Novel : Tuan ‘Singa’ Milikku 15

14 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umi Kalsom

15

“PERLU ke kita jumpa parents dia bang?” buat kesekian kalinya, soalan itu aku ajukan pada Asad. Tapi suami aku nampaknya lebih senang tersenyum. Sesekali tanganku digenggam erat seolah mengalirkan semangat. Tahu benar Asad, aku sangat cuak di saat ini. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati pula. Macam kalau parents Elisa itu sebenarnya tidak kisah pun anaknya menjadi isteri kepada Asad???

Argh!!! Aku boleh kena darah tinggi kalau berterusan fikirkan perkara ini. Lantas aku cuba menghela nafas perlahan-lahan. Dengan mengalunkan surah Alam Nasyrah, aku berharap Allah akan lapangkan dadaku daripada dibelenggu masalah ini.

“Jangan risau Sham… parents dia okey. Abang dah kenal.”

Ayat Asad itu sebenarnya hendak memujuk aku. Tapi, tanpa sedar… aku sebenarnya makin ditimpa rasa tidak senang dengan perkara itu. Asad sudah mengenali mereka. Maka tidak mustahil andaian aku yang satu itu. Pasti sahaja ibu bapa Elisa tidak akan keberatan untuk menikahkan anak mereka dengan Asad. Argh!!! Aku tension!

“Dia orang tahu tak, abang nak jumpa ni?”

“Datuk Mokhtar yang panggil untuk lunch…”

Erk! Datuk Mokhtar yang panggil???! Makin bertambah-tambah tidak sedap hatiku mendengar ayat itu. Aduhai… aku pasrah sahaja apa pun yang akan terjadi sekejap lagi.

Saat kereta yang dipandu Asad membelok ke selekoh memasuki kawasan perumahan mewah, mulut aku pun tidak mampu ditahan pembukaannya. Terlopong aku seketika.

“Janganlah buat muka macam tu sayang… gaya macam tak pernah tengok rumah orang kaya…” selamba sahaja Asad memerli aku. Terus aku mencebik. Bukan aku yang hendak bereaksi begitu. Itu adalah aksi spontan!

Kereta Asad sudah berhenti pada rumah yang bernombor 21 di lorong itu. Aiseh… tarikh lahir aku la pula. Dengan lafaz bismillah, aku keluar dari kereta. Apa rasa aku sekarang? Mungkin hampir sama dengan orang yang hendak pergi bertarung agaknya. Bertarung mempertahankan suami aku daripada dirampas oleh Elisa!

Sebaik sahaja keluar dari kereta, lengan aku sudah digenggam erat oleh Asad. Senyuman di wajah kacak suamiku ini langsung tidak menenangkan hati. Aku semakin resah. Entah mengapa, naluri hati ini seakan membisikkan sesuatu yang kurang enak. Entah betul atau tidak. Kita tunggu dan lihat sahaja.

“Asad… masuklah…” ceria sekali suara yang mempelawa Asad. Aku dapat lihat seorang wanita yang begitu anggun sekali menyambut langkah kami. Dan nada yang digunakan dengan Asad, begitu mesra sekali. Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai isteri Datuk Mokhtar, Datin Emily. Mama Elisa, tambah hatiku sendiri. Cantik orangnya.

“Apa khabar aunty?” Asad sudah tunduk bersalaman dengan Datin Emily. Aku pula yang jadi kekok sendiri berada di antara mereka berdua ini.

“Aunty sihat… lama dah Asad tak datang sini, kenapa?”

“Sibuk aunty…”

Sibuk benar dia orang bertanya khabar. Sampaikan tidak sedar yang aku sedang berdiri di antara mereka.

“Yang ini Sham?” suara Datin Emily menggamit perhatian aku. Wanita itu tersenyum manis. Lambat-lambat sahaja aku mengangguk dan membalas senyum.

“Asad selalu cerita dengan aunty… baru hari ni dapat jumpa orangnya. Cantik ya Asad…” pujian itu langsung membuatkan wajah aku memerah. Malu pula. Datin Emily ni!

Tapi… aku berasa pelik tiba-tiba. Kalau Datin Emily boleh tahu tentang aku, kenapa Elisa itu tidak tahu?

“Jemputlah masuk… aunty ni pun satu, biarkan kamu dekat depan pintu pula…” Datin Emily sudah mempelawa kami masuk ke dalam rumah. Cantik sekali ruang dalam rumah agam itu sehingga aku terpegun dengan setiap pemandangan yang singgah di ruang mata. Begitu sempurna tanpa cacat dan cela. Seindah orang yang menguruskannya.

“Duduk dulu… aunty suruh bibik siapkan makan.” Belum sempat Asad berkata apa-apa, Datin Emily sudah berlalu dari ruang tamu.

Aku sudah terkebil-kebil di sisi Asad. “Abang… ramahnya Datin tu.”

Asad tersenyum kecil. Jemari aku dicapai dan digenggam erat. “Dia sangat-sangat baik Sham… jangan risau, Elisa dengan dia… macam langit dengan bumi. Tunggu sekejap lagi, Sham akan tengok papa Elisa pulak. Tapi jangan terkejut… yang ni, agak ‘psiko’ la jugak. Macam anak dia…”

“Hah??!” terkejut aku. Agak ‘psiko’ juga??? Betul ke?! Maknanya dia akan memanipulasi aku supaya kahwinkan suami aku dengan anak dia ke? Maksud psiko dalam situasi ini, begitu ke?

