Novel : Terlerai Rindu 1

26 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

COVER2Oleh: Farhana MR

PROLOG

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [9:24]

Farisha menutup tafsir Al-quran dan menyimpannya kembali di atas meja. Dia bingkas bangun dan melipat telekungnya. Farisha melangkah keluar ke balkoni apartmentnya. Dia kembali terfikir maksud firman Allah yang baru dibacanya tadi. Dia meraup wajah. sesungguhnya dia leka dan lalai.

“Ya Allah..sesungguhnya aku insan hina. Terlalu banyak dosaku padaMu Ya Allah..” Farisha merintih perlahan. Terlalu banyak dugaan yang sedang dia hadapi saat ini. Mungkin itu merupakan peringatan yang Allah cuba sampaikan kepadanya. Kerana dia terlalu mengharapkan kepada manusia akhirnya dia dikecewakan. Kerana dia mencintai manusia lebih dari dia mencintai Allah dan Rasulullah akhirnya cintanya putus di tengah jalan.

“Ya Allah..terima kasih kerana membangunkan aku dari mimpi yang panjang. Aku terlalu leka dibuai cinta duniawi yang tak kekal lama hingga lupa cinta, kasih dan sayang dari-Mu yang kekal abadi hingga ke syurga…” Farisha mula menangis teresak. Farisha kembali merenung langit di Berlin. Suram. Sama seperti hatinya yang baru sahaja dikecewakan. Tiada bintang yang bersinar indah. Perlahan-lahan Farisha mulai tenang. Dia harus yakin dengan dirinya sendiri. Dikecewakan sang kekasih bukanlah pengakhiran hidupnya. Dia perlu teruskan hidup dengan cekal dan tabah demi satu amanah yang telah Allah titipkan untuknya. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita [9;40]

“Bangun Farisha. Kau mampu lakukan. Kau kuat. Jangan bersedih. Allah akan sentiasa bersama kau.” Farisha mengukir senyuman dan terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan semangat yang baru.

BAB 1

Farisha melangkah masuk ke ruang legar Kolej Permata. Dia sedikit tercari-cari di mana tempat untuk dia mendaftarkan diri. Kelihatan ramai pelajar lain yang turut sibuk menyelesaikan urusan masing-masing. Nak beratur barisan mana ni? Farisha tertanya sendiri sebelum dia disapa seseorang.

“Assalamualaikum, selamat datang ke Kolej Permata, adik jurusan apa ye?” bertanya seorang urusetia kepada Farisha

“Waalaikumussalam, business study kak.” jawab Farisha

“Okey, adik beratur di lorong tiga ye..”

“Terima kasih, kak.” Jawab Farisha sambil memberikan senyuman manis kepada kakak tersebut yang sudi membantunya dan juga murah dengan senyuman. Selesai urusan di meja pendaftaran, Farisha bergerak ke bangunan hostel untuk meletakkan barang-barangnya. Encik Fikri dan Puan Munirah membantu Farisha mengangkat barang-barang ke biliknya di tingkat dua blok asrama perempuan yang terletak di dalam kawasan kampus. Kelihatan ramai ibu-bapa dan ahli keluarga pelajar-pelajar lain yang turut membantu mengangkat barang-barang.

“Assalamualaikum.” Farisha memberi salam sambil menolak perlahan pintu biliknya. Dia melemparkan senyuman manis kepada tiga pasang mata yang sedang terpaku ke arahnya.

“Waalaikumussalam.” Jawab mereka bertiga sopan. Mereka sedang duduk berbual dan berkenalan. Sepertinya mereka sudah selesai mengangkat barang. Tapi masih belum dikemas sebab penuh lagi di atas katil masing-masing. Mereka membalas senyuman Farisha dan menyapanya untuk kali pertama.

“Hai, saya Amani.” Sapa gadis pertama yang bertubuh tinggi lampai dan cantik bergaya seperti seorang model.

