Sungguh Aku Mengerti

28 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

168 bacaan Catat Ulasan

Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu dengan buih-buih Kristal cintaku, moga bahagia akan menjadi milik kita selamanya. Danisha Khalida – Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami? Tengku... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 21, 22

17 June 2011 
Kategori: Novel

30,204 bacaan 75 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 21 PUAS hati Tengku Isma Danish dapat meluangkan masa selama empat hari bersama-sama Danisha Khalida. Semalam, sehari suntuk mereka menghabiskan masa melawat Bandar Melaka. Jadi macam budak-budak pula. Mereka ke Zoo di Air Keroh, Mini Malaysia yang berhampiran dengan Zoo dan sempat juga memanjat kota A Famosa. Tengku Isma Danish membeli beberapa lukisan pemandangan yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 19, 20

10 June 2011 
Kategori: Novel

18,448 bacaan 30 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 19 TENGKU Isma Danish meneliti report dari ladang-ladang yang dilawatinya tempuh hari. Agak lama dia tidak melawat ladang-ladang tersebut. Tenguk pada laporan dan lawatan yang telah dibuat, Tengku Isma Danish puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerjanya. Boleh harap semuanya. Ladang di Raub agak luas. Tengku Isma Danish bercadang untuk mengubah sedikit... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 17, 18

3 June 2011 
Kategori: Novel

15,285 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 17 PUASNYA hati melihat bunga-bunga yang dibeli tempuh hari mula kembang satu persatu. Ros merah hati cukup menarik dimata Danisha Khalida. Sejak dua menjak ni, di belakang rumah Sinar Kasih sudah ada taman kecil. Bila ada waktu terluang, Danisha Khalida akan menghabiskan masa di sini. Sekali sekala ibu Nafsiah tumpang sekaki mengeluarkan peluh mengemas taman kecil Danisha... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 15, 16

27 May 2011 
Kategori: Novel

14,787 bacaan 22 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 15 PAGI itu Danisha Khalida memandu sendiri ke sekolah tempat praktikumnya. Tengku Isma Danish pinjamkan kereta Suzuki Swiftnya kepada Danisha Khalida. Dia tidak mahu Danisha Khalida keluar terlalu awal kerana menumpang kereta kawan-kawannya. Bila memandu sendiri, bolehlah pergi lewat sedikit. Tidak terikat dengan jadual orang lain. Jenuh Danisha Khalida memberi pelbagai... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 13, 14

20 May 2011 
Kategori: Novel

15,367 bacaan 15 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 13 LIMA hari menghabiskan masa bersama-sama Tengku Isma Danish dan Tengku Danilla memang cukup menyenangkan hati Danisha Khalida. Dia rasa cukup bertenaga dan ‘fresh’. Memang benar, rehat yang cukup akan menjadikan seseorang itu ceria dan tenang. Danisha Khalida terhutang budi kepada Tengku Isma Danish dan adiknya Tengku Danilla. Tanpa mereka dia tidak tahu bagaimana... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 11, 12

12 May 2011 
Kategori: Novel

18,030 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 11 DUA malam Danisha Khalida ditahan diwad. Dua malam jugalah Tengku Isma Danish menemani Danisha Khalida. Dan dua malam jugalah Danisha Khalida tidur lena dalam dakapannya. Namun semua itu hanya jururawat dan Tengku Isma Danish sahaja yang tahu. Danisha Khalida langsung tidak sedar apa yang terjadi. Setiap malam dia mengigau. Bercerita dalam tidurnya. Hari ini Danisha... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 9, 10

4 May 2011 
Kategori: Novel

18,199 bacaan 16 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 9 SUDAH dua minggu Rozita pergi meninggalkannya. Alhamdulillah, dia pergi ketika ikatan mereka belum lagi terlerai. Biarlah begitu. Sekurang-kurangnya keluarga tidak tahu rumahtangga mereka dilanda gelora. Semua orang mengucapkan simpati terhadapnya. Ucapan takziah juga bertaliarus datang dari kenalan mereka. Tengku Isma Danish hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 7, 8

27 April 2011 
Kategori: Novel

15,205 bacaan 11 Ulasan

Oleh : Amisha Dania Novel ke 2 dari penulis novel PELUKAN CINTA. Novel PELUKAN CINTA menduduki no 1 Carta MPH selama 2 minggu berturut2 BAB 7 LAPAN khemah tegak dihalaman rumah Sinar Kasih. Puas hati Tengku Isma Danish melihat wajah-wajah penghuni rumah Sinar Kasih yang teruja. Mungkin ini pengalaman pertama mereka tidur di dalam khemah. Entahlah. Lima khemah diperuntukkan kepada penghuni rumah... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 5, 6

19 April 2011 
Kategori: Novel

16,029 bacaan 10 Ulasan

Oleh : Amisha Dania Novel ke 2 dari penulis novel PELUKAN CINTA. Novel PELUKAN CINTA menduduki no 1 Carta MPH selama 2 minggu berturut2 BAB 5 TENGKU Isma Danish termenung dimeja sambil menunggu pesanan makanannya sampai. Danisha Khalida masih lagi sibuk memilih barang-barang keperluan untuk program mereka esok pagi. Rancangan asalnya mereka akan berbelanja bersama-sama dengan ibu Nafsiah. Ibu... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 3, 4

