Novel : Untuk Dia Yang Sudi 3
Oleh : Allianora BAB 3 “SEKARANG cakap betul-betul apa yang berlaku? Kenapa kelam-kabut jadinya?” tegas Puan Ramona. Dia mula hilang sabar. Sedari tadi dia cuba mendail nombor telefon Eva namun ternyata anak gadisnya itu sudah lebih awal mematikan telefon bimbitnya. Jasrina sudah hilang kata-kata. Dia hanya mampu mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil memandang semua... [Teruskan bacaan]
Novel : Untuk Dia Yang Sudi 2
Oleh : Allianora BAB 2 “MANA Eva?” Qalif memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam. Jasrina segera mengalih pandang. Tidak sanggup rasanya dia mahu bertentang mata dengan Qalif. “Tadi tu Eva kan?” soal Qalif benar-benar ingin tahu. Telefon bimbit Jasrina dirampas. Dengan cepat dia mendail semula nombor telefon Eva yang tersenarai dalam ‘dialed numbers’. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Untuk Dia Yang Sudi 1
Oleh : Allianora BAB 1 “WHAT are you talking about?” Suara itu sekali lagi bergema di dalam kedai. Jasrina menjengukkan kepala. Dia nampak seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang memarahi pekerja di kaunter. “Cuba try lagi sekali! Itu pun nak kena ajar ke?” Tinggi suara lelaki itu. Semua mata yang tertumpu ke arahnya langsung tidak dihirau. “Maaf... [Teruskan bacaan]
Novel : Untuk Dia Yang Sudi Prolog
Oleh : Allianora PROLOG TERSENTAK Jasrina bila telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu. Dia kenal benar bunyi nada dering itu. Lagu itu disetkan khas atas nama insan yang rapat dengannya. Dia segera menekan butang. “Hello Eva!” Mesra suaranya. “Em.. hello.” Suara asing menampar gegendang telinga. Ini suara lelaki. Jasrina mengerutkan dahi. “Siapa ni?” “Saya terjumpa... [Teruskan bacaan]
Cerpen : From PD With Love
Oleh : Allianora “Hai.. seorang aje ke?” tegur satu suara dari belakang. Safa mengeraskan diri. Dia tidak mahu melayan. Tangannya erat memegang tiang. “Duduklah,” pelawa pemuda itu. Safa cepat-cepat menggeleng. “Tak apa. Dah tak jauh dah.” “Ceh, sombong. Ingat dia lawa sangat?” Pemuda itu sekadar menggumam namun Safa masih boleh mendengarnya. Safa terasa... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 50
Oleh : Allianora PANDANGANNYA cuba dilarikan. Natasha mengenyeh mata, cuba memastikan apa yang dilihatnya benar atau tidak. Sungguh. Itu Hedri. Pemuda itu benar-benar berada di sini. Serta-merta Natasha berpaling. Dia cuba beredar dari situ. Di hatinya sempat berharap agar Hedri tidak perasan akan kehadirannya di situ walaupun dia tahu mereka sudah saling pandang-memandang tadi. “Natasha! Tunggu... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 49
Oleh : Allianora BAB 50 DAUN pintu dikuak penuh cermat. Khairil mengatur langkah perlahan-lahan masuk ke bilik Natasha. Adiknya itu sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam. Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana esok ada kejutan yang dirancang. Esok juga adalah harijadi Natasha. Dia tersenyum sendiri. Adiknya itu langsung tidak tahu agenda yang telah diatur. Khairil membuka salah satu laci... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 48
Oleh : Allianora BAB 49 MALAM itu Natasha pulang dengan badan yang keletihan. Dia terus sahaja merebahkan diri di atas katil sebaik tiba di unit pangsapurinya. Terasa tegang urat-urat dan sendi-sendinya. Dia yakin dengan apa yang dilakukannya. Biarpun Hedri benar-benar cintakannya, mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Akmal pula masih seperti dulu. Sikapnya tidak banyak berubah. Dia bersikap positif... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 47
Oleh : Allianora BAB 48 NATASHA termenung jauh. Dia tenggelam dalam khayalan. Dikalih pandangan pada Arilin yang hampir dengannya. Gadis itu sedang sibuk mengemaskan meja kerjanya. Arilin yang perasan dirinya diperhatikan terus menegur, “Are you okay Tasha? You look blank. Are you still here?” Natasha pantas menggeleng. “Tak. Tak ada apa-apa. Mata penatlah asyik mengadap komputer... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 46
Oleh : Allianora BAB 47 “AWAK dah tak tahu malu ke Nieza? Saya tak faham kenapa awak nak buat macam tu. Lagak awak ni macam perempuan yang tak ada maruah,” tutur Akmal penuh sindiran bila terserempak dengan Nieza. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, dia agak terkejut apabila Nieza tiba-tiba menelefonnya lalu menceritakan apa yang berlaku. Raut wajahnya yang tegang pada mulanya itu perlahan-lahan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 45