“But don’t worry… as long as I am here, everything will be fine.” Asad menyambung lagi. Senyumannya manis sekali. Tapi aku masih terasa gundah di sini.

“MAKAN banyak sikit Asad… aunty yang masak semua ni.” Terus Datin Emily menyendukkan nasi ke dalam pinggan Asad yang sudah licin. Aku melihat sahaja tanpa sebarang suara. Datuk Mokhtar juga ada di situ. Aku lihat wajahnya seakan begitu seronok sekali menerima kehadiran Asad di sini. Hubungan mereka terlalu akrab sampaikan aku rasa sangat terasing. Mujur sahaja, Elisa tiada. Kalau tidak….

“Asad!!!” hampir sahaja aku tersedak. Aku fikirkan dia tiada, tapi ada juga!

“Tak cakap pun nak datang sini… mama, patutlah bila Lisa tanya menu hari ni, mama asyik senyum aje… rupanya nak masak untuk bakal menantu ya.”

Kali ini aku betul-betul tersedak dengan ayat Elisa yang begitu selamba. Sama ada dia buta atau dia memang tak nampak aku yang sedang duduk di sisi Asad ini. Huluran gelas daripada Asad aku sambut tanpa bertangguh. Rakus sekali aku meneguk air tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangku. Biarlah… apa yang dia orang tahu tentang perasaan aku di saat ini. Allah sahaja yang tahu, apa yang aku rasa!

Mataku menangkap sekilas riak wajah Datuk Mokhtar yang begitu relaks melihat tingkah anaknya. Saat mataku berlaga dengan Datin Emily, entah kenapa, ada rasa sayu menyusup ke dalam hati. Pandangan seorang ibu itu seakan memahami isi hatiku.

Perlahan mataku menyorot pada wajah Asad. Dia tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala. Saat itu aku terasa ingin menamatkan babak ini pada detik ini juga!!!

“Sebenarnya uncle…”

“Asad… makan dulu. Pasal hal yang Asad nak cakap tu, kemudian pun tak apa. Makan lebih penting…” celah Datuk Mokhtar. Aku lihat Elisa sudah tersenyum mendengar kata-kata papanya.

Aku sudah mengetap bibir perlahan. Perasaan aku di saat ini… tidak dapat kugambarkan. Celaru. Keliru. Apakah satu keluarga ini nekad untuk memisahkan Asad dengan aku?

Sekali lagi, mataku berlaga dengan pandangan Datin Emily. Lagi dan lagi… rasa sayu terus membanjiri hati. Aku tidak akan hairan jika tangisanku pecah di sini.

LANGKAHKU tergam di balik dinding yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu. Telinga aku ligat sekali menangkap butiran bicara antara Asad dengan Datuk Mokhtar. Sesekali bertingkah dengan suara Elisa yang merayu dengan manja. Ah, menyampah!

“Elisa is my only daughter Asad… uncle suka sangat kalau dia dengan Asad.” Kalau benar orang katakan jantung itu boleh gugur, saat ini juga akan terjadi perkara luar biasa itu. Ayat itu benar-benar menyentap jiwaku. Sanggup dia meminta Asad mengahwini anak dia.

“Asad dah kahwin uncle…”

“Bukan masalah besar Asad… you’re man. And I’m willing to hand you my daughter… walaupun untuk jadi yang kedua.”

Aku tersandar lemah pada dinding rumah agam ini. Segalanya menjadi lemah. Aku benar-benar kehilangan tenaga.

“No uncle! My wife is my everything…”

“Elisa loves you!”

“Shamina is my only love!”

“Uncle tak sanggup nak tengok Elisa kecewa…”

“Saya lagi tak sanggup nak tengok isteri saya kecewa.”

“You’ll be a very good husband for both of them. Uncle yakin sangat dengan Asad.”

“Please Asad… I tak kisah kalau bermadu…”

Air mataku menitis jua membasahi pipi. Apa yang Elisa fikirkan dengan perkataan madu itu? Adakah dia fikir, bahawa semua madu akan manis dan memberi senyuman? Adakah dia fikir, menguruskan dua orang isteri semudah yang disangka? Poligami… dia fikir aku suka?!

Tangan yang menyentuh bahuku dengan lembut, memaksa pandangan ku dihala ke depan. Wajah Datin Emily begitu tenang dan mendamaikan. Tangannya sudah mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Apakah Datin Emily faham akan rasa hatiku di saat ini? Atau dia pun sekadar hendak ‘tunjuk baik’ untuk menjayakan misi anak kesayangannya? Sesak sudah otakku dengan persoalan yang bertimbun ini.

[Bersambung]
p/s: Terima kasih pada semua yang sudi mengikuti karya ini. Pada setiap komen yang anda berikan, saya amat hargainya :)
(Pesanan penaja: kisah ini hanya sekadar rekaan, maka sebarang ketidak ‘logikan’ yang dikesan, harap dimaafkan)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Novel : Tuan ‘Singa’ Milikku 15”
  1. umi Kalsom says:

    http://mykarya-dreamer.blogspot.com

    boleh baca sambungan TSM di situ. Maaf sebab lama tak update TSM.

  2. miss abel says:

    sy cume berharap agar asad tdak akn kawen ngan elisa…
    to writer jgn lah wat citer yg asad akn kawen ngan elisa…
    sy bace pun sy jadi benci watak elisa..
    pape pun citer ni best…biarlahh ending..

  3. sha_zains says:

    kalo die kawen dgn elisa makne nye die laki paling bodo aku jumper

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.