Antara Benci Dan Rindu

5 August 2010 
Kategori: Novel Di Pasaran

32,307 bacaan 58 Ulasan

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu. Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 38

4 January 2010 
Kategori: Novel

26,674 bacaan 40 Ulasan

Oleh : Ida Farisya Setelah hampir dua minggu berada di Sabah dan Sarawak, akhirnya kami kembali juga ke tanah semenanjung. Terasa berat benar hatiku mahu meninggalkan bumi Tuhan yang telah banyak menciptakan kenangan manis buat aku dan Yusrizal itu. Tapi apakan daya. Tempat kami bukan di sana. Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah tiba masa untuk pulang. Namun, kami tidak terus pulang... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 37

11 December 2009 
Kategori: Novel

16,734 bacaan 15 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Laungan azan dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur istimewaku pagi itu. Terpisat-pisat aku sendirian. Terasa payah benar mataku hendak dibuka. Mataku masih dikuasai rasa mengantuk yang amat sangat. Maklumlah, kami tidur agak lewat. Kenapa? Aku tersenyum sendirian. Lalu, aku berpaling merenung wajah seseorang yang masih pulas tidur disebelahku. Nampaknya seruan azan... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 36

28 November 2009 
Kategori: Novel

17,688 bacaan 9 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya “Abang Rizal!” Panggil Nina sebaik sahaja kami keluar dari kamar tidur. Aku sudah terasa menggeletar seluruh seluruh badan. Terasa tidak terpanggung kepalaku untuk memandang ke depan. Hanya lantai menjadi tempat persinggahan mataku.Suara-suara bising antara Yusrizal dan beberapa orang pekerja hotel tadi senyap tiba-tiba. Tentu mereka sedang memerhatiku. Apa reaksi... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 35

20 November 2009 
Kategori: Novel

12,511 bacaan 8 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Sudah hampir jam 12 malam batang hidung suamiku langsung tidak kelihatan. Sedari tadi aku sudah puas menunggu. Sehingga mataku terasa teramat berat untuk dibuka. Katanya tadi cuma sekejap. Tapi sekarang sudah hampir tiga jam aku menunggu, wajahnya masih jua tidak kunjung tiba. Entah kemana suamiku pergi? Sanggup dia meninggalkan aku keseorangan di sini sedangkan dia hilang entah... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 34

13 November 2009 
Kategori: Novel

11,053 bacaan 9 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Sudah beberapa minit mataku asyik sekali meneliti koleksi biola yang telah dipamerkan di Galeri Tun Mustapha ini. Banyak benar koleksi biola beliau. Jelas menunjukkan Allahyarham Tun iaitu ketua menteri Sabah yang pertama ini gemar sekali bermain biola. Selain koleksi biola, terdapat juga barang-barang kepunyaannya yang lain boleh disaksikan di sini. Seperti pingat-pingat kebesaran... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 33

6 November 2009 
Kategori: Novel

9,704 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Sebaik melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami mendapatkan teksi untuk ke Hyatt Regency Kinabalu Hotel yang terletak di Jalan Datuk Salleh Sulong Kota Kinabalu. Yusrizal telah membuat tempahan di hotel bertaraf lima bintang itu memandangkan tempat yang bakal kami lawati nanti hanya tertumpu di sekitar Kota Kinabalu sahaja. Lebih mudah untuk ke... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 32

23 October 2009 
Kategori: Novel

10,590 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Aku melihat jam dinding yang terletak di ruang tamu. Waktu ketika itu sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tapi batang hidung suamiku masih juga tidak kelihatan. Tidak pernah dia pulang selewat ini sepanjang kami berumahtangga. Inilah kali pertama. Perasaan risau tiba-tiba menjengah ke lubuk hatiku. Takut sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kepada suamiku. Slot... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 31

16 October 2009 
Kategori: Novel

10,256 bacaan 4 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya “Kenapa dia ada dekat sini?” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Yusrizal selepas tubuh Daniel hilang dari pandangan mata.“Kami ada perbincangan. Awak pun nampak tadikan?” Aku menjawab ringkas. Memang itu yang kami lakukan. Takkan hendak menafikan pula. Dan aku rasa itu sudah jelas pada pandangannya dengan keadaan kami tadi.“Bukan main mesra... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 30

9 October 2009 
Kategori: Novel

10,783 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Sudah genap tiga bulan usia perkahwinan kami. Bermakna sudah tiga bulan juga aku melalui hari-hariku dengan perasaan keliru yang begitu mencengkan jiwa. Tidak pernah aku membiarkan walau sesaat hatiku lepas dari menilai suamiku. Segala tindak tanduknya dan tutur katanya tidak pernah menguris hati dan perasaanku. Segalanya terjaga. Tidak seperti lima tahun lepas. Hari pertama... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 29

