Novel : Cinta 86400 Detik 41
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 41 Ungas-ungas galak berkicau, angin tidak henti-henti bertiup. Pokok-pokok bergoyang-goyang mengugurkan dedaun kering memberikan mata sebuah kedamaian yang amat mententeramkan jiwa. Anak mata Azira terpaku memerhatikan daun-daun kering kekuningan melayang di ruang udara. Sayang… anak mata itu tidak lagi bersinar. Dari celah dahan pepohon rendang sinar matahari akhirnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 40
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 40 “Aku tak percaya… aku tak percaya!!!” Fatin tiba-tiba meraung. Pantas dia bangun. Kalau tidak dipeluk Fateha tentu Fatin sudah meluru entah ke mana. Perkhabaran itu membuatkan Fatin seperti diserang histeria. Dia meronta-ronta di dalam pelukkan Fateha sehingga Fuad, Shafiq dan Reduan datang mengerumuninya. Mereka turut sama cuba menenangkan gadis itu. “Ariel... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 38, 39
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 38 Ketika cahaya lampu semakin hampir dalam jarak beberapa meter Azira menghentikan langkah kakinya. Berdiri dengan gagah sekali seperti pahlawan yang baru lepas berjuang sekaligus mencapai kemenangan besar. Tangan Ashriel tetap erat di dalam genggamannya sambil dia membiarkan kepala pemuda itu tersangkut kemas di bahu. Senyuman bersama tangisan serentak mengiasi wajah Azira.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 36, 37
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 36 Ketika kepala Ashriel terkulai layu, tubuh Azira kembali mengeletar, wajah Ashriel terus di tatap. Dadanya terasa sendat menampung pedih dari tangisan yang tertunda-tunda. Dapat dirasakan pedih dialami Ashriel. Luka parah di tubuh pemuda itu membawa luka di hatinya. Lantas dia tertanya-tanya. Kenapa kedatangannya membawa malapetaka? Mengapa dia membawa duka kepada diri pemuda... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 34, 35
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 34 “Kau tak bagi tahu keluarga Ariel, Fuad?” tanya Fateha setelah selesai membaca surah Yassin. Naskah kecil itu diserahkan kembali kepada Fuad untuk di simpan. Fateha bangun lalu duduk menghenyakkan diri dia atas kerusi. Telekung di badan segera di tanggalkan. Kain telekung itu di lipat lalu diletakkan di atas meja. Melihat Fatin bangun menuju ke bilik Ashriel,... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 33
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 33 Adakah kepahitan mampu ditelan dengan rasa manis? Adakah kesedihan mampu dinyanyikan dengan nada riang? Ashriel merasakan dia sekarang berada di sebuah taman indah dikelilingi oleh teman-temannya Fuad, Fatin, Shafiq, Fateha dan Reduan. Mereka seperti sedang menyanyikan satu lagu yang sama. Berirama, namun tidak sekata. Nyanyian mereka tidak jelas di telinganya. Dia juga... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 31, 32
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 31 Azan subuh dari masjid berdekatan berkumandang membelah kesunyian di pinggiran malam. Seruan merdu muazzin memuji-muji tuhan mengejutkan lena sekejap Fuad. Kerana terbawa rasa sedih yang menyelengkup perasaan menyebabkan kepalanya berasa agak pening. Seketika dia mengoyangkan kepala bagaikan ingin memberikan kejutan kepada otak supaya segera kembali seperti biasa. Dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 29, 30
24 March 2011
Kategori: Novel
388 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 29 Setelah tersedar dari pengsan, Fatin termenung sendirian. Nama Ashriel muncul kembali di hatinya. Dalam gelisah fikirannya menyelongkar kenangan-kenangan indah bersama pemuda itu. Tidak dipedulikkan langsung kepada Fuad atau Fateha atau Shafiq dan Reduan. Empat temannya itu juga sedang melayan fikiran masing-masing setelah berita pahit ini melenyapkan andaian buruk di manakah... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 27, 28
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 27 Perlahan-lahan Ashriel menarik kayu dari penjuru bilik. Cukup perlahan sekali bagi mengelakkan terjadinya sebarang bunyi yang mampu membuatkan dua penyangak di luar sana terjaga. Mereka harus merancang dengan teliti. Sebarang kesilapan bakal membuatkan perancangan mereka untuk melepaskan diri menjadi terlalu sukar. Di tatapnya kayu itu sejenak. Kayu dalam ukuran empat kali... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 25, 26
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 25 Dari sinar cahaya bulan yang mencelah masuk melalui dinding papan, Ashriel merangkak menghampiri pintu. Cukup berhati-hati mengintai ke luar bagi mendapatkan kepastian tentang sebarang pergerakkan yang mampu memberikan panduan untuk dia membuat perancangan bagi melepaskan diri tanpa dapat dikesan. Terlihat kelibat dua lelaki sedang duduk tersandar dengan selesa. Seorang... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 23, 24
12 February 2011
Kategori: Novel
