Anaknya Anakku Jua

12 December 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

5,166 bacaan 7 Ulasan

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya. Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’.... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 24

13 August 2011 
Kategori: Novel

1,099 bacaan 6 Ulasan

Oleh : ANARIF Siti terhendap-hendap di tangga, menjenguk tingkat atas. Kosong je. Tak ada dengar bunyi apa pun. Isabelle resah di anak tangga paling bawah. Melihat Siti turun, cepat saja dia menerpa. “So?” Siti jungkit bahu seraya mengerling ke atas. “Senyap je. Tak tau la encik Paan dalam bilik Nasha atau bilik dia.” Isabelle menggigit jari. “Mati aku kalau Nasha cakap... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 23

9 July 2011 
Kategori: Novel

1,003 bacaan 4 Ulasan

Oleh : ANARIF “Dia ada ke?” Chan turut memanjangkan kepala mahu melihat ke luar tingkap kereta. Isabelle angguk. Kereta Paan tersadai di halaman. Dia mengeluh perlahan. “Kau tak boleh jumpa dia lagi sekarang. I cannot blow my cover. Not yet, at least.” Chan angguk mengerti. “Tak apa. Dah ada handphone kan? No hal punya lepas ni.” Isabelle angguk. “Ok, Chan,... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 22

2 July 2011 
Kategori: Novel

813 bacaan 2 Ulasan

Oleh : ANARIF Paan memanjangkan lehernya. Matanya melingas ke kiri ke kanan, namun kelibat itu tidak kelihatan. “Encik Paan tak kerja ke hari ni?” “Oh mak aku kerja!” Paan mengurut dada sementara Siti menahan tawa. Terhendap-hendap macam pencuri. Cari Isabelle la tu. “Kau tak ada kerja ke hah? Sergah aku kenapa?” Siti mencebik. “Mana ada saya sergah. Encik... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 21

26 June 2011 
Kategori: Novel

1,021 bacaan 2 Ulasan

Oleh : ANARIF Zainal melepaskan keluhan berat. Dia kini sudah kembali ke tanah air, setelah bertahun-tahun dia merantau di negeri orang. Seorang wanita inggeris beramput paras bahu dengan kaca mata hitam bertenggek di atas kepalanya menghampiri lelaki itu. Wanita itu berpakaian anggun. “Dear, where is Giselle?” wanita itu memanjangkan lehernya. Zainal mengerling isterinya itu sekilas. “Toilet.” Zainal... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 43

11 June 2011 
Kategori: Novel

635 bacaan 2 Ulasan

Oleh : anarif Pagi itu, rutin mereka seperti biasa. Lu’lu’ ke kolej, dan Marjan yang menghantarnya, seperti yang dijanjikan Marjan. Tapi kenapa ya, lain macam je atmosfera antara mereka sekarang? Mungkin sebab perasaan mereka sudah jelas, dan masing-masing mengerti isi hati masing-masing. Tapi bab bertengkar? Tak ada yang berubah. Macam tu jugak… “awak..” Lu’lu’... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 41, 42

4 June 2011 
Kategori: Novel

706 bacaan Catat Ulasan

Oleh : anarif “bro, are you sure about this?” Kasturi bertanya lagi, suaranya seakan-akan tidak setuju, namun dia tahu tiada apa yang boleh menghalang Marjan sekarang. Marjan angguk yakin. “rileks, bukan selalu. Kau baliklah. Ingat, jangan bagitau sesiapa tentang hal malam ni.” Kasturi angguk. “ok, kalau macam tu, aku blah dulu. Jumpa nanti..” Mereka berjabat dan... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 20

4 June 2011 
Kategori: Novel

979 bacaan Catat Ulasan

Oleh : anarif Paan mengeluh panjang sebaik saja kereta mewahnya diparkir di pekarangan rumah banglo itu. Kereta ayahnya ada di pekarangan, begitu juga kereta Haliza. Lambat-lambat dia masuk ke dalam rumah. Nasha tersenyum nipis melihat abangnya muncul di ruang makan. “Baru sampai ke bang?” tegurnya. Dia sudah duduk di meja, menanti mereka yang lain. Kelibat ibu bapanya tidak kelihatan.... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Dia Anugerah

29 May 2011 
Kategori: Cerpen

6,582 bacaan 22 Ulasan

Oleh : anarif Kulitnya agak cerah. Tingginya kurang sedikit dari aku. Perwatakannya? Baik, sopan-santun, lemah-lembut, pandai buat kerja rumah dan hampir semua benda dia tahu, baik, tak kedekut, tak berkira, tabah. Lupa pulak nak kenalkan. Itulah kakak ipar aku. Namanya? Zalina. Sedap kan? Sesedap namanya, semanis itulah orangnya. Dan sehingga ke hari ini, aku mampu tersenyum bangga sambil mengaku... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 38, 39, 40

28 May 2011 
Kategori: Novel

768 bacaan 3 Ulasan

Oleh : anarif Lu’lu’ melangkah perlahan ke bilik Marjan. Berkira-kira mahu ketuk atau tidak. “cik Lu’lu’ cari siapa?” Lu’lu’ terjerit kecil. Dia menoleh ke belakang. Marjan dengan pagoda dan seluar tracknya yang agak basah di bahagian bawah. Cuci kereta kot. Lu’lu’ senyum kelat. “err, cari… Cari Mak Min.” Marjan kerut dahi. Wajahnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 19

