Novel : Wasilah Redha Arina 11, 12

8 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 11

Rayyan mendapat mesej selepas dua hari berjumpa Idham. Rayyan masih berada di rumah mertuanya dan majlis kedua-dua pasangan pengantin baru itu sudah selesai bagi kedua-dua belah pihak. Rayyan dan Idham sedang berbalas mesej. Mesej yang membuatkan Rayyan bingkas bangun dari katil.
“Kenapa, sayang?”Soal Arini yang melihat jari suaminya agak pantas menaip mesej. Sebelum ini tidak pernah dilihat begitu.
“Erm…macam ni…sebenarnya kawan abang..Idham nak jadikan Kak Arina isteri…err…err..”
“Ha???Biar betul..kawan abang tu…baru jer jumpa dua hari lepas…”
“Katanya nak masuk merisik…bila mama dan papa dah pulang nanti…”
“Tiba-tiba tu bang..tuan empunya diri pun tidak tahu menahu ni…kena bincang dulu lah.. Abang macam tak tahu. Kembar saya tu memilih…”
“Macam awaklah, memilih kan…Dok dalam perut mak awak sama-sama dengan Kak Arina….awak pun lebih kurang la…hehe”
“Tapi, saya tak kena fikir dah sebab…orang yang dipilih tu ada sebelah saya ni…hehe…tapi pasal Idham tu…kena bincanglah dulu dengan Arina…”
“Macam tu lah agaknya…kalau ada jodoh tak kiralah kenal lama ke baru kenal ker kan….dah…tidurlah dulu..dah malam ni…” Rayyan mematikan perbualan dan Arini masih terpisat-pisat.
“Sayang..kejap laaa…awak niiii…!”Masam mencuka wajah Arini melihat Rayyan menarik cadar.
“Lagi baik kahwin terus…bercinta selepas kahwin lagi best..Macam kita kan…kenal taklah lama sangat”Kata Rayyan dalam tekak sambil menyepetkan mata yang tak berapa nak luasnya itu.
“Tapi..bercinta jugak rasanya shiiiikit-shiiikit….”
Arini dan Idham saling ketawa kecil.
*****
Arina masih membetulkan tudungnya. Sedang bersiap-siap untuk ke restorannya. Blouse labuh berwarna putih beropol-ropol dan sluar slack biru muda dikenakan. Tudung jenama Ariani berona biru pink disarungnya. Dioleskan sedikit gincu menyerikan wajahnya. Anggun dan bergaya. Kemas dan menawan. Ketinggian 160 cm dan berbadan tidaklah kurus, dan tidaklah gemuk…sedang-sedang ajaaaa… malah bersopan, amat memikat hati sesiapa yang memerhatikannya. Langkahnya diaturkan menuruni tangga. Begitulah rutin Ariana.
“Morning pa, morning mama…morning Rayyan…and good morning the only one my partner!” Suara Ariana memecah kesunyian banglo dan merapati meja lalu memeluk bahu Ariani. Ariana menarik kerusi untuk duduk di sebelah kembarnya untuk bersarapan.
“Yes…morning too…” Jawab Ariani sambil buat muka nakal.
Semuanya saling berpandangan dan mata dialihkan pada Ariani. Ariani seolah-olah pelik kenapa semua memandangnya.
“Eh..kenapa semua duk pandang Ariana ni? I’m not okay ker?”Ujarnya sambil menarik-narik tudungnya.
“You’re very okay!” Balas papanya. Tuan Syed Hasrul dan Puan Toh Halimah saling senyum.
“Kenapa ni..semua pandang Ariana semacam jer…ada suspen apa-apa ke ni…?”
“Nothing but have something….hehehe” Celah Arini.
“Nakal la awak ni…nothing but have something…?Pelik jer ayat tu…berbelit bebenau you!…” Ujar Arina sambil menjamah kuih.
“Hurm..macam ni lah…baik papa mulakan…sambil-sambil kita sarapan..nak pergi kerja ni..better papa cakap..kalau tak…tak sempat nak cakap…awak tu..balik kerja dah la lewat malam….”
“Silakan, tuan pengerusi…”Celah Ariani buat muka nakal lagi sambil menyuapkan roti jala ke mulutnya. Rayyan hanya mengerling syahdu pada isterinya.
“Ada orang nak datang merisik…”Ujar Tuan Syed Hasrul perlahan sambil meneguk kopi panas.
