Novel : Cerita Tentang Kita 11
Oleh : Allianora BAB 12 SEMENTARA itu, Natasha ternanti-nanti kehadiran Hedri. Terasa seperti tidak sabar mahu melihat reaksi Hedri apabila dia menunjukkan foto mereka berdua dan juga cincin perak yang sudah siap diukir. Natasha mengeluarkan cincin tersebut dari saku bajunya. Perkataaan ‘Hedri & Tasha’ jelas terukir di sebelah dalam. Bibirnya sedikit menggigil menahan debaran di dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 10
Oleh : Allianora BAB 11 JAM loceng di atas meja sisi katil berbunyi nyaring. Hedri terpisat-pisat bangun, mengeliat sebelum mencapai lalu mematikan loceng tersebut. Jarum jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Hedri bangun untuk mandi dan bersolat subuh. Setelah menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, dia meluangkan sedikit masa dengan membaca surah Yassin dan bersolat sunat hajat. Niat di hati untuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 9
Oleh : Allianora BAB 10 “MACAM MANA cuti kamu semua? Seronok tak?” tanya Puan Nora yang kelihatan tidak sabar-sabar mahu mengikuti perkembangan anak-anaknya yang baru pulang dari Kedah petang tadi. Dia amat berharap hubungan Khairil dan Saffiya semakin rapat. Tambahan pula, dia sudah berpakat dengan ibubapanya di kampung. “Boleh tahan, mak. Seronok sangat. Kedah memang cantik. Kita... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 8
Oleh : Allianora BAB 9 CUACA memang cerah hari ini. Saffiya melayani perasaan sendirian di tepi sawah. Dia melangkah perlahan-lahan, khayal dalam lamunan yang direkanya sendiri. Dia betul-betul mahukan Khairil. Dia mahu hati lelaki itu jadi miliknya, selama-lamanya tanpa paksaan. Biarlah perasaan itu akan datang tanpa dipaksa. Dengan rela dan dengan sepenuh hati. Ketika dia menghayati bayu yang berpuput... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 7
Oleh : Allianora BAB 8 KHAIRIL mengeluh. Sebelum dia melangkah masuk, sempat juga dia menyusun kata-kata di benaknya. Apa tidaknya, kalau sebelum ini dia pulang ke rumah Tok Wan bersama Natasha dan ibubapanya, kali ini dia muncul bersama Natasha dan Hedri, dan yang paling utama tentulah Saffiya. Gadis itu tentu akan menarik perhatian semua orang, dan Khairil sudah mengagak ibunya tentu telah menghebahkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 6
Oleh : Allianora BAB 7 HEDRI tersengih-sengih sendirian seraya mengusap-usap lembut cincin perak pemberian Natasha. Hatinya berbunga riang. Hati gadis itu milik dia juga akhirnya. Hari ini, biar seribu kali dia dimarah atau dihina oleh pak ciknya, dia tidak kisah. Setidak-tidaknya dia ada insan yang menyayanginya. Tapi, pelik juga… tidak pula dia mendengar suara Pak Cik Muiz. Biasanya waktu-waktu... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 5
Oleh : Allianora BAB 6 KEDENGARAN suara Puan Nora memekik memanggil nama Khairil dan Natasha dari jauh lagi. Mak Siti yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman bergegas menuju ke pintu pagar setelah menutup pili air. Encik Amir yang kelihatan bersahaja, sedia maklum dengan gelagat isterinya. Lagipun, sepanjang mereka berada di Sarawak, isterinya hanya tahu mengomel dan merungut, konon rindu... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 4
Oleh : Allianora BAB 5 SUDAH beberapa hari Natasha perasan kehadiran Hedri di Up Town Cafe. Pemuda itu seringkali berkunjung pada waktu petang. Fikir Natasha barangkali waktu itulah yang paling sesuai untuk dia singgah selepas tamat waktu pejabat. Menu yang dipesan pula adalah sepotong kek coklat dan secawan kopi panas. Pelik juga Natasha. Barangkali itulah menu ringan yang paling disukainya. Citarasa... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 3
Oleh : Allianora BAB 4 KHAIRIL tunduk, tercari-cari sesuatu di bawah meja. Sebatang pen berwarna emas berjaya dicapainya. Khairil segera bangun membetulkan duduknya apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. “Hello…” ucap Khairil. “Hai, Khairil. Buat apa tu?” Suara seorang gadis yang cukup dikenali menegurnya penuh manja. Ternyata suara itu mampu membuatkan Khairil... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 2
Oleh : Allianora BAB 2 NATASHA tekun menyelesaikan kerja-kerjanya. Sesekali matanya melirik ke arah satu sudut yang agak tersorok di kafe tersebut. Pandangannya difokuskan ke arah seseorang yang agak dikenalinya. ‘Nampak macam Hedri. Betul ke Hedri tu? Ala, buat selamba aje la. Kalau silap orang aku jugak yang malu nanti,’ ujarnya sendirian sebelum menyambung semula kerja-kerjanya. Namun,... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Kita 1
Oleh : Allianora PROLOG 20 APRIL 2007 Jumaat, 6.05 petang SEORANG gadis berlari meredah hujan lebat. Derap langkahnya pantas. Payung yang dibawanya masih tidak mampu untuk melindungi tubuhnya daripada terkena titisan air. Slack hitam yang dipakainya basah kuyup. Dipeluknya erat beg sandang berwarna coklat, hadiah daripada kakak iparnya yang sedaya-upaya cuba dilindungi dari terkena air hujan. Rambut... [Teruskan bacaan]







