Novel : Jangan Jatuh Cinta 2
Oleh : Adah Hamidah 2 AKU menarik selimut, menutup tubuhku yang kesejukan. Mata juga sudah mengantuk. Letih seharian membantu pekerja-pekerja di Arena Printing. Hari pertama yang menyeronokkan. Semua pekerja-pekerja di Arena Printing baik dan ramah, tidak termasuk Encik Afdhal. Dia hanya duduk di mejanya saban hari, sikitpun tak masuk campur kerja kami. Duduknya menyendiri bersama muka ketatnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Jatuh Cinta 1
Oleh : Adah Hamidah 1 MASUK saja dalam rumah teres dua tingkat itu, aku terus di bawa ke ruang tamu. Pak Lang dan Mak Lang tidak henti-henti tersenyum memandangku sejak mereka menyambut kedatanganku di KLIA lagi. Mungkin terlalu gembira menerima aku sebagai tetamu dalam rumahnya ini. Setidak-tidaknya, senyuman mereka itu membuatkan hatiku menjadi sedikit lega. Mana tidaknya, aku akan menumpang untuk... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cinta Dari Istana Versi Ra’if Arjuna
Oleh : Adah Hamidah ASSALAMUALAIKUM! Nama aku Ra’if Arjuna Bin Muhd. Rasyid. Berusia 30 tahun, bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sudah enam tahun kehilangan isteri yang amat aku cintai dan kini aku sendirian membesarkan anak comelku, Puteri Darwisyah. Mujur ada neneknya yang turut meringankan tugas harianku. CINTA! Terlalu sukar untuk diperkatakan, apatah lagi untuk ditafsirkan. Sejak kehilangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 20
Oleh : Adah Hamidah DUA PULUH Sepanjang perjalanan aku tidak berkata apa-apa. Selama itu jugalah Aqil turut tidak bersuara. Lebih senang begitu. Hatiku akan rasa lebih lega. Mujur Aqil tidak bercerita langsung tentang Lily sepanjang perjalanan itu. Sampai saja di rumah, aku terus naik ke bilik. Laju langkah aku aturkan, tidak mahu terus ada bersama Aqil. Risau, lambat laun Aqil akan membuka... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 19
Oleh : Adah Hamidah SEMBILAN BELAS Miza meminjamkan aku t-shirt miliknya bersama sehelai kain batik sebaik saja kami tiba di rumah teres satu tingkat itu. perhiasan dalam rumah itu begitu indah. Tertarik sekali aku melihatnya. Padanlah dengan pereka hiasan dalaman sepertinya. Memang itu kepakaran Miza. Aku terus menuju ke bilik mandi, membasahkan tubuhku kemudian segera bersiap sedia untuk menunaikan... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 18
Oleh : Adah Hamidah LAPAN BELAS Sebulan telah berlalu dan Aqil memang sudah jauh berubah. Tidak ada lagi kata-kata yang menyakitkan hati dari bibirnya untukku. Tidak ada lagi kelakuannya yang membuatkan aku bersedih. Terlalu sukar untuk aku gambarkan apa yang sedang berlaku kini. Yang pastinya, aku mula rasa gembira dengan apa yang aku lalui sekarang. Kini aku terasa benar-benar disayangi. Jadi... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 17
Oleh : Adah Hamidah TUJUH BELAS Hadif masih membuat pelawaan untuk menghantar aku pulang ke rumah petang itu. Aku benar-benar tidak faham dengan sikap Hadif! Bukan dia tidak tahu betapa Aqil tarik muka dengan kejadian semalam, mengapa dia masih mahu menghantarku pulang? Apa yang cuba dia buktikan pada Aqil? Sudahnya, aku terpaksa menolak tawarannya itu. Aku tidak mahu membangkitkan kemarahan... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 16
Oleh : Adah Hamidah ENAM BELAS Aku mendapatkan semula senarai kedatangan yang ditandatangani oleh para pelajarku. Kemudian aku mula membuat kiraan bilangan para pelajar dalam kelas untuk memastikan bilangannya sama dengan senarai yang sudah ditandatangani. Apabila bilangannya sama, barulah aku menyimpan senarai kedatangan itu di dalam fail merah milikku. “Grup mana yang masih belum... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 15
Oleh : Adah Hamidah LIMA BELAS “Lambat sampai, Nysa singgah mana dulu, tadi?” Soalan itu terus saya menjengah ke dalam telingaku sebaik saja aku memasuki rumah. Aqil berdiri betul-betul di hadapan pintu, seolah-olah sudah lama menantikan aku di situ. Aku memandang wajah Aqil sekilas, kemudian aku terus saja berjalan menuju ke tangga yang mampu menghantar aku ke bilik. Aku tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 14
Oleh : Adah Hamidah EMPAT BELAS Permandangan indah Taman Metropolitan memberikan sedikit ketenangan di hati. Angin yang bertiup nyaman, terus saja membelai tubuhku sebaik sahaja aku turun daripada keretaku yang aku letakkan di parkir yang disediakan untuk para pengunjung. Mujur hari itu, hari bekerja. Jika tidak, mana mungkin dengan mudah saja aku mendapat ruang kosong untuk meletakkan kenderaan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 13