Oleh : Allianora BAB 46 SUASANA di Amber mula keriuhan dengan acara yang bakal berlangsung. Bahangnya mula terasa. Dia sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya bila Akmal sekali lagi muncul di depannya. “Apa khabar orkid saya tu?” Seulas senyuman terukir dibibirnya. Dia kelihatan riang sekali. Masakan tidak, berita tentang Hedri dan Nieza sudah cukup untuk membuatnya tersenyum. “Pokok... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 44
Oleh : Allianora BAB 45 “AKU rasa aku patut beri lebih ruang pada hubungan kami. Kalau terpaksa, aku nak mintak putus. Ini yang sepatutnya.” Natasha berkata penuh tegas. Terbeliak mata Emmy mendengarnya. Dia mencebikkan bibir lantas mengerutkan dahi. “Are you out of mind? Kau ni betul ke tak? Kau jangan buat kerja gila!” protesnya tidak bersetuju. Reaksinya itu turut membuat... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 43
Oleh : Allianora BAB 44 “INILAH rumah Hedri tu. Iza dapat tahu dia tinggal dengan keluarga pak cik dia. Mak cik dia ada business aksesori kecil-kecilan kat Alamanda. Mak mesti dah tahu pak cik dia kerja apa, kan?” Iza menerangkan dengan penuh teliti seraya memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia mengarah pada sebuah rumah yang agak besar. Datin Aida melemparkan pandangan dengan teragak-agak.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 42
Oleh : Allianora BAB 43 MEREKA tiba di hospital tidak lama kemudian. Ketika sampai di bilik di mana Nieza ditempatkan, Natasha nampak seorang wanita berusia dalam lingkungan tiga puluhan sedang berdiri di birai katil. Hedri menjengulkan kepalanya di celah pintu. Wanita itu yang perasan akan kehadiran mereka segera melangkah perlahan keluar dari bilik. Natasha hanya memerhati Hedri bercakap-cakap dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 41
Oleh : Allianora BAB 42 PEN yang dipegang diletak semula. Hedri tidak keruan petang itu. Dia berkira-kira sendiri. Kerja-kerjanya di Amber hampir siap sepenuhnya. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi dia dan beberapa pihak yang terlibat akan menamatkan tugas masing-masing di sini. Hedri menghela nafas penuh lega. Dia tidak lagi terserempak Dato’ Syahir. Bapa kandungnya itu sudah agak jarang berkunjung... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 40
Oleh : Allianora BAB 41 PERISTIWA malam kelmarin masih segar lagi diingatan. Akmal mengeluh berat. Dia mengelamun seketika. Pelbagai andaian muncul dibenaknya. Dia sedikit gementar mengenangkan apa yang bakal terjadi dalam hidupnya kelak. Sedikit sebanyak hubungan dengan ayahnya terjejas. Namun mujurlah mereka sekeluarga masih berusaha keras untuk memperbaiki segalanya. Ibunya pula masih enggan memaafkan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 39
Oleh : Allianora BAB 40 DATIN AIDA menolak daun pintu perlahan-lahan. Dia mengukir senyuman bila terpandangkan bilik kerja suaminya yang agak berselerak dengan buku-buku dan fail-fail lama. Bilik yang terletak di loteng rumah mereka ini agak jarang dimasuki melainkan oleh suaminya sendiri. Bagi Dato’ Syahir, bahagian atas rumah ini adalah ruang persendiriannya. Akmal juga jarang-jarang naik ke atas... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 38
Oleh : Allianora BAB 39 SEMINGGU telah pun berlalu sejak hubungan mereka digembar-gemburkan kepada semua. Seperti biasa, Puan Nora telah menghebohkan semuanya pada Tok Wan dan Nek Wan di kampung. Mak Su juga tidak berkecuali. Agak jenuh juga Natasha mahu melayan pertanyaan dan sindiran Azri yang sekali-sekala berbalas mesej dengannya. Natasha juga semakin sibuk dengan urusan pejabat. Dia kerapkali... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 37
Oleh : Allianora BAB 38 PAGI-PAGI lagi Hedri sudah tiba di depan rumah. Suasana sekitar laman amat tenang dan penuh kehijauan. Cermin tingkap diturunkan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sengaja dia membiarkan udara segar memenuhi keseluruhan rongga paru-parunya. Jam di tangan dikerling sepintas lalu. Dia berkira-kira sendiri. Fikirannya menerawang jauh mengenangkan peristiwa beberapa hari yang lalu.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 36
Oleh : Allianora BAB 37 GELAS kaca yang dipegang diletakkan di atas meja sisi katil. Cermat tindakannya. Langsung tiada sebarang bunyi. Hedri mengemaskan langkah terus ke arah Khairil yang masih di perbaringan. Di luar hujan mula turun renyai-renyai. Airnya menitik mengena cermin kaca. Hedri menutup jendela yang sedikit terbuka. Dia memerhati sekilas sekujur tubuh yang berbaring membelakanginya. Kepalanya... [Teruskan bacaan]







