Novel : Wasilah Redha Arina 1

13 December 2010  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 1

Jemputan dinner di rumah Datin Norsiah membuatkan Arini tidak senang duduk. Wal hal jemputan dua minggu lagi. Kecoh betul!Keinginannya melambung tinggi. Mahu melaram kasi vogue katanya untuk dinner… mengalahkan diva sungguh. Kembarnya Arina, hanya tersenyum melihat perangai pelik Arini. Bagi orang lain mungkin pelik, tapi bagi Arina, perangai biasa. Tiap-tiap hari bangun dari tidur terus mengadap cermin membelek-belek mukanya. Pantang ada masa terluang sahaja, habis satu almari dipunggah-punggah baju untuk buat pilihan baju mana yang paling sesuai. Hobi melaram hobi nombor satu!Kata Arini, paling penting dia paling menyerlah di rumah Datin Norsiah masa dinner nanti. Mamanya pening kepala melayan Si Arini. Lebih mudah berbicara dengan Arina, banyak berdiam, tersenyum. Nak kata bisu tidak pulak. Tapi, boleh katakan anaknya Arina gadis Melayu sejati! Arini pula dengan keunikan tersendiri.

“Mama!Macam mana ni, jerawat naik sebijik kat muka Arini ni mama!

“Alah, sebijik jer pun… Pening mama dengan kamu ni, sayang.

“Ala, mama dah tak cantik, nanti turun saham anak mama ni!

“Mama, jom pergi saloon, nak buat facial mama…jom laaaa…!

“Mama ada appoinment dengan klien lah, sayang.

“Alaaaa..mama ni…cuba tengok majalah ni…cantik betul dia ni…”

“Beruk kat pokok kalau pakai susuk..botox pun cantik!Hargailah kecantikan asli” Tiba-tiba Datuk Redzuan muncul sempat lagi buat gaya macam kat iklan televisyen untuk bergurau dengan anaknya, Arini. Bergurau tapi mendalam.

“Hisyyy…! Abang ni…..boleh pulak macam tu…lain kali bila mama free kita pergi, minggu lepas baru pergi saloon. Mama tengok Arini ni dah mengalahkan artis dah, make up sana, make up sini,..cantik sangat dah…rambut tuh..sekejap blow, sekejap layer…”Leteran santai mamanya kedengaran.

“Ikut trend la mama…Betul ke mama…anak mama ni cantik?Sayaaaangggg mama…!!!!

Satu ciuman hinggap di pipi mamanya. Arina terus mengadap LCD menonton cerita Pi Mai, Pi Mai Tang Tu membiarkan Arini dan Mamanya, Puan Toh Halimah berdrama. Terkekek-kekek gelak Arina seolah-olah tidak menyedari langsung episod jerawat sesat Arini. Macam masalah dunia pulak jerawatnya tumbuh di pipi. Mengalahkan kehangatan isu Palestin dan Israel! Makin dilayan makin jadi perangai Arini. Sejak kecil hinggalah besar…apa nak jadi… Kenapalah Arina tidak banyak ragam. Bila dah jadi anak dara makin menjadi-jadi pula Arini ni. Usia pun dah 26 tahun anak dara kembar pasangan Puan Toh Halimah dan Tuan Syed Hasrul. Tergedik-gedik anak daranya berlalu ke kamar tidur.

“Rina, agak-agak lah kan, ramai tak yang pergi kat rumah Datin Norsiah?”

“Entah…”Jawab Arini ringkas dan mata terus tertancap pada majalah Ujang.

“Rina, nak pakai baju warna apa nanti eh…pink ke…hitam ker….putih ker….?”

“Pakai jerlah yang mana-mana ada dalam box tu, jangan tut sudeh!”Gelak Arina

“Apalah awak ni, saya tanya betul-betul ni…”

Kembar tapi berlainan perangai. Wajah sahaja yang iras.

“Malam itu, Arini tidur bermasker Sheseido. Lepas itu, ditempek pula masker bedak sejuk. Macam tepung gomak. Arina masih dengan dunia majalah Ujangnya.

“Rini,..dah siap ker? Pak Din dah tunggu kat bawah ni!” Teriak Arina memanggil kembarnya sambil melihat jam di tangan.

“Kejap!2 minit!” Balas Arini.

