Novel : Wasilah Redha Arina 7, 8

10 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 7

Sibuk menyediakan makanan pada customer. Kesibukan membuatkan Arini mengabaikan sahaja mesej di handphone buat seketika. Repeatation mesej berbunyi lagi. Mesej hanya satu, selagi tidak dibuka inbox mesejnya, selagi itulah berbunyi alat yang membantu manusia berkomunikasi itu. Selesai sahaja menyediakan makanan pada customer, Arina menyemak mesej yang diterima.

“Assalamualaikum.Apa khabar?”

“Siapa pulak ni…mesej aku…macam pernah tengok nombor ni…”
“Amboi..amboi…merenung sakan handphone tu…mesej penting ker?”Ada sahaja yang menjampuk Arina. Siapa lagi kalau bukan Lola!

Mesej dibalas.

“Waalaikumussalam. Khabar baik…Awak saper?”
“Adam. Terima kasih coz sekali lagi awak tolong jaga novel saya. =) ”
“Sama-sama. Small matter”
“Saya hargai. Awak ngh watper?”
“Kerja”
“Owh, sorry coz disturbing you…k, bye!”
Mesej antara Arina dan Adam terhenti di situ. Arina tidak suka berbalas-balas mesej. Zaman remaja dan kanak-kanak boleh la. Zaman menginjak usia dewasa sudah berubah. Mesej-mesej penting sahaja yang dibalas. Arina memang tidak suka mesej dengan lelaki.

