Cik Bunga dan Encik Sombong

29 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

327 bacaan Catat Ulasan

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia. Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 16

16 January 2012 
Kategori: Novel

21,642 bacaan 114 Ulasan

Oleh : AIRISZ “KENAPA muram saja ni? Ada masalah lagi?” soal Olin. Dia masih sibuk menyiapkan bunga telur untuk majlis perkahwinanku. Kata Olin itu saja hadiah yang dia mampu berikan kepadaku. “Tadi Erny datang butik masa aku dengan Harris nak cuba baju majlis pernikahan kami,” jawabku sambil mendekati Olin. Langsung tak ada semangat untuk membantu Olin. “Dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 15

29 December 2011 
Kategori: Novel

15,327 bacaan 68 Ulasan

Oleh : AIRISZ HUJUNG tengahari itu ketika aku bertugas di bahagian kaunter, aku terkejut bila melihat kehadiran Datin Nora bersama Erny Humairah. Aku rasa mereka memang mahu menyerang aku, jadi aku mula bersedia. Aku pandang Kak Yan dan Olin saling berganti. Tahu mereka juga risaukan aku. “Aku nak cakap sikit dengan kau!” kata Datin Nora bersama wajah sombongnya. Perlahan aku tekan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 14

14 December 2011 
Kategori: Novel

16,740 bacaan 91 Ulasan

Oleh : AIRISZ TERKEJUT aku dengan kehadiran Erny Humairah hujung tengahari itu. Langsung aku tidak menyangka Erny akan mencariku hingga ke Yan’s Florist. “Kita berbincang sekejap!” kata Erny dengan nada sedih. Wajahnya juga nampak pucat lesi. Jadi aku putuskan untuk berbicara di taman permainan kanak-kanak yang terletak hujung deretan kedai. Rasanya di situ tempat paling sesuai... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 13

2 December 2011 
Kategori: Novel

15,826 bacaan 55 Ulasan

Oleh : AIRISZ “SELAMAT PAGI!” Aku toleh belakang. Harris sudah berdiri sambil pandang aku. Seulas senyuman sudah menghiasi bibirnya. Hmm…satu perasaan singgah di benak. Damai saja setiap kali terpandang wajahnya. Renungan matanya, senyuman daripada bibirnya seolah-olah menyempurnakan hidupku. Alangkah bertuahnya kalau aku memiliki semua yang ada pada dirinya. “Selamat... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 12

24 November 2011 
Kategori: Novel

17,426 bacaan 52 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 12 “SEJUK KE?” soal Harris sebelum kami melangkah menuju Bharat Teh Plantation. Waktu itu sudah hampir 5.30 petang. Hujan pula masih renyai-renyai menjadikan suasana menjadi lebih dingin dan berkabus. “Sejuk jugak!” Aku jawab sambil peluk tubuhku. Terus Harris buka jaket kulitnya. Disarung ke bahuku kemudiannya. “Eh! Tak payahlah. Encik sejuk tu.”... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 11

11 November 2011 
Kategori: Novel

16,772 bacaan 70 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 11. SAMPAI kebun bunga milik Kak Yan dalam pukul 12.00 tengahari. Seperti biasa aku disambut oleh Pak Saad dan isterinya yang juga bekerja di kebun bunga Kak Yan sebagai tukang masak. Selebihnya 3 orang pekerja dari Bangladesh. Kesemuanya lelaki. Kemudian aku diperkenalkan dengan sepasang suami isteri yang baru bekerja di ladang bunga tersebut. Menurut Pak Cik Saad, si isteri tu adalah... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 10

2 November 2011 
Kategori: Novel

19,810 bacaan 76 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 10 RASANYA, pasangan yang sedang bercinta atau di alam pertunangan, akan menghabiskan masa-masa indah mereka di dalam panggung wayang, komplek membeli belah, atau di tempat-tempat indah untuk memadu asmara. Tapi aku ini berbeza betul. Masa Harris telefon tadi dan ajak keluar, aku dah target mesti pergi makan-makan. Paling-paling pun mesti KFC. Tapi sangatlah terkejutnya bila ayat... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 9

19 October 2011 
Kategori: Novel

18,922 bacaan 81 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 9 SUMPAH, kalau aku tahu begini jadinya, aku tak ingin terlibat sama sekali dengan penyakit perasaan ini. Aku rela jadi seperti Intan Asnidar waktu dulu-dulu. Intan Asnidar yang tak pernah terusik perasaannya. Aku tak akan sesekali terlibat dengan kekasih orang! Aku tegaskan, tak akan sesekali! Tapi keadaan sudah jadi sebaliknya. Aku memang sudah benar-benar terlibat dengan kekasih... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 8