Arina dengan gaya simple, baju kurung cotton polkadot pink, tudung sarung Ariani berwana putih pink, dan dikenakan pula sandal Vincci putih bertumit tinggi, menyerlahkan keayuannya. Sabar menanti kembarnya bersiap. Papa dan mamanya tidak dapat menghadiri dinner jemputan Datin Norsiah atas kekangan temujanji bersama klien mereka. Anak dara yang menjadi wakil. Tuan Syed Hasrul akan memastikan jika dia dan isteri tidak sempat memenuhi jemputan, dirinya pasti mewakilkan anaknya dan tidak akan mengecewakan orang yang mempelawa.

“Kembarnya Arini tergedik-gedik menuruni tangga. Rambut yang di blow, sepasang kalung leher, dan baju rona merah hitam menjadi pilihannya.

“Eh, macam ni ke nak pergi dinner?” Terjegil biji mata Arini melihat kembarnya yang macam bersiap tak sudah.

“Yer, macam ni jer…jom Pak Din dah tunggu kat luar nak hantar kita”Balas Rina.

Jemputan dinner meraikan majlis makan malam kepulangan anaknya dari United Kingdom diadakan di banglo mewah Datin Norsiah dan Datuk Syed Redzuan. Ramai tetamu yang hadir. Majlis kesyukuran telah diadakan selepas Asar petang tadi. Arini dan Arina hanya datang pada sebelah malam sahaja.

“Arini, Arina..terima kasih sudi datang rumah auntie..” Ujar Datin Norsiah.

” Sama-sama auntie. Uncle dengan auntie sihat ker?

“Alhamdulillah, sihat ” Ujar Datin Norsiah sambil tersenyum.

“Auntie, maaflah mama dan papa tak dapat datang, mereka ada temujanji dengan klien dari Tokyo” Ujar Arina sambil bersalam dengan Datin Norsiah.

“Dari dulu sampai sekarang Auntie still tak dapat bezakan kamu berdua ni..mana satu Arini, dan yang mana Arina?”

“Saya…Arini dan kakak saya Arina” Bersuara juga akhirnya Arini.

“Anak auntie ni dah lama duduk di United Kingdom, jarang balik, kiranya petang tadi auntie ada buat doa kesyukuran dan malam ni, dinner meraikan anak auntie dah tamat belajar. Lima tahun kat sana, balik 3 kali jer seingat auntie…”

Mata Arini melilau-lilau, tercari-cari mana satu gerangan anak Datin Norsiah.

” Owh macam tu…belajar apa kat sana anak auntie?”

“Nanti kamu berdua boraklah nanti…kenal-kenal…Eh, jemputlah dulu ambil makanan”

*****

“Umi, Adam tak berapa sihatlah umi,..Adam nak masuk dulu. Pening ada, rasa nak muntah pun ada” Ujar Adam mendapatkan uminya. Dilihat kedua-dua gadis di sisi uminya sambil tersenyum dan memberi anggukan. Senyuman berbalas.

” Eh,Adam tak sihat ke? Umi panggilkan doktor lah”

“Tak perlah, umi. Adam rasa penat sikit…nak rehat..nanti oklah kot..Adam naik dulu”

“Ok, baiklah..apa-apa panggil umi kat bawah yer..naik rehatlah, nak”

Arini membulat matanya melihat tampannya tapi tidak menarik hatinya pun. Arina hanya bersahaja sambil tersenyum. Senyuman yang sampai bila-bila yang menguntum dari bibirnya.

“Itulah anak kesayangan auntie, Adam..umur dah 28, tapi masih macam tu lah, anak tunggal kan…”

“Masa umur dia 24 habis sahaja degree terus dapat tawaran sambung belajar untuk PhD. Habis jer tiga tahun katanya nak balik, tapi tak jadi balik, research tak siap katanya.

Majlis makan malam amat meriah, tetamu jemputan Datin Norsiah datang berbondong-bondong.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 1”
  1. Dewi Yusof says:

    cerita yang menarik..tapi agak confuse dgn arina n arini ni…bler baca kali kedua baru faham sape adik..sape kakak..hehe..good job

  2. Ilham Murabbi says:

    terima kasih dewi…gelagat si kembar dalam meniti kehidupan..hehehe…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.