Novel : Apam Balik Nutella 27
Oleh : Hany Nafisya BAB 27 Dia melangkah setapak demi setapak bagi membolehkan si kecil Humaira mengekorinya. Kanak-kanak itu lebih gemar berjalan sendiri daripada didukung. Imran hilang entah ke mana. Selepas menurunkan mereka di taman itu, dia memandu ke suatu tempat. Katanya, dalam masa setengah jam lagi dia akan kembali untuk mengambil mereka. Humaira melompat-lompat keriangan. Sudah lama... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 26
Oleh : Hany Nafisya BAB 26 Chairil duduk termenung di ruang tamu. Baru pagi tadi Kay menelefonnya menyatakan bahawa gadis itu tidak dapat datang bekerja selama seminggu. Katanya, ayahnya tidak membenarkan dia keluar rumah kerana kemalangan yang dialaminya. Pada mulanya, dia sukar untuk mempercayai kata-kata gadis itu memandangkan kecedaraan pada wajahnya tidaklah serius. Kalau dia hendak bercuti sehari... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 25
Oleh : Hany Nafisya BAB 25 “Aku tak setuju! Aku tak setuju Kay bercinta dengan dia!” tempik Johan sambil tangannya menghentak meja di hadapannya. Imran tersengih melihat reaksi adik lelakinya itu. Memang sudah dijangka, itu yang akan berlaku sebaik sahaja dia mengetahui tentang perkara tersebut. Dia faham sangat sikap Johan. Dia tidak mungkin akan menyerahkan adik bongsu mereka kepada... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 24
Oleh : Hany Nafisya BAB 24 Masing-masing mendiamkan diri. Chairil dengan perasaan sebalnya, Kay pula dengan debaran di dadanya yang tidak mahu surut. Kedua-duanya tidak sedikit pun menjeling insan di sebelah. Setelah beberapa lama, barulah Chairil mengerling ke arah Kay yang sedang memandu. “K….” Dia tidak jadi untuk meneruskan niatnya untuk bertanya gadis itu. Dia kembali... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 23
Oleh : Hany Nafisya BAB 23 Hatinya menjerit sekuat hati. Arghhhh… tekanan betul! Ini semua orang tua banyak songeh punya fasal! Orang suruh cepat, boleh pulak dia berjoget depan cermin tadi. Dia tak tahu ke dah pukul berapa tadi? Pukul 8.40 tau! Bukannya pemuda itu tidak tahu jika mereka terlewat sedikit sahaja, jalan menuju ke hospital pasti sesak. Dia mendengus perlahan. Chairil di sebelah... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 22
Oleh : Hany Nafisya BAB 22 Dia memberhentikan kereta di petak parking berhampiran dengan KFC. Enjin kereta dibiarkan hidup lalu dia membuka pintu dan turun. Segera dia masuk ke dalam restoran tersebut dan beratur. Mujurlah tidak ramai orang ketika itu. Apabila tiba gilirannya, dia membeli seperti mana yang dipesan oleh Chairil. Setelah membayar, dia kembali ke kereta. Chairil menanti dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 21
Oleh : Hany Nafisya BAB 21 Dia berbaring di atas sofa sambil matanya cuba difokuskan ke kaca televisyen. Seminit… dua minit… masa berlalu. Dia mengeluh. Bosannya hari ini. Abang-abangnya, awal-awal lagi sudah keluar. Main tenis kata Johan. Disebabkan dia tidak mahu menjadi penonton bebas, dia tidak mengikut mereka. Rancangan kartun yang kelakar itu pun masih tidak dapat menghilangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 20
Oleh : Hany Nafisya BAB 20 Matanya melilau mencari kelibat pemuda itu. Ke mana pulak orang tua ni pergi? Ini semua Abang Im punya fasal! Suka-suki dia aje nak cium aku depan orang ramai. Mujurlah tempat mereka berdiri tadi agak terlindung. Jika tidak, pasti banyak yang memandangnya dengan perasaan jengkil. Nasibnya baik kerana Johan cepat-cepat menarik abang mereka ke tempat lain dan menerangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 19
Oleh : Hany Nafisya BAB 19 Dia menjeling ke tepi. Gadis itu senyap sejak tadi. Sejak dia keluar dari bilik persalinan dengan memakai dress hitam dan kasut yang dipilih oleh Sasha. Memang ketika itu dia tergamam melihat penampilan Kay. Dia benar-benar tidak menyangka gadis itu sanggup memakai baju sebegitu. Cantik. Sangat sesuai dengan bentuk badannya yang ramping dan warna kulitnya yang cerah. Tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 18
Oleh : Hany Nafisya BAB 18 Matanya terkebil-kebil memandang pemuda itu sebaik sahaja pintu lif terbuka. Segak bergaya. Tuxedo hitam yang dipakainya memang sesuai sangat dengan dirinya. Ada kelainan pada penampilannya. Rambutnya digel dan disikat rapi. Chairil melangkah keluar dengan senyuman terukir di bibir. Dia terjengkek-jengkek. Apahal pulak mamat ni senyum-senyum kat aku? “Kenapa... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 17
