Cerpen : Cik Rambut Perang
Oleh : Wan Noorhidayat PETANG itu benar-benar mendamaikan jiwa aku. Terasa segar tubuh ini selepas menjalani latihan ragbi sebentar tadi. Aku berkira-kira untuk pulang sahaja ke rumah memandangkan hari sudah hampir ke senja. Ketika aku sedang berjalan bersama kawan-kawan yang lain, dari jauh aku sudah nampak kelibat dia sedang duduk sendirian di tepi padang. Apa agaknya yang dia buat petang-petang... [Teruskan bacaan]
Cerpen : My Gentleman
Oleh : PUTRIN IEJA Nafas ditarik, dan dihembus perlahan-lahan. Fail ditangan digenggam kemas. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja. Penampilan mesti kemas, mesti nampak berkeyakinan. Pandangan pertama rakan sekerja mahupun boss mestilah positif. Oleh itu, dia sudah bersedia sejak awal lagi. Blaus bewarna putih dipadankan dengan skirt labuh warna hitam. Kasut bertumit yang paling tinggi dimilikinya... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Adam Hawa = A&A
Oleh : salju qaseh@lya aqila Ain Mazuin pandang kelilingnya. Otak gadis itu penuh dengan muslihat. Sesekali dia tekup mulut. Tawa yang ingin terburai hanya meledak di kerongkong. Dia menyudahkan ‘kerja gila’nya itu. kemudian dia lekas berlari ke mejanya dengan rasa bangga. Bangga kerana dapat lunaskan api dendam itu. ‘Perang’ entah ke berapa kali itu masih berlanjutan. Tiada kata sepakat untuk... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Tasbih Cinta Buatmu
Oleh : Airis Addiana “AHHH….geram!!!” Beberapa hentakan tangan dilagakan di atas meja. Putih tapak tangannya sudah berpijar kemerahan. Sepatutnya berasa sangat sakit tetapi amarah yang bergelora di dalam dada mengatasi kesakitan itu. Satu keluhan nafas diluahkan kasar. “Sampai bila kau nak mengamuk macam ni, Izz?” Izzara membeliakkan mata memandang Alia yang... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Di saat aku ingin mencintaimu
Oleh : pensilmekanikalpink Ariyana merapati Muaz, pak ciknya yang paling rapat dengannya. Pak ciknya yang muda itu masih berusia 17 tahun dan tahun ini pak ciknya itu bakal meduduki SPM. Cuti dua minggu ini dimanfaatkan dengan bercuti di rumah neneknya merangkap juga ibu kepada pak ciknya itu. Ariyana mengibas tempat duduknya yang bersebelahan dengan pak ciknya itu. “Nenek panggil balik makan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Batas Asaku
Oleh : Juemelda Hermand “APA nak jadi dengan kau ni Hia? Kerja kau membuta aje 24 jam, rumah ni pun kau tak kemas. Kau nak harapkan siapa? Aku ni balik kerja, penat tahu tak? Tapi kau macam tak paham langsung! Pinggan kat sinki tu bertimbun kau tak basuh, kau tunggu siapa nak basuhkan? Kau nak tunggu aku yang buat? Apa kau ingat aku ni kerja kat luar tu macam main pondok-pondok? Bertuah punya... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Hingga Syurga
Oleh : FAIZ NOR Kehidupan itu penuh dengan warna-warni. Kehidupan juga penuh dengan kejutan. Kehidupan itu menyimpan banyak rahsia. Kehidupan itu sendiri penuh misteri. Kehidupan itu rahsia-Nya. Kita sebagai hamba-Nya tidak mampu menebak segala kemungkinan. Walau apa pun sebagai manusia seharusnya kita menempuh kehidupan ini dengan pelbagai syarat. Antara syaratnya perlu ada rasa sabar. **************** ... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Hanya Kerana Dia
Oleh : eiyna na Melissa merenung dari luar tingkap, memerhati gelagat manusia dengan pelbagai ragam dalam menjalani kehidupan mereka,puluhan manusia ini yang berada dalam komuter untuk menuju ke destinasi masing-masing manarik perhatian Melissa. Fikirannya tiba-tiba terhenti apabilamendengar pengumuman bahawa komuter yang dinaikinya akan berhenti di stesen KL Sentral dalam beberapa minit lagi.... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Mencintaimu
Oleh : mia melati Batuk Arash kian menjadi-jadi. Sesekali dia mengurut dadanya menahan sakit. Arash berjalan perlahan menuju ke dapur dan membuka lemari kabinet bahagian atas. Di situ disimpan segala jenis ubat. Ubat kapsul ada, ubat pil ada dan ubat jenis air pun ada. Arash mencapai satu botol ubat batuk yang dibeli di farmasi berhampiran pejabatnya tempoh hari. Setelah membaca label di botol itu,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Dia untuk ku
Oleh : Zalina Shamlina Aku hanya terdiam selepas mendengar setiap butir bicara yg diluahkan ibu ku. seperti tidak percaya dengan apa yang baru aku dengari. ” Alah.. bukan kau tak kenal dia. Masa kecik dulu kan kau selalu bermain, bergaduh dengan dia.” Bersahaja ibu meluahkan kata-kata. ” Itu masa kecik Ibu…Imah pun dah tak ingat rupa dia. Kalau berselisih pun... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Mata Coklat si Gadis Buta
Oleh : Cielo Zunnurain “Wah akak tengok tu ade burung flamingo la dekat pantai tu” Jari halus kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menunding ke arah sekumpulan burung merpati yang yang bertenggek di atas dahan pokok rhu pantai itu. “Chet tu bukan flamingo la tu burung merpati je la” Tegasku. Kami sama-sama tergelak. Percutian di Pulau Tioman adalah tiket hadiah kepadaku.... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Sistem Barter Cinta Kita
11 December 2011
Kategori: Cerpen
21,343 bacaan 185 Ulasan
Oleh : Rehan Makhtar PAGI ini rasa sejuk semacam je. Mencucuk hingga ke tulang hitam. Malam tadi hujan lebat, itulah agaknya sejuk pagi ni. Mak pula dah suruh aku ke rumah Mak cik Ana, hantar nasi lemak. Nak cakap malas karang, tak pasal-pasal kena smash. “Kenapa rumah Mak cik Ana je, mak?” tanya aku bila mak hulurkan pinggan nasi lemak. Pelik jugalah bila setiap kali rumah... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Oh Madi, Aku Suka Kau!