733 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 23 Suara keras memberi salam dari luar rumah menyentak lamunan Fuad. Serta merta dia memandang Fatin dengan wajah berubah menjadi pucat. Baru kini dia tersedar mereka hanya berdua duduk di ruang tertutup dengan malam semakin menuju ke puncak. Di letakkan buku di tangan ke atas meja. Sekilas di jelingnya jam di dinding rumah. Masih terlalu awal untuk mengatakan Ashriel memberi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 22
5 February 2011
Kategori: Novel
469 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 22 Shafiq tiba-tiba gelisah tidak menentu. Panggilan diterimanya terasa mengoncang seluruh saraf. Menikam-nikam sendi sehingga perasaannya bergoncang dengan sendiri. Beberapa kali dia menghela nafas dengan panjang, sebelah tangannya kelihatan mencengkam kepala sementara sebelah lagi tetap memegang steering kereta. Destinasinya lantas berubah haluan. Jika tadi kenderaannya menghala... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 20, 21
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 20 Jeritan nyaring Azira amat memeranjatkan Ashriel. Perasaannya lantas berdebar-debar. Apa sudah berjadi kepada gadis itu? Ada hantukah di dalam tandas itu hingga Azira menjerit terlolong-lolong. Tergopoh gapah Ashriel membetulkan zip seluar, tergopoh gapah juga dia berlari keluar bagi mendapatkan Azira. Bertapa terkejutnya Ashriel ketika sampai di muka pintu. Gadis cantik... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 18, 19
21 January 2011
Kategori: Novel
832 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 18 Rupa-rupanya Fatin masih memikirkan hal kejadian siang tadi. Jelas di matanya keenggan Ashriel meskipun Ashriel cuba menyembunyikan keengganan itu dengan tersenyum lebar hingga menengelamkan sinar di matanya. Fatin hafal sangat dengan wajah seperti itu. Dia pandai menilai watak sesorang. Senyuman diberikan Ashriel terdapat banyak kecacatan. Sumbing dan tidak ikhlas. Dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 16, 17
13 January 2011
Kategori: Novel
694 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 16 Cuaca cerah tiba-tiba berubah mendung. Suasana cepat sekali berubah menjadi senja hari. Sebuah guruh mengelegak di kejauhan bagaikan guntur gunung berapi mula meletus. Gemanya membuatkan ungas-ungas segera bertempiaran terbang mencari tempat selamat. Rintik-rintik hujan datang tanpa memberikan peringatan. Sekejap itu bumi mula basah di sirami cecair jernih yang tampak seperti... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 15
7 January 2011
Kategori: Novel
659 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 15 Memandangkan hari ini bukan hari minggu atau cuti umum, pengunjung yang mengunjungi tempat ini boleh dikira dengan jari. Hanya sekali mereka terserempak dengan kumpulan remaja belasan tahun sedang berbasikal. Saling berkejar-kejaran seperti keriangan itu menjadi milik mereka tanpa peduli sebarang kemungkinan andai lalai mengawal basikal ditunggangi. Berdasarkan gelagat dan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 14
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 14 Ashriel membawa Azira ke sebuah tempat terkenal tapi tidak lagi mendapat tumpuan ramai. Walaupun dulu taman ini menerima ramai pengunjung disebabkan memiliki rumah empat musim tapi disebabkan hilang daya tarikkan taman ini kelihatan tidak terbela. Rumah-rumah tradisional ditinggalkan usang dan pudar tidak sepadan dengan nama diberikan. Tapi walaupun keindahannya semakin... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 13
23 December 2010
Kategori: Novel
553 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy Tepat jam satu petang setelah Fuad dan Fatin berlalu pergi pantas Ashriel mendapatkan Azira. Dia sengaja menunggu mereka berdua hilang dari matanya supaya mereka tidak menuduhnya keras kepala sedangkan peringatan sudah diberikan kepadanya. Tapi asalkan dia berhati-hati pertemuan ini pasti tertutup dari sampai kepengetahuan mereka. Setelah melompat empat anak tangga diantara banggunan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 11, 12
4 December 2010
Kategori: Novel
566 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 11 Fatin gelisah tidak menentu. Kekecohan di dalam kelas membuatkan dia terfikir kejadian di bawah pokok ketapang sebentar tadi telah menganggu fikiran Ashriel hingga gagal memberikan tumpuan kepada pelajaran. Wajah keruh Ashriel segera mengisi benaknya. Wajah keruh itu sudah cukup untuk mengambarkan bertapa terlukanya perasaan pemuda itu. Fatin tahu Ashriel kecewa bila kehidupan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 10
Oleh : Nuqman Hakimy “Ashriel Effendi!” suara nyaring dari puan Suhaila menyentak seluruh kelas. Semua mata segera berpaling memandang ke arah tempat duduk Ashriel. Ke arah seorang pemuda comel yang terpinga-pingga bila namanya tiba-tiba disebut. Wajah comel dan jambu (gelaran dari Zukri) dengan rambut dipotong kemas itu melemparkan mata ke hadapan memandang wajah puan Suhaila penuh tanda... [Teruskan bacaan]







