Novel : Kalimah Cinta 8

14 October 2010 
Kategori: Novel

1,030 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Aku sendirian di wadku saat itu, tiada siapa yang menjengah kerana waktu melawat sudah tamat dan hanya akan bermula kembali pada pukul empat setengah petang. Jam di tangan kuperhatikan, baru pukul tiga sedangkan aku sudah dipagut kebosanan akibat bersendirian di wad itu. Awal-awal lagi Salima sudah meminta diri untuk pulang, aku tidak mampu menghalangnya pergi kerana dia juga... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kemewahan Cinta

10 October 2010 
Kategori: Cerpen

9,225 bacaan 41 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Lelaki tu baik orangnya, ayah berkenan sangat,” ayahku berbicara saat kami sedang menghadap makanan di meja makan. Aku cuma diam, sudah masak dengan perangai ayah yang suka menimbulkan soal jodoh padaku, mentang-mentang usiaku sudah layak berkahwin, perkara itu juga yang diutarakan ayah, hatiku terasa panas. “Ayah selalu nampak pemuda tu di masjid kawasan kita... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 7

7 October 2010 
Kategori: Novel

917 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Perlahan aku membuka mata, pandanganku yang masih kabur dapat merasakan bilik itu begitu asing bagiku. Bau ubat begitu kuat menusuk hidung, aku menonyoh mataku supaya jelas pandanganku saat itu. Aku bingkas bangun dari tidurku di atas katil putih itu. “Eh cik, bawa bertenang, badan cik masih lemah, sila baring semula,” seorang jururawat segera membaringkan aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 6

25 September 2010 
Kategori: Novel

1,093 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Farah menghulurkan sekeping gambar padaku, gambar Iman sedang tersenyum manis. “Mana Farah dapat gambar ni? Iman bagi ke?” aku bertanya penuh rasa curiga. “Eh tak adalah, ni Farah dapat masa sama-sama ikut Pertandingan Antara Kolej dulu, seorang kawan Farah ambil gambar Iman, Farah pun mintaklah sekeping,” Farah tersengih. Aku terdiam.... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cintaku Milik Dia

5 September 2010 
Kategori: Cerpen

6,606 bacaan 23 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Irdina Alany menangis lagi untuk kesekian kalinya, hatinya terlalu perit tatkala memikirkan lelaki itu. Aizat, lelaki yang dicintainya itu dalam diam bermain kayu tiga di belakangnya. Irdina Alany sedar dia masih sayangkan lelaki itu walaupun dia sendiri membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari hidup lelaki itu bulan lepas setelah mengetahui kecurangan Aizat. Bagaimana... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 5

1 September 2010 
Kategori: Novel

1,109 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Doktor Iman… ada apa datang ke mari?” soalku pantas saat memerhatikan dia sudah berdiri tegak dihadapanku. Hati aku berdegup kencang saat Iman memandangku. Sebuah senyuman terukir di wajahnya sebelum dia mengalihkan pandangan ke sekeliling sekolah. Memerhatikan sekitar dengan penuh khusyuk. “Oh, ini rupanya sekolah tempat cikgu mengajar,”... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 4

25 August 2010 
Kategori: Novel

968 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Aku berjalan perlahan di koridor, hati ini tidak henti memikirkan Iman dan temannya yang baru kukenali semalam. Ada kesedihan yang kian bertamu dalam hati namun kucuba untuk membuang setiap kesedihan itu dengan meyakinkan hatiku bahawa aku telah redha atas takdir ini. “Ila!” laungan dari jauh itu buat aku tersedar dari lamunan dan segera berpaling. Safwan sedang... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 3

17 August 2010 
Kategori: Novel

799 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 3 “Ila, tolong akak Ila,” Salima yang terjongol di depanku membuat aku terhenti dari menaip kerjaku pada komputer. Aku bersandar pada kerusiku lantas senyuman kulemparkan padanya. “Ada apa kak?” Salima tersenyum bagai kerang busuk. Jarinya bermain-main di atas mejaku. “Kak nak mintak Ila tolong tengokkan budak-budak kat hospital tu, kak ada kerja... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Ahlan Ya Ramadhan!

