Novel : Wasilah Redha Arina 9, 10

18 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Bab 9

Setahun berlalu. Arini bakal berkahwin dengan kekasih pilihan hatinya. Tinggal tiga bulan lagi. Sudah pasti kembarnya, Arina berasa sedih. Arini bakal meninggalkan rumah mengikut suaminya kelak. Sekejap sahaja masa berlalu. Arina masih sendirian. Arini juga telah berubah. Sudah memakai tudung di kepalannya. Rayyan pilihan hatinya. Sudah tidak ada perangai mengada-ngadanya, sudah tidak ada garang pada dirinya dan perangai tergedik-gediknya juga sudah ditinggalkan. Hidayah Allah S.W.T itu pada bila-bila masa sahaja pada hambaNya yang mencari. Alhamdulillah.
“Ibu’, bapak Rayyan telefon…mahu ngomong sama Ibu’…” Ujar bibik yang baru berkhidmat di rumah Tuan Syed Hasrul sambil menghulurkan gagang telefon pada Puan Toh Halimah. Orang gaji yang dulu sudah pulang ke kampung kerana anaknya bersalin.
“Rayyan nak bercakap dengan saya?”
“Iya, Bu’…” Kedengaran sekali lagi pelat Indonesia pembantu rumah Puan Toh Halimah.
“Hello…Rayyan..Hello..”
Telefon dimatikan.
“Kenapa pulak ni..Rayyan letak telefon..”
Puan Toh Halimah menelefon Rayyan.Namun, handphone dimatikan.
*****
“Mama…Rayyan tipu Arini…Dia dah ada isteri…!”Arini rebah dipangkuan mamanya.
“Apa yang Arini cakap ni???”Kedua-dua tangan Puan Toh Halimah memegang bahu anaknya.
“Rayyan tipu Arini, mama…Rayyan tipu Arini….”Tersedu-sedu Arini menangis.Terjelepuk dalam dakapan mamanya.
“Apa yang Rayyan dah buat ni..mama tak sangka Rayyan sanggup tipu kita semua!”Geram Puan Toh Halimah.
“Mama…lagi tiga bulan Arini nak kahwin dengan Rayyan…mama…Arini benci Rayyan, mama!!!!!!” Jerit Arini bagai kena sampuk iblis.
“MasyaAllah, apa sebenarnya yang berlaku?Bawak mengucap Arini…jangan macam ni,..Arini kena bincang dengan Rayyan…Arini tak boleh macam ni..!”Balas Mamanya.
“Arini nampak sendiri Rayyan dukung anak dia di pasaraya…dengan isteri dia..dia berpegangan tangan!”
“Subhanallah…Rayyan ni..kenapa tak cakap dia dah beristeri…sebelum ni!”
*****
Telefon Arini berbunyi. Tertera nama Rayyan. Arini tidak menjawab panggilan Rayyan sebaliknya mamanya yang menjawab.
“Hello…Rayyan…mama cakap ni…apa yang dah berlaku ni Rayyan…?”
“Mama…semua tu salah sangka tu mama…” Rayyan terdengar esakan Ariani di telefon.
“Arini dah terangkan pada mama…sekarang ni mama nak dengar jawapan kamu pulak” Balas Puan Toh Halimah tegas.
“Mama…tu kakak Rayyan mama…yang Arini nampak tadi kakak Rayyan..baru balik dari New Zealand. Husband dia meninggal mama…dah 10 tahun dia tinggal kat New Zealand, baru seminggu dia balik…husband dia orang sana mama…abang Muhammad Abdullah Welter, abang ipar Rayyan mama…Rayyan tak sempat nak kenalkan pada Arini…Lagipun kakak Rayyan baru datang rumah Rayyan..minggu lepas dia duduk di rumah mak kat Serdang. Tak sempat Rayyan nak cakap mama..Arini dah lari masuk kereta.”Terang Rayyan kepada bakal mak mertuanya panjang lebar.
“Benar ke Rayyan?”
“Benar, mama…tadi saya call mama…nak juga cakap dengan Arini…tapi terputus” Balas Rayyan lagi.
“Lega mama dengar penjelasan Rayyan…Hurmm…Arini..Arini..cepat sangat salah sangka…orang perempuan..,Rayyan…Rayyan cakaplah dengan Arini” Sambil menghulurkan handphone pada Arini.
“Nah, cakap dengan Rayyan..dengar penjelasan dia…salah sangka semua tu Arini!”Marah mama Arini padanya.
“Awak cuba berdalih dengan mama..Rayyan!”
“Dengar dulu, sayang…awak silap faham ni..tu kakak saya…saya tak sempat nak jelaskan pada awak…nanti saya kenalkan pada awak nanti..yang saya dukung tadi tu,..anak sedara saya, Aqif…”
“Betul ke Rayyan?”Arini berhenti menangis.
“Yer, sayang…lagi tiga bulan kita akan kahwin…sebab awak takut kehilangan saya, sebab tu awak tak boleh tengok saya keluar dengan perempuan jer..mulalah salah sangka…awak tu tunang saya…dan bakal isteri saya…”
“Manalah tahu awak tipu saya…orang lelaki ni bukan boleh percaya…”
“Tapi,…tak semua lelaki tak boleh percaya…macam saya ni…patut awak percaya…hehe”
“Betul awak tak ada perempuan lain ni?”
“Benar sekali…Cik Arini….”
“I’m sorry, dear..nanti bawa saya jumpa bakal kakak ipar yer…”Mulalah aksi mengada-ngada Arini dengan Rayyan.