“Apa…merisik!!!?” Tersedak fresh orange dari mulut Ariana.
“Yer..ada orang nak merisik seorang lagi anak dara mama….”Balas Puan Toh Halimah.
“So….maknanya…..” Sambil jari telunjuk ditunjuk pada diri sendiri.
“Haaa…awak laa…”
“Baru je lepas kahwin awak tak sampai sebulan lagi..kalau tahu…kita buat serentak jer majlis…”Jawab Ariana tidak serius dan sambil tersenyum.Tadi macam serius, ni main-main pulak.
“Amboi-amboi…macam yakin jer awak ni…”Gurau Ariani yang pelik dengan kakaknya.
“Yang nak masuk merisik tu…my best friend, Kak Arina..Idham…”
“Hah?Idham…baru jer beberapa hari lepas dia datang…tapi dah nak masuk merisik?”
“So..macam mana?It is all in your hand….” Balas Tuan Syed Hasrul seolah-olah meminta ada jawapan daripada anaknya, Arina.
“Entahlah mama, papa…Arina part jodoh,serahkan pada keluarga. Baik pada pandangan keluarga, baiklah untuk Arina…tapi…Arina nak fikir dulu…gimme a time…”
Jawapan Arina memang tidak disangka-sangka sungguh. Sebelum ini Arina memang agak pemilih dan agak cerewet. Adakah disebabkan usianya semakin meningkat menyebabkan dia sudah malas untuk fikir dan soal pilih-memilih ini diketepikan?Arini kehairanan termasuklah mama dan papanya.
“Okaylah…Arina dah lambat ni…kunci restoran pada Arina, nanti tertunggu-tunggu pulak pekerja-pekerja tu nanti…Arina mintak diri dulu…” Seraya Arina bersalaman dengan papa dan mama termasuk adiknya.
Setelah Arina berlalu, mereka masih di meja makan. Jam telah menunjukkan 7.35 pagi. Masing-masing masih leka dengan topik yang sama.
” Idham nak jumpa mama dan papa nanti…mungkin esok atau lusa jika mama dan papa free” Rayyan menyambung kata-kata yang terhenti seketika tadi.
“Owh macam tu…eloklah..lagi pun mama dengan papa tengok dia sekali jer masa kenduri hari tu…lusa papa dengan mama ada…macam ni lah…ajak dia datang malam nanti..boleh kita makan sama-sama…”
“Orangnya macam mana….?Yerlah..papa dengan mama nak tahu jugak tingkahlaku orang yang nak jadi bakal menantu ni…” Mama berbicara lagi.
” Idham tu kawan baik Rayyan masa di Jordan dulu..kami rakan seusrah mama, papa…kenal baik sangatlah kiranya…dia asal Kedah…orangnya baik…bersederhana…tak banyak bercakap…dan budi bahasa pun tinggi”
“Amboi…puji kawan diaaaa….hehe…” Ada-ada sahaja episod Ariani menyakat suaminya.
“Mestilah…kawan tidur sebantal…sama susah-senang masa belajar dulu…tapi..yang lain-lain mama dengan papa kena kenal Idham lah nanti..Kang saya cakap lebih-lebih kang lain pulak…mama tengok tak sama pulak nanti ke…”
” Kalau macam tu…jemputlah Idham datang ke rumah malam esok..nak juga mama dengan papa kenal-kenal…dan nanti kita bincanglah hal risik-merisik tu…Papa nak pergi kerja dah ni…”
“Papa, Arini pergi kerja dengan Rayyan..Rayyan hantarkan nanti…Rayyan nak lalu kat situ jugak, nak jumpa klien dia…”
Rayyan sudah tiga tahun bekerja di Mahkamah Tinggi sebagai peguam. Perkenalan Rayyan dan Arini amat unik dan amat pantas. Perkenalan atas dasar Arini ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil dokumen kes penyelewengan wang syarikat iaitu kes Encik Raof. Ketika dokumen dalam fail tercicir, Rayyanlah yang terjumpa dokumen dan dipulangkan pada Arini. Terkejar-kejar Rayyan memanggil Arini yang agak pantas menuruni anak tangga mahkamah ketika itu. Sudah la, baru jer habis perbicaraan. Semput Rayyan dibuatnya. Semuanya kenangan dan bibit perkenalan jodoh mereka.
*****
“Bibik, nanti malam ni ada tetamu nak datang…masak lebih sikit ya..”
“Baik bu’…” Sungguh patuh orang gaji Puan Toh Halimah.