“Saya Humairah.” Sapa gadis kedua yang juga tinggi lampai tetapi bertudung labuh dan berjubah.

“Hai, saya Maisarah.” Sapa gadis ketiga dengan ramah dan ceria. Perwatakannya kelihatan sedikit kasar. Farisha menghulurkan tangan bersalam dengan mereka bertiga.

“Farisha.” Ujarnya sopan. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

“Hai Farisha.” Balas mereka bertiga serentak.

“So, we are complete now…” Ujar Humairah sambil tersenyum.Farisha selesai mengangkat barang-barangnya dan dia melabuhkan duduk di atas katil.Melepaskan lelah sekejap dengan Baba dan Mamanya. Memandangkan baru hari pertama, pihak kolej membenarkan ibu bapa dan keluarga untuk naik ke bilik pelajar.

“Nanti dah lapang sikit baru Isha kemas dan susun elok-elok barang-barang ni.” Ujar Farisha perlahan.

“Okey, Baba dan Mama balik dululah, belajar rajin-rajin, duduk baik-baik dengan kawan- kawan, jangan gaduh-gaduh, ada masalah apa-apa bincang elok-elok ye.” Pesan Encik Fikri kepada anak perempuannya yang sulung itu sambil berjalan keluar dan menuju ke tempat letak kereta. Sebelum itu, sempat lagi Encik Fikri dan Puan Munirah melemparkan senyuman kepada rakan-rakan sebilik Farisha.

“Baik ba, Baba doakan Isha yer.” Jawab Farisha sambil tersenyum.

“Insha Allah, Baba sentiasa doakan anak-anak Baba.”

“Okey lah, apa-apahal telefon Mama dengan Baba ye, jangan lupa mesej abang-abang dengan adik-adik cakap Isha okey kat sini, nanti risau pulak diorang tu.” Pesan Puan Munirah pula.

“Baik ma, kirim salam peluk cium kat diorang semua, nanti Isha mesej.” Farisha mengangguk faham.

“Insha Allah..” Puan Munirah menjawab perlahan. Setelah menghantar kepulangan kedua orang tuanya, Farisha berjalan pulang dari parking lot ke biliknya.

“It’s ok Farisha, don’t be sad, You can do it!” Farisha berbisik pada dirinya sendiri.

“..ala, macam tak biasa berpisah pulak, dulu pon kau stay kat asrama jugak, hahaha.” Ujar Farisha lagi. Sedang Farisha leka menenangkan dirinya, tiba-tiba..

“streeeeeeeeeeeeeeeet…” sebuah kereta tiba-tiba brek mengejut dan hampir melanggar Farisha.

“Masya Allah.” Ujar Farisha dalam keadaan yang sangat terkejut. Pemandu kereta tersebut bergegas turun, dia juga sangat terkejt. “Cik, minta maaf cik, cik okey ke?” Pemandu kereta tersebut menyoal Farisha cemas. Sedikit kesal dengan kelalaiannya sendiri.

“It’s okey, cuma sedikti terkejut ja.” Farisha masih lagi mampu melemparkan senyuman kepada pemandu kereta tersebut.

“..cuma lain kali hati-hati bawak kereta tu, jangan nak main handphone waktu memandu.” Ujar Farisha lagi sambil matanya menjeling ke arah tangan pemandu kereta tersebut yang sedang memegang handphone yang masih menyala. Jelaslah dia sedang memandu sambil menggunakan telefon bimbitnya. Pemandu kereta tersebut melirikkan pandangan ke arah tangannya.

“Maaf cik, saya busy sikit, handphone ni pun asyik bunyi je.. ada hal penting yang saya kena uruskan.” Jawab pemandu kereta tersebut sambil tersenyum malu dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Hmmmm..okeylah..saya gerak dulu.” Farisha meminta diri dan terus berlalu meninggalkan pemandu kereta tersebut termanggu sendiri.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.