Novel : Wasilah Redha Arina 5, 6

26 January 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

“Cik, sekejap…” Kuit jari Adam pada Lola. Lola menghampiri Adam untuk mengambil pesanan.
” Cik, pekerja yang pulangkan novel saya semalam tu…ada tak?”
“Encik nak jumpa dia ker? Sekarang dia tak ada..sekarang masa dia rehat Encik…” Tunjuk Lola pada jam tangannya yang menunjukkan jam 1.10 minit tengahari. Ketika jam 12.00 tengahari, Lola yang rehat…jam 1.00 Arina pula yang rehat. Masa rehat, Arina mula melilau di kedai buku Popular. Bergilir-gilir rehat dengan Lola. Melilau-lilau di kedai buku tumpang baca buku jer…bukan beli pun si Arina ni.
“Yer, ker? Kalau macam tu…saya nak ambil nombor telefon dia lah..saya ada hal..”
“Owh…encik nak ambil novel yang tertinggal satu lagi tu kan?Kalau macam tu, encik ambil nombor dia lah nanti..lagipun novel tu mungkin ada pada dia sekarang” Tak sempat Adam menghabiskan ayat percakapan, terus Lola memotongnya.
“Hah?Novel mana pulak ni…Novel yang tertinggal saya dah ambil…semalam..”Ujar Adam lagi.
“Yer, tapi tak cukup kan? Memang encik dah ambil, tapi masa Arina simpan novel tu untuk pulangkan pada Encik, saya terambil baca sebuah novel, ingatkan kepunyaan Arina”
“Owh..ada sebuah lagi lah yer pada A….Aaa..”
“Arina!”
“Owh, Arina,..sedap nama tu…Cik?”
“Saya Siti Suhaila..panggil je Lola…ni nombor Arina”
“Terima kasih ya, Cik Lola…tapau mee udang tiga…”Senyum Adam.
“Prut!Prut!” MasyaAllah!Lola terlepas kentut.
Lola memberi isyarat “beres” pada Adam dan terus berlalu cepat-cepat. Malunya bukan kepalang. Dah nak terkentut, nak buat macam mana?Hurm!Alang-alang datang ke food court tu, Adam tempah la mee udang sekali untuk uminya. Adoih!Boleh pula Lola terlepas kentut di hadapan Adam. Malu sakan.
*****
“Kat mana Adam beli mee udang ni…sedap betul” Ujar Datin Norsiah. Datin Norsiah tidak kisah hal makanan, kerana kehidupan mereka bukanlah cerewet bab makanan.
“Adam beli kat food court kentut”
“Hah…food court kentut mana pulak ni…”
“Hahahahaa..tak ada apa lah umi…kihkihkih”Ujar Adam sambil tergelak.
“Dah jumpa perempuan tu ke?Macam mana?Dah settle?” Bertalu-talu pula pertanyaan Datin Norsiah. Suasa hilaian Adam terhenti.
“Tak lah, umi…nak jumpa perempuan tu..tapi dia tak ada…Adam beli mee udang kat situ lah, umi”
“Lah, yer ker…tak apalah macam tu…Hurmm..sedapnya…” Datin Norsiah menikmati mee udang dengan enak sekali.
“Cara penyediaan mee udang ni baguslah..tengok udangnya ni..cara menyiang udang…sayurnya ni pun bagus..tak adalah layu sangat…kuah pun pekat…sedaplah!” Datin Norsiah teliti part penyediaan masakan, tapi tidak kisah kerana dia makan apa sahaja lebih-lebih lagi makanan kampung.
“Makan lah, umi..nanti Adam beli lagi…”Adam berlalu ke kamarnya.
“Mana, Mak Pah kamu ni Adam..?Mak Pah..Ooo Mak Pah..datanglah cuba mee udang ni..” Pelawaan Datin Norsiah kepada pembantu rumahnya Mak Pah.
“I’m here…..” Balas Mak Pah nada bergurau sambil berjalan menuju ke arah majikannya. Orang gajinya yang dah dianggap macam kakaknya itu suka bergurau-senda dengannya.
“You here yer…so..come here..here…”Balas Datin Norsiah kembali. English yang sengaja disalahbahasakan.
*****
” 019-6241***…malam nanti aku call..nombor ni…” Terus di save dalam telefonnya.