Oleh : Liya Zafrina Kehidupan ini memang penuh warna-warni sebenarnya. Dan aku telah melakarkan kesemua warna-warna kehidupan itu ke dalam lukisan-lukisanku mengikut imaginasiku sendiri. Kenapa aku buat macam tu? Alasannya mudah sahaja. Aku bukannya seorang yang pandai berkata-kata dan meluahkan perasaan. Dengan melukis, aku dapat meluahkan seluruh perasaan aku ketika tangan aku mula melakar apa saja... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Butakah Cinta
Oleh : east chynta Kenapa semua orang, kalau nak cari pasangan mahu yang cantik-cantik…yang sedap mata memandang? Tak cukup dari tu, kalau boleh nak yang bergaya dan poket masyuk. Bukankah setiap insan di dunia ni, telah di takdirkan seseorang itu akan mendapat jodohnya. Tapi aku ni, bukan setakat cinta nak menyinggah tapi bayang pun takda. Apa yang ada hanya kutukan dan sindiran. Aku tahu la,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Mak! Tak Nak Kawen Awek Gangster!!!
11 December 2011
Kategori: Cerpen
22,689 bacaan 105 Ulasan
Oleh : SEMPOIYY QILLERW “Hishh, Apa hal ni!!! Giler ke korang semua ni!!! Lepaskan aku!!! Lepassss!! Korang jangan buat sewel kat sini…. Cepattt!!! Baik korang lepaskan aku sebelum aku kungfukan korang! Aku nih pemegang black belt tau… sebelum aku bertukar jadik hulk ijau tuh! Baik korang lepaskan aku dan cabut. Bil hospital sekarang pun dah tinggi! Nanti tak pasal-pasal rabak poket... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cintailah Aku…
11 December 2011
Kategori: Cerpen
14,082 bacaan 106 Ulasan
Oleh : Farisya Natasha “Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Dah berapa lama kau macam ni? Dah setahun lebih kan. Kenapa kau tak serik-serik ni hah? Dia cuma nak main-mainkan kau aje. Bila boring dia contact kau tapi bila dia ada peneman, kau jadi macam tunggul aje. Sedarlah Thia. Wake up girl! Bukan dia aje mamat yang ada dalam dunia ni” Naik geram Nurul menasihatkan Fathia Zafirah tetapi... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Salahkah Aku Kagumi?
10 December 2011
Kategori: Cerpen
18,886 bacaan 161 Ulasan
Oleh : Rehan Makhtar / S@r@ Sassy Gurlz SAIFULLAH AKU berlari dengan tergesa-gesa menuju ke pintu rumah. Panggilan ibu yang menyuruh aku bersarapan terlebih dahulu, aku jawab dengan gelengan sahaja. Terkocoh-kocoh aku menyarungkan stoking ke kaki. Ibu menggeleng-gelengkan kepalanya. “Apa sajalah yang dikejarkan sangat tu? Penat-penat je ibu masak. Lepas ni ibu nak mogoklah. Kalau... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Hati Ini
10 December 2011
Kategori: Cerpen
14,174 bacaan 122 Ulasan
Oleh : Umi Kalsom “NAMA?” soalnya sambil memandang gadis di hadapannya. “Suzana. Panggil Ana je!” Matanya tidak beralih lagi dari wajah gadis itu. Segarit senyuman sinis dihadiahkan buat insan bernama Suzana itu. “Kenapa nak kerja kat sini?” soalnya lagi. Suzana pandang saja wajah pemuda yang sedang menemuduga dirinya di saat ini. ‘Muka... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Bukan Tak Sudi
Oleh : aku_dia Aku dan Naufal sama-sama duduk atas bangku yang dibuat oleh atok. Mata aku tak lepas daripada memerhatikan sawah padi yang terbentang luas. Warna hijau daun-daunnya mendamaikan mata yang melihat. Aku menghela nafas perlahan. Naufal yang sejak tadi mematikan diri sedikit sebanyak membuatkan aku serba salah nak bercakap. Semenjak aku memberitahu dia tentang surat yang tiba dua hari lepas,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Saya BENCI Awak Encik Mimpi!!!
Oleh : Isha Idiaz “KRENG KRENG KRENG!!” bunyi bising yang datang daripada bilik sebelah itu membuat Syaza terjaga lagi daripada tidurnya malam ini. “Aish! Bising betul la Encik Mimpi ni!” Syaza merengus keras. Bantal yang tadinya dibuat alas kepala kini sudah dipekup ke telinga. Di bilik sebelah, seorang jejaka sedang sibuk mereka sebuah lagu baru dengan gitar akustik kesayangannya... [Teruskan bacaan]







