Novel : Sampai Bila? 1
Oleh : ana sofiya 1 Kereta sudah lama berhenti di hadapan rumah teres setingkat di Taman Senangin namun tidak ada tanda-tanda yang orang di dalam kereta itu hendak turun. Pasangan yang berada di dalamnya masih mahu bermesra, berlama-lama, bersama-sama. Hampir 15 minit kemudian barulah kedengaran kereta itu bergerak meninggalkan halaman. Di dalam rumah, Yanti sudah tidak sabar-sabar hendak menghamburkan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Tiada Sepertimu….
Oleh : ana sofiya Tiada Sepertimu ialah kisah cinta di antara seorang gadis liar dan sombong, Zaireen Aklima yang dicintai sepenuh hati oleh seorang jejaka bernama Dzulfadhli yang tidak punya apa-apa kecuali sekeping hatinya untuk ditawarkan kepada Zaireen. Tapi sekali ini, aku tidak mahu menyingkap saat penolakan Zaireen. Ia akan bermula bila Zaireen sedar bahawa dia sebenarnya masih insan yang punya... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Yang Terakhir
7 January 2012
Kategori: Cerpen
20,575 bacaan 103 Ulasan
Oleh : ana sofiya 1 “Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup,... [Teruskan bacaan]
Novel : Tiada yang lain 16
Oleh : ana sofiya Tiada kalimah cinta dapat didengari. Tiada bisikan mesra, membuai perasaan. Antara mereka, hanya dingin dan beku. Perasaan kasih sayang yang sememangnya tidak pernah ada untuk Afif, larut bersama kesedihan yang sedang ditanggung. Ikatan pernikahan yang sepatutnya mendekatkan dua hati, kini bertambah kusut simpulnya. Tergumpal, dan amat payah untuk dirungkaikan. Hancur sekeping hati... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cintaku Di Awan Biru
25 December 2011
Kategori: Cerpen
19,694 bacaan 164 Ulasan
Oleh : Ana Sofiya 1 Setiap kali bulan Disember menjenguk kalendar, setiap kali itu juga hatiku ini terkenangkan peristiwa 5 tahun dahulu. Waktu itu, umurku baru mencecah 21 tahun dan aku baru sahaja tamat latihan dan dilantik sebagai jururawat gred U29, di Hospital Langkawi. Aku masih ingat lagi. Ketika itu berlangsung Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi. Semua orang tentu tahu bahawa sewaktu... [Teruskan bacaan]
Novel : Tiada yang lain 15
Oleh : ana sofiya Fitriah Atiqah kegelisahan. Duduk salah, berdiri salah, berjalan salah….segala-gala yang dilakukan semuanya serba salah. Semakin dekat masa itu, semakin dia merasakan bahawa semua ini adalah satu kesalahan. Dan, kesalahan paling besar yang telah dilakukannya ialah merelakan diri dalam perkahwinan yang tidak langsung memberikan apa-apa makna kepada dirinya ini. Hari sudah jauh malam.... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Teringin
Oleh : Ana Sofiya 1 “Cikgu Nursyahirah, ada orang nak jumpa cikgu.” Cikgu muda itu sedikit terkejut. “Siapa? Bapak budak ke?” Tanya dia kepada Azizi, pembantu guru yang datang memberitahu. Belum sempat Azizi hendak menjawab, Nursyahirah sudah menggumam. “Alah, orang tengah sibuk nak mengemas, ada aje nak mengganggu. Masa hari interaksi, punyalah berkobar-kobar orang tunggu... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Dilema
Oleh : Ana Sofiya 1 “Kamu dah gila, Ani? Dah buang tabiat? Duduk tak duduk nak mintak cerai? Tak takut masuk neraka? Kamu dah lupa ke, isteri yang minta cerai daripada suaminya tanpa sebab, dah gegarkan tiang Arasy. Lupa?” Wajah emakku yang berumur 65 tahun itu kutatap. Wajah merahnya menggambarkan kemarahan yang bukan sedikit kepada diriku ini. Dia mengherdikku tanpa mempedulikan sama... [Teruskan bacaan]
Novel : Tiada yang lain 13, 14
Oleh : ana sofiya Zharif meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Pesanan ringkas yang baru dibaca membuat dia mengeluh. Atiqah mahu bertemu dengannya. Arghh, dia sudah tahu apa yang bakal Atiqah beritahu kepadanya. Gadis itu pasti akan menerangkan tentang dirinya yang sudah dipinang oleh Afif. Apakah Fitriah Atiqah gembira? Itukah yang ingin diberitahu kepadanya? Gembirakah gadis itu menjadi... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kulepaskan Semua, Kerana Dia
Oleh : ana sofiya 1 “Syam… Syam… Hisyam! Jangan pergi, Syam! Jangan tinggalkan Lin. Lin sayang Syam.” Dr Alif Iskandar Razali yang sedang berada di hujung katil, tersentak mendengar suara yang penuh hiba. Hati lelakinya bergetar buat pertama kali, bila mendengar rintihan pesakitnya itu. Rayuan yang disertai dengan linangan air mata itu meruntun hatinya. Dapat dirasakan betapa... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cintaku ini…