Adam mengambil wuduk. Azan Zohor telah lama berkumandang, jam sudah pun menunjukkan jam 2.45 petang. Urusan pada Dia perlu lebih utama untuk diselesaikan berbanding urusan yang dialaminya itu.
*****
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah untuk seluruh alam merasainya. Nyaman sekali. Kelihatan bunga ros di hadapan laman rumah Datin Norsiah dan Datuk Syed Redzuan jatuh menyembah bumi. Hujan panas menimpa pohon-pohon bunga dua jam yang lalu.
“Mana anak kita Siah?”Soal Datuk Syed Redzuan.
” Dalam bilik agaknya tu…Ha..macam mana bang, dah selesai kes Encik Raof?”
“Harapnya cepat selesailah…saya pun tidak mahu nak panjang-panjang cerita yang membuka aib orang ni…patutnya hari Sabtu, cuti…tapi saya kena ke office pagi tadi, sebab urgent..saya nak buat semakan ad-hoc kat office tu…saya nak tengok hari cuti ni, ada ke tidak pekerja di office….adalah Siah agenda saya nak tengok siapa yang “suka bekerja” dalam syarikat ni…sambil saya pergi nak tengok juga macam mana kawalan di syarikat tu…kalau buat hari bekerja…memanglah semua akan tunjuk integriti. Jadi bos ni, kena ada perancangan dan harus bijak sebagai nakhoda yang kendalikan syarikat…banyak ragam pekerja Siah, awak pun tahu kan…semua ni saya usahakan dari bawah…pecah amanah ni salah disisi hukum agama kita… Firman Allah subhanahua ta’ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : ” dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui… Islam mengutuk semua perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji atau sebarang sifat negatif yang merosakkan masyarakat. Perbuatan itu mengeruhkan hubungan dalam masyarakat dan mencacatkan hubungan dengan Allah. Mereka yang melakukan jenayah rasuah didunia dan di akhirat, sebaliknya mereka akan menerima siksaan yang berat.” Panjang lebar Datuk Syed Redzuan berbicara dengan isterinya.
” Benar, bang. Sebab tu lah orang yang pecah amanah, rasuah, mudah terdedah dengan sakit jiwa sebabnya perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. Secara tidak disedari mereka akan hidup dalam keresahan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan mereka. Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan. Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala’. Keadaan ini disifatkan sebagai satu penyiksaan batin di dunia. Seseorang yang melakukan kesalahan samada dengan masyarakat atau melanggar hukum Allah pasti menghadapi tekanan jiwa sehingga dia menghentikan perbuatan itu dan bertaubat kepada Allah subhanahua ta’ala.” Datin Norsiah mengiyakan kata-kata suaminya dan memberi respon.
“Benar sekali tu…kerja mesti jujur dan ikhlas barulah hidup diberkati…”Balas Datuk Redzuan.
” Siah tahu macam mana susah-payah abang kerja kuat untuk kehidupan kita ni…Siah hanya mampu menyokong dan berada di sisi abang..dan doakan yang terbaik…”
Suami isteri iaitu Datin Norsiah dan Datuk Syed Redzuan mengimbas kembali pahit jerih mereka menguruskan perniagaan kayu-kayan yang sering mendapat permintaan tinggi dari luar negara. Syarikat NSR holding miliknya kini semakin ke mercu kejayaan. Sambil menghirup ketenangan taman di halaman banglo mewah itu, tersimpan seribu kenangan perjalanan Datuk Syed Redzuan membina empayar perniagaannya. Dikurniakan pula anak tunggal, Syed Muhammad Esma Adam yang satu-satunya melengkapkan kehidupan mereka.
*****
Lepas sahaja makan malam, Adam mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama yang di dail, Arina.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…Siapa..”
“Saya, Adam…err…errr…saya nak minta maaf”
“Adam mana yer,..anak Datin Norsiah ker?”
“Eh, macam mana awak tahu….?”
“Yerlah, yang saya tahu Adam yang anak Datin Norsiah jer, saya pergi ke rumah awak masa dinner tu…kenapa pulak nak mintak maaf dengan saya?”
