Novel : Abang mekanikku 2
Oleh : sofi / ana sofiya “Abang burger, cepatlah sikit! Dah lama kita orang tunggu ni, tahu!” Ini sudah kali kedua suara budak perempuan itu didengarinya. Hati lelaki muda itu sudah panas sekarang. Dia semakin geram dengan sikap tidak sabar yang ditunjukkan. ‘Tidakkah perempuan itu nampak bilangan orang yang menunggu giliran? Tidakkah perempuan itu nampak betapa sibuknya dia? Tak menang... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Anugerah Kasihnya
Oleh : Sofi / Ana Sofiya 1 “Asyik menung aje sejak balik semalam. Kenapa?” Aku menatap wajah nenek yang lembut. Aku memandang bibirnya yang sentiasa mengukir senyum untukku. Senyumnya kubalas. Kata-katanya juga kubalas menggunakan jari-jemari yang sudah terlatih membina ayat-ayat sejak aku kecil lagi. Bila nenek mengangguk-angguk, aku merasa lega. Itu bererti dia memahamiku. Ah, sememangnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 13
Oleh : sofi / Ana Sofiya ” Okey, sayang, inilah rumah Adah yang baru. Mulai hari ni, Adah akan tinggal di sini bersama-sama dengan walid, ya.” Syarifah Syuhada melemparkan pandangan ke arah rumah besar di hadapannya. Dari dalam kereta, dia akui betapa besar rumah banglo 2 ½ tingkat itu. Memang jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan rumah teres setingkat yang baru mereka tinggalkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku satu 13
Oleh : sofi / Ana Sofiya Nurul Hana memerhati ke keseluruhan ruang kamar yang luas itu. Sejak dia masuk ke dalam bilik ini tadi, hatinya kagum dengan susun atur dan hiasan dalaman yang terdapat di situ. Kamar besar ini memisahkan bilik tidur daripada ruang tamu. Bersambung dengan ruang tamu, ada sebuah dapur kecil yang disediakan dengan ketuhar gelombang mikro. Ada bilik air tambahan juga. Pandangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 1
Oleh : sofi / ana sofiya Pandangan jelek yang dilemparkan ke arah mereka, tidak dipedulikan. Juihan di bibir-bibir, tidak langsung diendahkan. Tidak juga mahu difikirkan apakah pandangan masyarakat terhadap tingkah dan kelakuan mereka. Mereka punya hak di sini. Pantai Port Dickson yang memanjang, landai, terbentang memutih ini, bukan milik mereka, namun, sebagai warganegara Malaysia, mereka boleh melakukan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cinta padamu
Oleh : Sofi / Ana Sofiya 1 “Hoi, apa yang kau tengok tu? Sampai aku dah terpacak depan kau ni pun, kau tak peduli?” tanya Daniel. Dia kehairanan melihat tingkah sahabat baiknya, Zikri, yang sedari tadi asyik benar memerhati ke arah luar. “Tu, cuba kau tengok tu!” Zikri membalas sambil memuncungkan bibir ke arah kolam renang. Daniel menoleh ke arah yang Zikri tunjukkan. Dahinya... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 12
Oleh : sofi Syarifah Sufiah membuka sepasang matanya perlahan-lahan. Rasa kantuk masih menguasai diri namun dendangan ringtone, Sorry Sorry oleh Kumpulan Super Junior, tidak membenarkan Sufiah menyambung tidurnya. Jadi, dengan mata yang masih terpejam, tangannya menggagau, mencari di manakah telefon bimbit jenama Nokia kesayangannya, diletakkan. Sebaik menemui telefon itu yang terletak di bawah bantal,... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 11
Oleh : sofi Syarifah Sufiah memerhati di sekelilingnya. Dia tersenyum ke arah Kak Musliha yang sedang melakukan regangan, mungkin wanita itu merasa lenguh akibat terlalu lama duduk tadi. Kemudian sepasang mata memerhati pula ke arah dua orang lelaki yang nampaknya begitu tekun membungkus kaki sofa buatan Itali dengan kertas dan melapik span lembut untuk memastikan kerusi itu nanti tidak bercalar ketika... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Izinkan Aku
Oleh : Sofi / Ana Sofiya 1 Tahun 2007 Alwi masih lagi termenung. Hatinya sedang walang. Dia risau. Sungguh-sungguh risau! Sejak dia menerima panggilan telefon daripada Insyirah sebentar tadi, segala peristiwa lama itu kembali menerjah mindanya. Fikiran melata nun jauh ke masa silam. Ingatannya berpusat kepada hubungan 4 orang sahabat, 2 lelaki dan 2 orang perempuan. Hubungan di antara dirinya, Adnan,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Sinar cintamu
Oleh : ana sofiya / sofi Prolog “Aduhai, handsomenya si Asyraf ni, Reen. Machonya! Gentlemannya! Reen, aku nak dia! Nak dia!” Nurin Izzati Abdullah tersenyum sinis mendengar suara mengada-ada yang sengaja dibuat-buat oleh teman serumahnya, Salwa. Kepala pula digeleng-gelengkan demi melihat telatah kawannya itu, yang begitu beria-ia memberi sepenuh perhatian ke kaca TV jenama BRAVIA bersaiz... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 10
