Novel : Wasilah Redha Arina 3

28 December 2010  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 3

“Eh…Kat mana pulak plastik novel yang aku beli tadi nih?”

Perangai nyanyuk Adam tak sudah-sudah! Kaki sudah selangkah masuk ke dalam kereta. Seronok berjumpa sahabatnya sampai lupa novel-novel yang dibeli tadi.

Tertinggal di Popular?Tertinggal di food court?

Adam masuk ke dalam kereta mengalihkan kereta ke sebarang jalan dekat dengan kedai Popular. Nampak kat abang traffic boleh saman free ni parking suka-suka hati. Ditanya kepada pekerja-pekerja di Popular, katanya tak ada pula novel-novel dibeli yang tertinggal di situ. Adam terus ke food court yang tidak jauh dari Popular.Yang kelihatan seorang wanita, pekerja di food court sedang mengelap-ngelap meja makan sambil mengalihkan pinggan yang usai dimakan oleh customer.

” Cik, ada nampak tak plastik buku yang tertinggal kat sini” Sapa Adam dari belakang.

Gadis itu menoleh, sedikit terkena kuah mee di baju Adam.

“Alamak, maafkan saya, Encik!”

” Aduh, kotor baju…” Adam melilau-lilau mencari sinki untuk membasuh bajunya yang terkena kuah. Gadis itu ditinggalkan.

Gadis food court itu menghampiri Adam.

“Encik, maafkan saya. Saya tak sengaja. Macam mana ni….?”Keluh Arina.

“Tak apa…tak apa…saya ni cari satu plastik novel..yang saya tertinggal…tak pasti kat sini ke kat mana…Cik ada nampak ker?”

Muka gadis itu diangkat sedikit. Saling berbalas pandangan.

“Macam kenal mamat ni…ermmm…ermmm…”Getus hati gadis itu.

“Cik, ada nampak ker?”

“Owh…awak cari buku yer…saya ada simpan tadi…saya tunggu takut tuannya datang cari…saya ada simpan..kejap yer…”

Novel-novel itu amat penting bagi Adam. Penat untuk memilih yang berkenan di hati. Jadi, Adam tidak mahu bazirkan masa untuk mencari novel-novel itu buat kali kedua. 10 buah novel yang dicarinya. Mengisi masa lapang dengan membaca novel sudah menjadi habit Adam sejak dahulu lagi. Biar digelar mat bunga, mat jiwang….Adam tidak malu.

“Ni novelnya Encik…” Plastik yang tertulis Popular dihulurkan pada Adam.

“Terima kasih..ambil ni..sebagai tanda terima kasih saya..sebab awak simpan novel-novel ni..”

Not bernilai RM 50 dihulurkan pada gadis food court yang berapron hijau itu.

“Eh, tak apa…Encik simpanlah..saya tak nak…lagipun bukan berat sangat pun..tolong simpan jer…”

“Kau ni…tak tahu jaga kebersihan makanan ker? Kau tahu tak..ada lalat dalam makanan ni…” Tiba-tiba satu suara menyapa dan mencelah. Seorang lelaki botak agak bengis, sekali pandang iras-iras Mat Tyson pun ada.

“Lalat, encik?” Arina membuka bungkusan makanan.

“Kau nak makan ker yang ada lalat macam ni?Aku bayar kau tahu tak?”

“Errr..mintak maaf,encik..nanti saya buatkan yang lain.”

Segera dicapai bungkusan itu. Tidak pernah lagi Arina mendapat rungutan sebegitu semenjak dia bekerja di food court itu. Setahu dirinya, bos, dia dan Lola amat menjaga kebersihan makanan. Arina amat rasa kepelikan. Kenapa hampir sepuluh ekor lalat dalam bungkusan itu. Tersusun selonggok pula tu. Hairan sungguh! Geli pun ada bila tengok.Loya tekak! Adam yang berada di sebelahnya menarik kerusi dan melihat sahaja adegan yang berlaku. Suara lelaki itu agak kuat. Banyak mata pelanggan yang sedang makan melihatnya. Subhanallah, apakah ujian bagi punca rezekiku ini? Kelihatan ada pelanggan yang bercakap-cakap di meja. Ada dua tiga orang yang mula beredar.

“Kedai macam ni patut kena sita!Pengotor!Nasi sup lalat ke apa?!!!”Tengking lelaki itu.

