Novel : Sesuci Kasih 20
Oleh : Adilla Tasha BAB 20 Terasa wajah ku panas sepanjang perjalanan ke pondok memproses susu getah. Abang Khai selamba saja mengayuh basikal tuanya. Nampak happy dan bagai tidak terasa berat yang ditanggungnya. Wajah tenang tanpa berkata apa-apa. Aku yang duduk membonceng dibelakang macam nak terjun dari basikal tuanya. Kalau tidak mengenangkan kaki aku yang sakit ini dah lama aku berjogging kesana. “Abang!”... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 19
17 September 2011
Kategori: Novel
1,419 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Adilla Tasha BAB 19 Nyanyian nyamuk dikawasan kelam ini seakan gembira menyambut kedatangan ku. Iyalah aku ini baru beberapa kali menjengah tempat abah dan mak mencari nafkah untuk kami adik beradik. Bukan tak suka tetapi memang aku tak suka. Dengan nyamuk dan lecak. Kotor kaki aku yang putih melepak. Remang cahaya mentari mula menampakkan sinar. Berbalam-balam diiringi suara burung-burung riang... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 18
Oleh : Adilla Tasha BAB 18 “Gigil mengigil aku…Ku dengar suara kebesaran.” Dengan semangat aku bernyanyi sambil mula mendirus air kolah yang sejuk hingga mencengkam hingga ke tulang. Aduhhh…sejuknya. “Terbangun dari tidurku…Suara azan berkumandang.” Asyik aku menyambung lirik-lirik lagu tersebut dan curahan kedua membuat aku mengeletar. “Anak dara dah siap ke?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 17
Oleh : Adilla Tasha BAB 17 “Kak! Kau ni memang terukkan.” Mek Nah yang sedang meniarap atas lantai dalam bilik ku bersuara. Aku pula yang sedang membuat aksi kuak kupu-kupu diatas katil memaling wajah memandangnya. Apa pasal cakap aku macam itu. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja. “Pesal pulak?” bengang bila ketenangan aku dikucar-kacirkan. Dahlah aku tengah berdating... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 16
Oleh : Adilla Tasha BAB 16 Sampai di pekan Pulai Condong, abang Khai segera membawa aku dan Mek Nah ke sebuah kedai buku yang agak uzur. Segera abang Khai menyerahkan envelope yang Mek Nah pegang tadi dan menyuruh uncle itu membuat salinan setiap sijil-sijil ku termasuk slip keputusan peperiksaan. Aku hanya menunggu dan melihat segala tingkah abang Khai. Aku berdiri disisi almari kaca yang memisahkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 15
Oleh : Adilla Tasha BAB 15 “Dah siap?” tanya abang Khai sambil membetulkan baju tshirtnya. Nampak kacak dengan pakaian begini. Tegap dan sasa. Jauh dari pakaian lusuhnya. Walau memakai speck tetapi kemachoaan terserlah dengan kulitnya yang sedikit gelap. Lelaki tulen. Lama aku memandangnya tanpa sempat beralih mata bila tiba-tiba pandangannya bersambung dengan ku. Dari isyarat kening lelaki... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 14
Oleh : Adilla Tasha BAB 14 “Tak pasal-pasal aku yang kena marah walaupun bukan kesalahan aku.” Rungut ku sendiri sambil mengesat airmata yang lesu mengalir. Entah kenapa dengan sikap mak yang terlebih marah hari ini. Mungkin abah ada menyinggung hati mak agaknya sebab itu mak bad mood je. “Kama!” aku tahu suara siapa yang menyeru nama ku tetapi kerana peristiwa kunyit tadi membuat... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 13
Oleh : Adilla Tasha BAB 13 “Dah siap Kama?” tanya mak yang sedang memasukkan bawang,halia dan belacan yang telah ditumbuk ke dalam belanga. Sebelum itu halba telah di tumis dulu untuk menaikkan bau. “Kejap mak, Kama tengah tus kan ikan ni.” Aku yang sedang memasukkan ikan kedalam bekas tapis memandang mak. Terkejar-kejar rasanya hari ini. Iyerlah abah nak makan kari sardine,... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 12
Oleh : Adilla Tasha BAB 12 “Lala…lala…lalala..lala..lala…Bujang lapuk pakai songkok…Basikal cabuk tak pernah gosok…” sambil berjalan mulut ku tak henti bernyanyi. Kayu di tangan kanan ku hayun kiri dan kanan manakala plastik yang berisi tin sardin terkontang kanting sendiri. Pagi yang nyaman terasa aman bila angin bertiup perlahan. Entah apa mimpi mak menyuruh aku pula ke kedai... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 11
Oleh : Adilla Tasha BAB 11 “Makkkkk….” Perlahan aku menyapa mak yang sedang membasuh pinggan di singki. “Ermmm….” Mak berpaling dan meneruskan basuhannya. Kelintung kelentang bunyi yang diadunkan oleh pinggan mangkuk yang memenuhi ruang singki tersebut. “Mak dah makan?” tanya ku selamba walau aku tahu yang mak sudah makan dengan abah tadi. Aku tidak mahu menjeruk... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 10