“Aduh!Sakitnya!”Kuah panas mee bandung terkena tangan Arina. Senduk kuah mee bandung jatuh ke lantai. Tangannya melecur.
“Ya Allah, Arina,..apasal la kau ni…”Ujar Lola mencapai botol kicap untuk disapukan pada tangan Arina.
“Kau letak kicap kenapa, Lola…macam kau nak masakkan tangan aku jer”
“Ni petua nenek aku…separuh tangan kau kena ni..habih melecur..meh kita pergi klinik lah!…”
Ting..!Ting!Loceng di hadapan kaunter ditekan.
Lola menjenguk keluar.
“Cik…saya nak order mee udang…”
“Sekejap Cik, yer…”Sambil tangan melepaskan jari Arina. Arina dipimpin ke bangku kecil di sudut dapur.
“Cik…Saya nak order chopstick…makan kat sini…”Pesan seorang lagi customer.
“Baik lah…”
“Mana, seorang lagi pekerja?…Err..Arina!”Tanya jejaka bercermin mata hitam.
“Awak…yang tertinggal novel tu kan?Arina kat belakang..tangan melecur terkena kuah mee bandung…tengah sakit tu..saya nak bawa pergi klinik..belum sempat”Balas Lola laju.
“Owh yer ker..mana dia?”Adam terus menyoal kembali.
“Ada kat belakang…”Sambil tangan ditunjukkan pada arah belakang.
“Boleh saya masuk?”Adam seolah-olah ingin membantu sambil melihat keadaan Arina.
“Silakan” Respon Lola lagi.
“Arina, ni encik yang tertinggal novel tu…Dia tanya awak..”
Arina mendongak ke atas.
“Eh..Encik Adam….apa buat kat sini?”
“Saya nak order mee udang…Umi saya suruh belikan…Awak okey ker?”Soalan Adam tidak dijawab. Arina hanya memegang tangannya. Hampir empat jarinya masak terkena kuah mee bandung yang menggelegak panas tu.
“Saya okey jer…Cuma terkena kuah panas sikit…”
“Eh..awak kena pergi klinik ni….melecur dah ni tangan awak…meh saya hantarkan awak…ke klinik”
“Errrr….tak apa-tak apa….lepas kerja saya boleh pergi sendiri…” Arina mengelak. Tapi, Arina pun dalam keadaan memerlukan rawatan. Bukan semuhrim boleh ker membantu? Dakyah manalah yang katakan lelaki dan wanita tidak boleh membantu. Islam ini fleksibel semua keadaan, tidak salah dalam keadaan bantu membantu.
Begitulah Adam, lebih-lebih lagi..dirinya bakal bergelar doktor. Mudah mengerti akan kesakitan orang. Bukan sekadar, tapi memang dah dapat sijil kelayakan dalam bidang perubatan pun. Eheee!
“Eh, tak apa…saya tak apa-apa…saya okey lah…”
“Mana okey nya tangan awak tu…dah macam udang kena bakar dah tu…boleh buat mee udang dah…dah..dah…jom kita ke klinik…”
“Huh!Banyak la…tangan aku nak buat mee udang…Sempat lagi mamat ni nak buat lawak tangan aku ni boleh buat mee udang…aduiii Ya Allah…sakitnya tangan….”Sekadar berkata-kata dalam hati.
*****
Arina bangun longlai dari kerusi klinik. Wajahnya masih menahan-nahan kesakitan. Merah menyala tangannya tadi. Kini telah berbalut. Adam membuka pintu kereta. Plastik ubat dijinjingnya.
“Terima kasih bantu saya…”
“Awak dah bantu saya, tak salah saya bantu awak…lagipun kita kan dah sama-sama kenal” Jawab Adam. Arina terus senyap.
“Saya hantar awak balik…”
“Eh..tak apa…awak dah susah-susah hantar saya ke klinik…” Mata Arina menatap tangannya yang berbalut. Apabila berdua, hati Arina dibaluti rasa malu. Termasuklah Adam.
Adam sekadar ingin membantu. Jawapan Arina tidak diendahkan. Tidak pernah dia membawa perempuan dalam kereta berada di sebelahnya melainkan umi nya sahaja. Mee udang yang dipesan oleh uminya entah kemana. Nantilah semasa balik di food court tu.
“Jalan arah mana nak ke rumah awak ni?”
“Errr…Di Damansara..belok kiri dan terus jer…masuk di kawasan Orchird Villa, nombor 30…” Jawab Arina lesu. Tiada mood untuk bercakap panjang walaupun dia tahu, jejaka di sebelahnya agak tampan.Errr…tampan?Agak tampan ker?Huhuuuu..!Subhanallah..jauhkanlah aku dari masalah hati.
*****
“Eh,tak masuk dulu ker?”
“Tak apa…nanti umi saya tertunggu- tunggu nak makan mee udang…lain kali saya singgah kat rumah awak… ”
“Terima kasih hantar saya ke klinik dan hantar saya balik”
“Sama-sama…Assalamualaikum” Salam diberi dan Arina ditinggalkan di hadapan banglo nya. Honda City silver berlalu pergi.
“Ma…maa…Mama…!”Arina memanggil mamanya.
“Yer..mama kat belakang ni….” Balas mamanya yang sedang berkebun di taman bunga belakang rumahnya.
“Arina dah balik!” Sambil dirinya berlalu mendapatkan ibunya.
“Eh, kenapa tangan berbalut ni?Balik dengan apa?Mana skuter awak tu?”
“Tangan kena kuah mee bandung…melecur…Kawan hantar balik tadi, kereta tinggal kat tempat kerja…”
“Lain kali, hati-hati Arina…doktor cakap apa?”
“Melecur sikit jer ma…Arina okey-okey jer ma..jangan risau lah maaa…Arina nak masuk dulu…nak tidur….berdenyut jugak tangan ni, mama…”
“Yerlah…masuk lah berehat..betul Arina okey ni?Mama temankan…”
“Yer, mama…I’m okay, madam!”Sengih Arina dibuat-buat untuk tidak mahu merunsingkan mamanya.
*****
“Lama betul anak umi pergi beli mee udang…pergi beli mee udang ker…pergi tengok yang buat mee udang kat food court tu?”Senyum-senyum Umi Adam.
“Tak lah,Umi…Lambat sikit tadi..Si Arina tu kebetulan tangan melecur…saya hantar pergi klinik kejap…dan hantar dia balik…barulah saya pergi amik mee udang yang dipesan tu Umi…”
“Lahhhh..tangan anak Puan Toh melecur ker?Baguslah kamu bantu dia..Lagipun, Arina tu anak kawan Walid kamu…mereka tu rapat…kawan susah senang.” Uminya mula bercerita. Adam hanya menadah telinga untuk mendengarnya.
*****
Petang ini hujan lagi. Asyik hujan jer sejak dua menjak ni. Tangannya terus mencapai remote control televisyen. Cerita tidak ada yang menarik. Bosan jugak!Adam menekan-nekan telefonnya. Ada pesanan di inbox. Kenapa tak perasan pulak ada mesej ni.Oh, telefon di silent kan.
“Salam buat apa terima kasih hantar saya ke klinik nanti datang food court saya belanja awak terima kasih banyak-banyak – Arina”

Mesej yang tiada noktah, tanda soal, tidak berbaris koma, dan nada senafas jer apabila membaca mesej Arina. Pakar bahasa tengok pasti kena komen!Hahaha. Kalau yang sensitif pada bahasa pasti semput rasanya!Mesej berbalas.

