Info Ringkas


Penulisan2u adalah sebuah laman penulisan cerpen dan novel. Laman Penulisan2u ditubuhkan pada 2006 bagi memberi peluang dan ruang kepada penulis-penulis untuk berkarya. Dengan adanya laman penulisan2u akan memberi tempat untuk kita sama-sama berkarya dan juga tempat untuk berkongsi minat yang sama.

Penulisan2u menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit antaranya Kaki novel dan Fajar Pakeer. Pada tahun 2011, Penulisan2u bergerak selangkah lagi ke hadapan apabila menubuhkan syarikat penerbitan sendiri melalui Syarikat Penerbitan KARYASENI. Di mana karya-karya  yang menarik di Penulisan2u akan kami ketengahkan kepada penerbit untuk diterbitkan. Ini memberi peluang yang lebih cerah kepada penulis baru untuk bersama-sama memeriahkan dunia penulisan tanahair. Ini terbukti sudah ramai penulis yang berbakat di penulisan2u telah mengeluarkan novel di pasaran hasil kerjasama penulisan2u bersama penerbit. Antaranya :

Biarlah YM Berbicara – Hanni Ramsul ( Kaki Novel ) 2009

Baju Pengantin Mak Andam – Ariela Sahimi ( Kaki Novel ) 2009

Siapakah Di Hatiku – Adilla Tasha ( Kaki Novel ) 2009

Hot Gimmick – Shasfa Alyahya ( Kaki Novel ) 2009

Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul ( Kaki Novel ) 2010

Sepupuku Suamiku – Lynn Allyna ( Kaki Novel ) 2010

Hadirmu Takdirku – Alina Haizar ( Kaki Novel ) 2010

Cermin – Hasrudi Jawawi ( Fajar Pakeer ) 2010

Tak Mungkin Kuhindar – Ana Sofiya ( Fajar Pakeer ) 2010

Bini Aku Tomboy Ke? – Arisa Eriza ( Kaki Novel ) 2010

Jodoh Atau Cinta – Iman Nizrina ( Kaki Novel ) 2010

Ad + Iz – Eury Athena ( Kaki Novel ) 2010

Prince Charming – Ratu Bulan ( Fajar Pakeer ) 2010

Coke And Sundae – Ilya Abdullah ( Kaki Novel ) 2010

Antara Benci Dan Rindu – Ida Farisya ( Kaki Novel ) 2010

Pada tahun ini, akan lebih ramai lagi penulis akan keluar novel di pasaran. Penulisan2u akan terus membantu penulis-penulis berbakat di penulisan2u dalam merealisasikan impian mereka. Yang lebih menarik, walaupun novel pertama penulis di pasaran, penulis penulisan2u berjaya mencuri tumpuan dan mencatat jualan ‘Bestseller’.

Terima kasih dengan sokongan pembaca yang menyokong penulis-penulis Penulisan2u.

Berkarya di Penulisan2u bukan sekadar untuk berkarya, tetapi untuk mencapai dan merealisasikan sebuah impian.