Selesai bersolat maghrib, Puan Toh Halimah menjenguk kamar Arina. Belum balik lagi. Rayyan dan Arini masih bersolat jemaah di biliknya. Kedengaran suara Rayyan sedang membaca surah-surah lazim. Puan Toh Halimah mendail nombor Arina.
“Arina, jangan lupa…Idham nak datang malam ni…Balik cepat sikit nanti…”
“Mama..Arina on the way ni..baru masuk dalam kereta…Arina bukan kat restoran ni…Pergi ambil baju yang ditempah…” Arina meninggalkan kedai jahit tempat butiknya selalu menempah busana. Setiap kali busana-busana berkurangan, Arina mula menempah lebih awal supaya pelanggan yang datang ada pilihan untuk membelinya. Butiknya juga makin mendapat sambutan pelanggan-pelanggan. Baru sahaja beroperasi. Lebih awal dari yang dijangka.
*****
Di meja makan, mereka berkumpul. Arina dan Idham bertemu mata dalam situasi yang berlainan berbanding sebelum ini. Sejuk mata memandang.
“Idham memang orang Kedah ker?”
” Yer..memang asal sana…tapi dibesarkan bukan di Kedah. Mak ayah angkat saya orang Melaka.”
“Mak ayah angkat?”
“Yer…sebab saya sejak kecil tinggal di rumah Baroqah, di Perak… tempat anak yatim piatu,…Bila saya tingkatan tiga baru saya tinggal dengan mak dan ayah angkat…dan pindah ke Melaka”Telus sungguh Idham berbicara.
Arina hanya berdiam. Cuba menyelami hati Idham. Rupa-rupanya anak yatim piatu. Namun, sangat berjaya orangnya. Itu bukan alasan untuk Arina menolak kehadiran Idham dalam hidupnya. Itu ceritera dirinya dahulu. Kisah baru akan bermula. Arina terus positif dan optimis. Anak yatim piatu juga berhak bahagia.
“Maaf, pak cik bertanya…bimbang juga jika menggores hati Idham…”
“Tak apa pak cik….saya tak kisah…itu zaman ketika saya kecil dahulu dan saya sudah biasa dengan pertanyaan macam ni…”Senyum Idham tenang.
“Sejuk hati mak ayah angkat Idham sebab dah berjaya didik Idham jadi orang yang berjaya…Maaf mak cik bertanya…mak ayah sebenar Idham meninggal ker…?”Masing-masing ingin mendengar cerita Idham.
“Yer..mak ayah saya meninggal masa saya umur lapan tahun…masa tu kemalangan. Tak silap saya tahun 1991. Kalau pak cik dan mak cik ingat, kes nahas jalan raya antara tiga lori kontena dengan sebuah bas dan sebuah kereta. Kereta tu kereta yang dipandu oleh ayah saya tersepit di tengah antara bas dan dua lori kontena. Alhamdulillah, kuasa Allah, saya selamat. Namun, mak ayah pergi dulu. Kami dalam perjalanan pulang bercuti…Lepas tu lah, saya tinggal di rumah anak yatim piatu sebabnya mak ayah saya masing-masing anak tunggal tidak ada sedara mara. Tapi, sempat tinggal dengan nenek setahun sebelum nenek meninggal dan terus duduk di rumah anak yatim sebelum diambil oleh keluarga angkat saya sekarang. Sekarang hanya tinggal mak angkat saya seorang sahaja.
“Bang, yang dalam surat khabar tu bang…dekat Jitra kan..?Saya ingat lagi bang…kemalangan ngeri masa tu. ” Ujar Puan Toh Halimah serius.
” Tak apalah…apapun, yang penting Idham selamat dan sihat walafiat. Yang pergi, kita doakan banyak-banyak pada mereka. Nanti bawaklah mak angkat Idham jumpa pak cik dan mak cik nanti.” Sengaja Tuan Haji Hasrul ingin menamatkan kisah trauma Idham. Puan Toh Halimah seolah-olah memahami maksud suaminya.
“Jemputlah makan…kejap lagi kita bincang pasal kamu berdua…”Sambil papa Arina memandang Arina.
Arina hanya senyap dan bersahaja dari tadi. Sup tulang terus dihirup Arina. Rayyan dan Arini pun tidak banyak bercakap hanya membiarkan ibu bapa mereka sahaja yang memulakan percakapan. Takdir Allah, sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan seseorang. Mereka turut bersimpati pada Idham. Masing-masing membungkam.