Mamanya hanya menggelengkan kepala. Nasib baik Tuan Syed Hasrul tidak tahu. Kalau tidak, memang kena ceramah percuma si Arini nanti. Ingatkan dah habis perangai lamanya…tapi masih ada. Tidak mengapalah.
*****
“Assalamualaikum…mama”
“Waalaikumussalam…awal Arina balik”
“Balik rehat kejap, mama…penat sangat..ramai customer kat restoran tu…ingat nak balik tadi tapi tak sempat…customer dah berkurang…Arina dapat balik lah..restoran tu Arina mintak tolong Fuad jagakan sekejap…”
“Ouhh…pembantu pengurus tu…?”
“Yer, mama..Eh..Arini kenapa sembab jer mata tu?Menangis ker?”
“Hurm…Biasalah…Arina…adik kamu tu….”
Mama dan Arina saling berpandangan dan senyum tawar. Arina terdengar panggilan sayang-sayang antara Arini dengan bakal suaminya itu. Panas cuping telinga namun apa daya, Arina ada prinsip tersendiri selagi belum sah suami isteri tidak perlulah untuk berlebih-lebihan. Malas untuk Arina bersoal banyak. Cukup lah sampai di situ. Biarlah dia…Kaki mula menapak menaiki tangga untuk membersihkan diri dan berehat sebelum kembali ke restoran. Malam ini perlu disiapkan tempahan untuk jamuan vip dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengadakan jamuan di restorannya. 20 table yang menjadi tempahan. Syukur, alhamdulillah, perniagaan Arina semakin maju. Kualiti rasa dan kesegaran masakan, cara penyediaan makanan, dan layanan pada pelanggan menjadi keutamaan dalam menjalankan bisnes makanan ini. Carilah berkat melalui perniagaan makanan dan pakaian kerana itulah yang membaluti daging dan luaran manusia. Teringat amanat dan kata-kata cikgu koperasinya ketika alam sekolah dahulu.
*****
Jamuan untuk vip berjalan dengan lancar. Penyambut tetamu yang dilatih oleh Arina sendiri amat menyenangkan semua tetamu yang hadir. Arina duduk di sudut kaunter pembayaran melihat tetamu yang juga customer nya hadir dan menikmati makanan. Dipantau juga pekerjanya menjalankan tugas masing-masing. Hampir 20 orang pekerjanya di kedai itu. Lima orang chef, dua pembantu chef, seorang yang membantu menguruskan kewangan malah sebagai pembantu pengurus, empat orang lagi yang membantu bahagian pembersihan, lima orang yang membantu untuk mendapatkan order, dan serve makanan, dan seorang yang menjaga bahagian kualiti makanan dan kebersihan, dan dua orang lagi pekerjanya yang diambil untuk incharge bahagian catering dan penyeliaan. Bekerja dengan ikhlas, jujur, dan customer is always right menjadi keutamaan Arina. Contoh yang ditunjukkan oleh Arina selaku pengurus utama restoran amat disenangi. Arina ada misi tersendiri untuk memajukan ekonomi orang Islam. Para pekerjanya kebanyakan berpakaian menutup aurat, bersih dan berpakaian kemas.
” Tuan, siapa pengurus restoran ni…?”
“Tak pasti lah saya…En.Razman yang buat tempahan di sini. Makanan pun sedap, berkualiti…”Ujar customer yang sedang menikmati hidangan.
Pekerja Arina yang sedang melayan tetamu, hanya tersenyum mendengar bualan customer nya. Mata customer dipandang pada pekerja Arina dan memberi isyarat padanya untuk mendekatinya.
“Iya, tuan…”
“Mana satu pengurusnya?”
“Pengurusnya yang pakai kot coklat di tepi kaunter pembayaran tu, tuan”
“Owh…muda lagi orangnya…dah mula menjalankan perniagaan…maju jugak restoran ni”
Pekerjanya hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.
Impian Arina apabila telah kukuh perniagaannya, dia berimpian untuk membuka sebuah butik pakaian kelak. Namun, harus diusahakan satu persatu dahulu. Fokus harus ada. Ilmu yang dipelajari semasa degree harus dimanfaatkan sebaik-baiknya.
” Siti, alert kan juga ya pada permintaan pelanggan…dan air basuh tangan tu sebaik-baiknya letak hirisan lemon, bukan sekadar air putih macam tu jer…” Terang Arina apabila melihat pekerjanya membawa air basuh tangan yang kosong sahaja tanpa diletakkan hirisan lemon.
“Maaf kan saya kak…” Ujar Siti Afida yang baru sahaja diambil bekerja.
Islam amat menitikberatkan rezeki halal, dan berdosa lebih-lebih lagi peniaga yang memandang enteng terhadap halal dan haram makanan. Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : ” Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejaklangkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata’.

