Novel : Wasilah Redha Arina 2

21 December 2010  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 2

Dini hari yang asyik. Adam menyelak-nyelak tafsir Al-Quran sesudah menunaikan solat subuh. Sesudah itu, jendela bilik dikuak perlahan. Biarkan seluruh kamarnya berganti oksigen luar yang nyaman. Sengaja ingin melihat keindahan matahari dari ufuk Timur terbit sebelum terbenam di ufuk Barat. Pawana pagi bertiup menghala ke ruang kamarnya. Indah alam ini bagi manusia yang tidak jemu berfikir dan mensyukuri nikmatnya. Pepohonan merimbun di sekeliling rumahnya menghiasi laman. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Tuhan yang masih memberi nafas pada diri ini. Kopiah di kepala di letakkan di atas meja kecil. Jam 7.15 pagi, Adam bersiap turun ke dapur mendapatkan umi dan walidnya.

“Umi, Adam rasa nak cari kerjalah, umi ” Ujar Adam di meja makan sambil meneguk Sunquick.

” Aii..penat semalam tak habis lagi..arini sebut pasal kerja dah…Kalau nak kerja..Adam kerjalah dengan, walid” Balas Datuk Syed Ridzuan.

” Yer, Adam, walid pun tengah cari pekerja tu, untuk uruskan bahagian kewangan, kan bang?

“Eh, bukan ker Encik Raof yang tolong walid uruskan bahagian kewangan syarikat?”

“Hurmm…dah tiga bulan Encik Raof dihentikan kerja bila walid dapat tahu dia selewengkan duit syarikat”

“Betul ker, walid?Macam mana pulak orang yang selama ni yang dipercayai boleh disyaki pecah amanah ni, walid?

” Dia terdesak katanya, nak bayar hutang dia RM 300 000, tu yang dia sambar duit syarikat. Kalau bagitahu walid, nak pinjam duit walid pun tak per, ni senyap..tup..tup..duit syarikat dia sambar. Apa boleh buat, kita ada undang-undang dan peraturan dalam syarikat. Badan kebajikan syarikat pun ada, tapi dia tak beritahu badan kebajikan untuk membantu, dia pilih jalan untuk seleweng duit syarikat, inilah padahnya. Apa boleh buat.”

” Kalau macam tu, anak kita ni ada bang..biarlah dia bantu abang”

” Umi, walid..bukan Adam tak nak bantu uruskan syarikat tu, tapi Adam ada minat dan pilihan Adam sendiri. Apa gunanya Adam belajar tinggi-tinggi tapi tak gunakan ilmu yang Adam belajar tu..lagipun, bidang perubatan ni, dah jadi minat dan darah daging Adam dah umi, walid…”

“So, bukaklah klinik sendiri Adam…”Ujar Datin Norsiah.

“Buat masa sekarang ni, umi..walid, Adam tengah fikirkan nak cari kerja sementara mungkin di kolej-kolej perubatan dahulu sebagai tenaga pengajar, lepas dua tahun maybe Adam akan buka klinik sendiri nanti, InsyAllah umi..”

” Adam nak jadi pensyarah ker? Berapa sangat gaji di kolej swasta tu Adam..”

“Biarlah Adam tu buat keputusan sendiri umi nya…mula-mula memanglah gaji sikit…lama-lama naiklah tu…Saya dulu pun mula berniaga kecil-kecil jer umi…sampai boleh buka syarikat ni,..umi pun tahukan….Adalah perancangannya tu nanti…nak cari pembantu dalam kalangan pelajar-pelajar dia yang keluar kerja ker nanti uruskan klinik tu ker…kan, Adam?” Potong Datuk Syed Ridzuan.

Adam hanya melemparkan senyuman dan mengangkat kening. Datuk Syed Ridzuan mula membetulkan tali leher dan menyarungkan kot untuk ke pejabat. Datin Norsiah menyoroti suaminya ke muka pintu. Pak Din yang telah berkhidmat sejak 15 tahun lalu masih kuat dan setia berkhidmat dengan Datuk Syed Ridzuan.

*****

Adam mula mencapai kunci kereta. Katanya ingin pergi ke bandar, mencari buku di kedai Popular sambil jumpa sahabat baiknya yang telah lama tidak ketemu. Novel keluaran Alaf-21 menjadi pilihannya. A doctor loves to novel!Sambil menunggu rakannya di food court, Adam meneguk kapucino.