Benar, dalam surah Al-Imran;154 menyatakan,….katakanlah: Sekiranya kamu berada di dalam rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. Kisah hidup Idham mendapat simpati, sejak kecil sudah mula berdikari dan tahu susah-payah. Sesungguhnya kematian itu sama, tetapi caranya saja yang berbeza-beza.Mohon sahajalah agar kita meninggal dalam keadaan yang mulia dan baik. Subhanallah!Semuanya kuasa Allah S.W.T menghidup dan mematikan. Nyawa ini Cuma sekadar pinjaman. Nyawa ini sekadar pinjaman Allah S.W.T. Nyawa ini kepunyaan Dia. Pada bila-bila masa sahaja Dia berhak untuk minta kembali nyawa yang dipinjamkan ini kembali kepada Nya.Maka, nyawa yang dipinjamkan ini perlu digunakan sebaik-baiknya pada setiap nafas ini perlu beralun mengigatinya. Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah…sehinggalah nyawa itu kembali kepada pemilik yang hak.
*****
“Terima kasih jemput saya makan malam ni…Sedap masakan tadi…kenyang saya mak cik, pak cik” Idham memulakan bicara ketika di ruang tamu. Selesai makan, mereka ke ruang tamu.
“Ayam bakar bermadu, dengan ikan pari sizzling tu…Arina bawa balik dari restoran…mak cik hanya sediakan sup tulang tu sahaja. Tu pun, bibik yang tolong jugak tu…hehee”
“Kak Arina yang masak sendiri tu…” Celah Rayyan.
“Masak dengan kasih sayang….hehehe…kan awak?” Soal Arini kembali kepada kembarnya. Arini tidak habis-habis dengan muka sepuluh sen nya tu…manja tapi menghiburkan.
” Kalau tak masak dengan kasih-sayang…alamatnya, awak selalu lapar…nanti penat saya nak selalu masak dan bawa balik pada awak….hehehe” Dua beradik saling usik-mengusik.
“Macam ni lah, Idham,….anak kembar mak cik ni selalu macam ni…Oh, ya…bila Idham nak masuk merisik Arina ni?Mak cik dengan pak cik lebih selesa lah kalau ikut adat…” Ujar Tuan Syed Hasrul lagi.
“Minggu depan?Boleh ker pak cik,…mak cik…?”
Membulat mata Arina. Cepat giler!Nak menolak kang….adus!
“Arina, macam mana?Senyap jer….Senyap tanda setujulah tu….” Mamanya menjampuk.
“Arina tak ada apa-apa halangan…kalau mama dan papa dah setuju…Arina ikut jer…”Merah padam muka Arina. Jawapan itu Arina sendiri tidak tahu kekuatannya dari mana. Jawapan Arina melegakan hati Idham.
“Elok sangatlah tu…lagi cepat lagi bagus…nak dapat sorang menantu lagilah kita bang…”Puan Toh Halimah berbicara sambil tersenyum gembira.
Tidak terasa seperti mimpikah?Kenapa begitu cepat? Arina meletakkan tangan di atas kepala. Urusan restorannya diketepikan seketika. Pembantu pengurus, Fuad mengambil alih urusan restoran pada malam ini. Berpusing ke kiri dan ke kanan. Terkebil-kebil matanya. Hati aku sudah bersediakah?Inikah hidayah Allah dalam urusan jodoh?Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku…Engkau bantulah aku…permudahkanlah, aku hanya mampu bergantung pada tali Mu…Kenapa begitu lurus bendul aku kali ini menerima lamaran seorang jejaka. Minggu depan rombongan merisik. Oh Tuhan, sangat pantas…tapi ukuran masa itu, adalah di luar ketentuan aku…sebaliknya aku hanya menuruti ketentuan Mu dalam hidupku…Banyak perkara dalam hidup ini di luar kawalan dan di bawah sedar manusia. Arina terus bingkas dari katilnya. Mengambil wuduk dan solat hajat dan istiqarah memohon petunjuk. Adakah keputusan untuk berkahwin ini benar?Selangkah sahaja lagi untuk ke alam rumah tangga.