15 August 2010 
Kategori: Cerpen

3,326 bacaan 28 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Qurratu’ain tiba di perkarangan masjid tua itu saat azan sedang berkumandang di corong radio, tidak sempat dia sampai ke kampung sebelum waktu berbuka kerana tersekat di dalam traffic jam di bandar sebentar tadi. Segera dia menghentikan keretanya di tempat parkir, mengambil air kotak dan kurma yang dibawanya sebagai bekalan lantas membaca doa berbuka puasa. Kurma dalam genggamannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 2

10 August 2010 
Kategori: Novel

1,098 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 2 “Eh Ila, Iman tu,” pantas benar Farah berbisik padaku. Aku segera memandang ke depan dan tiba-tiba wajahku merona merah, terasa panas wajahku tika itu tatkala terpandang Iman dan rakan-rakannya sedang bergerak mendekati aku dan rakan-rakanku yang sedang berjalan mengikut arah bertentangan. Hatiku jadi tak keruan, otakku ligat memikir perkara yang sepatut kulakukan... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 1

2 August 2010 
Kategori: Novel

1,226 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 1 Aku tertancap di depan kaunter pendaftaran pesakit, mendaftarkan nama para pelajarku seramai 15 orang yang disyaki keracunan makanan. Pelajar-pelajar terbabit sudah di bawa masuk untuk rawatan. Aku agak panik apabila melihat wajah mereka yang pucat lesi serta keletihan kerana cirit-birit dan muntah-muntah. Nasib mereka baik kerana segera dibawa ke hospital setelah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Ilalliqa

26 June 2010 
Kategori: Cerpen

4,645 bacaan 25 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Ainul Mardhiah melabuhkan diri di atas katil. Inai yang merah dijarinya direnung penuh makna. Dia masih tidak percaya bahawa hari ini dia secara sahnya menjadi isteri kepada Raihan Shauqi, insan yang dikenali saat pengajiannya di Jordan dahulu. Mereka tidak pernah bercinta tetapi di saling mengerti bahawa dalam di dalam hati mereka, ada cinta yang berputik tanpa dipaksa. Tamat... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Doa Seorang Kekasih

11 April 2010 
Kategori: Cerpen

3,914 bacaan 39 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Suara azan yang baru berkumandang menusup ke jantung Auni, ada getaran dalam dadanya tatkala mendengar azan petang itu. Al-Quran yang masih terbuka segera ditutup dan disimpan rapi di dalam rak di surau itu. Suara itu begitu mendayu hinggakan Auni merasa sebak dalam dadanya. Dia senyap di satu sudut di dalam surau itu sambil mendengar dan membalas azan itu sendiri. Usai azan berkumandang,... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kau Imamku

21 March 2010 
Kategori: Cerpen

8,317 bacaan 62 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Langkahku terhenti di depan pintu bilik utama, aku melihat suamiku sedang duduk di kerusi rehat di dalam bilik tidur kami itu. Kaku, Fakhry khusyuk membaca buku Aku Terima Nikahnya, karya ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang baru seminggu kubeli. Ajnabi itu kini sah menjadi suamiku selepas ijab kabul dua hari lepas. Taaruf yang diaturkan ibubapanya dan ibubapaku lah yang menyatukan... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Seikhlas Janji

28 February 2010 
Kategori: Cerpen

4,151 bacaan 18 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Suasana kuliah pagi itu riuh seperti biasa, Puan Isma, pensyarah TITAS yang sedang mengajar di hadapan juga tidak dihiraukan. Para pelajar sedang asyik bersembang antara mereka. Insyirah terasa rimas, suara-suara yang kedengaran tika itu ibarat desingan lebah yang begitu membingitkan. Dia cuba memfokuskan diri pada pembelajarannya, tudung labuhnya dibetulkan sedikit, wajahnya... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kalimah Cinta

20 February 2010 
Kategori: Cerpen

4,308 bacaan 22 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Kumpulan Nahwan Nida sedang asyik mengalunkan irama nasyid yang sememangnya lunak pada halwa telingaku… inilah kali pertama mereka membuat persembahan namun dapat kurasakan bahawa mereka sememangnya bagus. Aku merenung seorang demi seorang ahli kumpulan nasyid tersebut dan akhirnya mata aku tertumpu pada seorang jejaka yang kelihatan bersungguh menghayati tiap-tiap bait... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Komuter Cintaku

1 June 2009 
Kategori: Cerpen

1,292 bacaan 7 Ulasan

Nama Pena : Aliesha Kirana Pintu komuter terbuka, lantas meloloskan puluhan manusia yang kelihatan kalut memenuhi ruang komuter. Aku selamba saja berjalan masuk tanpa mempedulikan keriuhan di dalam komuter yang kian membingitkan telinga. Mataku meliar mencari tempat duduk, mujurlah masih ada tempat untuk aku.Sebaik melabuhkan punggung, komik yang baru kubeli di gerai buku tadi segera kubuka. Bukannya... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 4 of 41234