“Awak ker?Saya dapat ombor awak ni dari Lola, saya yang tertinggal novel-novel semalam tu…di food court…”
“Ya Allah…awak ker semalam..? Saya yang patut minta maaf sebab tak pulangkan satu lagi novel awak…patutlah macam nak kenal..tapi ingat-ingat lupa”
“Dan…Saya nak minta maaf sebab saya langgar kereta awak semalam…”
Keliru!Sungguh keliru!Tentang novel, anak Datin Norsiah menelefon, langgar kereta! Memeningkan Arina. Apa sebenarnya ni?Masing-masing ingin meminta maaf…tetapi….keliru sebenarnya….apakah yang sebenarnya berlaku…Hahaha….Arina memang tidak suka bercakap perkara yang tidak pasti dalam telefon. Dia lebih gemar bersemuka dan berbincang. Tapi, perkara kecil sahaja. Patut diabaikan. Panggilan terputus. Sengal!Eh..apa pulak sengal. Itu tandanya Allah S.W.T memberi peringatan agaknya untuk tidak berbual lama dengan lelaki. Alhamdulillah.
Adam cuba menghantar mesej pada Arina dan saling berbalas mesej. Malam-malam buta pun masih berbalas mesej. Ya Allah, jagalah hatiku agar tidak meleret kepada perasaan yang lain. Sudah jelas perkara sebenar yang berlaku. Masing-masing tersenyum. Adam tergelak. Arina juga tergelak! Eh, dah malam! Tak boleh mesej orang lelaki!Haram!Astaghfirullahalazim. Bukan ada apa-apa pun.Niat kena betul. Namun, ada satu jawapan yang belum terjawab, dan tidak pula diberitahu oleh Arina, bahawa Arina punyai kembar. Malah, sebelum ini Arina dan Arini telah berjumpa Adam ketika dinner di rumahnya. Adam juga tidak perasan bahawa sepasang kembar pernah ditemuinya. Maklumlah, ketika itu tidak sihat. Gadis food court itu, amat berbeda dengan gadis yang keretanya dilanggar kereta Adam. Siapakah yang keretanya dilanggar itu? Muka sama teramatlahhh…dengan Arina. Macam cerita dongeng pelanduk dua serupa jer. Hahaha…Entahlah labuuuu…!Bantal panjang dipeluk Adam sambil dirinya membaca novel yang dibeli di Popular. Mungkin Adam akan mengisi masa dengan novel-novel yang dibeli sebelum sibuk di lapangan kerja nanti. Adam masih menunggu jawapan daripada Kolej Perubatan di Perak tentang kerja yang dimohonnya. Mamat novel!Baik juga Arina ni…Adam tersenyum simpul. Ada maknalah tu…!!!!Ehhh..mana ada!

Bab 6

“Mama!!!!Takut…mamaaaa!!!”Arini menjerit dari kamar.
“Anak awak tu kenapa, bang?Terjerit-jerit kat atas tu…”
“Arina, cuba tengok adik kamu kat atas tu…” Ujar Tuan Syed Hasrul pada anak gadisnya.
“Lipas la tu…penakut betul Rini ni…hahahahaa…”Balas Arina sambil menyoroti anak tangga ke kamar adiknya.
“Eiiii lipas ni memang lah…aku bunuh sekor-sekor baru tau!Puas hati aku!” Omel Arini.
“Ish..ishhh…sekor jer Rini…lipas tu nak jalan-jalan la…Dier nak kawan dengan awak laaa!Hahahah”Sambil Arina menghalau lipas keluar dari kamar Arini.
“Banyak la awak!Awak tau kan, saya takut dengan lipas…geram betul la..”Bentak Arini.
“Bilik awak ni dah macam tongkang pecah dah…tsunami ke apa nih?”Getus Arina sambil mengutip bantal yang dicampak Arini.
” Lipas punya pasal la ni..saya balinglah…bantal-bantal tu tadi..”
“Dah tak ada dah laaaa….takut sangat awak ni…haha…Malam ni kan awak..masa awak tidur nanti…ada lipas besar akan merayap-rayap kat katil awak….lepas tu…dia gigit-gigit badan awak..hahahaa” Usik Arina sambil berlari turun ke ruang tamu.
“Siap la awak!” Kejar Arini.
Seisi rumah berderai ketawa melihat gelagat kedua adik-beradik bergurau senda dan usik-mengusik.
“Dah…dah….jom kita keluar makan. Papa nak tukar baju kejap..dan semua bersiap..kita makan kat luar nanti…”Ujar Tuan Syed Hasrul kepada isteri dan anak-anaknya.
