Novel : Biar aku jadi penunggu 39

6 April 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi bab 39 “Pia…” panggil Rafaal lembut apabila gadis yang sudah sah menjadi tunangannya seminggu lalu, diam membisu ketika talian disambungkan. Dia teringat lagi wajah Afia yang terkejut apabila melihat kedatangan ibubapanya menghadiri jemputan kenduri doa selamat itu disertakan dengan hajat merisik sekaligus pertunangan dijalankan. Itu juga atas permintaan Afia yang tidak mahukan... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 38

30 March 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi bab 38 “Pia…takkanlah tak suka sampai hancur ikan ni Pia kerjakan…” kejut Iffat apabila melihat Afia jauh termenung dengan tangannya meramas kuat ikan cencaru yang siap disiang dibawah pancuran air. Afia dan Afwan bermalam di rumahnya semalam kerana selepas maghrib nanti kenduri doa selamat akan diadakan sempena rumah baru Afeef dan Iffat. Pagi-pagi Sabtu itu lagi kedua buah... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 37

20 March 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi 37_arsha “Iffat, betul ke mama nak kenalkan anak kawan mama dengan Afia?” tanya Afeef ketika duduk di pangkin hadapan rumah Iffat petang hujung minggu itu. Aqil dibiar lepas berjalan tapi masih dalam pemerhatian mereka berdua. Puan Hasmidah pula leka membersihkan rumput-rumput kecil di dalam pasu tepi rumah. Sesekali si kecil Aqil turut melakukan perkara yang sama. “Ha’ah.... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 36

9 March 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi 36_arsha “Iffat…abang mintak maaf pasal petang tadi..”ucap Afeef ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Aqil telah lena di pangkuan Iffat. “Hmm..”balas Iffat pendek. Selepas makan malam tadi, dia dan Afeef langsung tidak bercakap apa kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Iffat dengan kerja-kerja mengemas di dapur membantu Afia dan Afwan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 35

23 February 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi Bab 35 “Tersenyum lebar nampak..” tegur Atikah di muka pintu. Afeef menegakkan wajahnya memandang wanita seksi dengan skirt pendek sendatnya. “Err,..takdalah. You ada apa-apa hal ke jumpa I ni? Tiba-tiba je..” balas Afeef sambil membetulkan duduknya di kerusi empuk itu. “Ni I nak bagi fail syarikat yang you mintak semalam. Sorry I bagi lambat.” Terang Atikah sambil menghulurkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 34

14 February 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Afeef..” tegur Iffat selepas menidurkan Aqil. Afeef ketika itu sedang khusyuk membaca di kerusi rehat di dalam bilik mereka. Dari tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Waktu makan malam pula mereka makan berasingan. Selepas Iffat membersihkan diri, apabila turun sahaja ke dapur dilihat Afeef sedang mencuci pinggan di sinki. Pastinya lelaki itu sudah selesai makan. Afeef... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 33

20 January 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Abang, tak payah la nak buat muka tak ikhlas abang tu kat depan Pia. Kalau abang nak naik ofis, pergi ajalah. Pia okey sorang kat sini. Dah habis makan pun.” kata Afia perlahan apabila tiada langsung perkataan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu sehingga dia selesai menghabiskan makanannya. “Eh. Mana ada. Abang ikhlas la temankan Pia makan kat sini.”... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 32

2 January 2012 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi Awal subuh lagi Iffat sudah bangun untuk melakukan tanggungjawabnya buat kali pertama dalam hidup sejak bergelar isteri Afeef. Apa yang pasti, lena tidurnya semalam dalam pelukan Afeef. Dia tidak pernah menjangkakan akan tidur selena itu apabila di sisi Afeef. Sudah lama dia tidurnya tidak pernah lena sejak bergelar isteri. Saban malam akan gelisah di tempat tidurnya sendiri. Selepas... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 31

21 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi bab 31 Selepas menjemput Aqil di rumah Haji Ramlee dan Hajah Zubaidah, Afeef dan Iffat terus pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan itu tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut keduanya. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali terdengar suara Aqil yang leka bermain dengan robot transformers pemberian Afia. Afeef sesekali menoleh ke wajah Iffat yang memandang... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 30

8 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Thanks sebab sudi masak untuk aku hari ni” bisik Afeef mengejutkan Iffat yang sedang leka memcuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi. “Astaghfirullahal’azim..boleh tak lain kali kalau nak tegur bagi salam dulu.” Tegur Iffat dengan tindakan Afeef. “Ops..sorry sorry..lupa..” balas Afeef yang sudah tersenyum melihat Iffat yang terperanjat. Nasib... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 29