12 October 2011 
Kategori: Novel

19,147 bacaan 61 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 8 SAMBIL gubah bunga, aku terfikir jugak tentang Harris. Memang aku ada fikir tentang dia sejak malam tadi. Macam-macam aku fikir. Antaranya tentang Datin Nora. Pasti Datin Nora bakal menentang habis-habisan dan aku ada fikir juga mungkin hubungan aku dengan Harris tidak berkesudahan dengan baik. Tiba-tiba saja aku jadi cemas. Kenapalah aku boleh terlibat dengan perkara begini tanpa... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 7

5 October 2011 
Kategori: Novel

16,526 bacaan 60 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 7 “LA, kesiannya, bakal adik ipaq Kak Imah yang kena siang ikan. Hang Intan, awat dera Harris sampai macam ni sekali? Awat tak panggil kak!” ujar Kak Imah sebaik saja datang dekat aku. Kak Imah cuit bahu aku sebelum dia sendiri duduk sebelah aku. “Ingat Kak Imah sibuk tadi! Tu malas nak panggil. Ni kebetulan kak Imah dah mai, nak tanya Mak Cik Ros sihat lagi?”... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 6

27 September 2011 
Kategori: Novel

18,753 bacaan 65 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 6 LEPAS solat subuh Harris hilang. Aku tak sempat nak cari sebab mak minta aku tolong masak nasi lemak untuk sarapan pagi. Selesai masak, aku terus cari dia. Rupanya dia tengah berdiri di atas batas sawah. Pandangan sudah dilemparkan ke tengah sawah yang menghijau. Entah apalah yang dia sedang fikirkan. Seperti fikirannya sedang melayang jauh. Apa agaknya yang sedang dia fikirkan?... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 5

20 September 2011 
Kategori: Novel

18,688 bacaan 86 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 5 AKU tengokkan saja gaya Harris yang mula turun ke ban sawah. Mula macam takut-takut. Selepas tu aku nampak dia buat ban tu dia yang punya. Mengalahkan along dengan adik-adiknya. Suara Harris saja yang aku dengar. Nampak seperti baru kenal rasa gembira. Betul ke selama ini hidupnya tak gembira? Rasanya betul kut. Sebab cara dia ketawa tu membuktikan, yang dia baru terjumpa dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 4

13 September 2011 
Kategori: Novel

17,721 bacaan 59 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 4 “APA nama kampung awak?” Dia tanya aku sebaik saja aku arahkan dia masuk jalan Simpang Tiga. “Kampung Parit 4, Jalan Gula!” Aku beritahu. “Tapi kenapa kita lalu kat sini? Bukan ke kena masuk Simpang Empat?” Dia tanya aku. Macam biasa saja dia ni dengan kampung aku. “Simpang empat depan lagi. Kat lampu isyarat tu. Encik pernah sampai sini?” “Ya,... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 3

7 September 2011 
Kategori: Novel

17,559 bacaan 56 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 3 Hari yang dijanjikan. Pagi sabtu tu, Harris muncul depan Yanz Florist betul-betul 8.00 pagi. Malam tadi aku ada telefon dia. Pesan awal-awal agar dia tak pakai kereta mewah dia. Sebabnya orang kampung aku cerdik sikit. Kalau pakai kereta mewah mesti cakap kereta pinjam dan mesti target jadi driver bos. Sebab itu aku suruh dia pakai kereta biasa-biasa saja. Tak perlu nak tunjuk dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 2

22 August 2011 
Kategori: Novel

19,041 bacaan 72 Ulasan

Oleh : AIRISZ Bab 2 KAK YAN dan Olin hanya pandang saja semua barang yang pekerja anak Datin Nora letak dalam kedai bunga tadi. Keduanya seperti tersampuk sawan senyap melihat barang hantaran yang disusun di tengah-tengah Yanz Florist. Sehingga pekerja tersebut minta diri, Kak Yan dan Olin masih begitu. Mula tadi aku rasa mereka memang dah terkejut sebab tengok aku pakai baju semacam saja. Pergi sah-sah... [Teruskan bacaan]

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 1

15 August 2011 
Kategori: Novel

25,148 bacaan 66 Ulasan

Oleh : AIRISZ PROLOG. DULU, masa zaman sekolah rendah, aku fahamkan makna bidan terjun itu adalah bidan kampung yang terjun dalam sungai. Kemudian masuk sekolah menengah baru aku faham bidan terjun mengikut makna dalam buku dan hari ini, aku faham betul-betul makna bidan terjun tu dengan erti kata sebenar. Sebabnya, aku sendiri yang ‘TERJADI’ bidan terjun tersebut dengan tidak SENGAJANYA. Aku:... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11