Bab 12
“Lola!Eh…rindunyaaaa kat kau niiii!!!Datang tak bagitau aku…!”
“Aku pun rindu kau jugak….” Jawab Lola lemah.
“Kenapa dengan kau ni?Cerialah sikit…jumpa aku muka sedih-sedih macam ni…”Arina memegang pipi Lola. Kelihatan muka Lola seolah-olah dirundung masalah.
“Aku dah berhenti kerja di food court. Zack buat kacau, nak bertumbuk dengan En.Ajmal. Dia cakap bekas bos kita cuba nak mengorat aku. Dia tuduh aku ada skandal dengan En.Ajmal. Sekarang ni Zack selalu datang rumah sewa aku, ugut-ugut aku…tampar aku, terajang aku…aku tak tahan lagi… Arina!Merata-rata aku cari kau…ni pun aku tahu bila tertengok gambar kau di Utusan…kau semakin berjaya…aku tahu alamat restoran kau dari Utusan juga…” Air mata mula mengalir di pipi Lola.
“Laaa kan nombor telefon aku ada…apasal kau tak contact aku?Aku call kau banyak kali, pergi rumah sewa kau…jiran sebelah rumah kau cakap kau dah pindah…”
“Aku pindah sebab Zack. Telefon aku Zack dah buang…”
“Huh!Zack…kejam betul. Eh, jom masuk kat office aku lah…tak elok orang tengok kita bersembang depan ni…nanti orang dengar” Sambil Arina menarik lengan Lola.
“Sekarang aku mengandung, Arina…aku mengandung…” Lola tersedu-sedu menangis hiba.
“Apa?Kau mengandung?Anak sapa ni..cuba kau cakap kat aku Lola!”Suara perlahan tetapi bernada geram.
“Anak Zack…Zack perkosa aku Arina….”Tangisan Lola semakin kuat.
“Dasyatnya, Zack!Aku ingat lelaki baik!Sanggup dia buat kau macam ni!”Bentak Arina.
“Aku tak tahu mana nak pergi…Zack cari aku sekarang…Dia perkosa aku sebab dia nak balas dendam kat aku…dia cakap aku curang..!”Basah lenjun baju Lola dengan air mata.
“Lelaki yang baik, akan usul-periksa bukan terus buat kau macam ni. Kau dah report?”
“Kalau aku buat report, dia ugut aku!Nak suruh kawan-kawan dia perkosa aku!Lagipun kalau buat laporan polis, nanti mak aku tahu…mak aku sakit kat kampung sekarang ni. Kau tahu kan…awal-awal lagi mak aku marah aku kawan dengan Zack. Aku tak tahu nak mengadu kat sapa lagi…aku malu…perut aku makin besar…kandungan aku dah hampir empat bulan! Aku tak nak gugurkan anak ni.”
“Jaga kandungan kau Lola…Anak tu tak berdosa.Macam ni lah, kau ikut aku balik nanti. Buat masa sekarang, kau tinggal kat rumah aku dulu…Nanti kita bincang macam mana kat rumah nanti…kau berehatlah, dan tenangkan diri kat rumah aku…”
“Betul ker Arina?Terima kasih…terima kasih,..kau selalu bersama aku ketika aku susah dan senang…”Lola memeluk Arina dengan erat.
“Bertenanglah, Arina. Percayalah pada Dia. Sesungguhnya, kelapangan pasti datang. Kau yakinlah seyakin-yakinnya…bahawa, Waman Yattaqillah Hayaj Allahu Makhroja…Allah dah kata..siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar.
“Tenang hati aku bersama kau, Arina…” Tangisan sendu Lola didengari dicuping telinga Arina.
Arina tahu, sahabatnya dalam keadaan gelisah, keluh-kesah, ketakutan dan kerisauan. Lola dihantar pulang. Arina telah menelefon mamanya. Mamanya mengalu-alukan Lola ke rumah mereka. Sudah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk saling bantu-membantu. Banyak perkara yang difikirkan dalam kepala Arina. Ligat Arina berfikir. Tentang Idham, Lola dan perniagaannya sesak dalam fikiran. Namun, setiap apa yang datang, Arina sentiasa optimis dan percaya adalah menjadi amanah dan tanggungjawab dirinya. Sesungguhnya (Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tidak ada perlindungan, selain perlindunganNya adalah …) dua orang yang saling mencintai kerana Allah S.W.T saling berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya. Inilah erti teman sejati bagi Arina.