Oleh : Adilla Tasha BAB 10 Atap zink yang telah bertampal ku tenung satu persatu alurnya. Banyak yang telah bocor kalau mengikut tampalannya. Rintik-rintik hujan yang mengenainya mengeluarkan bunyi yang agak bingit tetapi nasib baik tidak menembusi. Aku tahu abah amat menitik beratkan kerjanya dan apa yang buatnya tidak perlu di ulang kerana ketelitiannya. Peristiwa tengahari tadi sertamerta menyapa... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 9
Oleh : Adilla Tasha BAB 9 “Asalamualaikum…!” suara di luar memberi salam. Aku tahu suara siapa itu. “Walaikumsalam, masuklah Khairul..” wajah abah yang tiada riak tadi bertukar ceria. Memang aku akui abah lebih menyayangi abang Khai dari aku anaknya sendiri. Kadang kala terbit juga rasa cemburu dihati tetapi cepat ku kuis pergi. Hasutan syaitan cepat ku nyahkan. Abang Khai... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 8
Oleh : Adilla Tasha BAB 8 Awal pagi wajah ku sudah tercangguk di tepi jendela. Menantikan subuh berlalu pergi dan membiar mentari menari sepanjang hari. Rasa gelisah sejak malam tadi masih memburu fikiran ku. Kenyataan dari pembaca berita TV3 yang cun melecun berjaya menyentap ketenangan hati ini. Hari ini keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan di umumkan. Pelajar-pelajar boleh mendapatkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 7
Oleh : Adilla Tasha BAB 7 Kayu di tangan ku kuis-kuis tanah di sekeliling membentuk satu bulatan. Sejak peristiwa itu aku jadi pendiam. Bukan kerana permergian arwah tetapi kata-kata abah sehabis lepas arwah dikebumikan. Nyaris abah tak bertumbuk dengan anak arwah masa mereka sampai dari Kuala Lumpur.. Setelah arwah dikebumikan baru nampak kelibat pakcik Jiman dan pakcik Jalal. Itu pun sekejap saje... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 6
Oleh : Adilla Tasha BAB 6 Layu hati ku melihat Nenek Miah terbaring di atas tilam usangnya. Turun naik nafasnya. Sesekali matanya terbuka dan melingas sekeliling seperti mencari sesuatu. Kemudian Nenek Miah mengeluh dan matanya kembali terpejam. Terlalu uzur keadaa Nenek Miah. Kapas yang ku celup ke dalam gelas berisi air tadi ku basahkan di bibir keringnya. Bubur yang ku suap tadi pun tak mahu dihabiskan. “Dah... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 5
Oleh : Adilla Tasha BAB 5 Kami meredah dalam kegelapan malam. Mek Nah senyap membisu dari tadi. Lampu suluh yang malap hanya sedikit membantu kami. Apakan daya kerana tugasan yang abah arahankan terpaksa di penuhi. “Kau takut tak Mek Nah.?” Tanya ku sambil menyuluh sekeliling. “Sikit-sikit je, akak?” luahan Mek Nak tak macam suara hatinya. Tangannya yang kejap memegang lengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 4
Oleh : Adilla Tasha BAB 4 Aku hanya memandang sepi pada kedua orang tua ku yang baru pulang menjengah Nek Miah yang sakit. Wajah abah mendung dan tiada senyuman di bibirnya. Mak pula hanya mengeluh dan sesekali pandangannya jatuh kepada abah. Dari dulu abah memang rapat dengan Nek Miah yang sudah dianggap sebagai saudaranya sendiri apatah lagi abah yang dah jadi yatim piatu. “Nenek apa khabar... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 3
Oleh : Adilla Tasha BAB 3 Anak-anak itik yang berwarna kuning ku pandang geram. Mulutnya asyik berbunyi. Tak pernah senyap. Memekak je. Entah apa yang anak-anak itik tu nak agaknya. Dari tadi mengekor maknya. Berderet ikut barisan. Nak kata tak sekolah, pandai pulak jalan beratur macam nak masuk kelas. Tapi bila aku suruh diam, tak faham pula. Ketenangan yang baru nak ku rasai terganggu dengan kehadiran... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 2
Oleh : Adilla Tasha Deringan telefon bimbit di atas katil menyebabkan aku terburu-buru masuk ke dalam bilik. Cik abang! Berjanji akan turun dalam masa lima minit, aku lekas merembat tudung yang sentiasa ada tersedia di tepi almari. Memastikannya elok terletak dan menyembur sekali lalu minyak wangi ke tubuh, aku terus meluru turun ke bawah. “Assalamualaikum..” sapanya dengan senyuman melebar.... [Teruskan bacaan]
Novel : Sesuci Kasih 1
Oleh : Adilla Tasha BAB 1 ” Kak Long, abah panggil!!!” jerit Samad dari bawah pokok. Aku yang tengah syok mengelamun nasib baik tak tergolek kebawah. “Celaka punya budak. Nape kau jerit-jerit, nasib baik aku tak jatuh.” Marah ku sambil membaling buah jambu batu yang baru ku gigit. “Woiii, sakitlah.” Jerit Samad berlari sambil membebel. Mesti budak ni bengang bila... [Teruskan bacaan]