Oleh : Hany Nafisya BAB 17 Dia hairan. Sepanjang hari ini, gadis itu tidak banyak bercakap. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sepuluh patah ditanya, satu patah juga yang dijawab. Setiap arahannya pasti dituruti tanpa banyak soal. Tidak seperti selalu di mana gadis itu akan merungut jika diberikan sebarang tugas yang tiada kena-mengena dengan tugas seorang pemandu. Hari ini hari mogok bercakap... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 16
Oleh : Hany Nafisya BAB 16 Dia menguap beberapa kali. Kepenatan jelas terasa. Namun, matanya masih mahu berehat. Sudah beberapa minit dia memejamkan matanya. Masih tiada kesan. Otaknya cuba dikosongkan. Tetapi, tidak berjaya. Segalanya masih kuat melekat di mindanya. Satu persatu peristiwa yang berlaku tadi berlayar di hadapan matanya. Mengapa semua perkara yang berkaitan dengan pemuda itu juga... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 15
Oleh : Hany Nafisya BAB 15 Dia merenung gadis yang sedang makan dengan lahapnya. Buruk pulak perangai budak ni aku tengok. Jangan sampai dia buat perangai begini semasa majlis amal tu sudahlah. Malu aku dibuatnya. Mana nak disorok muka aku yang kacak ni? Getusnya di dalam hati. Tiba-tiba sahaja dia terperah santan. Bolehlah guna untuk buat masak lemak. Tiba-tiba suapan Kay terhenti. Dia mengangkat... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 14
Oleh : Hany Nafisya BAB 14 Selepas menghantar Chairil tadi, dia terus ke situ tanpa melihat jam di tangan. Masuk hari ini, sudah hari kedua pemuda itu terpaksa menaiki motosikalnya ke pejabat. Walaupun dia sentiasa mencebik dan mengomel itu dan ini, dia tetap juga menurut. Kay tersenyum puas. Gembira tidak terkata apabila berjaya membuat si diktator mengikut segala kata-katanya. Bangga beb! Besar... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 13
Oleh : Hany Nafisya BAB 13 Kepalanya ditoleh ke kanan. Kemudian, ke kiri. Tidak kelihatan sebuah kereta pun di situ. Yang kelihatan hanyalah motosikal milik Kay. Dia kemudian merenung tajam Kay di sebelah. Gadis itu tersengih sambil menayang barisan giginya yang putih. “Mana kereta? Bukan tadi aku dah pesan ke?” soalnya. “Kereta awak masih kat bengkel,” jawab Kay.... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 12
Oleh : Hany Nafisya BAB 12 Kay membelok ke tepi sebaik sahaja enjin kereta yang dipandunya mati. Dia mengerling ke arah Chairil yang sedang membaca surat khabar. “Hei! Kenapa kau berhenti kat sini? Jauh lagi nak sampai ke pejabat ni?” tanya Chairil. Dia meletakkan akhbar yang dipegangnya di atas riba. “Tak tahulah, bos. Tiba-tiba aje kereta ni buat hal,” jawab Kay. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 11
Oleh : Hany Nafisya BAB 11 “Chairil, aku nak beritahu kau sesuatu. Aku harap, kau tabah,” ujar Zakwan perlahan. Kenapa lain macam aje aku dengar? Macam ada sesuatu yang buruk aje yang terjadi. Chairil memegang erat gagang telefon. Cuba untuk menenangkan diri. “Apa dia?” soalnya pendek. “Aku bukan tak nak tolong kau. Aku nak sangat. Tapi…,”... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 10
Oleh : Hany Nafisya BAB 10 Kay sudah pun memesan sepinggan nasi goreng pattaya dan segelas jus tembikai susu. Dia cuba untuk membuka telinganya seluas yang mungkin. Namun, masih tidak dapat mendengar perbualan di antara Chairil dan Zakwan. Seolah-olah ada rahsia besar yang dibincangkan. Rahsia apa tu? Rahsia negara ke? Sekali-sekala, kedengaran gelak ketawa mereka berdua. Ini yang tak puas hati... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 9
Oleh : Hany Nafisya BAB 9 Chairil mengeluh. Sekejap dia berpusing ke kanan. Sekejap ke kiri. Dia resah. Tidak tahu siapa yang dapat menolongnya. Baru minggu lepas doktor berpesan agar tidak banyak berjalan. Sekarang, dia sudah dijemput ke satu majlis penting oleh salah seorang pelanggan syarikatnya. Hendak ditolak jemputan tersebut, nanti apa pula kata pelanggannya? Hendak disuruh abangnya pergi,... [Teruskan bacaan]
Novel : Apam Balik Nutella 8
Oleh : Hany Nafisya BAB 8 Suasana pagi itu hening. Tiada sesiapa di banglo mewah itu selain Chairil, Mak Som dan Kay. Kay membuka majalah Kereta yang bertindan di atas meja berhampiran dengan lif. Dia menyelak-nyelak helaian majalah tersebut. Tiada satu artikel pun yang menarik minatnya. Dia lebih gemar membaca majalah berkaitan motosikal berkuasa tinggi. Dahulu, ayahnya ada menawarkan sebuah... [Teruskan bacaan]