“Makan kat food court ker, pa?Hehe” Gelak Arini sambil mengerling pada kembarnya Arina. Saja mengusik kembarnya kembali.
Jam menunjukkan jam 9.00 malam. Honda Civic milik Tuan Syed Hasrul meluncur laju. Katanya ke Restoran Village Park di Bandar Damansara Perdana. Hanya 20 minit dari banglo mereka.
*****
Setibanya di sana, Tuan Syed Hasrul disapa.
“Assalamualaikum, Tuan”
“Wa’alaikumussalam,..Eh, Datuk..mana Datin?”
“Tu haa..kat belakang tu…saya bawak anak teruna saya ni..katanya rindu nak makan kat sini…Tuan datang sorang ker”Ujar Datuk Redzuan lagi.
“Anak-anak dengan maknya ke ladies tu…dari tadi lagi..apa lagi..orang perempuan ni Datuk, nak makan pun make up, nak tidur pun make up…hahaha” Gelak sakan Datuk Syed Redzuan dan Tuan Syed Hasrul.
” Biasalah tu, lebih kurang Datin nya jugak..time syok tidur tu, toleh sebelah jer nasib baik tak sakit jantung. Habih..masker macam tepung gomak..haha”
Orang lelaki mengumpat bini memang macam ni agaknya. Gurau senda..bukan hal rumah tangga pun. Hehe.
“Ni ker anak teruna Datuk?”Celah Tuan Syed Hasrul.
” Ni lah anak teruna perkasa saya tuan…Adam, ni Pak Cik Hasrul, kawan baik Walid.” Adam bersalaman dengan Tuan Syed Hasrul.
*****
“Siapa pulak tu mama, sebelah papa tu…tak der privacy lah nak makan dengan family…” Omel Arini sambil berjalan mengekori mama dan kembarnya dari belakang tanpa sepatah jawapan.
“Lama awak bertiga lepas hajat…”Celah Tuan Syed Hasrul menyakat isteri dan anak-anaknya. Puan Toh Halimah hanya saling berpandangan dan berbelas senyum kerepot jer.
“Eh, Datin, Datuk pun kat sini…Dah lama sampai ker?Ni anak Datuk dan Datin ker?Adam yer?”
“Baru jer kami sampai Puan Toh..saja bawak anak kami ni makan-makan..”
Arini dan Arina masing-masing tidak senang duduk. Adam menoleh ke tepi kanan melihat kedua-dua gadis yang berdiri di sebelah Puan Toh Halimah. Dah besar pun nak suruh mak ayah bawak makan jugak!Umpat Arini dalam hatinya.
“Perempuan yang aku langgar kereta ni lagi….buat apa dia kat sini…dan sorang lagi ni..yang baru aku mesej semalam…ehhh..muka sama…!” Desis hati Adam.
“Adam, ni anak auntie…Arini dan Arina” Ujar Puan Toh Halimah.
“Eh..duduklah Arina, Arini…kenapa tercegat jer kat situ….”Pelawa Datin Norsiah sambil bersalaman dengan Arina dan Arini.
“Alamak…rupanya umi dan walid aku kenal dua orang perempuan ni…”Desis hati Adam lagi.
“Adam, ni anak auntie…dua-dua ni kembar…jangan keliru yer, Adam!”
“Errrr….hai!” Ucapan ringkas tanda perkenalan dari Adam.
“Geramnyaaa, mamat ni lagi…nasib baik saya lupa nak saman hari tu…mamat ni lah yang langgar kereta saya tu, awak….” Bisik Arini pada Arina.
“Owh..dia ni ker…mamat ni jugak laa yang tertinggal novel tu,.. yang saya cerita pada awak tu, Rini” Mereka berbisik dari jauh.Kedua ibu bapa mereka tidak mengerti apa yang anak dara mereka bualkan. Nampak gayanya, kedua-dua kedua-dua keluarga kali ini makan bersama-sama.
“Segannya aku…but good looking man must be cool”Desis hati Adam untuk menyedapkan hati. Jaga mata, jaga hati dan jaga semuanya Adam.
Adam, Arini dan Arina makan bertentangan di meja besar itu. Makan besar mereka pada malam itu. Ingatkan makan bersama keluarga sendiri tapi, kebetulan Datuk Syed Redzuan dan Tuan Syed Hasrul bertemu. Arini menunjukkan muka tidak puas hati yang berbaki. Adam telan air liur. Buatnya kena maki lagi dengan perempuan tu, malu muka Adam nanti. Arina tergelak kecil dengan biji mata Arini yang terjegil pada Adam. Arina matanya tertunduk. Sungguh sopan!