Oleh : ana sofiya Hari ini, satu kerja pun tak mampu aku buat. Pegang itu tak kena, pegang ini pun tak kena juga. Ke hadapan, jalanku pincang. Ke belakang pun jalanku tempang. Memang aku tak senang duduk. Memang aku gelabah. Aku resah. Argh, mulalah hendak berangan-angan! Berangan-angan tentang dia. Dia yang sudah setahun tidak ku jumpa. Dia, dia yang menjadi lelaki kegilaanku. Lelaki yang setiap... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Dia Idaman Jiwa
Oleh : Ana Sofiya 1 “Hi, boleh aku duduk kat sini?” Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu. “Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh…” “Kalau saya jawab tak boleh?” Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu. “Aku tetap duduk... [Teruskan bacaan]
Cintamu Cintaku Satu
18 September 2011
Kategori: Novel Di Pasaran
13,218 bacaan 17 Ulasan
“Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?” “Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.” Taufik Azhari ~ Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Rindu
Oleh : ana sofiya Keadaan kelam kabut dalam sebuah rumah di pinggir kota. Kelihatan seorang ibu tua menitiskan air mata. Juga kelihatan seorang lelaki, berdiri menghela nafas, menahan sebak. Seorang gadis sedang memeluk erat tubuh seseorang sambil menangis teresak-esak. Di satu sudut, seorang anak muda tewas menahan perasaan hiba. “Mak, abang balik, mak! Abang dengan Alif balik tu! Lepaskan Sya,... [Teruskan bacaan]
Novel : Melur Jasmine 6
19 July 2011
Kategori: Novel
658 bacaan Catat Ulasan
Oleh : ana sofiya 6 Jasmine mundar mandir di ruang tamu. Beberapa kali dia mendengus kasar. Beberapa kali juga sepasang mata bergilir-gilir merenung antara jam tangan jenama Guess hadiah dari maminya dan mendongak ke arah pintu bilik Melur yang masih bertutup. “Agaknya anak kesayangan mami tu tidur balik lepas solat Subuh tadi. Sebab tu dia tak boleh nak bukak bijik mata dia tu!” marahnya... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Janda Berhias
Oleh : ana sofiya Ada orang tanya aku, “Alia, apa perasaan kau bila dah bergelar janda ni?” Terpanar seketika dibuatnya bila mendengar soalan itu. Bagi aku, soalan itu pelik sangat! Adakah tanya macam tu? Kenapa? Kalian ingat seronok sangatkah hidup menjanda? Kamu semua nampak muka aku ni asyik tersenyum sahajakah? Atau, kau orang nampak aku asyik ketawa sejak bercerai ni? Hello, umur aku... [Teruskan bacaan]
Novel : Tiada yang lain 12
Oleh : ana sofiya 12 Sepasang mata Fitriah Atiqah kelihatan berkaca. Dadanya berombak menahan sebak. Getar di bibir dan gigil di jari menggambarkan resah yang tidak berkesudahan. Terhenyak dirinya duduk di atas kerusi. Diam, memandang ke arah ibunya dalam riak penuh hampa. Dia kecewa, sungguh-sungguh kecewa. Tidak mampu terluah dengan kata-kata. Kerana itu, sejak hampir 20 minit yang lalu, dia hanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Masihkah Cinta? 12
Oleh : ana sofiya Memanjakan diri? Sesuatu yang sukar dilakukan oleh lelaki sesibuk dirinya. Bila siang malam sentiasa menghabiskan masa di hadapan komputer, atau menghadiri mesyuarat mahupun pergi berjam-jam ke tapak projek, bilakah masa untuk dia merehatkan otak dan minda? Kerana itulah, bila dirinya dipelawa oleh Datuk Borhan untuk pergi bersantai ke Idaman Spa, dia tidak menolak. Teringin juga... [Teruskan bacaan]
Novel : Melur Jasmine 5
22 June 2011
Kategori: Novel
460 bacaan Catat Ulasan
Oleh : ana sofiya 5 Suasana dingin mencengkam tubuh di waktu dinihari. Saat semua orang lebih enak dibuai mimpi-mimpi indah, ada yang lain yang memilih waktu ini untuk mendekatkan diri kepada Dia, Pencipta Maha Agung. Saat inilah umat Islam disuruh bangun dan mengerjakan ibadah buat menambah keimanan serta ketakwaan. Dan biasanya, waktu beginilah juga yang sering digunakan murid-murid untuk mentelaah,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Lydia, kau cuit hatiku!
Oleh : ana sofiya 1 Sinar mentari dirasakan terik memijarkan kepala. Waktu rembang begini dan dia terkapar-kapar di tengah jalan kerana motor Ducatinya rosak secara tiba-tiba. Panas betul rasa hati. Perut yang direserve untuk makan tengah hari sudah lama minta diisi. Menyesal tak sarapan pagi tadi, bisik hatinya. Kini, tengoklah! Dah jadi pak pacak sejak hampir setengah jam yang lalu. “Yang Salih... [Teruskan bacaan]







