566 Hari Mencari Cinta
17 October 2011
Kategori: Novel Di Pasaran
11,502 bacaan 13 Ulasan
Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan... [Teruskan bacaan]
Jom Temui Penulis M.A.I.D dan 566 Hari Mencari Cinta
15 April 2011
Kategori: Info Terkini
4,288 bacaan 29 Ulasan
Temui penulis 566 HARI MENCARI CINTA – Ilya Abdullah & M.A.I.D – Suri Ryana di POPULAR Wangsa Walk, Wangsa Maju pada 16 April 2011, Jam 2 Petang – 3 Petang. Diskaun 20% Tarikh : 16 April 2011 Masa : 2 – 3 Petang Tempat : POpular Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju Penulis : Suri Ryana – M.A.I.D : Ilya Abdullah – 566 Hari Mencari Cinta & Coke And Sundae Aktiviti... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 15
Oleh : Ilya Abdullah “DATO’ Aminuddin melamar I” suara Firdayu sebaik saja Kid melabuh punggung dihadapannya. “Baguslah.” balas Kid pendek. Lepas ini sah-sah Firdayu akan kena serang dengan teman wanita bujang telajak itu. Kena buat kawalan dua puluh empat jam lah nanti. “Ah! Sayangnya dia masih belum layak menangani kekayaan Ruzair. Kalau tidak terus saja... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 14
Oleh : Ilya Abdullah “KOPI Cik Firdayu.” Kid menghulurkan cawan kopi kepada Firdayu. Firdayu anggukkan kepala. Dia letakkan cawan kopi di sisi lukisannya. Sehari suntuk dia perlu siapkan rekaan fesyen terbarunya itu. Sakit segala urat sendinya. Balik nanti dia nak minta Kak Diah uratkan badan. Jika tidak mahu esok tak datang pejabat dah. Mahu terbuntang atas katil sampai petang. ... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 13
Oleh : Ilya Abdullah DATUK Wasef meleret senyuman melihat Aliyah yang duduk tidak jauh dari meja dia dan Firdayu. Boleh tahan juga cantiknya Aliyah itu. Nampak seperti gadis yang bersopan santun. Dia difahamkan Kid sedang bercuti untuk beberapa hari. Itu yang Firdayu beritahu padanya. Kid mana pernah ambil cuti. Hairan juga Datuk Wasef. Biarlah…Ada Kid pun menyesakkan nafas dia untuk berdua-duaan... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 12
Oleh : Ilya Abdullah FIRDAYU menghempaskan tubuhnya atas sofa. Dia melepaskan keluhan berat. Hari ini dia dapat ceramah free dari ustaz tak bertuliah ustaz Syah Izuan. Nasib baik dia bijak menangani emosi diri. Jika tidak mahu saja muka Syah Izuan itu di simbah dengan Apple jusnya. Dia nak Syah Izuan dimalukan. Tapi kerlingan tajam Kid yang buat dia terbantut mahu meneruskan niat di hatinya itu. Celaka... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 11
Oleh : Ilya Abdullah KID memang sengaja mahu cari pasal dengan dia. Nak perli dialah sampai carikan calon yang berkelulusan Universiti Al-Azhar. Pensyarah dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Jaga kau Kid! Nahas kau aku kerjakan kau nanti! Ini yang Kid katakan mahu berikan suprise pada dia. Mana padan dengan dia yang sepenuh masa hidup bersosial ini. Tak bestlah kalau terkongkong dan berpakaian... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 10
Oleh : Ilya Abdullah FIRDAYU dan Kid hadir dalam majlis meraihkan pertunangan Ruzair dan Fatin yang diadakan secara besar-besaran dalam dewan hotel. Kehadiran Firdayu dan Kid menjadi perhatian semua tetamu dalam majlis tersebut. Terutama sekali wartawan-wartawan yang sukakan bahan-bahan panas ini. Maklumlah Firdayu kan punya skandal dengan orang-orang ternama. Itu sebab dia sering menjadi buruan. Firdayu... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 9
Oleh : Ilya Abdullah Sebulan bulan telah berlalu… “CIK Firdayu! Don’t be play-play. Saya ingin mengingatkan cik yang perjanjian cik dengan nenek cik masih berjalan. Sebulan sudah berlalu.” suara Kid sambil menghulurkan beberapa buah fail kepada Firdayu. “Iyalah…Iyalah. Tahulah. Sudah berpuluh-puluh kali you remind pada I. Boleh tak you jangan asyik bising dekat telinga... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 8