12 April 2011 
Kategori: Novel

17,764 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Amisha Dania Novel ke 2 dari penulis novel PELUKAN CINTA. Novel PELUKAN CINTA menduduki no 1 Carta MPH selama 2 minggu berturut2 BAB 3 SUDAH sebulan Danisha Khalida cuti. Sekejap sahaja rasanya. Dua minggu lagi dia akan pulang semula ke kampus untuk meneruskan pengajiannya ditahun akhir. Keputusan peperiksaannya yang cemerlang membolehkannya tinggal di asrama lagi. Alhamdulilah. Tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 2

4 April 2011 
Kategori: Novel

16,976 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Amisha Dania Novel ke 2 dari penulis novel PELUKAN CINTA. BAB 2 TENGKU Isma Danish terus memandu pulang setelah minum bersama-sama Danisha Khalida dan Zakiah di café dekat asrama mereka. Lama betul Tengku Isma Danish tidak ke UM. Bila berada di café tadi, dia rasa macam pelajar semula. Teringat zaman belajar dulu, enjoy betul. Tengku Isma Danish bersiul-siul senang hati. Tidak perasan,... [Teruskan bacaan]

Novel : Sungguh Aku Mengerti 1

27 March 2011 
Kategori: Novel

29,358 bacaan 24 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 1 SETELAH penat berlari-lari anak, Danisha Khalida dan Zakiah mula menapak perlahan-lahan. Mengatur langkah satu-satu sambil menghirup udara segar di Taman Tasik Perdana. Sudah lama tidak berjoging, terasa berat semuanya. Badan bukanlah besar sangat, tapi beratnya boleh tahan jugalah. “Zek, aku rasa nak putus pinggang ni. Baru jogging tiga round, semput gila... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 49, 50

15 June 2010 
Kategori: Novel

27,860 bacaan 118 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 49 SUSAHNYA Zukaika hendak meninggalkan Armand untuk kembali ketempat bertugasnya semula. Sejak Armand sedar semalam, tak sudah-sudah mereka bercerita. Sambil menyuapkan Armand roti, mulut Zulaika tidak berhenti bertanya. Armand melayan kerenah Zulaika dengan penuh sabar. Biarlah. Hampir empat tahun mereka tidak bercerita, biarlah Zulaika nak bercakap apa pun. Armand menjadi... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 47, 48

4 June 2010 
Kategori: Novel

16,394 bacaan 41 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 47 WAJAH Armand Danial direnungnya tanpa jemu. Sekian lama terpisah dengan wajah kesayangannya ini, bila berjumpa, Armand diam, kaku. Sedih hati Zulaika. “Abang, bangunlah bang. Ika dah ada di sisi abang. Kita tak akan berpisah lagi abang. Abang dengar baik-baik…..suara Ika ni kan. Abang bangun lah…” merayu-rayu Zulaika ditelinga Armand. Namun... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 45, 46

26 May 2010 
Kategori: Novel

17,769 bacaan 33 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 45 NASIR mundar mandir diruang tamu rumah sewaannya. Dia sudah mula bosan. Sudah sebulan lebih dia ditugaskan menjaga seorang pemuda. Dia tidak tahu apa kesalahan pemuda itu. Yang dia tahu, setiap dua minggu dia akan mendapat bayarannya. Dia dan Kamal tidak dimaklumkan kenapa lelaki itu diculik. Cuma sedikit maklumat yang dia tahu, pemuda itu seorang yang ‘loaded’.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 43, 44

5 May 2010 
Kategori: Novel

14,653 bacaan 36 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 43 TAHUN kedua berada di Terengganu, hati Zulaika Husna tidaklah seriang tahun lalu. Fikirannya sentiasa mengingati Armand Danial. Apalah khabarnya sidia. Sudah hampir sebulan Armand hilang. Entah hidup, entahkan mati. Ya Allah…. “Kau ni asyik termenung je, kenapa?” Azmi ketua panel Bahasa Inggeris bertanya pada Zulaika. Sejak buka sekolah dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 41, 42

28 April 2010 
Kategori: Novel

12,911 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 41 SEJAK mengetahui kehilangan Armand, Datin Rozni tidak kering airmatanya. Doanya tidak putus-putus dipanjatkan kehadrat Illahi agar Armand selamat dan ditemui semula dalam keadaan sihat walafiat. Sejak peristiwa itu juga Dato’ Azam Danial sudah sering berada di rumah. Kehilangan Armand memberi pukulan juga kehatinya. Baginya Armand merupakan seorang anak yang tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 39, 40

21 April 2010 
Kategori: Novel

13,099 bacaan 34 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 39 ZIKRI bawa Sofia, Azizul Hakim dan Aliff makan disebuah restoran yang tidak jauh dari kondo kediaman Armand. Mereka seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia. Montel tanpa disuruh-suruh duduk disebelah Zikri. Malah makannya pun disuap oleh Zikri. Sangat manja kelakuan Montel. “Asyik suap Montel aje, bila Zikri nak makan?” Sofia menegur Zikri. ... [Teruskan bacaan]

Novel : Pelukan Cinta 37, 38

14 April 2010 
Kategori: Novel

13,188 bacaan 32 Ulasan

Oleh : Amisha Dania BAB 37 ZULAIKA memerhati anak kecil yang berlari-lari dikawasan ‘mini garden’ yang terdapat dirumah papanya. Zulaika baru sahaja pulang dari Sunway Piramid. Seharian menghabiskan masa bersama Salmiah. Zulaika menapak kearah anak kecil itu. “Comelnya.” Detik hati Zulaika. Baru beberapa tapak kakinya melangkah, tiba-tiba terdengar suara mamanya memanggil... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212