Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 20
Oleh : Tinta Biru “Assalamualaikum. Sayang… Abang dah balik ni,” sapa Ikmal sambil membawa sejambak mawar merah untuk Mia. Sengaja dia ingin menghadiahkan Mia bunga walaupun dia tahu Mia tidak sukakan bunga. Dia berjalan menuju ke dapur untuk mencari Mia. Sebaik sahaja habis berbual dengan Mia di telefon tadi Ikmal terus bergegas untuk pulang. Dia pulang awal dengan niat untuk membantu... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 19
Oleh : Tinta Biru “Ke manalah Mia ni pergi. Tak reti-reti nak balik agaknya. Dah tu off handset pula,” bebel Ikmal yang tidak senang duduk dari tadi. Mia sudah berjanji padanya akan singgah sekejap sahaja, tetapi sampai sekarang Mia masih belum pulang-pulang lagi. Ikmal menoleh sekilas jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 9.00 malam tetapi kelibat Mia masih tidak kelihatan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 18
Oleh : Tinta Biru “Mia suka bunga?” soal Ikmal sambil mencium bunga ros yang sedang mekar dan berkembang indah. Hari ini dia dan Mia akan menghabiskan masa melawati tempat-tempat menarik di Cameron Highlands sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok pagi. Dia akan membawa Mia pergi ke ladang strawberi, ladang teh, Kia Farm, Taman Rama-rama dan pelbagai lagi tempat yang menarik. Walaupun badannya... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 17
Oleh : Tinta Biru “Cik, ada bilik kosong lagi tak?” soal Ikmal kepada gadis manis yang sedang bertugas di kaunter. “Sekejap ye encik. Biar saya semak dulu,” gadis manis tersebut ligat menjalankan tugasnya. Ikmal menunggu dengan debaran. Berharap agar ada sebuah bilik kosong untuk dirinya. Kepalanya cukup berserabut sekarang. Memikirkan masalah antaranya dan Mia yang seperti... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 16
Oleh : Tinta Biru “Mia pandai masak apa?” soal Ikmal sambil menolak troli. Wajah cemberut Mia direnung dalam-dalam. “Masak air,” balas Mia ringkas. Hatinya masih panas dengan tindakan Ikmal yang menyebabkan dia diberhentikan kerja. Entah apalah yang diberitahu oleh Ikmal kepada Pengurus Carrefour tersebut, tiba-tiba sahaja dia dipanggil dan diberitahu khidmatnya tidak diperlukan... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 15
Oleh : Tinta Biru “Jom abang tunjukkan bilik kita,” arah Ikmal sambil memegang lembut lengan Mia. Mereka berdua baru sahaja memasuki dalam kediaman Ikmal. Mia buat muka pelik. Bilik kita? Maksudnya bilik dia dan Ikmal. Oh tidak… Sedikitpun dia tidak berganjak sebaliknya cuma berdiri kaku. “Jomlah… Bilik kita dekat atas,” jelas Ikmal lagi. “Saya tak nak tidur... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 14
Oleh : Tinta Biru Mia sedang asyik menonton televisyen sambil mengunyah Twisties. Terkumat-kamit mulutnya mengunyah. Ikmal tidak tahu menghilang ke mana. Mungkin tengah tidur di dalam bilik ataupun sedang mandi. Kalau boleh Mia tidak ingin berada dekat dengan Ikmal. Meluat matanya memandang wajah lelaki itu. “Eh eh budak bertuah ni. Khusyuk betul tengok tv. Tak reti-reti ke nak bawa Ikmal tu... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 13
Oleh : Tinta Biru Bab 13 “Pengantin lelaki dah sampai dah ni,” kedengaran suara kecoh dari luar. Mia yang berada di dalam bilik dari tadi tidak senang duduk. Tiba-tiba pula darah gemuruhnya datang. Hari ini tetamu yang hadir lebih ramai daripada sewaktu berlangsungnya majlis akad nikah semalam. Kehadiran tetamu yang ramai itu menyebabkan dirinya semakin tidak tentu arah. “Mia cepat... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 12
Oleh : Tinta Biru Saat ini hampir kesemua ahli keluarga Mia berkumpul di rumah sewanya. Cik Medan, Cik Ana, Mak Bibah dan Nenek Timah pun ada. Apa yang paling mengejutkan Mia, Pak Hassan yang merupakan ayah Mia turut ada sama. Semuanya kecoh disebabkan kes Mia ditangkap khalwat. Sukar untuk digambarkan perasaan Mia sekarang ini. Dalam hatinya amat kuat mengatakan bahawa Mak Bibah ada kaitan dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 11
Oleh : Tinta Biru Bab 11 Mia dan Liza sedang menikmati hidangan tengahari di Mc Donalds. Mereka makan dengan begitu berselera sekali. Sesekali Mia memerhatikan gelagat pengunjung yang turut berada di dalam Mc Donalds tersebut. Bermacam-macam perangai dan kerenah dapat dilihatnya. Sedang asyik menjamu selera itu tiba-tiba telefon bimbit Mia berbunyi. Nama di skrin telefon bimbitnya dilihat. Berasa hairan... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 10