2 October 2009 
Kategori: Novel

10,225 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Huluran dari tangan Yusrizal aku sambut dengan rasa berat hati. Sudahlah dia yang membeli benda itu untuk aku. Bungkusannya pula lutsinar. Aduh, malunya hendak membawa benda ini! Aku memandang Yusrizal yang masih tersenyum. Seronok agaknya kerana dapat mengusik aku.“Jom,” ajaknya.Aku teragak-agak untuk menganggukkan kepala. Sempat aku meliarkan mata melihat manusia-manusia... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 28

16 September 2009 
Kategori: Novel

9,570 bacaan 4 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Pagi-pagi Sabtu begini terasa bosan sekali jika tiada apa-apa kerja yang dapat dilakukan. Hendak menolong mak cik Bibah membuat kerja rumah awal-awal lagi ditegah Yusrizal. Bila aku berdegil, diingatkan aku pula tentang dosa sekiranya membantah kata-kata suami. Jadi apa yang boleh aku lakukan melainkan mengelamun saja? Silap aku juga kerana tidak membawa pulang tugasan-tugasan... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 27

10 September 2009 
Kategori: Novel

9,241 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Ketika aku sampai di rumah jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kereta Yusrizal tidak pula kelihatan di porch. Bermakna lelaki itu belum pulang dari pejabat. Selepas mengambil semua barang-barang di dalam kereta aku mula mengorak langkah memasuki rumah.“Hah Ifa, dah balik?” tanya mak cik Bibah sambil menghulurkan tangan untuk mengambil barang-barang di tanganku.“Tak... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 26

3 September 2009 
Kategori: Novel

9,536 bacaan 3 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Setelah empat hari bercuti, hari ini aku akan kembali bertugas. Kedatanganku ke kelas disambut dengan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ daripada pelajar-pelajarku. Riuh-rendah kelas itu jadinya. Kerana takut mengganggu pelajar-pelajar di kelas sebelah cepat-cepat aku menyuruh mereka berhenti daripada membuat bising.“So, sekarang kena panggil Puan Ifa la ni?”... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 25

26 August 2009 
Kategori: Novel

10,259 bacaan 6 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Hari ini genaplah tiga hari aku menjadi isteri kepada Mohd Yusrizal Bin Mohd Hamzah. Perasaanku sukar diungkapkan sekarang ini. Benci, marah dan perasaan keliru bercampur-baur. Aku seperti tidak mengenali lelaki yang sudah menjadi suamiku sekarang. Terlalu berbeza sekali perwatakannya dengan Yusrizal yang dulu. Lelaki itu terlalu lembut percakapan dan sopan tingkah lakunya.... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 24

24 August 2009 
Kategori: Novel

10,008 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya “Morning!” sapaku. Aku mengambil tempat di sebelah mama. Ketika aku turun tadi jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Niatku bangun awal adalah untuk membantu ibu membuat sarapan. Tapi nampaknya aku terlambat lagi. Hidangan telah siap tersedia.“Aiks, pengantin baru awalnya bangun?” usik mama. Aku hanya tersenyum tawar. Faham sangat maksud mama itu. Sejak... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 23

17 August 2009 
Kategori: Novel

10,206 bacaan 3 Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Menjadi raja sehari memang memenatkan. Penat fizikal dan juga mental. Maklumlah, pengantin semestinya menjadi tumpuan tetamu. Oleh yang demikian, terpaksalah aku memaniskan wajah walaupun mukaku ketika ini terasa sukar yang amat untuk menghadiahkan senyuman buat tetamu. Tapi aku gagahkan jua. Masakan tidak, sedari upacara membatalkan air sembahyang sehinggalah sekarang jemariku... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 22

26 June 2009 
Kategori: Novel

8,738 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Ida Farisya Sedar tidak sedar hari yang tidak ingin aku lalui tiba juga. Aku memerhatikan wajahku yang sudah siap disolek oleh Mak Andam. Beberapa orang temanku yang hadir mengatakan wajahku nampak berseri-seri dan anggun sekali. Tapi bagiku seri itu hanya luaran. Sedangkan di dalam hatiku merusuh hiba. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kehidupan yang bakal aku lalui selepas ini. Adakah... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 21

13 June 2009 
Kategori: Novel

8,039 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : ida Telah genap seminggu ibu keluar dari hospital. Ibu juga sudah semakin sihat. Sudah boleh bergelak ketawa dan sudah boleh melakukan aktiviti seharian. Cuma ibu tidak boleh selincah dulu kerana luka pembedahan ibu masih belum pulih sepenuhnya. Mungkin tidak berapa lama lagi akan sembuh.Aku memerhati ibu yang kelihatan gembira sekali dikelilingi teman-temannya. Bukan main seronok lagi... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara Benci dan Rindu 20

5 June 2009 
Kategori: Novel

8,044 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Ida Sudah tiga minggu peristiwa itu berlaku. Dan kini aku boleh menarik nafas lega. Ketumbuhan yang selama ini mengganggu kesihatan ibu telah berjaya dibuang. Wajah ibu sudah tidak nampak pucat lagi. Malah ibu sekarang sudah boleh tersenyum bahagia seperti selalu. Aku amat bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Ternyata Tuhan masih sayangkan ibuku kerana memberi peluang untuk ibu melihat... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212