“Assalamualaikum, Adam”

“Waalaikumussalam…” Sambil Adam menoleh melihat gerangan yang memberi salam.

“Eh, Ming..kau..Apa khabar?”

“Yer, Adam..Aku sihat…”

“Eh…kauu??”Sambil Adam menunjukkan kopiah di kepala Ming.

“Yer, Adam..aku dah berhijrah…” Sambil Ming menarik kerusi di sebelah Adam.

“Alhamdulillah, sepanjang aku tak ada, dah banyak perkembangan yang aku tak tahu..tahniah Ming!”

Choo See Ming, rakan Adam sejak di alam universiti lagi kini sudah bertukar nama Muhammad Alif bin Abdullah Ming. Hampir bergenang air mata Adam apabila mendapat perkhabaran yang menggembirakan ini.

” Kau apa citer sekarang…baru ingat nak balik Malaysia yer..Aku ingat kau dah nak stay kat sana…”

“Apa lah ko Ming…”

“Alif..” Potong Ming…

“Eh,sorry..Apalah…hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri Alif”

“Macam lah aku tak tahu kau ni…hehe”

“Kau buat apa sekarang, aku tengok makin sihat, cergas lagi…”

“Aku macam ni lah…kerja di klinik Universiti Malaya..dah berkahwin, ada seorang anak, isteri pun sorang..hehe..”

” Biar betul kau Ming…Tahniah!” Masih tersasul panggilan Ming pada Alif

” Umur dah meningkat la Adam…dah jodoh, rezeki kan…”

” Siapalah yang dah berjaya ketuk pintu hati kau ni, Ming?”

“Ingat tak, Ayuni Raudhah?” Soal Alif sambil mengigat wajah pemalu isterinya.

“Ingat, budak yang pakai tudung labuh tu kan, yang pakai vest terbalik masa bertugas pada hari Konvokasyen kita masa degree tu kan?

” Itulah isteri aku…”

“Ceritalah pada aku..err..Aaalif..bila kau kahwin ni,..aku tak dengar khabar berita pun…”

“Nak dengar khabar berita macam mana…kau jauh nun sana…aku dah rindu dendam keseumat dah kat kau ni…harap ada facebook jer…tapi log in pun tak pernah…kau balik bukak facebook kau yang bersarang tu…tengok mesej aku kat inbox tu..awal taun lepas lagi tau..!”

” Alamak, maafkan aku Alif..aku bukan lupakan kawan-kawan, tapi aku busy dengan research aku tu…empat tahun aku tinggal Malaysia, balik seingat aku tiga ke empat kali jer…balik pun tak sempat nak berpoya-poya jumpa kawan-kawan kita…”

” Tak apalah Adam, lagipun kau dah balik kan…tu pun dah cukup buat aku gembira jumpa kau..nanti jemput ke rumah aku nanti…datanglah tengok anak aku nanti…Nur Aina Safiyyah…”

” Wah!Anak kau gurl!

“Boleh lah berbesan!Hahaha..Dah jadi pakcik dah kau ni, jangan pikir belajar, kerja jer…berumah tangga kena fikirkan jugak” Seloroh Alif. Mereka saling ketawa.

Ming, sahabat Adam yang paling akrab telah berhijrah menjadi saudara baru. Islam pilihan agama Alif. Hati Adam terubat rindu pada sahabatnya itu tambahan pula dipanjatkan kesyukuran kerana hasrat Alif sejak alam universiti pernah diluahkan untuk memeluk agama Islam akhirnya dipermudahkan. Hidayah Allah kepada hamba-hambanya itu pada bila-bila masa sahaja selaras dengan usaha dan kehendak hati manusia yang mencari iman Nya. Benarlah dalam Surah At-Taghabun: 11 menyatakan, ….barang siapa yang beriman kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T akan memberikan petunjuk pada hatinya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 2”
  1. Salam,kak long..
    maaf..bru ari ni era dpt bca..huhu..

    alarr..nper pndek jer cerpen akk ni?
    aisehh..ppehl, cerpen akk mmg best..
    nnt uat cerpen bru agy k..
    😉

  2. wslm…dik..bukan cerpen…ni novel bab 2.. 😮
    ada tmbhn lagi y original…tp kt sini skerat jer dlu.. 😆

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.