Oleh : Tinta Biru Bab 10 Mia berjalan laju menuju ke kawasan rumah sewanya di Pantai Dalam. Kebetulan pula Liza cuti sakit hari ini, jadinya dia terpaksa pergi dan balik kerja seorang diri. Entah mengapa sejak beberapa hari ini dirinya merasa tidak sedap hati. Dia terasa seolah-olah ada orang yang mengekorinya. Bila dia menoleh ke belakang, kelibat tersebut tiba-tiba hilang. Mia mengesyaki ianya ada... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 9
Oleh : Tinta Biru Bab 9 Begitu pantas masa berlalu. Hampir setahun Mia telahpun tamat belajar. Namun kehidupan hari ini memang mencabar. Walaupun berjaya menggenggam segulung ijazah namun amat sukar baginya untuk mencari pekerjaan. Sudah puas dia menghantar maklumat dirinya di merata syarikat, namun jawapannya selalu menghampakannya. Persaingan memang ternyata begitu banyak sekali. Sudah ramai orang... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 8
Oleh : Tinta Biru Bab 8 Hafiz sedang duduk-duduk santai di perkarangan rumahnya sambil membaca akhbar. Satu-persatu muka surat akhbar itu dibelek namun tidak ada berita yang menarik pandangan matanya. Tidak habis-habis berita pasal politik, fitnah sana, fitnah sini. Bosan dia membacanya, akhbar tersebut dilipat kemas dan diletakkan semula di atas meja. “Fiz, ini dia air yang Fiz minta tadi,”... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 7
Oleh : Tinta Biru Bab 7 “Kau nak ke mana ni Mia?” soal Liza apabila melihat Mia sedang memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg. Kelihatan agak tergesa-gesa Mia melakukannya. “Aku nak balik kampunglah. Nenak aku tak berapa sihat. Dia terjatuh dekat dalam bilik air semalam,” jelas Mia. Beg pakaiannya dizip laju menandakan dia telah siap berkemas. “Laa, ye ke. Macam... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 6
Oleh : Tinta Biru Bab 6 “Esok ikut papa pergi ofis. Boleh belajar serba-sedikit tentang syarikat. Lagipun tiada siapa yang papa boleh harapkan selain dari Mal,” Datuk Zamri melabuhkan punggung sebelah Ikmal yang sedang khusyuk menonton televisyen. “Ala pa, Mal baru je habis study. Bagilah Mal rileks-rileks dulu. Enjoy puas-puas.” “Nak enjoy apanya lagi. Takkan tak puas-puas... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 5
Oleh : Tinta Biru Bab 5 “Mia, kau lapar tak. Jom kita pergi makan dekat McD ke, KFC ke. Aku lapar gila ni,” ajak Julia sambil menarik tangan Mia. “Jomlah aku pun lapar juga,” balas Mia yang tidak membantah. Mereka berdua berjalan beriringan ke McD sambil memegang pelbagai barangan yang dibeli tadi. Hari ini merupakan hari terakhir Mia bersama-sama dengan Julia. Selepas ini masing-masing... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 4
Oleh : Tinta Biru Bab 4 Mia Sarah menuju ke dewan kuliah dalam keadaan yang tergesa-gesa. Hari ini dia terlambat bangun. Kawan-kawannya yang lain semua telah pergi dulu. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir kuliah, selepas itu mereka akan menghadapi peperiksaan dan juga cuti semester. Sedang dia tergesa-gesa itu tiba-tiba dia didatangi oleh Ikmal. “Hai awak,” sapa Ikmal sambil berjalan... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 3
Oleh : Tinta Biru Bab 3 Saat ini kelihatan Mia, Liza, Julia dan Hani yang sedang berjalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah. Sambil itu mereka tergelak-gelak kecil. Ntah apalah yang menggelikan hati mereka. Ikmal yang sedang melepak dengan Hafiz di salah sebuah pondok yang terdapat di fakulti tersebut hanya memandang Mia dengan tajam. “Weii Mal. Sudah-sudah lah tu. Kau ni tak serik-serik lagi... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 2
Oleh : Tinta Biru Bab 2 “Mia, Mia.. Buka pintu ni” Julia mengetuk pintu bilik sekuat hati. “Takkan dah tidur kot minah ni. Baru pukul 10.30 malam” bebel Julia lagi sambil mengetuk pintu bilik bertalu-talu. “Ishh, siapalah yang ketuk pintu bilik tu. Aku nak tidur pun tak senang” Mia bangun perlahan sambil memisat-misat matanya. Pukul 10.00 tadi lagi dia sudah tidur... [Teruskan bacaan]
Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 1
Oleh : Tinta Biru Bab 1 “Eh macam mana Fiz, dengan budak tu. Ok tak” Ikmal menuding jari ke arah sekumpulan siswi yang sedang menjamu selera di medan selera Fakulti Sastera. “Yang mana satu ni. Kan ke ramai awek kat situ” Hafiz terpinga-pinga memandang ke arah kumpulan tersebut. Lebih kurang 4 orang siswi di situ. Yang mana satu menjadi idaman Ikmal pun dia tak tahu. “Laa..... [Teruskan bacaan]







