Novel : Abang mekanikku 22
Oleh : sofi / ana sofiya Aira Syuhada mematungkan diri di dalam kereta. Duduk diam di samping lelaki yang begitu tenang memandu, di sebelahnya. Wajah masih lagi masam mencuka. Dan suara tentu sahaja masih mahal untuk memulakan perbualan. “Sayang, jangan marahkan Am. Dia pun tak tahu apa-apa sehingga semalam. Mak dengan ayah buat ni semua sebab kami tahu yang kamu pun bukannya seronok nak ikut... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 20, 21
Oleh : sofi / ana sofiya 20 Tan Sri Fahmi merenung tajam wajah anak dara tunggalnya. Ditatap dalam-dalam, mencari riak yang sedang cuba disembunyikan. Namun, tidak ada apa-apa yang terpapar. Sekali ini, Aira Syuhada begitu bijak menyembunyikan perasaan. “Aira nak ikut ayah dengan mak pergi ke Jepun. Sori, sebab Aira menyusahkan ayah. Hari tu cakap tak nak ikut, sekarang Aira ubah keputusan pulak.... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 19
Oleh : sofi / ana sofiya Ada air mata yang bakal menitis. Hanya menunggu masa sahaja untuk luruh. Oh tidak! Kali ini, dia tidak mahu menangis. Tidak akan menangis dan menunjukkan betapa dia terguris dengan setiap patah perkataan yang meniti keluar daripada bibir Adham Faiz Hanafi. Sudah banyak kali dia melakukannya. Tiap kali Adham menolak dirinya, menolak cintanya, dia menangis. Dia bimbang jika Adham... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 18
Oleh : sofi / ana sofiya “Awak ni tak ada kerja lain ke selain melangut kat sini, hah?” soal Adham Faiz geram. Sudah seminggu gadis bernama Aira Syuhada itu menjadikan bengkel uncle Tony ini rumah keduanya. Malah, dia rela menjadi penyambut tetamu sukarela, pekerja tanpa gaji, yang tentunya amat menggembirakan hati taukeh bengkel yang kedekut itu. “Selagi awak masih buat perangai... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 17
Oleh : sofi / ana sofiya “Aira, cinta dimulai dengan sebuah senyuman, tapi selalunya cinta akan berakhir dengan titisan air mata. Tapi, aku masih ingin memiliki cintamu.” Sepasang mata Norli Diyana membulat memerhati pesanan ringkas yang terpapar di skrin i-phone sahabatnya, Aira Syuhada. Dia kemudian merenung berselang seli di antara telefon dengan tuan punya telefon. Ingin percaya, tetapi... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 16
Oleh : sofi / ana sofiya Bila hati sedang marah, segala benda hendak dihempaskan tetapi bila hati menjadi sejuk, menangislah pula melihat telefon kesayangan pecah berderai. Sedihnya! Hati semakin sayu apabila ibu sendiri asyik menyindir dan mengusik. “Itulah! Ikut sangat perasaan marah tu! Marah ni, Aira, didorong oleh syaitan. Semakin kamu marah, syaitan semakin bersorak gembira. Tengoklah!... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 15
Oleh : sofi / ana sofiya Akub tersengih-sengih memerhati ke arah abangnya Adham Faiz. Sudah berkali-kali dia mencuit lengan adiknya, Udin, namun Udin tidak mempedulikan kerana sedang sibuk menyimpan wang hasil jualan ke dalam beg dompet. Hanya setelah memastikan beg tersimpan kemas di dalam beg sandang abangnya, barulah Udin memanggungkan kepala. Isyarat mata Udin dibalas dengan anggukan oleh Akub... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 14
Oleh : sofi / ana sofiya Bertalu-talu tingkap kaca itu diketuknya namun Aira masih lagi tunduk menikus. Rasa ingin ketawa melihat gelagat gadis itu. Tahu takut juga rupanya dia, bisik di dalam hati. Nampak bukan main berani? Tapi sekarang, apahal badan bagai menggigil tu? Semakin cermin tingkap itu diketuk dengan kuat, semakin menunduk si Aira. Aduh, rasa belas pula melihatnya….. Telefon bimbit... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 13
Oleh : sofi / ana sofiya Anita sedang berdiri di beranda, di luar Bilik Lukisan, di Carcosa Seri Negara. Di atas meja kopi, sudah terhidang minuman petang untuk dua orang, ala Inggeris, iaitu English Tea dan Scones, yang memang terkenal dengan keenakannya di hotel ini. Jam Rolex, hadiah daripada papanya, sudah berkali-kali dilihat. Hati sedikit resah, bimbang orang yang ditunggu-tunggu tidak mahu menemuinya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 12
Oleh : sofi / ana sofiya Adham melangkah laju ke arah suatu meja di suatu sudut di dalam restoran makanan segera yang terletak di Pusat Membeli Belah Jaya Jusco, Taman Maluri. Di tangan, dia membawa sebuah dulang berisi dua ‘Snack Plate’ dan 2 bekas air Pepsi. Sambil berjalan, sepasang mata asyik memerhati gelagat seorang lelaki yang sibuk bercakap di telefon bimbitnya. Dari raut wajah, Adham dapat... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 11