Oleh : Adah Hamidah TIGA BELAS Papan tanda Klinik Sentosa aku renung lama. Aku sudah semakin hampir dengan jawapan yang aku perlukan, namun kenapa pula kaki seakan enggan melangkah masuk ke klinik itu. Kata emak mertuaku, dia ada bertemu dengan Kamal beberapa bulan yang lalu. Kamal yang merupakan kawan baik Aqil sewaktu di universiti dahulu sudah pun membuka sebuah klinik di Pandan Indah. Sebaik... [Teruskan bacaan]
Cinta Dari Istana
21 February 2011
Kategori: Novel Di Pasaran
13,406 bacaan 28 Ulasan
Melangkah lamunan membilang bahagia… Detik itu apa maknanya? Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa. “Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan. Pengasuh?... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 12
Oleh : Adah Hamidah DUA BELAS Lama aku duduk termenung di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan. Sebenarnya hatiku berbelah bagi dengan keputusanku itu walaupun sejak awal pagi lagi hati begitu bersemangat menunggu petang tiba. Semuanya gara-gara rasa tidak sabar untuk bertemu Aqil dan ingin mengetahui rancangan yang telah diaturnya. Akhirnya pantas kereta aku gerakkan menyusuri jalan raya,... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 11
Oleh : Adah Hamidah SEBELAS Menjadi adik kepada seorang lelaki yang amat aku cintai ternyata lebih sukar daripada apa yang aku sangkakan. Berpura-pura tersenyum gembira di hadapan Aqil dan menganggap dirinya hanya seorang abang semata-mata mahu membuatkan dia berasa selesa adalah perkara utama yang perlu aku lakukan setiap kali bersamanya. Aqil pula sudah dapat aku lihat ketara sedikit perubahannya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 10
Oleh : Adah Hamidah 10 Aku memilih bilik di tingkat atas yang letaknya paling hujung. Berharap dengan itu, kedamaian akan selalu ada bersamaku. Aku tidak tahu bilik Aqil yang mana satu, yang pastinya, bilik utama adalah miliknya. Sejak tiba, sampailah ke saat ini, aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Sungguh kekok berada di situ, setiap ruang terasa asing bagiku. Jadi pasti bilik ini akan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Budak Newspaper
9 January 2011
Kategori: Cerpen
14,246 bacaan 131 Ulasan
Oleh : Adah Hamidah ENJIN MOTOR kapcai peninggalan arwah ayahku, aku hidupkan. Satu-satunya harta yang ditinggalkan untuk aku. Cubaan pertamaku untuk menghidupkan enjin motor tuaku itu tidak berjaya, lalu aku cuba buat kali yang kedua. “Ish, motor ni. Time orang nak cepat pula dia nak buat hal!” aku cuba buat kali ketiga, namun masih tidak berhasil. “Aku bagi kau peluang... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 9
Oleh : Adah Hamidah 9 Majlis sambut menantu di rumah orang tua Aqil berlangsung dengan meriahnya. Rombongan keluargaku beserta Aqil tiba selepas solat zuhur. Persalinan berwarna biru muda dan putih menjadi pilihan Aqil atau mungkin juga itu merupakan pilihan emaknya sendiri memandangkan satu-satunya warna yang menjadi kegemaran Aqil ialah ungu. Aku tahu mengapa Aqil begitu teruja dengan warna... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 8
Oleh : Adah Hamidah LAPAN Selesai sahaja menunaikan solat maghrib, aku diarahkan untuk bersiap. Wajahku dirias oleh mak andam yang telah ibu tempah khas. Hampir sejam lamanya mak andam itu mengambil masa. Aku diarah pula memakai pakaian nikah setelah kerja-kerja menata rias wajahku selesai, lantas aku mengikut sahaja arahan itu. Kalau diikut rancangan yang diaturkan, majlis pernikahan bakal berlangsung... [Teruskan bacaan]
Novel : Jauh Dari Cinta 7
Oleh : Adah Hamidah TUJUH Ayah sudah tidak dapat aku pujuk lagi. Dengan hatinya yang keras seperti batu itu sudah pasti mustahil bagiku untuk memutuskan ikatan pertunanganku dengan Aqil. Aku sudah tidak ada cara mahupun jalan yang lain. Kini dengan nekad yang ada aku berkeputusan untuk meminta Aqil yang memutuskannya. Itulah satu-satunya jalan terbaik, aku tidak akan dipersalahkan oleh ayah manakala... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Khalifah Cintaku
Oleh : Adah Hamidah LAJU sahaja aku menuruni anak tangga rumahku untuk ke ruang tamu. Pasti Abang Har sedang duduk berbual-bual di situ bersama-sama emak. Tadi sewaktu aku ingin mengerjakan soat Asar, dapat aku lihat Abang Har baru tiba melalui tingkap bilik dan sekarang aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya kerana sekarang ini amat sukar untuk aku menemuinya memandangkan dia duduk menyewa berhampiran... [Teruskan bacaan]