“Encik, duduk dulu encik, kita bawa berbincang…” Ujar Arina penuh tenang. Diakui kesilapan mungkin kecuaian dirinya. Subhanallah Maha Suci Allah…ampunkanlah dosaku andai ini kesilapanku dan ampunkanlah dosa pemfitnah juga andai ini fitnah yang kuterima.

“Tak payah!Kau amik balik, dan aku takkan datang lagi kedai pengotor macam kau, ni!”

“Eh…apa kecoh-kecoh ni…cool la..bro…!” Lola tiba-tiba datang dari arah belakang.

“Cool tak cool, kau berdua ni..makan nasi sup lalat ni!”

Lelaki yang memarahinya itu mengambil bungkusan dari tangan Arina dan menghempasnya di atas meja lalu meninggalkan mereka berdua. Polistren sedikit terbuka dan nasi tertumpah di atas meja. Arina sedikit tersentak dengan tindakan lelaki itu.

“Ya Allah, dari mana lalat ni…?Eiii…takkanlah kita nak bagi customer kita makan dengan lalat macam ni…”

“Cuba kau tengok ni..lalat ni tersusun elok jer td…aku bukan nak syak wasangka ke apa..tapi aku pelik…”

“Eh…aku pernah tengok mamat ni….haaa…dia pernah datanglah dulu..jumpa bos kita..” Ujar Lola dengan terpinga-pinga.

“Jumpa kenapa?”

“Aku tak pasti…kena tanya bos..dan perkara ni..kita tak boleh diam jer…mana tahu ada udang galah di sebalik mee…” Lola mula mengesyaki sesuatu juga.

*****

“Eh, encik..saya mintak maaf…ada hal dengan customer tadi..minta maaf banyak-banyak”

“Tak mengapa…saya tunggu pun sebab urusan kita tak selesai lagi ni…ni..amik ni…”

“Eh, tak apa encik…saya ikhlas…bukan tolong apapun encik…” Beria-ria Arina menolak.

Adam meletakkan duit RM 50 di atas meja sambil berlalu pergi. Gadis itu memandang tanpa makna sambil melihat jejaka yang tampan tapi hanya berselipar Jepun. Selipar Jepun tapi ada tanda dihiris pulak tuh!Aduh!Nak tergelak pun ada. Adam masuk ke dalam kereta. Kaki dihulurkan ke dalam kereta sambil merebahkan badan.

“Alamak…boleh pulak aku keluar pakai selipar Jepun dan berstokin ni…adoihhh!”Terkerut-kerut Adam sambil muka menahan malu keseorangan. Selipar Jepun, selipar spare yang diletakkan dalam kereta. Tidak sedar bila masa Adam menukar kasut dengan selipar Jepun tu…

*****

” Arina, kau baru beli ke novel ni…tadi aku tengok bukan main banyak kau beli novel. Segalanya Untuk Mu, karya Aleya Aneesa..hurmmm..Macam best jer..aku pinjam bawak balik yer…”Ujar rakan sekerja Arina, Lola.

Arina masih mengelamun sambil mengelap-ngelap tempat penyediaan makanan.

“Weiiiiiiiii,Arina!Aku cakap dengan kau la…batu betul la kau ni!”

“Hah?Apa dia?”

“Ni haa..novel ni nih…”

“Apasal dengan novel ni…?”

“Kau punya kan?Aku amik dalam plastik kat bawah rak tu tadi belek-belek kejap…bukan main banyak kau beli…”

“Ni bukan novel aku la Lola…kau ni….novel customer yang makan kat meja depan tu tadi…dia tertinggal; satu plastik novel…aku tolong simpan…tadi dia dah datang amik… yang kau pulak pergi cekup novel dia ni bila masa pulak nih?”

“Laaa..mana aku tahu..kau letak jer situ..aku amik la baca..pinjam jer…aku tak tau orang lain punya..ingat kepunyaan kau..”

“Ok…nanti dia datang esok, pulangkan nanti…kau cakap sendiri..”

“Alamak..tak nak aku…” Sambil Lola meletakkan novel dan berlalu ke dapur.

“Aku jugak yang kena pulangkan..tapi…aku rasa macam kenal la..mamat tu..”

“Kalau dah kenal, elok la kau tolong pulangkan nanti..hehehe” Balas Lola dari jauh.