” Wassalam. Saya tak buat apa-apa pun. Boleh, kalau awak nak belanja saya, tapi bukan di food court, tapi di Restoran Village Park…hehee…”
” No problem awk nk makan apa saya belanja jer tapi nanti saya free and bila tangan saya ok yer”
“Tak nak, saya nak pergi esok malam. Tapi…kalau malam ni pun okey jugak…saya lapar ni…”
Sengaja ditulis sebegitu. Ingin melihat respon Arina.
” Boleh awk pergi sensorang awk bayar n awk makan sensorang k. Kan tangan saya tengah sakit macam mana nak drive”
“Alamak, serius pulak perempuan ni” Desis hati Adam
Adam mendail nombor Arina.
“Assalamualaikum. Maaf saya call awak, saya gurau jer tadi”
“Wa’alaikumussalam…Encik Adam….saya tahu awak main-main jer..hehee”
“Tangan sakit lagi ker?”
“Dah okay dah…eh, cik adik awak tak marah ke ni..telefon perempuan lain ni…?”
“Tak marah…dia sporting..hehe…”
“Kalau dia tahu nanti…kesian dia….tak baik tau…”
“Kalau dia tak tahu…dia pasti tak marah…so..jangan kasi dia tahu…heheheeee…”
“Ermm…erm….tak apa lah Encik Adam…nanti sembang lagi…”
“Panggil je Adam…don’t encik-encik…dengan saya….tapi lepas ni saya boleh selalu telefon awak lah kan?”
“What ever lah Adam….bawa cik adik awak sekali yer masa jumpa, nanti saya nak belanja!Nanti saya bagitau bila ya”
“Eh…ermm…erm..Okay…boleh…!”
“Okay lah..babai…assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”

Panggilan dimatikan. Tersenyum Adam keseorangan. Dah lama tidak menyakat orang. Berhubung senyap-senyap pulak tu tanpa pengetahuan keluarga. Konon ada kekasih. Sepanjang hidup dah 28 tahun dah, kekasih pun belum pernah singgah di hati Adam. Berangan dan merapu boleh lah!Konon kumbang terpilih untuk bunga terpilih!Huwek!!!!Jagalah hati wahai Adam.