Bab 10

Tiga bulan berlalu. Pelbagai suka dan duka dan pengalaman terindah dilalui. Sekejap sahaja masa berlalu pergi. Nur Syarifa Arini selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Rayyan Muslim. Menantu pertama keluarga Puan Toh Halimah dan Tuan Syed Hasrul. Sejuk hati mereka berdua apabila melihat kedua mempelai duduk di pelamin yang indah. Arina turut menjadi orang penting dalam menguruskan perkahwinan adiknya. Majlis yang cukup meriah namun masih dalam keadaan bersederhana. Rayyan lebih selesa begitu. Arina bertemu sahabat lama, Muhammad Idham Sharif semasa majlis perkahwinan Arini. Idham adalah sahabat Rayyan ketika berada belajar di Jordan rupanya dan menjadi jurugambar perkahwinan Arini dan Rayyan ketika majlis berlangsung.
“Nanti ana siapkan gambar enta. Mungkin dalam masa dua minggu ana bagi pada enta”
“Terima kasih banyak membantu ana sepanjang majlis walimah ana…”
Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua dengan panggilan ana dan enta. Ralit sungguh Idham menjalankan tugasnya. Dalam masa yang sama terpandang wajah Arina dan dia cuba mengambil gambar curi Arina yang keseorangan dari sudut jauh. Dibelek-belek gambar wanita yang bertudung ayu itu. Wajah seiras Arini. Kembar agaknya. Selepas beberapa hari majlis berlalu, Idham cuba bertanya pada Rayyan.
“Ana tertanya-tanya, siapa wanita ni…” Telunjuk Idham tertera pada gambar yang telah disiapkan untuk diberi pada Rayyan.
“Ni kakak ipar ana…Kak Arina..kembar zaujah ana…”
“Owh..macam tu…”Hanya senyuman manis pada Rayyan.
“Kenapa?”
“Ana rasa macam dia bakal isteri ana jer nanti…”Jawapan mengejutkan.
“Biar betul enta ni…dah jatuh hati pada Kak Arina ker?Hurmm…lagipun…dia belum berpunya lagi tu..”Senyum Rayyan.
“Benar ker?Terdetik kat hati ana sebenarnya pada… masa majlis enta tu..”
“Enta belum kenal lagi…tapi enta cubalah kenal…untuk merisik kak Arina…jumpalah mertua ana”
“Nanti..ana fikirkan…dan bagitahu enta yer…”
“Ana boleh tolong enta, kenalkan dengan mertua ana…”
*****
“Jemput minum…” Pelawa Arini.
“Terima kasih…” Balas Idham.
Arini sudah berlainan daripada dahulu. Sikapnya lebih tenang, tidak agresif, sudah mula pandai berlemah-lembut dalam berkomunikasi amat menyenangkan hati suaminya, Rayyan. Benar, lelaki yang baik bukanlah pada ukuran mendapatkan jodoh yang asalnya baik, tetapi kesanggupan seorang lelaki mendidik isterinya berubah menjadi lebih baik secara berperingkat-peringkat adalah lebih bermakna. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia hanya mencari yang terbaik, tetapi tidak membantu pasangan untuk menjadi yang terbaik. Syukur Arini mendapat suami yang baik. Mama dan papanya tiada di rumah. Mamanya mengikut papanya out station. Sengaja Tuan Syed Hasrul membawa isterinya bersama-sama. Bunyi derapan kasut Arina mematikan perbualan mereka bertiga.
“Assalamualaikum…” Kaki wanita yang berstokin coklat itu mula melangkah masuk.
“Waalaikumussalam…” Jawab mereka serentak.
“Eh..ada tetamu…tak perasan pulak kasut kat depan…”Ujar Arina bersahaja.