Oleh : sofi / ana sofiya Adham Faiz menjadi kalut. Dia ingin segera keluar daripada bilik itu. Ingin segera pergi daripada rumah itu. Ingin segera menjauhi Aira Syuhada. Ingin lari daripada rasa ini! Kelam kabut dia mengemas buku-buku yang ada di atas meja. Segala pen marker untuk papan putih dikumpulkan dan disimpan di dalam bekas yang telah disediakan. Nota-nota yang dibawa, dimasukkan ke dalam beg... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 10
18 August 2010
Kategori: Novel
1,585 bacaan Catat Ulasan
Oleh : sofi / ana sofiya Puan Sri Idayu mengerutkan dahinya sebaik sepasang kaki melangkah menuruni anak tangga. Dari arah dapur, bunyi sudip berlaga dengan kuali berlentum-lentam, membingitkan telinga. Bau tumisan bawang putih, bawang merah serta cabai giling menggigit hidungnya, menyebabkan dia terbersin beberapa kali. Hidung yang sudah berair disapu-sapu. Mata yang sedikit pedih turut diusap perlahan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 9
Oleh : sofi / ana sofiya “Aira mana, Ayu?” tanya Tan Sri Fahmi kepada isterinya sebaik melabuhkan punggung di atas sofa. Dia menyambut cangkir kopi yang dihulurkan oleh Puan Sri. Memang sudah menjadi suatu kelaziman yang tidak dapat dielakkan untuk minum secawan kopi selepas makan malam. Ia suatu tabiat yang sudah terbawa-bawa sejak kecil lagi. Dan kini, Tan Sri bagaikan sudah ketagihan. Dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 8
Oleh : sofi / ana sofiya “Am ‘aaa.., itu keleta kance sulah siap ka? Ini lia punya tuan sulah mau angkat lo!” [Am, kereta kancil tu dah siap ke? Ini, tuannya dah datang nak ambil kereta tu!] Suara Uncle Tony kuat bergema , nyaring, dan bisa memekakkan telinga kerana frekuensinya yang tinggi. “Am, kau tak dengar ke soalan uncle tu?” tanya Murad, rakan sekerja Adham Faiz dari... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 7
Oleh : sofi / ana sofiya Puan Mahani meletakkan beberapa biji gelas ke dalam dulang. Sebuah jag berisi air oren dan sepiring kuih lapis diletakkan di sisi. Dia kemudian membawa dulang tersebut ke beranda hadapan rumah usang itu. Sambil meletakkannya di atas lantai, sepasang mata menangkap kelibat anak-anak lelakinya yang sedang bermandi peluh. Adham dan adik-adiknya baru selesai menggantikan atap zink... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 6
Oleh : sofi / ana sofiya Adham Faiz memerhati ke sekeliling. Bilik bacaan yang terletak di tingkat satu banglo mewah itu tidaklah terlalu besar. Bagaimanapun, bersesuaian dengan namanya, Bilik Bacaan, maka terdapat pelbagai kelengkapan membaca di situ. Di suatu ruang, ada rak-rak buku pelbagai kategori, termasuk kedoktoran dan bisnes, bersesuaian dengan citarasa dan pekerjaan penghuni di rumah tersebut.... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 5
Oleh : sofi / ana sofiya Kedua-dua insan terpaku di tempat mereka berdiri. Masing-masing jelas kelihatan terkejut. Pandangan yang dilemparkan penuh dengan rasa tidak percaya. “Apa awak buat kat dalam rumah saya ni, hah?” soal Aira penuh angkuh. Dia benar-benar terkejut melihat lelaki itu yang tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya tadi. Kehadiran yang hampir menyebabkan dia menjadi panik... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 4
Oleh : sofi / ana sofiya Jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari. Keadaan di sekitar sekolah sungguh sibuk. Hiruk pikuk dengan pelbagai bunyi. Waktu ini, sesi persekolahan sebelah pagi baru sahaja tamat. Murid-murid sedang berpusu-pusu menuju ke arah kenderaan-kenderaan di mana para pemandu sedang menunggu dengan penuh sabar. Bagi yang berjalan kaki pula, ramai yang sedang melangkah longlai ke luar... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 3
Oleh : sofi / ana sofiya “Dah siap?” soal Adham kepada Udin dan Akob yang sedang enak meneguk air milo ais. Udin tersedak mendengar sergahan Abang Ngahnya. Dia lantas mengangguk, tanpa sempat hendak bersuara. Akob pula segera mencampakkan bungkusan yang hanya tinggal ketulan kecil ais-ais, ke dalam tong sampah. “Kalau macam tu, jom kita balik!” Ajak Adham, lantas berlalu mendapatkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 2
Oleh : sofi / ana sofiya “Abang burger, cepatlah sikit! Dah lama kita orang tunggu ni, tahu!” Ini sudah kali kedua suara budak perempuan itu didengarinya. Hati lelaki muda itu sudah panas sekarang. Dia semakin geram dengan sikap tidak sabar yang ditunjukkan. ‘Tidakkah perempuan itu nampak bilangan orang yang menunggu giliran? Tidakkah perempuan itu nampak betapa sibuknya dia? Tak menang... [Teruskan bacaan]







