Panduan Menghantar Manuskrip

17 June 2013  
Kategori: Info Terkini, Tip Penulisan

Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan novel? Mempunyai manuskrip yang sudah siap? Anda tidak tahu hendak dihantar ke mana? kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Karyaseni sentiasa menanti untuk penilaian penerbitan.

1. Penulis hendaklah menghantar Manuskrip penuh untuk penilaian pihak Karyaseni Enterprise. Emailkan kepada Manuskrip@karyaseni.my

2. Sila attach file yang ingin anda hantarkan kepada Karyseni melalui email. Jangan sesekali copy paste dalam email, hal ini kerana akan menyukarkan proses penilain dijalankan.

3. Format manuskrip : Jenis Huruf : Times New Roman, Bersaiz 12 dan 1.5 Spacing.

4. Manuskrip penuh hendaklah berjumlah 400 hingga 800 muka surat bersaiz A4.

5. Sertakan nama penuh, nama pena, email dan nombor telefon untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

6. Manuskrip yang berunsur isu sensitif seperti seks, perkauman, politik dan mempersendakan agama akan ditolak serta merta.

7. Jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai agama, bermesej, menarik dan bermoral.

8. Manuskrip hendaklah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.

9. Sekiranya manuskrip anda lulus penilaian pihak Karyaseni, pihak karyaseni akan menghubungi anda melalui telefon dan Email untuk tindakan selanjutnya.

10. Proses penilaian mengambil masa selama 3-4 bulan. Sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 4 bulan. Anda bolehlah terus menghubungi pihak Karyaseni melalui talian 03-9074 4144 atau melalui email admin@karyaseni.my

Sebarang kemusykilan boleh diajukan di sini. Terima kasih kerana memilih Karyaseni sebagai salah satu platform perkongsian ilmu anda.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

52 ulasan untuk “Panduan Menghantar Manuskrip”
  1. Norsyazwani says:

    Assalamualaikum. Saya berminat dalam bidang penulisan. Di sini saya ingin bertanya, berkaitan dengan format penulisan, adakah bahagian yg perlu di italickan (ayat english dan ayat tidak formal) perlu dilakukan oleh penulis sndiri atau bahagian editor dari pihak tuan? Terima kasih.

  2. Norsyazwani says:

    Assalamualaikum. berkaitan dengan format penulisan, adakah bahagian yg perlu di italickan (ayat english dan ayat tidak formal) perlu dilakukan oleh penulis sndiri atau bahagian editor dari pihak tuan? Terima kasih

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.