Jubah moden ala korprat Arina menyerlahkan keanggunan dirinya sebagai usahawan makanan yang mula mengorak langkah. Kulit sederhana cerah ala-ala sawo matang itu hanya dialaskan compact powder senipis mungkin.
“Awak..ni kawan Rayyan…” Tutur Arini lembut…
“Apa khabar….dari mana…?”
“Khabar baik…saya datang hantar album perkahwinan Arini dengan Rayyan hari tu…”
“Wahhh…dah siap..nak tengok!”Arina melabuhkan punggungnya di sofa putih yang baru berusia dua tahun.
“Awak..cantik tak?Pandaikan Idham ambil gambar?”
“Cantik!Saya suka…”
Keceriaan Arina dan Arini jelas terpancar. Arina kadangkala suka juga bergambar. Kadang-kadang ketika bercuti suka jugak “menembak” bersama DSLR nya.
“Bolehlah ajar saya ambil gambar…terer la awak….errr..nama awak?”Arina memang seorang yang open minded dan ala Islamik. Bercakap hanya bersahaja.
“Idham…” Jawab Idham sopan.
” Saya Arina..memang awak ni photographer la yer?”
“Photography ni sekadar hobi saya…dah minat katakan…”
“Idham kerja di Jabatan Kemajuan Islam tu…(JAKIM)” Rayyan mencelah.
“Owh..kerja di sana…, nanti untuk majlis saya boleh la tempah dengan Idham..hehe”Ujar Arina sambil membelek-belek album gambar.
“Owhh..boleh…” Terdetik di hati Idham. Ada perasaan tetapi dipendam baru kali kedua bertemu. Cinta pandang pertama kah? 28 tahun dia menjaga hatinya untuk tidak berada pada hati wanita lain kecuali isteri. Namun, apabila terpandang Arina, jiwanya mula rasa kelainan!Tidak terlalu cepatkah?Cepat atau lambat adalah urusan Allah S.W.T.
“Eh…gambar saya..pegang cupcakes!Fokus gambar saya seorang jer…Terima kasih!”Gembira sungguh Arina sambil memandang Idham.
Hanya sekadar senyuman berbalas. Idham tidak banyak berbual cuma hanya sepatah dua kata sahaja. Mungkin Idham sudah mula terfikir soal jodoh?Huh!
“Saya nak ke atas dulu, nak solat dan nak ke restoran pulak ni…Dah dekat pukul 2.30 petang dah..Owh..ya… Idham nanti jemputlah ke sana. Ni kad saya. Saya minta diri dulu ya…”
Sempat lagi Arina menghulurkan kad perniagaannya. Arina memang ramah, suka membina networking, lebih-lebih lagi sebagai seorang usahawan makanan, amat penting untuk mengenali ramai orang. Manusia sekeliling yang ditemui adalah bakal pelanggan perniagaannya kelak. Itulah prinsip Arina dalam perniagaan. Mencuri peluang, tidak mudah mengalah dan sentiasa berserah pada Illahi memungkinkan dirinya di sini pada hari ini. Sirah perjuangan Khadijah R.A dan Saiditina Aisyah R.A menjadi teladan kekuatan pada diri Arina.
Handphone berbunyi tanda mesej masuk di inbox Arina. Arina baru sahaja membuka telekung solat.

“Assalamulaikum…apa khabar?Lama tak dengar berita Cik Arina”
Owh…Adam rupanya.
“Waalaikumussalam…khabar baik…saya sibuk sedikit…”
Singkat mesej yang dibalas. Adam tidak membalas. Seolah-olah mengerti kesibukan Arina.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Wasilah Redha Arina 9, 10”
  1. dijah says:

    as salam…

    ok..best citer nie

  2. Ilham Murabbi says:

    wsalam wbt..terima kasih dijah..teruskan mmbaca..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.