Oleh : Ilya Abdullah FATIN tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri dan sekejap dia duduk semula dikerusinya. Tingkah laku Fatin merimaskan Datin Kalsom dan Jimmy. Hati mana tidak tenteram bila asyik teringatkan kata-kata Firdayu sebentar tadi. Bila masa pulak Firdayu mengenali Ruzair. Setahu dia Ruzair tidak akan tertarik dengan wanita materialistik seperti Firdayu. Mungkin Firdayu sengaja mahu menakutkan... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 7
Oleh : Ilya Abdullah “KENAPA jadi begini! Ibu tidak patut buat kami begini!” jerkah Datin Kalsom. Nenek yang duduk atas kerusi goyang itu sekadar tersengih-sengih. Tidak kisah pun jika anak-anaknya itu mengetahui dia membuat perjanjian sulit dengan Firdayu. Mereka memang tidak sukakan Firdayu dan babahnya. Takut harta Nenek tidak jatuh dalam tangan mereka. Bila Nenek berbaik-baik dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 6
Oleh : Ilya Abdullah MEKAR senyuman di bibir Firdayu melihat kalung berlian yang disarungkan pada leher jinjangnya itu. Terima kasih pada Kid yang sudi menyarungkan rantai itu pada lehernya. Bukan sebarang berlian. Habib Jewels mari tahu. Siapa lagi yang hadiahkan kalau bukan Datuk Wasef Al Waliq. Firdayu tidak menolak malah mernerima dengan perasaan bangga teramat. Sudah dasar perempuan dahi licinkan.... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 5
Oleh : Ilya Abdullah Kid di mata poison ivy…. DIA punya rupa yang boleh tahan di mata Firdayu. Tapi gaya rambut tersusun rapi belah kanan dan cermin mata berbingkai tebal itu buat Kid seperti terlalu berskema. Macam budak nerd pun ada. Semua itu makin hancur bila mulutnya yang kekadang tak reti membebel itu buat Firdayu tidak tahan dengan mamat seorang ini. Pot pet pot pet nya mengalahkan nenek... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 4
Oleh : Ilya Abdullah Mr. Cute “I kenalkan pada you anak lelaki I, Ahmad Alfi Bin Datuk Wasef.” Bulat mata Fidayu apabila anak muda itu memalingkan wajahnya. Alfi jua memberikan reaksi yang sama. Mereka saling menunding jari. Datuk Wasef dan Helmi mengerutkan dahi. “Kau!!!” Afli separuh menjerit. Ouch! Firdayu memuncungkan bibirnya. Budak ini rupanya anak Datuk... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 3
Oleh : Ilya Abdullah Buaya Tua FIRDAYU menyambut jambangan bunga ros yang di berikan oleh lelaki di sisi Datuk Wasef itu. Dia mengulum senyuman tawar. Dia dapat tahu Datuk Wasef tidak dapat menghadiri pertunjukkan fesyen yang diadakan semalam. Lelaki itu berada di China atas urusan perniagaan. Firdayu tidak kisah semua itu. Sama ada Datuk Wasef hadir atau tidak sedikit pun tidak menjejaskan pertunjukkan... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 2
Oleh : Ilya Abdullah Mr Perfect… HILTON HOTEL. Alunan muzik rancak bergema di ruang utama dewan hotel itu. Model-model jelita naik ke pentas silih berganti. Pakaian yang diragakan turut bertukar-tukar fesyen. Di belakang pentas para pereka dan perunding imej sibuk menyiapkan model-model yang bakal naik ke atas pentas. Di satu sudut seorang wanita tinggi lampai sedang bersandar sambil memerhati... [Teruskan bacaan]
Novel : 566 Hari Mencari Cinta 1
Oleh : Ilya Abdullah FIRDAYU menongkat dagu memandang Nenek yang sedang khusyuk mengait. Entah apalah yang sedang neneknya itu kaitkan. Tak nampak apa pun hasilnya. Macam kait bodoh-bodoh aja. Peliknya Nenek begitu menumpukan perhatian sekali. Firdayu menarik nafas panjang. Nenek menyuruh dia pulang. Katanya nak bagi wasiat keramat pada Firdayu. Ingatkan perempuan tua itu nak mampus rupanya hidup lagi.... [Teruskan bacaan]