Selepas bergraduan, di Food Court itulah Arina bekerja. Bukan tidak mahu mencari kerja yang bagus-bagus, tetapi minatnya dalam mencari pengalaman untuk belajar menguruskan kedai makan menjadi pilihannya utamanya. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan itu tidak malu untuk bekerja makan gaji dengan hanya RM 1200 sebulan. Arina mempunyai impian dan cita-cita tersendiri yang berbeza dengan Arini yang selesa membantu papanya di pejabat. Impiannya lebih bermakna jika dia belajar bermula daripada bawah. Arina bersyukur kerana ibu bapanya tidak menghalang. Dia tidak kisah di sekelilingnya, rakan sekerjanya hanyalah lepasan SPM sahaja. Itu bukan ukuran, paling penting sama-sama bekerja dan masing-masing mempunyai arah tuju kehidupan tersendiri.

*****

Arina melangkah menaiki anak tangga. Jam berdenting menunjukkan 8.00 malam. Arini, mama dan papa sedang berada di meja makan menjamu selera.

“Eh, anak mama dah balik…jom makan sekali..!”Pelawa Puan Toh Halimah.

” Nak mandi kejap., kejap lagi Rina turun yer mama. Papa, mama, dengan Rini makan lah dulu.”

“Awak, Mak Pah masak sedap awak…gulai asam pedas, favourite awak ni…”Jampuk Arini sambil tersenyum.

” Okey, kejap lagi saya turun” Ujar Arina sambil tersenyum dan terus melangkah ke kamar.

” Awak tak turun dalam 10 minit lagi, saya habiskan…awak makan tulang jer la…haha” Usik Arini

“Nanti kita suruh la orang tu masak…apa susah…”

“Masak-masak sorry okay…Mak Pah kan ada..Opss..terlepas..huhuhu.. I was only joking..mama…papa…” Diperlahankan suaranya kembali apabila mama dan papanya mengerling. Papa dan mamanya sering menasihati Arina dan Arini supaya jangan anggap Mak Pah orang gaji dalam rumah itu. Hati orang tua perlu dijaga. Kita ini semuanya sama sahaja, Cuma cara mencari rezeki sahaja caranya berbeda.

Begitulah kerenah sepasang kembar sebagai penyeri kehidupan Puan Toh Halimah dan Tuan Syed Hasrul. Penyeri kehidupan mereka kerana dikurniakan sepasang kembar. Pengarang jantung dan hati bagi kehidupan suami isteri yang tidak ternilai harganya.

” Pa, meluat Arini tengok Si Rizal kat pejabat tu…”

“Kenapa dengan Si Rizal pulak…Dia antara pekerja papa yang paling berdedikasi tau…”

“Hati-hati pa…dengan orang kaki bodek ni…nanti sejarah berulang lagi dalam syarikat papa tu…Mama, papa ni baik sangat dengan pekerja ni…sebab tu pekerja senang nak pijak kepala…”

” Kalau macam tu..Arini tolonglah tengok-tengokkan pekerja kat syarikat tu jugak…papa kan banyak yang kena fikir…”

“Si Rizal tu…kalau papa out station…papa tahu dia datang kerja pukul berapa?Ikut suka hati dia jer…Pernah mesyuarat tertangguh sebab dia tak datang…mesyuarat bahagian..Arini nak tegur tapi…rasanya elok papa sendirilah yang tegur…Arini ada juga selidik, datang lambat dan ada yang tak datang kerja masa papa outstation tu…pergi joli dengan kawan-kawan di pub…”

“Papa tengok pounch card dia 7.45 pagi dah sampai…”

“Papa tahap integriti pekerja-pekerja papa dalam syarikat tu memang tinggi ker…sejak Arini kerja dengan papa…walaupun Arini ni baru setahun jagung…jenis buat tak kisah…tapi…Arini tengok-tengok jugak pa…Tak apalah..biar papa tengok sendiri nanti..Arini ni pekerja papa jugak…” Luah Arini yang tidak berapa senang dengan keadaan beberapa pekerja yang seolah-olah tidak jujur pada tugasnya.

“Rizal ni kaki pub ker?Setahu papa orangnya bukan macam tu…”

” Bang..abang kena jaga juga keadaan pekerja abang..kalau yang ada kaki pub…karaoke tu…sudah jadi tanggungjawab abang untuk membentuk pekerja tu…ibadah tu bang…” Celah mamanya.

“Lepas satu-satu…Nanti abang tengok-tengokkan..kita makanlah dulu…” Tuan Syed Hasrul sengaja menghentikan perbualan waimma suapan makanan ke mulutnya dalam keadaan dia berfikir apa yang diperkatakan oleh isteri dan anaknya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.