Novel : Wasilah Redha Arina 4

19 January 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 4

“Awak ni memang buta ker? Tak tengok ke kereta saya kat depan tu! Yang awak main langgar suka hati awak ni apasal!” Kemarahan Arini menyinga. Singa pun tak garang macam dia!
“Maaf…maafkan saya tak sempat brek tadi…saya tak sengaja” Balas Adam yang ketika itu tidak berkaca mata. Subhanallah garangnya wanita ini.
“Awak ingat senang-senang saya nak lepas awak macam tu jer…awak ingat kereta saya ni, kereta cabuk yang boleh awak langgar suka hati awak ker?Saya tak kan lepaskan awak selagi awak tak ganti rugi kerosakan kereta saya. Awak jangan ingat awak boleh lepas, saya akan buat report dan orang macam awak ni, memang menyusahkan orang!Flying licence ke?!!!Kalau rasa tak boleh memandu, lain kali jalan kaki!”Marah bukan main kepalang lagi Arini. Mulut minah ni memang boleh tahan, luluh hati siapa yang mendengarnya!
” Sabar cik…”
“Mana boleh sabar-sabar…Awak yang salah…!”
“Cik, tempat ni pun bukan tempat parking…Cik ingat…saya tak boleh buat report yang cik pergi sidai kereta tepi jalan tu…saya nak berunding cik main marah-marah saya. Lain kali jangan sidai kereta tu tepi jalan, dahla traffic light kat depan tu, tempat ni bukan tempat parking, Cik!” Adam tidak tahan lagi dengan mulut perempuan yang lancang itu. Sapalah yang jadi laki dia nih!Malang sungguh!Subhanallah, tak baik aku cakap macam tu…tapi, memanaskan telinga sungguh!Huh!Syaitan sedang mengipas-ngipas hati aku bagi terbakar agaknya ni…Diambil cermin mata dalam kereta dan dipakainya. Rabun jauh, konon akibat banyak study zaman-zaman muda.Hahaha!Tergetus dalam hatinya, silap dia juga kerana memandu tak pakai cermin mata.Haih..diam-diam jerlah! Arini membuka cermin mata hitamnya.
“Errr..cik ni..yang saya jumpa semalam kan…err…err…”
“Eh..ehh dia nih…bila masa saya penah jumpa awak…?Banyak dalih pulak dia nih..bagi kad pengenalan awak..!Kita jumpa di balai polis nanti..awak tunggu abang polis call awak!” Arini mencatat nombor kad pengenalan dan nama penuh Adam dan terus berlalu memecut kereta Mitsubishi Lancernya. Walhal bukan rosak teruk pun kereta Arini. Tambahan dia sedang tension dengan jammed dan kerja yang berlambak di pejabat, dan mamat yang melanggar keretanya telah jadi mangsa hamburannya pagi itu. Kesian persona aku ni, dah la terhantuk, kena maki pulak.
” Errr..tunggu cik…!Ek elehh..macam polis tu abang dia..ber abang-abang polis pulak!Entah-entah datang bulan ke apa minah ni..marah-marah orang!”Subhanallah,geram juga Adam. Sengaja Adam ingin puaskan hati, berleter mencari kesalahan kecil Arini.
Adam terus memandu keretanya ke selekoh untuk pulang ke rumah. Mood pagi untuk pergi servis keretanya terhalang dengan insiden dia pulak yang melanggar kereta orang lain.
“Aku macam kenal la minah ni..aku rasa yang kerja di food court semalam…Cuma tak pakai tudung…mana tahu..on off tudung…muka memang sejibik!Aku nak ker food court ke tidak ni..kang kena hambur lagi…dah la nak saman aku..biar dia tenang dulu baru aku pergi minta maaf…or…tunggu balai polis telefon lah senang…”
Seharian Adam menunggu panggilan dari balai polis. Polis pun tak datang cari di rumah. “Polis mana nak tahu nombor telefon aku…hurm..eh..polis ada sistem dialah nak trace nombor telefon”
“Kenapa ni Adam…Umi tengok kereta Adam tu macam tergores…langgar apa Adam?”
“Umi, Adam terlanggar kereta orang…tak banyak sikit jer, umi..tapi perempuan tu..garang giler lah, umi!”
“Kereta anak dara mana yang Adam langgar ni..”
“Entah, katanya dia nak buat laporan polis..dia suruh Adam tunggu panggilan polis jer..tak sempat nak ajak bincang, terus marah-marah…”
” Adam tak ambil nombor telefon dia ker, nanti nak pergi repair kereta dia ker senang nanti…?”
“Tak sempat-menyempat umi…dia maki Adam, terus jer pecut dengan kereta…tercium sikit jer umi…Mitsubishi Lancer dia tu…”
“Apa-apa Adam bertanggungjawablah nanti…”Ujar Datin Norsiah lembut-lembut kepada anaknya.
” Tapi..umi…Adam macam kenal jer perempuan tu…semalam, kat food court…pekerja kat food court agaknya…aiih..takkan kerja kat food court pakai Mitsubishi Lancer, umi…kot pelanduk dua serupa ker…entahlah…”
“Kalau macam tu, Adam pergi jerlah nanti kat food court tu..jumpa dia..then mintak maaf dan bayar ganti rugi kerosakan kereta tu…”
“Huihh…tak berani lah dengan perempuan garang tu…nanti-nantilah, umi…”
“Buatlah apa yang patut Adam..apa-apa hal jangan lupa bagitahu umi…kalau nak ajak umi pergi sekali ker..nanti..”
Adam hanya mengangguk. Episod kena marah dengan perempuan seperti itu biarlah menjadi lipatan sejarah hidup. Ada jugak perempuan garang macam tu dalam dunia yang demokrasi dan masih boleh bawa berunding ni…Tergeleng-geleng Adam keseorangan. Pengajarannya, semasa memandu, pakai lah cermin mata wahai Adam handsome. Jika tidak episod sama mungkin berulang kembali. Terkekek-kekek keseorangan apabila memuji diri handsome.
*****
“Encik..saya tak bersalah….lepaskan saya…saya tak bersalah…tolong encik..tolong…!”
“Encik, dia yang langgar kereta saya!Dekat sejuta kereta saya ni…mana boleh Encik lepaskan dia macam tu…!”
“Ya…kamu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan……………”
“Tidakkkkkkkkkkkk!!!”
Adam terpisat-pisat.Mengigau rupanya.Huh!Merapu-meraban sungguh!Akibat kejadian pagi tadi, sampai mengigau kena tangkap polis. Muahahaaha.
“Apa nih Adam…tu lah tidur siang hari..pergi naik atas..boleh pulak tertidur kat sofa ni” Lengan Adam ditempis uminya.
Huargh!Mengigau rupanya….


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 4”
  1. caty says:

    salam…
    hehehhehehe…

    cerita lawak…

    x lma lg melekat lah adam n arini..

    huhu

  2. Izzah says:

    Best arhh cite ni… nk beli la.. :) nice story.. tahniah kepada penulis novel ni yerr..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.