miss K aka Tengku Badariah ini nampak cukup bergaya. Biarpun umur sudah menginjak usia 39 tahun namun Miss K ini masih ada auranya sendiri.

“Tentang Gentlement Special Project you tu, I dah ada calonnya. So I nak you jumpa client kita, then you settle kan tentang interviews and photoshoot.” Setiap butir bicara Miss K masuk terus ke telinga dan minda Iman Nasuha.

“Siapa Miss K? I thought kita nak ambil your husband. I did not expect you dapat cari calon dalam tempoh singkat ni.”

“Syaqirin Adwa, future CEO of Riztiq Corporate. The only son of Tan Sri Rizman. I tak nak kita terlepas client ini.” Bersemangat dan bersungguh Miss K tentang projek terbaru yang bakal diterbitkan hujung tahun ini. Iman Nasuha berfikir sendiri. Sebagai orang yang bertanggungjawab untuk merealisasikan projek ini, dia harus lakukan yang terbaik. Untuk mendapatkan output yang sempurna, input haruslah hanya dari yang terbaik.

“Petang ini I nak you pergi rumah Tan Sri Rizman. Segala interviews and everything regarding this project tak akan dibuat di office. Everything will be handle by our client. Just make sure kita tak miss this project.” Pesan Miss K membuatkan Iman Nasuha tersenyum sendiri. Mana tidaknya, client ini boleh memberikan keuntungan besar buat syarikat dan pastinya dia tidak boleh terlepas.

“Everything you say Miss K.” Iman Nasuha bersetuju saja dengan apa sahaja syarat daripada client yang satu ini. Mengingatkan sudah pelbagai ragam manusia yang sudah dia lihat, ini bukanlah apa-apa baginya.

“I harap you dapat jayakan projek kali ini seperti projek-projek yang sudah. I percaya dengan kebolehan you Iman.” Pujian melambung Miss K membuatkan Iman Nasuha hanya tersenyum nipis. Kejayaannya adalah kerana dia mempunyai team yang sangat komited dan berdisplin.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.