Percaturan Hati

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

Ellisa terpaksa menerima hukumannya; menjadi orang gaji tak berbayar kepada nendanya sendiri apabila dia tanpa sengaja telah menghilangkan syiling emas orang tua itu. Sehingga nilai emas itu tertebus, dia akan terus terpenjara di rumah Wan Jamsiah melainkan dia berjaya mencari dan memulangkan kembali barang bernilai itu. Itu mustahil! Emas unik itu dihilangkan sewaktu dia melancong ke Rome, Itali. Syiling itu telah tenggelam ke dasar kolam Fontana de Trevi bersama beribu-ribu keping syiling lain dari seluruh dunia. Memang sudah tak ada harapan! Namun, keajaiban terjadi apabila seorang jejaka tampan tak dikenali yang tiba-tiba datang mencarinya di rumah Wan Jamsiah! Lelaki mualaf bernama Zayn itu hadir bersama satu-satunya barang yang boleh membantu Ellisa, syiling emas unik Wan Jamsiah! Namun, ganjaran yang dia minta bukan sembarangan.

“I wish to marry Ellisa.” – ZAYN

“Say what?! Gila ke?” – ELLISA

Susulan dari kemunculan Zayn, Ellisa dituduh sebagai seorang pemberontak oleh neneknya. Tanggapan Wan Jamsiah, Ellisa seorang yang bermasalah. Sudahlah Ellisa itu pernah memfitnah cucu kesayangan dan kebanggaannya, Posh. Kali ini tergamak pula berkawan dengan lelaki warga asing. Wan Jamsiah cukup tak suka! Walaupun Zayn masih seorang yang agak misteri pada Ellisa, mereka akhirnya disatukan. Buat pertama kali, Ellisa punya tempat sokongan. Zayn pula nampaknya sangat menghargai hidup berkeluarga biarpun Wan Jamsiah tidak menyukainya. Namun, bermula saat itu juga, terungkai satu per satu kisah silam yang membentuk seorang Zayn kini. Dan kisah Ellisa dan Zayn menjadi semakin rumit dengan kepulangan Posh.

“Sama ada you tinggalkan dia, atau I beritahu pada dia siapa you yang sebenarnya. Ellisa tu bodoh. I tengok dia pun I tahu yang dia tak tahu apa-apa fasal you.” – POSH

Hati Ellisa terjebak dalam dilema. Tetapi, tidak sewenangnya dia mengalah. Masjid yang telah dibina atas niat dan matlamat yang suci harus dipertahan. Demi cinta, Zayn tampil menjadi knight in shining amour buat Ellisa yang sekian lama ditindas Posh dan Wan Jamsiah. Ikuti penyelesaiannya dalam… Percaturan Hati.

Tajuk: Percaturan Hati
Penulis: Freezia
Muka Surat : 528
Terbitan : Ogos
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-31-0
Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my
http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=178&category_id=6

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.