“Rina, saya baru teringat, mamat ni…yang kita pergi rumah Datin Norsiah hari tu kan…haritu…tak pakai cermin mata..ni pakai pulak…saya hampir tak cam tadi…”
“Betul…dia lah tu…”
“Awak..malu nyaaaaa….saya maki dia cukup-cukup hari tu….masa dia langgar kereta saya…dia on off cermin mata..mana saya nak kenal…saya baru teringat la…”Luah Arini sambil menikmati salad dan mayonis yang menjadi kegemarannya. Arina hanya tersenyum tanpa banyak bercakap. Arina mencuit paha Arini apabila semua mata tertumpu pada mereka sebagai isyarat untuk senyap.
“Arina dan Arini, nanti datanglah rumah uncle dan auntie nanti, yer”Datuk Syed Redzuan mempelawa.
“Arini buat apa sekarang?” Tanya Datin Norsiah.
“Aku rasa aku dah bagitahu auntie ni masa dinner rumah dia haritu…”Ujar hati Arini.
“Err..saya tolong papa kat pejabat jer auntie…”
“Arina?”
“Saya kerja di food court dekat Privil Hotel tu, auntie”
“Owh..macam tu…dekat kedai buku Popular tu ker?”
“Yer, auntie…dekat situ lah..dah dekat dua tahun dah…”Jawab Arina penuh sopan.
“Anak saya sorang ni, suruh kerja dengan papa dia, dia tak mahu…Datin…katanya lagi selesa kerja di food court tu…”
“Pengalaman kerja yang bagus tu…lagi-lagi kalau berminat dalam bisnes pemakanan ni…”Datuk Syed Redzuan seolah-olah lebih memahami.
“Ni, ha…Adam ni suka sangat ke food court tu…dia suka makan kat sana…kamu berdua tak pernah terserempak ker?”Tiba-tiba Datin Norsiah tertanya sebegitu.
Adam menelan makanan sambil terperit-perit matanya.
“Pernah!Ehh..eh..tak..Eh..Pernah!”Tersasul Adam.
“Apa ni Adam…buat lawak ni…pernah..tak pernah..”Potong Datuk Syed Redzuan.
Ayam dalam pinggan Adam hampir terpelanting apabila jawapannya tadi dicelah oleh walidnya. Adam cuba mengigat kembali peristiwa yang telah berlalu.
“Dekat rumah masa dinner hari tu pernah terserempak…ni baru Adam teringat…dan Adam pernah pergi beli mee udang…tertinggal novel dekat sana masa pergi jumpa Ming haritu….dan Arina ni lah yang tolong simpan novel yang Adam tertinggal tu, Walid…”Jujur dan lurus Adam memberitahu. Rupa-rupanya anak mereka itu pernah saling bertemu.
Manis jugak Arina ni…Arini pun sama…Cuma…huiii..aku takut sikit pada Arini ni…Garang, tapi….macam baik jer….Arina pulak..macam…..baik tak reti nak marah jer…Apa-apa jer lah!Dua gadis depan mata…Apa boleh buat..kembar pulak tu….kadang-kadang pening aku tengok…muka sama jer…Arina..hurm…Arina…Arina…Sedap nama tu…Senang nak beza…sorang lagi..rambut blow dan sorang lagi…bertudung…Lainnya wanita yang bernama Arina ni…Botak gamaknya…Hehe…Ehh…apa aku melalut nih!Tidur lah Adam…! Episod makan bersama dua jam tadi telah berlalu. Suis aircond dihidupkan. Novel kepunyaan Adam juga Arina telah pulangkan. Kebetulan Arina terbawa beg canvasnya yang tersimpan novel kepunyaan Adam…diletakkan dalam kereta papanya. Kebetulan pergi kerja haritu Arina pinjam kereta papanya. Oh,..berapa banyak kebetulanlah hidup ini! Apa lagi yang akan kebetulan?


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 5, 6”
  1. Siy says:

    Arini dan Arina..like!!! 😛 dua karakter berbeza…

  2. Arina says:

    😉 suke novel ni.
    cepatlah sambung.
    btw, ilham murabbi ada blog x?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.