27 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi 29_arsha “Ummi, semalam kan..adik jumpa Kak Iffat yang ummi cerita tu..tapi dengan husband dia la. Boleh tahan jugak abang Afeef tu..” beritahu Alia ketika sedang bersarapan bersama keluarganya. Rafaal awal pagi lagi telah keluar berjoging. “Ha? Yeke?” balas Datin Suraya sambil menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan Datuk Ehsan. Datuk Ehsan pula yang sedang... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 28

17 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Assalamualaikum, morning.” Tegur Iffat melihat Afeef sedang mengisi air di dalam cerek untuk dijerang. Dia tak tahu di mana lelaki itu tidur malam tadi apabila dia mengunci bilik semalam. Nenyak dia tidur semalam selepas puas menangis sampai terlupa akan Afeef. “Waalaikumussalam. Morning Fat.” balas Afeef mesra. ‘Ya Allah ya tuhanku, Kau berkatilah hubunganku... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 27

5 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi 27 “Feef..kau nak minum air panas? Aku boleh buatkan..” sapa Iffat melihat Afeef yang sedang khusyuk menonton siaran tv selepas makan tadi. “Erm..boleh jugaklah. Macam biasa.” Ujar Afeef dengan mata masih di skrin tv nipis itu. Iffat terus berlalu ke dapur kerana memahami perkataan ‘biasa’ yang dikatakan oleh Afeef tadi merujuk kepada air milo panas kegemarannya.... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 26

24 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Fat, kita mandi pastu solat dulu. Siap nanti baru kita kemas sama-sama.” Ajak Afeef seraya meletakkan semua barang dapur yang dibeli di atas meja makan. Iffat yang masih tercegat di pintu masuk mendiamkan diri. Dia sebenarnya kagum dengan perhiasan rumah itu mahupun ianya tidak sebesar rumah keluarga mertuanya. Dari ke perabot hinggalah ke barang perhiasan seperti replika... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 25

15 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi 25_arsha “Iffat.. you buat apa kat sini?” sapa Rafaal mesra sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Afeef. Dia lihat wajah lelaki itu sudah masam mencuka. Ikhlas tak ikhlas sahaja Afeef menyambut tangan Rafaal. Iffat pula menghulur salam kepada gadis kecil molek di sisi Rafaal. “Err.. I nak beli barang sikit.” Jawab Iffat. Dia jeling Afeef di sisi.... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 24

10 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi bab 24 “Hamani, kamu dah siap kemas semua baju kamu?” Sapa Encik Abdul Rahim ketika Iffat sedang asyik menonton filem korea ‘The Relations,face and love’. Walaupun telah berulangkali menonton filem itu, sengaja dia ingin menonton lagi kebetulan baru ditayangkan di tv. Dia suka akan sikap penerimaan yang ada dalam diri watak hero dan heroin filem itu yang mana menerima... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 23

1 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Fat, hulurkan lampu suluh kat belakang tempat duduk kau tu.” Pinta Afeef yang mula menggigil kesejukan. Iffat baru perasan yang Afeef tidak memakai jaketnya tadi. Jaket itu sudah diletakkan di tempat duduk belakang. Terasa sejuk kulitnya apabila disapa angin yang menderu masuk saat Afeef membuka pintu kereta untuk mengambil lampu suluh. “Kau tunggu sekejap. Aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 22

24 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Iffat dah makan?” tanya Hajah Zubaidah seraya meletakkan secawan teh di atas meja kopi hadapan Iffat. “Err..dah ma..Alhamdulillah. Sebelum datang sini tadi Iffat dah makan.” Jawab Iffat lembut. Tibanya di rumah itu tadi, dia langsung tidak melihat kelibat Afeef. Dia pandang juga ke arah tangga kalau-kalau lelaki itu turun. Aqil pula tadi telah mengikut Haji... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 21

17 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “Kamu kata, kamu balik petang. Ni tengah hari dah balik. Siapa nak makan laksa ni?” Tanya Puan Hasmidah saat membelek barang-barang basah yang Iffat letakkan di atas meja. “Ni nak masakkan Afeef laksa. Semalam dia kata teringin nak makan laksa. Tu yang balik awal. Hamani ambik cuti separuh hari ni mak.” Jelas Iffat seraya mengeluarkan barang-barang basah yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Biar aku jadi penunggu 20

12 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : arsha wangi “SubhanAllah..” ucap Afeef spontan ketika melangkah masuk ke bilik Iffat yang masih diterangi lampu kalimantang itu. Terkejut dia melihat Iffat yang sedang berbaring sambil memeluk Aqil yang turut sama lena. Dia terperanjat apabila melihat Iffat yang tidak bertudung itu. Rambut hitamnya mengurai dibiar lepas hampir mencecah pinggang. Itulah kali pertama dia melihat aurat... [Teruskan bacaan]