*****
Lola sudah dua hari berada di rumah Arina. Perniagaan diteruskan seperti biasa. Lola kerap juga muntah walaupun sudah empat bulan. Ada lebih kurang empat bulan lagi tarikh due date. Rombongan merisik akan berlangsung dua hari sahaja lagi. Diadakan juga majlis kesyukuran dan Tuan Syed Hasrul menjemput anak-anak yatim di Petaling Jaya untuk bertandang. Sengaja mengajak anak-anak yatim untuk meraikan mereka dan kebetulan rombongan merisik Arina. Apalah salahnya, ajak mereka menikmati makanan di rumah sambil buat amal. Tiada pertunangan, tetapi majlis akad nikah Arina dan majlis kesyukuran telah dipersetujui dalam masa yang terdekat, lebih kurang lima bulan. Lima bulan Arina mengambil masa untuk mengenali hati budi Idham. Arina dan Idham bakal melangsungkan perkahwinan. Manik-manik jernih singgah di pipi Arina. Mensyukuri nikmat yang diberikan. Jodoh ini datangnya tidak disangka-sangka semuanya kerja Allah. Arina berkesempatan mengenali ibu angkat Idham.
“Mak cik hanya ibu angkat Idham…sudah sampai masanya nanti..Idham akan berumah tangga. Lega hati mak cik apabila Idham sudah ada pilihan dan bakal isterinya pun sejuk mak cik tengok…” Ciuman singgah di dahi Arina.
“Terima kasih, mak cik…mungkin dah jodoh Arina dengan Idham..” Tangan ibu Idham digenggam erat.
Anggun sungguh Arina berjubah putih rona purple lembut ketika rombongan merisik.
“Arina, tak lama lagi…awak akan berumah tangga…lega hati saya bila awak buat keputusan untuk kahwin jugak…” Pelukan erat Arini singgah pada tubuh kembarnya.
“Tak lama lagi kau akan kahwin, aku doakan kau bahagia…”Lola turut mencelah.
“Masih dalam proses perkenalan dengan Idham…ni hanya baru rombongan merisik..dan hubungan harus dijaga dalam proses perkenalan…masa inilah masa untuk bertaaruf dengan Idham”
Rombongan merisik hanya tamat di situ. Yang pasti, ukiran senyuman papa dan mamanya termasuklah ibu Idham menguntum kelegaan.
*****
“Mama lupa lah…Arina…ingat tak..masa majlis kesyukuran masa pembukaan restoran dulu…Adam ada kirim bungkusan ni pada Arina..mama lupa nak bagilah, sayang…”
“Bungkusan..?”
“Bungkusan ni mama letak dalam almari kat bilik mama…tadi masa nak pilih-pilih baju yang nak dipakai…baru terperasan…bungkusan ni Adam bagi pada Arina…”
“Apa lah yang Adam bagi ni…” Arina membaca ada kad yang tertulis.
“Tahniah, jadilah wanita yang kuat seperti Saiditina Aisyah R.A.”
Arina membimbit bungkusan. Ada sepasang kasut dan sehelai tudung berwarna biru lembut. Cantik!
“Arina,kawan Arina datang ni….!”Laungan mama mematikan hasratnya untuk terus membuka kotak bungkusan itu. Bungkusan diletakkan di tepi meja bersolek dalam biliknya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 11, 12”
  1. kaseh laura says:

    huhu..
    saye org first ke…
    best jgak laa cite ni..
    kpd pnls teruskan usaha anda ye..
    chayok..hwaiting

  2. Ilham Murabbi says:

    kaseh laura..terima kasih…saya hargai…teruskan membaca ya…

  3. dijah says:

    alhamdulillah…
    kronologi cerita yg sangat baik…
    satu medan dakwah….banyak meseg yg disampaikan..
    berkongsi ilmu dgn pembaca…

    tahniah kepada penulis…

  4. akulah says:

    salam.. x de new n3 ek… baru start baca n x sabar tgu n3 baru…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.