Bab 8

Tiga bulan berlalu. Arina tanpa khabar berita. Rupanya sudah tidak bekerja di food court lagi. Arina dalam perancangan membuka restoran sendiri. Sibuk menguruskan perniagaan yang akan mula beroperasi. Arina Garden Food nama pilihan untuk restorannya. Adam pula telah mendapat pekerjaan dan diterima sebagai tenaga pengajar di Kolej Perubatan di Perak. Doktor dan dalam masa yang sama jadi cikgu!Eh..macam mana tu? Fikirlah sendiri…hehe.
“Assalamualaikum. Lama menyepi. Tangan dah okey ker? Kata nak belanja…hehe”
“Salam maaf lama senyap tangan dah okey saya sibuk sket uruskan bisnes nanti singgah di Arina Garden Food esok kebetulan ada majlis kesyukuran sempena pembukaan restoran saya ni sila datang ya tu kira belanja lah..hehee”
“Kat mana restoran tu?Pukul berapa?”
“Awak ingat lagi tak jalan ke rumah saya restoran hanya 500 meter sahaja dari rumah saya and saya tunggu awak dekat rumah nanti ya kita pergi sama-sama nanti pukul 5.00 petang jemput umi dan walid awk sekali”
“Baiklah.”
Nasib baik esok hari minggu. Adam kini berada di Perak. Hanya hari minggu sahaja pulang ke rumah umi dan walidnya di Selangor.
*****
“Umi, walid…esok Arina, anak Uncle Syed Hasrul jemput ke restoran dia..sempena pembukaan”
“Eh…betul ker?Datuk Syed Redzuan dengan Datin tak bagitahu apa-apa pun dekat Umi dengan walid”
“Arina tolong sampaikan…nanti kita pergi sama-sama”
“Arina jumpa Adam ker?”Soal Uminya.
“Tak lah…call….”Jawab Adam bersahaja dan sudah mengagak akan ditanya lagi oleh umi dan walidnya.
“Ehh…anak walid ni..bila masa pulak bercalling-calling dengan Arina ni…”Senyum terjuih pada isterinya.
“Adalah tu, bang…” Cuit Datin Norsiah pada bahu suaminya.
Adam hanya diam tanpa seribu kata. Diamnya penuh makna.
“Tak apa lah…elok la macam tu..lagi pun Adam dah nak masuk 29 dah tahun depan tu…”Datuk Syed Redzuan terus menyelak-nyelak akhbar di tangannya sambil tersenyum-senyum.
“Adam rasa macam baru nak masuk 25 tahun jer walid…hehehee…”Seloroh Adam.
Timbul lesung pipit Adam yang tersenyum-senyum memandang umi dan walidnya. Agak manis bila anak campuran keturunan syeikh dan keturunan cina itu tersenyum.
*****
Pada malamnya, Adam merayau-rayau di butik Vincci. Entah apa yang nak dibeli pun tidak tahu. Banyak kasut perempuan jer. Nak beli kasut untuk teman wanita pun, teman wanita tak ada. Berjalan-jalan keseorangan ke pusat pakaian. Masuk ke kedai Polo. Dua helai kemeja sempat dirembat. Singgah lagi ke Vincci. Singgah masuk lagi melihat kasut perempuan. Apa nak jadi lah!Sure pekerja Vincci tu pelik dengan aku!
“Sir, can I help you…” Ujar gadis Cina berskirt pendek. Pekerja Vincci.
“Owh, it’s okay….i will tell you later…”Isyarat untuk ditinggalkan bersendirian untuk melihat kasut-kasut di kedai itu. Adam ditinggalkan.
Adam teringat esok dia akan ke majlis kesyukuran Arina. Apa kata beli kasut untuk Arina. Eh, sesuai ke tidak beli kasut ni?Aku tak pandai beli hadiah kat perempuan ni.
“Beli jer lah….sebagai hadiah tanda ucapan tahniah…takkan nak beli sudip, senduk pulak kat Arina tu…” Tersenyum Adam keseorangan sambil memilih kasut yang cantik.
“Miss…I want this one…” Adam menunjukkan pilihan kasutnya pada pekerja Vincci.
“Okay…you want this size right…size….6?”
Adam tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Tidak tahu pulak Arina pakai saiz apa kasut tu. Agak macam saiz 6 kot. Beli sahajalah. Kalau tak dapat pakai, boleh buat koleksi, tak pun boleh datang tukar saiz, paling penting dia dimaklumkan oleh pekerja Vincci, kasut boleh ditukar jika ada resit harga. Kasut ladies berwarna pink lembut berbaldu. Pandai Adam pilih!Adam belasah jer beli kasut tu…kebanyakan perempuan minat warna pink!Seingat-ingat Adam, Arina pun pakai warna pink jugak masa pergi makan malam di Village Park ramai-ramai tu.
*****
“Terima kasih kerana anda sudi datang ke majlis kesyukuran sempena pembukaan restoran saya. Syukur pada Allah S.W.T dan saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera…” Ucapan akhir Arina pada tetamu-tetamu.
Arini, papa dan mamanya sibuk melayan tetamu, yang mungkin akan menjadi pelanggan Arina Garden Food kelak. Pelbagai juadah disediakan. Menu utama Arina Garden Food adalah bercirikan 3 jenis masakan iaitu menu ala western, menu seafood, menu masakan kampung dan makanan jepun turut disediakan. Paling penting mee udang, Dim Sum, Okonomiyaki iaitu sejenis makanan jepun ala-ala seafood juga menu utama Arina Garden Seafood dipersembahkan pada malam itu untuk pelanggan-pelanggannya. Cara Arina untuk menarik pelanggan-pelanggan ke restorannya. Paling menarik hati Datin Norsiah adalah mee udang. Tak habis-habis dengan mee udang lah Datin Norsiah ni!
“Dekorasi restoran dalam taman amat menarik. Siap ada air terjun lagi. Pandai betullah Arina ni.”Ujar Datin Norsiah pada Datuk Syed Redzuan.
“Eh, Alif…kau pun ada kat sini….?”Sapa Adam pada sahabatnya.
“Eh..Adam…kau pun ada….!”
Mereka saling berpandangan dan berpelukan. Ayuni Raudhah saling berpandangan dengan Arina. Lengan Adam dipegang oleh Alif.
” Ayuni, ingat lagi tak kawan abang ni masa majlis konvokesyen dulu…yang pernah abang ceritakan…tu…?”
“Owh…Adam kan…apa khabar?”
“Baik….teringatlah kenangan awak pakai vest terbalik…”Seloroh Adam kembali dan mereka ketawa.
“Macam mana kau boleh kat sini?Kau kenal Arina ker?”
“Arina ni kawan baik isteri aku….sejak zaman belajar di universiti lagi…”
“Ya Allah..yer ker?Aku pun baru jer kenal Arina ni…Anak kawan baik umi dan walid aku…kalau macam tu…Arina, Ayuni, kau dan aku satu universiti lah?” Mereka saling ketawa.
Rupa-rupanya mereka satu universiti. Namun, Arina dan Adam tidak pernah jumpa. Betul ker tidak pernah jumpa?Mungkin pernah jumpa tapi…tidak perasan…universiti tu besar…fakulti pun banyak…pelajar lagi lah banyak…tak terjumpa…kot….


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.