Oleh : sofi Petang itu, hujan turun dengan lebat ketika Sufiah ingin pulang. Untuk ke kereta, dia perlu meredah hujan itu. Dia tidak sanggup, bimbang nanti dia diserang demam selsema. Kalau Sufiah sudah terkena selsema alamatnya berminggu-minggu barulah hendak baik. Sakit tekak dan batuk pasti menyerang. Aduh, membayangkannya pun dia tidak mahu. Sakit! “Awak tak balik lagi?” Suatu suara... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Akulah kekasihmu
Oleh : sofi / Ana Sofiya 1 Zaharah duduk termangu di tengah rumah. Di sekelilingnya, keadaan sudah semakin sunyi. Kebanyakan tetamu yang datang sudah meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Maklumlah, hari pun sudah lewat petang. Beberapa orang yang tinggal hanyalah jiran-jiran terdekat yang ingin membantunya mengemas apa yang patut di dalam rumah itu. Baru sebentar tadi, jenazah suaminya... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 9
Oleh : sofi Mendapat lampu hijau daripada kedua-dua ibu dan ayah memberi peluang kepada Syarifah Azlinda untuk menyerang Sufiah di pejabat gadis itu. Suasana hening pejabat kecil milik bumiputera, Syarikat Zailan Packaging Sdn Bhd yang mempunyai 25 orang kakitangan itu dikejutkan oleh suara nyaringnya. Sungguh, kedatangannya membuat Sufiah terpinga-pinga. Terkejut, tergamam, tertanya-tanya. Apa pula... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 8
Oleh : sofi Sudah dua bulan peristiwa itu berlaku namun hati Linda tidak pernah tenang. Perasaan benci terhadap Sufiah sentiasa membara. Dia tidak mahu membiarkan sahaja apa yang telah berlaku. Kenangan di Kompleks Pertama mengganggu kedamaiannya. Mengambil Ahmad Farid, sisa gadis itu sebagai kekasih, amat menjengkelkan. Ya, Farid! Farid bekas kekasih Sufiah! Arghh, ingin sahaja dia memutuskan perhubungannya... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 7
Oleh : sofi Suasana di dalam bangunan perniagaan Kompleks Pertama agak sibuk. Walau banyak bangunan perniagaan lain yang jauh lebih besar dan mewah, bangunan ini masih ada pengunjung setia. Pelanggan masih ramai meski ada sebahagian daripada kedai-kedai yang wujud di situ seperti hidup segan mati tak mahu. Benarlah kata orang, Kuala Lumpur adalah sumber rezeki. Di mana-mana juga atau apa sahaja perniagaan... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 6
Oleh : sofi Sufiah ketawa melihat gelagat Niki. Wanita berusia 35 tahun itu bagaikan lipas kudung, bergerak ke sana ke mari dengan lincah seolah-olah sepasang kakinya tidak boleh berdiri tegak. Ada-ada sahaja yang ingin diperbetulkan. Yang ingin diperbaiki! Mulutnya pula tidak berhenti-henti bercakap. Ada-ada sahaja yang dileteri. Ada-ada sahaja yang ingin dikomen. Model-model yang panas telinga mendengar... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 5
Oleh : sofi Sufiah dan Mak Nab berziarah ke rumah Adilah kira-kira seminggu kemudian. Sebaik terpandang Sufiah, Puan Norma menerpa dan terus sahaja memeluk dan mencium pipi gadis itu. Ayah Mat pula memerhati bersama sebuah senyuman walau sepasang mata itu kelihatan berkaca. Dalam kebisuan itu Sufiah tahu betapa ibu dan ayah Adilah turut bersama-sama dirinya menyelam sebuah duka. “Kamu ok, Sufi?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 3
Oleh : sofi Malam itu, sebaik mama dan papanya selesai makan, Sufiah membuntuti mereka ke ruang tamu. Mak Nab pula berada di dapur, membasuh dan mengemas pinggan mangkuk. Linda? Jam 9 malam masih terlalu awal untuk dia berada di rumah. “Papa, mama. Sufi nak cakap sikit!” Sufiah memulakan bicara. Syed Nazri memandang wajah Sufiah sekilas sebelum perhatian kembali ke kaca televisyen. Syarifah... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 2
Oleh : sofi Pagi itu, sebaik sudah membasuh kain, Sufiah ke dapur untuk menolong Mak Nab menyediakan sarapan. “Tidur lagi dia orang, mak?” tanya dia acuh tak acuh. “Pergilah Sufi naik. Gerak dia orang sembahyang Subuh.” Mak Nab menyuruh. Sufiah ketawa. “Dan kena marah lagi? Huh, tak payahlah, mak. Biar aje dia orang nak tidur. Kalau tak bangun, lagi bagus!” bidasnya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 1
Nama Pena : sofi Sufiah menyanyi-nyanyi kecil ketika memasuki pekarangan rumah berkembar dua tingkat milik keluarganya. Hari terakhir persekolahan penggal pertama telah tamat. Sekolah akan mula bercuti selama tiga minggu sebelum dibuka semula pada bulan Jun nanti. Waktu itu, dia dan sahabat-sahabatnya akan memperolehi markah dan keputusan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang baru sahaja selesai... [Teruskan bacaan]