28 May 2011 
Kategori: Novel

782 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Isabelle menghabiskan ayat terakhir yang sedang dibacanya dalam al-Ma’thurat. Kedua tangan ditadah dan mulutnya mula terkumat-kamit membaca doa. Amalan yang sudah diterapkan sedari kecil dipegangnya hingga kini, dan takkan sekali-kali ditinggalkannya. Sempat dia menghadiahkan doa buat Dato’ Dini, Datin Rahmah, Tuk Khalid dan Nek Zizah yang sudah lama pergi. Siti yang sedang masak... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 35, 36, 37

21 May 2011 
Kategori: Novel

705 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Tetamu sedang beredar seorang demi seorang. Kebanyakannya rakan niaga Dato’ Safwan. Marjan terpaksa berhati-hati, bimbang ada yang mengenalinya. Selepas jenazah selamat ditanam lepas asar itu, Marjan terus menyembunyikan dirinya di dapur. Tidak sempat dia menegur Lu’lu’ bila sekali-sekala dia keluar dari dapur. Lagi pun, jika dia ada kesempatan, dia sendiri tidak pasti... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 18

21 May 2011 
Kategori: Novel

820 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Isabelle mengambil sikap berdiam diri. Dia tahu Siti memerhatikannya dari ekor matanya tapi Isabelle malas mahu ambil pusing. Lagipun, selagi Haliza di rumah, Siti takkan berani bertanya apa-apa padanya. Kalau Haliza dah keluar, macam mana? Perkara yang ditakuti Isabelle terjadi juga. Tepat 10 pagi, Haliza turun berpakaian anggun, lebih anggun dari tadi. “Saya nak keluar.”... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 32, 33, 34

14 May 2011 
Kategori: Novel

639 bacaan 3 Ulasan

Oleh : anarif “anakanda sihat?” Zaharah mengusap kepala anak tunggalnya itu mesra. Terubat rindunya melihat wajah itu kembali. Dibelek satu badan Marjan apabila dilihatnya wajah Marjan sudah susut sedikit. “macam kurus je? Anakanda tak makan ke?” Zaharah bertanya, lebih kepada merungut. Marjan tersengih. “makanlah bonda. Siapa yang berani tak bagi makan anakanda.”... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 17

13 May 2011 
Kategori: Novel

1,323 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Isabelle melangkah lambat-lambat, membontoti langkah Haliza yang angkuh. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia membantah kemahuan arwah Nek Zizah, tapi bila teringatkan Haliza yang sanggup menerimanya, Isabelle hilang kata. Kali pertama mereka bersua tadi, Haliza tidak bersuara walau sepatah. Apabila dia berbicara, tiada ramah dalam nadanya. Jelas Haliza terpaksa. Isabelle mengeluh sendiri.... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 29, 30, 31

16 April 2011 
Kategori: Novel

606 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Marjan memandu tenang dengan Lu’lu’ di sisinya. Kini Lu’lu’ tidak lagi mahu duduk di belakang. Tinggallah Laila dengan dunianya, seperti biasa. Hakikatnya, Laila sendiri hairan dengan perubahan Lu’lu’ namun padanya, asalkan apa yang berlaku tidak mengganggunya, Laila tidak ambil peduli. Dunianya tetap dunianya. Tiba-tiba Laila teringatkan seseorang.... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 16

16 April 2011 
Kategori: Novel

931 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Nek Zizah mengurut dada yang terasa sempit. Sekejap-sekejap dia termengah-mengah menahan nafas. Tak dinafikan lagi, keadaan kesihatannya semakin menyusut. Dia sudah tidak kuat lagi. Bukan saja fizikalnya, jiwanya juga keletihan. Dia mahu berehat. Melihat Isabelle yang termenung di tangga, Nek Zizah mendekat setelah dia pasti keadaannya sudah kembali normal. Tiada lagi batuk-batuk. Jika... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 26, 27, 28

9 April 2011 
Kategori: Novel

645 bacaan Catat Ulasan

Oleh : anarif Marjan bersiul kecil. Bosan dengan kesunyian yang beraja di dalam kereta itu. Ekor matanya menjeling Lu’lu’ yang tersandar di cermin, melayan perasaannya. Dan wajahnya juga sedikit muram. Di pangkuan Lu’lu’, akurium kecil berisi dua si kecil berkaki bercengkerang dan berkaki empat. Tadi dah kena ambush dengan Tini, sekarang minah ni pulak buat hal. Sejak tadi tak... [Teruskan bacaan]

Novel : Ini Bubur Cinta 15

9 April 2011 
Kategori: Novel

923 bacaan 3 Ulasan

Oleh : anarif Chan termenung sendiri di kaunter kedai itu yang agak lengang. Dia menongkat kepalanya seraya melepaskan keluhan perlahan. Jika apa yang berada di dalam fikirannya terpampang di dahinya, pasti di dahinya akan kelihatan selirat wayar atau urat yang bersilang-silang, tanpa permulaan atau akhiran yang pasti. Namun yang pastinya, wajah Isabelle, Nek Zizah, Tuk Khalid, dan Aman akan terpampang... [Teruskan bacaan]

Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 24, 25

25 December 2010 
Kategori: Novel

504 bacaan 1 Ulasan

Oleh : anarif Marjan menyandar di kerusi tenang sambil mengambil angin luar. Cik Ma memang bagus dalam berkebun. Taman dia memang undeniably amazing. Dengan kolam ikan, gazebo, pergola yan dihiasi pokok menjalar, hmm, memang cantikla. Pilihan pokok-pokok dia pun sangat bagus. Memang tip-top! Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi cakaran yang sangat halus. Marjan memanjangkan leher, menjenguk ke sebelahnya,... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 41234